Thursday, December 30, 2010

mukmin professional


bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x atas keputusan peperiksaan walau hakikatnya makin menurun.
Sollu'alan nabi.

Sem ni sepatutnya saya tunjukkan result yang sebaiknya buat ibu dan ayah, sebab banyak sumbang saran mereka buat saya.

Mungkin sebab terculture shock sekejap ekoran duduk di rumah sewa yang agak jauh sikit dari universiti. Dan hanya ada basikal sebagai transport sendiri. Bas uni pun ada cuma nak kena tunggu dan tunggu.

Ingat lagi hari pertama kami berjalan kaki dari rumah sewa ke hostel sebelum naik van ke kampus. Cuaca di Terengganu sangat bahang panasnya, namun tak menghalang kami untuk terus berjalan kaki. Alhamdulillah, kuat semangat.

Kemudian, malam berbasikal untuk ke hostel atas urusan gerak kerja. Malu tolak tepi kerana kami tahu tiap kayuhan, titisan keringat kami insyaALLAH boleh bantu kami di sana yang kekal abadi. Dan kadang2 tumpang jugak motor housemate kami.

Kalau kelas malam lagi hebat, berbasikal dari rumah ke kampus. Gelap. Sejuk dan sepi. Nasib kami bertiga.

Tapi itu dulu, sekarang atas sumbangan ihsan ibu dan ayah bulan Oktober lalu, saya ada Modenas. Untuk ke mana-mana. Kehidupan nampak lebih mudah.

Saya berharap untuk sem depan, study dan gerak kerja lebih baik. Kedua-duanya untuk masa depan saya. Saya anak harapan ibu dan ayah. Yang masuk universiti. Saya jua harapan ummat, pemuda Islam. Saya ingin imbangkan kedua-duanya. insyaALLAH

Jadinya, saya kena ubah sikap saya. Harapnya tiada lagi culture shock, tak bersedia, study last minute, bertangguh kerana akademik jua penting buat mukmin professional.

Buat sahabat yang membaca, doakan kejayaan kita bersama. Tegur saya andai saya leka.

Siapa yang tak berhajat untuk ada binaan manusia yang taat pada ALLAH. dan, siapa yang tak berhajat untuk cemerlang dekan dalam peperiksaan. Moga hajat dimakbulkan Tuhan, insyaALLAH.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (29:69)

Wednesday, December 29, 2010

refresh iman


Aku berlindung dari syaitan yang direjam
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Pemurah

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (lauh mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"(Surah Al-Hadid: ayat 22-23)

Maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.



Tuesday, December 28, 2010

inilah ujian

.

Friday, December 24, 2010

new experience!!

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH atas segala ketentuanNYA. Sollu'alan nabi. =)

Sebenarnya saya memang nak rehat dari mengepost buat seketika. Tapi pengalaman tadi buat saya nak tulis jugak sesuatu dalam blog ni.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Program JIRIM baru saja bermula. Kehadiranku sebagai yang tolong handle pendaftaran untuk mereka sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mindaku sendiri.

Sebelum tu, sangat happy bila dapat jumpa akhawat yang zaman-berzaman. Sangat teruja. Sememangnya medan di Kuala Lumpur berbeza dengan medan Kuala Terengganu. Sekian.

Berbalik kepada Program JIRIM tadi, ada dikalangan adik-adik yang saya dah jumpa time program lepas (program step). Tapi, dulu luarannya lain. Dan alhamdulillah tadi, mereka menyapa saya dan berbeza dengan yang dahulu,sememangnya luaran mereka lebih baik. Lebih menampakkan ciri muslimah solehah. Alhamdulillah.Uhibbukum fillah =)

Dan selain itu jelas masih ramai lagi manusia, ibu bapa dan remaja menyedari atau masih lagi berminat untuk 'mencari' sesuatu yang bermakna untuk anak2, mahupun diri mereka sendiri.
Jadi jelas menunjukkan bahawa program2 seumpama begitu masih mendapat sambutan dan perlu dihebahkan demi kebaikan semua. Didoakan moga program tersebut berjalan lancar hingga ke akhirnya dan peserta mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diamalkan bila pulang nanti.amiin ya Rabb.

Moga hidayahNYA ditujukan buat kita semua hingga ke akhirnya.
amiin ya Rabb

~sekian~








Monday, December 20, 2010

cari hati



bismillah walhamdulillah.
assalamualaikum w.b.t

Blog ini akan di rehatkan hingga waktu yang sesuai. Penulis mengharapkan doa dari kalian agar dia sentiasa dalam jalan kebaikan. Syukran =) Semoge kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA.amiin

~sekian~

buat post sambungan ukhwah imaniyyah insyaALLAH akan disambung bila tiba masanya nanti.asifah jiddan.

Sunday, December 19, 2010

candle is lilin


bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wa sollu'alan nabi

Suka untuk saya berkongsi satu analogi yang terkesan masa bermukhayyam di Sg. Congkak yang lepas. Dalam sesi muhasabah.

Situasinya...

Satu bulatan di bentuk, dan di tengah-tengah kami diletakkan beberapa batang lilin kecil yang menyala di atas lantai simen.
Kemudian, ada tiga orang yang dipilih untuk merangkak di kawasan lilin tu, sambil tutup mata. Dan yang lain tak boleh bantu mereka.

Dapat tak bayangkan?
Sahabat yang kita sayang berjalan dalam keadaan merangkak, sambil mata tertutup, dan yang pastinya terpaksa menghadapi lilin-lilin yang panas.
Dan sahabat yang melihat, sekadar melihat tanpa berbuat apa-apa pun. Jadi, bagaimanakah keadaan sahabat kita yang merangkak tadi? *fikirkan dan boleh cuba buat.

Dapat teka tak apa sebenarnya yang ingin disampaikan?

Itulah analogi, bila mana kita sekadar membiarkan orang2 disekeliling kita yang 'terpejam' tanpa berbuat apa. Jadi, pastinya kita tak sanggup melihat mereka sakit dan cedera.

Kesimpulannya, binalah hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita. Dan mudah2an kita dan mereka digerakkan hati agar sama-sama mengislahkan diri dan mengamalkan Islam yang sebenarnya. Mari kita sama-sama bergandingan tangan dalam merealisasikannya. =)

Sesungguhnya hidayah adalah milik ALLAH yang mutlak, namun atas usaha ke arahnya, insyaALLAH pertolongan Tuhan pasti bersama. (47:7) (29:69)

sekian.





Friday, December 17, 2010

perjalanan

bismillah alhamdulillah

Khadijah sedih. Pelbagai masalah difikirkannya. Namun dia tahu ini semua adalah takdir Tuhan. Tiada siapa yang dapat melawan. Dia redha. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya mahukan kehidupan yang lebih baik. Kadang-kadang kekecewaan yang menghantui hidupnya kini menjadikan dia termenung bagaimana nanti kehidupan dia dan adik-beradiknya yang lain tanpa kedua orang tuanya nanti.

Teringat dia masa zaman persekolahnya dahulu. Dia punya kawan yang keluarganya boleh dijadikan contoh. Namanya Sofia. Sofia mempunyai 5 adik-beradik. Dia punya abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan. Dia anak tengah. Selalu di asrama dia menceritakan hal keluarganya yang setiap minggu pasti mengadakan taklim di rumah kepada Khadijah. Ayah Sofia pula ustaz. Tidak hairan ayahnya mampu mendidik dia dan adik-beradiknya sebegitu rupa. Dan kadang-kadang kisah Sofia menyebabkan Khadijah seakan-akan 'down' lantaran kehidupannya yang jauh berbeza dari Sofia.

Walaupun Sofia selalu menceritakan hal keluarganya pada Khadijah, namun Khadijah tidak sedemikian rupa. Terasa dirinya kerdil untuk menceritakan masalahnya kepada Sofia. Bagi Khadijah, selagi dia mampu bertahan, dia tidak akan menceritakan masalahnya pada sesiapa. Biarlah ALLAH sahaja yang mengetahui tatkala hatinya pedih menerima ujian yang pedih.

Masalah yang terpendam menjadikan Khadijah hanya meluahkan masalahnya pada Tuhan Semesta Alam. Sedu-sedan tangisannya adakalanya adalah kekuatan bagi dirinya. Dia harus memotivasikan dirinya tanpa perlu bantuan sesiapa. Adakala tatkala imannya lemah, dia bermonolog pada Tuhan sambil tersedu-sedan " Ya ALLAH, kenapa aku perlu hadapi semua ini? Sampai bilakah ya ALLAH aku akan bahagia seperti sahabat dan teman-temanku yang lain? " Banyak persoalan-persoalan yang dilontarkan kerana baginya masalah yang rumit dan pedih ini sangat menggugat emosinya tatkala memikirkannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba pada suatu petang yang hening, Khadijah tidak mampu lagi membendung masalahnya lagi. Lantas dia memanggil seorang teman seperjuangannya yang lain, Mashitah. Teman-teman di sekolahnya lebih mengenali yang Khadijah bersahabat baik dan rapat dengan Sofia berbanding Mashitah, walaupun Khadijah, Mashitah dan Sofia sebenarnya jua selalu bersama. Lalu, Khadijah meluahkan segala isi hati dan permasalahnnya pada Mashitah. Kerana bagi Khadijah, Mashitah ada aura yang dapat menguatkannya.

"Sabarlah dijah, ini ujian untuk kau. Keluarga aku pun biasa-biasa aja. Tapi kita kena ingat yang ALLAH bagi ujian ini ikut level kemampuan kita. Kau doalah banyak-banyak untuk mereka. Dan aku doa untuk kau, dan kau juga doakan aku eh". Begitulah nasihat Mashitah kepada Khadijah.

"Hmm doakan aku kuat eh. Thanks Mas. Jangan cerita kat orang lain tau." kata Khadijah sambil meletakkan kepalanya dibahu Mashitah. Bagi Khadijah, susah untuk dia meluahkan masalahnya kepada orang lain melainkan orang yang baginya jujur dan dipercayai kepercayaannya dalam menyimpan rahsia. Kerana dia tahu, sifat perempuan yang terlepas cakap bisa menjejaskan hal kehidupan seseorang keseluruhannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah persekolahannya itu telah 4 tahun berlalu. Dan masalahnya jua berlalu tanpa menemukan sebarang penyelesaian. Dia akur. Bukan dia tidak berusaha, tapi apakan daya ALLAH jua yang lebih hebat dan berkuasa. Hanya doa dan tangisan yang menjadi penguatnya. Dan dia juga mendoakan agar suatu masa kelak, dia bisa memiliki keluarga seperti keluarga Sofia, teman persekolahannya dahulu. Mudah-mudahan dijodohkan dengan muslim yang mukmin, dengan penuh sifat tanggungjawabnya dan dia juga berdoa dan berharap suatu hari nanti dia mampu memiliki anak-anak yang soleh dan solehah. Maka terbinalah keluarga muslim. InsyaALLAH.

tamat.





Thursday, December 16, 2010

ukhwah imaniyyah 1

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x kesyukuranku yang tak terhingga kepada ALLAH dengan segala kasih sayangNYA. Selawat dan salam jua buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam yang masih tidak berputus asa dalam menyampaikan kalimatulhaq Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Setelah sekian lamanya jadi harini insyaALLAH saya akan berkongsi tentang perkongsian dari Slot 2 dari Mukhayyam Rabitah Hati yang lepas. Bahan ni agak berat ye sebenarnye, tapi apa pun saya cuba beri apa yang terbaik. Segala masukan atau komen sangatlah dialukan.

Pertama-tamanya mari kita renung kembali situasi sekarang. Adakah masyarakat harini mengamalkan ukhwah imaniyyah? Anda pula? saya juga..? Adakah kita berukhwah atas dasar iman ini? Kalau dilihat dari sumber-sumber media massa sekarang tidak kira dari surat khabar, atau berita selalu kita diperlihatkan dengan kes2 pembunuhan antara ahli keluarga, permusuhan dan segala tindakan yang menjurus kepada kerenggangan atau kekeruhan institusi kekeluargaan. Justeru sudah tentulah kita dan masyarakat harini jauh dari bersaudara atas dasar iman. Kenapakah?

Kerana ukhwah atas dasar iman itu membawa pada kesejahteraan dan keamanan. Indahkan?

Firman ALLAH dalam surah Al-Hujurat ayat 10.

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat."

Saya pasti ada di antara kita yang sering dan selalu sahaja mendengar makna kalimah ALLAH ini. Namun mari kita berkongsi ilmu sekali lagi.

Sebelum itu elok kita mengetahui perbezaan antara logik dan emosi. Logik akal pasti akan membenarkan sesuatu fakta atau terima yang logik. Dan emosi pula boleh dibahagikan antara emosi baik atau tidak baik. Namun, yang lebih berkesan adalah logik tadi dicampurkan dengan emosi yang positif. Adakah anda keliru? =.=

Contoh daripada ayat tadi surah Al-Hujurat ayat 10. Kalimah "innama" dalam bahasa Arab merujuk pada penegasan pada ayat tersebut. Yang maksudnya sesungguhnya. Atau sungguh,sesungguhnya. Double penegasan. Jadi, if kita just baca tanpa emosi, adakah kita dan pendengar tersebut terkesan? Walaupun ianya adalah penegasan. Tapi cuba kita baca semula dengan penghayatan dan emosi, pastinya ia akan memberikan satu kesan yang sangat positif.

Dan pada akhir ayat tersebut pula, ALLAH berfirman "bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat". Justeru jelas ukhwah tadi adalah untuk mendapatkan rahmat ALLAH. Dan Rahmat ALLAH tadi perlu dimulakan dengan mencintai, dan bertaqwa kepada ALLAH dulu. Jelas? Harap jelas la ye =)

Kebanyakan kita pada hari ini memang mudah mengungkapkan "ukhwah fillah", "uhibbuki fillah" dan selevel dengannya. Kata-kata ini terungkap tatkala kita bersama-sama dengan orang2 yang solehah, akhawat, mungkin dalam program, atau bila-bila sahaja yang kita bersama dan bertemu bersama mereka. Namun, bagaimana bila kita bersendirian? Maksudnya adakah kita sekadar menjaga hubungan bersama para akhwat dan membiarkan hubungan kita yang lebih penting tadi dengan Pencipta kita,ALLAH? Mari kita bermuhasabah sejenak.

Tatkala bersendirian bagaiman solat fardhu kita? Akhlak kita?. Kesimpulannya menjaga hubungan dengan ALLAH itu adalah keutamaan kita, manusia yang beriman sampai bila2, di mana2 sahaja. Justeru siapa pun teman kita, kita mampu berukhwah dengan ukhwah imaniyyah, ukhwah atas dasar kepentingan saudara sesama muslim. Ukhwah yang terjalin atas kerana sebagai hamba ALLAH.

wallahu'alam..*post ni sangat panjang, jadi it will be continued soon. insyaALLAH ^_^

Wednesday, December 15, 2010

putih

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu'alan nabi
Syukur dengan segala nikmat yang diberikan. Tidak lupa juga nikmat dipertemukan dengan akhawat, berukhwah, dan segalanya.

Teringat ketika berada di atas Komuter dalam perjalanan menuju ke UKM,Bangi. Mula-mula tak kenal pun ada orang yang sama tujuan nak pi mukhayyam dalam tu. Dan bila nak balik rumah semula after mukhayyam, balik juga dengan orang yang jumpa mula-mula tadi.Tapi dengan rasa ukhwah walaupun sekejap je pun jumpa. Oh lupa, rupanya kami juga satu khemah. =) comel

Refer kat tajuk posting Putih. Mula-mula ada orang yang shoutbox kat blog ni "Putih apa khabar?". Tanpa berfikir panjang terus menjawab "Putih kat Terengganu". Sebab ingatkan nak tanya pasal kucing kitorang kat rumah sewa yang namanya Putih. Rupa-rupanya Putih, Si Anak Tiri Mak Merah.

Pengalaman yang baik dapat berlakon dengan beberapa pelakon yang professional. Terutamanya director yang juga memegang watak Siti Belalang. =) Pak Belalang pun tak kurang hebatnya ye. ^_~

InsyaALLAH.saya akan ingat kenangan itu selamanya.

"Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah.Itulah ukhwah kerana kita seakidah!"
sayang antunna semua ;D


Sunday, December 12, 2010

5 pemboleh ubah

bismillah walhamdulillah.
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu'alan nabi

Mukhayyam Rabitah Hati sudah pun tamat. Kenangan yang sangat indah. =) Saya suka. Tahniah buat antunna yang menjayakan program. Semoga ALLAH menilai dan memberi ganjaran atas usaha antunna terutamanya para AJK.

Sedikit perkongsian untuk Slot 1 (buat Dekya terutamanya yang menunggu2)

Pengisi menjelaskan tentang 5 pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah di mana kita perlu menjaga ikhtilat (pergaulan) dengan yang ajnabi atau yang boleh dinikahi.

1. Mengikut ruang dan masa.

Antara ruang awam atau private. Contohnya if tempat yang awam, ramai orang, jadinya wajar je if kita diminta berucap tapi if berlainan jantina berdua dalam tempat yang gelap jadinya tidak wajar walaupun membuat statement untuk study group.

2. Dari segi masa

Antara siang dan malam. Contohnya kalau ada perjumpaan sampai lewat malam, jadi kita patut bertegas untuk hadkan masa. Sebab malam waktu gelap dan bahaya. Zaman sekarang siang pun bahaya, malam apatah lagi.

3. Usia.

Antara tua dan muda. Contohnya andai kata seorang nenek nak cakap dengan seorang yang sebaya cucunya, jadi si nenek boleh aja cakap seperti biasa maksudnya takde sampai kena cakap tunduk. Tapi jika orang muda yang berlainan jantina, umur pun tua mudanya setahun dua maka perlulah menjaga pandangannya.

4. Hubungan kekeluargaan

Contoh: Ali berumur 20 tahun. Mak cik Ali yang berumur 40 tahun datang rumah ketika Ali berseorangan di rumah,jadi boleh untuk Ali membenarkan mak ciknya masuk ke rumah dan Ali masuk ke biliknya serta segera menelefon ahli keluarganya yang lain tentang kehadiran mak ciknya itu. Maksudnya kita memuliakan ahli keluarga. Jangan melayan mereka seperti orang yang tidak kita kenal walaupun pada dasarnya dia bukan mahram kita.

Tapi if sepupu, tidak bolehla kan. Refer balik point2 di atas.

5. Fatwa Hati atau kata lain fikirlah sendiri dalam keadaan yang dapat membezakan dosa dan kebaikan.

Contohnya kita sebenarnya boleh fikir kalau sepasang manusia yang memang tak nikah lagi duduk di tempat sunyi, jadi pastinya tidak elok kerana kita tahu yang ketiganya adalah syaitan. Ia perbuatan berdosa. Tapi itu jika hati kita dapat membeza dan merasai antara yang hak yakni benar dan yang batil. Tapi jika hati kita adalah sebaliknya, kita pun merasakan "Dua-dua tak bermakna buat maksiat. Study group je pun. Sembang2 je" dan berjuta2 lagi alasan tanpa mendahulukan kata2 Pencipta kita, perintah ALLAH beserta laranganNYA.

Boleh jadi jugak dalam situasi ni, menuntut kita untuk fikir dan rasa keyakinan kita pada segolongan manusia. Contohnya Siti baru je kenal Abu. Then Abu nak mintak tolong hantarkan Siti ke rumah, so kat sini Siti boleh fikir la yang adakah Abu itu boleh dipercayai?

Kesimpulannya, kelima-lima pemboleh ubah ni sebenarnya membolehkan kita untuk berfikir kewajarannya dalam kita bergaul sesama berlainan jantina. Islam tidak menghalang perhubungan, tapi ia ada batasannya. Ayuh kita kembali berpegang pada ajaran Islam, yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sekian. Nama-nama yang digunakan untuk contoh di atas hanya contoh sahaja. Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Maaf atas segala kekurangan dan kesalahan. Moga kita lebih mendalami ilmu2 Islam agar tidak berada dalam kejahilan tentang agama Islam itu sendiri.
wallahu'alam



Thursday, December 9, 2010

esok 10.12.2010

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wasollu'alan nabi

InsyaALLAH esok, saya dan kawan2 akan bermukhayyam.
Inilah first time saya bermukhayyam selepas habis sekolah.

Mukhayyam Rabitah Hati. Semoga ianya seindah namanya. ^_^

sekian

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah



bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Kini berada di rumah yang tercinta. Yop dah tak duduk sekali. Mungkin cari jalan untuk lebih berdikari. Walau di mana dia berada moga rahmat dan kasih sayang ALLAH bersamanya.amiin

Jadi menjelang Maghrib ini, maka kita semua akan menyambut Tahun Baru mengikut kalendar Islam, 1 Muharram 1432 Hijriah. Begitulah putaran masa yang giat memutarkan waktunya sehingga kehidupan terasa berlalu dengan pantasnya.

Selaju mana pun masa berlalu, sebagai muslim wa muslimah, tiap masa kita dicatatkan amal perbuatannya. Tidak tertinggal satu pun. Justeru, mari kita perbetulkan semula niat kita, perkuatkan azam kita, perbanyakkan amal kita dan perkemaskan langkah kita untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA agar kehidupan yang pantas ini tidak berlalu dengan sia-sia. Di dunia inilah tempat kita untuk mencari bekal untuk di bawa ke dunia akhirat yang kekal abadi. insyaALLAH

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

amin ya Rabbal 'alamiin


Sunday, December 5, 2010

penang

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

Alhamdulillah3x wasollu'alan nabi.
akhirnya sem 3 sudah tamat.

sekarang berada di Permatang Pauh. Dan buat julung2 kalinya membawa motorsikal di highway. (kat Penang pulak tu, kat kL pun tak pernah - ikut syafiqah) Perjalanan mengambil masa selama satu jam sebab tak ikut highway dari Permatang Pauh ke Kg. Rantau Panjang. tak sangka =.=

Tapi sekali sekala bermusafir best jugak.. macam lagu Mirwan-Hikmah Kembara;" berjalan bermusafirlah, melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk meraka yang berfikir dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNYA.."

Dan bila kita bermusafir ni, kita dapat didik hati untuk sabar, kuat semangat, dan menggunakan potensi yang ada dalam diri kita semaksimumnya (bawak motor atas jejantas.habis.). Itulah yang saya dapat hari ini. =)

Walaupun takut jugak bawa motor di lebuh raya, tapi bila kita yakin ALLAH bersama kita, maka insyaALLAH dipermudahkanNYA.

sekian

Monday, November 29, 2010

ada ibrahnya =)

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah3x wa sollu'alan nabi

hari ini saya belajar untuk tetap tenang walaupun dalam hati serabut. Tengah hari tadi berlangsunglah public speaking for the final that will give you about 30 %. Namun, atas masalah yang memang tidak tahulah puncanya, maka my power point for that presentation can not open. and with speechless i just continue my speech. but still thankful to ALLAH that give me a healthy body to do the presentation today.alhamdulillah

sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. =)

banyak sudah nikmat Tuhan berikan pada kita. Andai ada nikmat kita tak dapat, maka terimalah dengan redha kerana semua ALLAH yang punya.tiada milik kita.

sekian


Saturday, November 27, 2010

motor baru

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah3x sollu'alan nabi
moge terus dikuatkan iman. amiin

ok. hari ini, barang pinjaman dari ALLAH iaitu motorku, sekali lagi rosak. oh, bukan sekali tapi ketiga kali =.= tak tahulah ye. redha.

kebetulan tadi singgah ke rumah sahabiah yang kurang sihat, (semoge cepat sembuh,amiin). saya pun menceritakan hal motor yang kurang baik itu. dan kemudian dia cadangkan supaya hantar motor ke bandar. sebabnya kalau hantar kat sini seakan tidak berbaloi. ='( apela kan.

makanya, esok saya dan sahabiah serumah akan bergegas ke sana. insyaALLAH. jadinya, saya perlu study lebih malam ini. B-) mungkin.

saya harap motor baru itu kembali pulih seakan namanya yang baru itu. (doakan ye kawan2)

itulah, ada disebutkan dalam al-quran yang maksudnya lebih kurang begini; jangan terlalu gembira dengan sesuatu nikmat kerana apabila kamu kehilangannya kamu tidak terlalu bersedih hati. Maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.

sekian

Thursday, November 25, 2010

budak kecik

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah3x sollu'alannabi

Pada minggu2 terakhir sem ni, housemateku bawa adik dan sepupunya. Memeriahkan lagi rumah yang penuh dengan manusia yang serba kedewasaan ini. Sesekali ada budak kecik, terhibur jugak. Tapi budak kecik yang ni, memang lain dari yang pernah kutemui.

Memang mengagumkan bila subuh2, senang bangun, siap buat solat sunat rawatib lagi.
Dan ingatan diorang ni kuat. Boleh hafal semua nama kakak2 yang diorang jumpa,walaupun sekali.Memang termotivasi buat manusia yang semakin dewasa ini.

Hari ni pulak, diorang assign nak pakai tudung labuh. Tapi size budak kecik la kan..=)

Hebat didikan mak ayah diorang kan. Saya suka melihat mereka. Kecik-kecik dah dapat tarbiah. Best best..

=,= semoge ruh mereka untuk mengikut acuan Islam yang sebenar pada harini, kekal selamanya...amiin ya Rabb.


Wednesday, November 17, 2010

umur: jauh ke dekat?


bismillah

sekadar ingin berkongsi satu analogi tentang umur kita.

Bayangkan sebatang pembaris. Kalau yang biasa 15 cm. So, bayangkan majoriti manusia hidup dalam 60 tahun. Jadi you just imagine that the ruler is your life.

Then, bila tiba hari lahir kita, maka angka kat pembaris tu makin hilang, makin hilang.


maka, perasan tak yang kita semakin hampir dengan angka pengakiran kita?
maknanya?

Maka, maknanya, semakin bertambah umur, semakin dekat kita dengan saat pengakhiran kita. Tapi itu hanyalah analogi. ALLAH Maha Tahu. Kematian yang rahsia berlaku tanpa mengenal usia.

sekian.

p/s: Selamat Hari Lahir Ayu..=) semoge usiamu dan kita diberkati Tuhan,amiin. Thanks jugak datang umah tadi dengan Fatin Zu ngan Diana Dania ^_^

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu'alan nabi

Masih ada 3 paper after raya. (asas keusahawanan,kimia makanan,komoditi makanan)
Walaupun sedang exam, semangat untuk beraya bersama keluarga dan sanak-saudara masih seperti dulu.=) Pulang dari kejauhan ini, untuk meraikannya bersama. Sementara peluang masih ada. Siapa tahu masa datang kan. Wallahu'alam

Jadi, saya dengan ini berbesar hati mengucapkan salam aidiladha, salam pengorbanan fi sabilillah pertamanya buat keluarga dan saudara-mara. Tak lupa jugak buat ahli Raudhah Solehah, Villa Sri Tarbiyyah, Teratak Tarbiyyah dan semua akhawat sekalian yang dikasihi kerana ALLAH. Semoga kita sama-sama menghayati dan dapat merasai pengorbanan yang sebenar dalam jalan ini.amiin

Dan semoga kita sama-sama berjaya di dalam peperiksaan dengan kejayaan yang diberkati ALLAH.

"Tawakal tapi tidak lupa ikhtiar" pesan sahabiah ana.

sekian.
moge di mana sahaja kita berada, iman sentiasa menjadi pendinding buat diri kita macam anti-virus..
jangan mengaku kalah selagi usaha tidak mencapai semaksimumnya..
Takbir!!!

Friday, November 5, 2010

takdir vs ikhtiar


bismillah walhamdulillah
assalamualakum w.b.t

segala puji bagi ALLAH Tuhan yang menguasai Hari Pembalasan, yang masih lagi meneguhkan hati untuk berada dalam nikmat Islam dan iman, wa sollu 'alan nabi Muhammad s.a.w.

Pada posting kali ini, saya ingin mengulas persoalan takdir yang kadang2 di salah ertikan atau telah di salah faham bagi sesetengah pihak. Mohon jutaan kemaafan kerana mungkin ia bakal menyentuh sensitiviti penerimaan mana-mana pihak, namun apa yang cuba saya sampaikan adalah untuk kebaikan bersama.insyaALLAH

Saya pernah melihat statement sebegini.

Situasi si A(lelaki): belum bernikah, berkawan baik dengan seorang wanita dan tempoh untuk menikah masih belum dikenalpasti.( tak confirm kahwin lagi)

Si A menyatakan: Ini bukan pintaku, tapi ia adalah takdir dari ALLAH.

Melihat statement ini, apa pandangan hati dan iman anda? Tepuk dada tanyalah sama iman.

Saya ingin mengulas perbahasannya melalui buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Akidah, Tapi Anda Malu bertanya halaman 110..

..beriman dengan takdir ALLAH tidak membenarkan seseorang berhujjah dengan takdir ALLAH atas segala perbuatan jahat sama ada meninggalkan perkara wajib atau membuat dosa. Sekiranya berhujjah dengan takdir dibenarkan dalam Islam, sudah tentu setiap orang boleh membunuh, merampas harta orang dan melakukan kerosakan dengan alasan ia telah ditakdirkan. Sedangkan apabila dia sendiri terkena (seperti dicuri,dirampas hartanya), ia tidak mahu menerima hujjah dengan sebab takdir.

Sebenarnya setiap manusia yang melakukan kejahatan, ia berpunca dari ikhtiar
(pilihan )nya sendiri. Tiada orang yang memaksanya melakukan maksiat. ALLAH telah memberi pilhan kepadanya sama ada mahu memilih baik atau buruk.

Firman ALLAH dalam Surah Al-Insan ayat ke-3 maksudnya:

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah;maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Maka orang yang bersyukur atau kufur, kesemuanya telah diberi petunujuk dan keterangan tentang kebaikan dan kejahatan. Tetapi manusia itu sendiri yang memilih sama ada jalan baik atau buruk.

Tersebut sebuah kisah pada zaman Saidina Umar Al-Khattab bahawa seorang pencuri telah dihadapkan kepada beliau dan sabit kesalahnnya mencuri.Justeru, hukuman potong tangan akan dikenakan. Apabila Umar memerintahkan supaya tangannya dipotong, lelaki tersebut berkata;"Nanti dulu wahai Amirul Mukminin! Demi ALLAH aku tidak mencuri kecuali dengan takdir ALLAH". Lantas Umar menjawab" Dan kami demi ALLAH tidak akan memotong tangan kamu kecuali dengan sebab takdir ALLAH".

Oleh sebab itu, tiada siapa yang boleh berhujjah dengan takdir untuk melakukan maksiat.

dan dari firman ALLAH, surah An-Nisa' ayat 165 yang bermaksud: Rasul-rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah ALLAH setelah rasul-rasul itu diutus. ALLAH Maha Perkasa Maha Bijaksana.

untuk terakhir kalinya marilah kita mentadabbur surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud: " Iblis berkata."Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMU yang terpilih di antara mereka.

Syaitan berkata lagi:....tidak ada kekuasan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyerumu untuk mematuhiku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tapi cercalah kamu sendiri, (14:22)
maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.

sekian. moga kita sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayangNYA.amiin =)


Tuesday, November 2, 2010

harini dalam sejarah


iaitu naik kereta jiha =)

jazakillah khair ukhti hubb fillah..^_^

Saturday, October 30, 2010

rahmatNYA

bismillah alhamdulillah

segala puji bagi ALLAH dengan segala nikmatNYA. alhamdulillah3x. sollu'alan nabi.

Dia termenung sejenak memikirkan yang dia tidak pernah menyangka akan mampu sampai ke tahap ini. Itulah rahmat ALLAH. Meskipun sudah beberapa kali tewas dan gugur pada jalan ini, namun ALLAH masih lagi memberinya peluang dan ruang untuk memperbaiki diri.

Dan rugilah dia seandainya dia masih mahu tewas dan gugur lagi. Dia berharap ALLAH memberinya dan juga pada sahabat seangkatannya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua ujian Illahi.

Mengimbau kembali ketika zaman mula-mula ditarbiah. Betapa terasa kejahilan diri tentang tujuan kehidupan ini. Namun kini, dia punya misi untuk menyampaikannya pula pada manusia yang lain.

Dia juga bermuhasabah kembali. Walau ada masalah yang masih tidak menemukan jalan penyelesaian, namun dia redha dan yakin itu adalah ujian buat dirinya. Dan ALLAH masih memberi peluang pada dirinya untuk membina persaudaraan dengan orang2 yang solehah. insyaALLAH.

Kini, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia serius dalam jalan ini. Pandang dengan pandangan dan skop yang lebih luas agarnya tidak terkena 'grad syndrom'. Barulah nampak yang ISLAM untuk semua dan di mana pun kita dicampakkan, kita mampu untuk memberi manfaat pada makhluk di muka bumi ini.


Monday, October 25, 2010

indahnya sabar

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

segala puji bagi ALLAH yakni Tuhan yang selayaknya dipuji. Sollu'alan nabi.

Tajuk posting hari ini "indahnya sabar" =)
Lama rasanya tak memotivasikan diri untuk sabar. Dan bila lama tak ingatkan diri, maka kesabaran tu sikit-sikit mula terasa kehakisannya. ='( astaghfirullah wa natubuilaik

Firman ALLAH dalam surah Ali'imran ayat 200.. "wahai orang2 yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu..". Dalil ni cukup memotivasikan saya. Kekuatan, semangat, semuanya ALLAH yang pinjamkan.

Kekuatan untuk beribadah pada ALLAH, untuk memberi manfaat pada orang lain, kekuatan untuk belajar, kekuatan untuk jangan putus asa, kekuatan untuk balas jasa ibu ayah dan kekuatan untuk berada di medan ini.

Mungkin juga kesenangan, kegembiraan, kelapangan yang menyebabkan saya 'terlalai'. Eloklah ada ujian. Baru tersedar.

Kehidupan Rasulullah sangat hebat. Tak terpedaya dengan kemewahan dunia yang hanya sementara.

Dan yang penting, moga ALLAH memperteguhkan hati kita walau berjuta dugaan pun yang ada di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita. Kerana ALLAH telah berfirman:

"Jika ALLAH menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika ALLAH membiarkanmu (tidak memberi pertolongan), maka SIAPA YANG DAPAT MENOLONG KAMU SETELAH ITU? kerana itu, kepada ALLAH sahaja orang mukmin itu bertawakal". (3:160)

wallahu'alam


Friday, October 22, 2010

milikNYA

bismillah alhamdulillah 3x


Jam menunjukkan jam 6.15 petang. Khadijah lantas bersiap-siap untuk menghadiri liqo' jam 6.30 petang. Tugasan memasaknya diakhirkan. Dia meminta tolong housematenya untuk menyambung tugasan tersebut.

Jam 6.25, Khadijah lantas bergegas keluar dari rumah. Seperti biasa dia akan menaiki kenderaan yang baru dihadiahkan oleh ibu dan ayahnya. Sedang hendak mengeluarkan kenderaannya, tanpa disedari kerana ianya berlaku secara tidak sedar, keretanya melanggar pagar halaman rumah.

"Astaghfirullahhal'aziim"..Khadijah bersuara.

Dia kemudian dengan segera keluar melihat bahagian belakang keretanya. Kelihatan sedikit calar. Namun dia bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan.

Lalu dia bermonolog, "Ya ALLAH, memang harta ni semua milikMu. Kalau nak hilang, sekelip mata je. Jauhilah aku dari sifat sombong dan lupa diri. Semoga harta yang kau pinjamkan selamat untuk aku gunakan dalam tiap keperluan. Amiin".

Akibat perlanggaran tersebut, Khadijah meminta agar liqo'nya ditunda selepas maghrib.

tamat-".

Tuesday, October 19, 2010

sampai bilakah?




bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

Alhamdulillah3x sollu 'alan nabi

Saat ini dia merasakan tak wajar untuk dia dan sahabat2nya mempunyai masalah ukhwah. Dari dulu sampai kini, masih berbicara tentang ukhwah. Dia bosan. Mungkinkah dia dan sahabat2nya lebih baik percakapannya dari perbuatannya? Dia termenung. Sampai bilakah masalah ini agaknya? Tapi dia juga mengakui, kadang2 dia juga terlepas dalam berbicara. Tak fikir sehabis baik sebelum berbicara.

Mungkin kesibukan dunia dan study menyebabkan dia dan sahabat2 tak sempat nak memikirkan soal hati dan perasaan orang lain. Dia berfikir. Atau keegoaan manusia sebenarnya yang menghakis perasaan manis dalam berukhwah. Masing-masing nak manusia disekelilingnya memahami soal hati, sikap dan perasaannya. Hidup bukan dengan seorang dua, mana mungkin semua orang mampu memahami kita. Dia semakin buntu.

Dia merenung dan meneliti. Pernah je sahabat dia berkata kalau kita rasa manisnya iman, kita akan rasa kasih dan sayang je melihat manusia dan makhluk disekeliling kita. Tiada prasangka. Tiada dendam. Tiada tak puas hati. Jadi, mana silapnya?

Mungkinkah iman dia dan sahabat2nya yang tidak seb
erapa menjadi punca masalah ini? Dia merenung kembali. Alangkah indahnya berukhwah bersama sahabat2nya. Tapi dalam diam ada masalah. Dia hairan. Habis selama ni, adakah berukhwah dengan sekadar luaran, tidak di hati?

Dia keliru. Ini baru masalah ahli dalaman, belum lagi o
rang luar yang diseru.

Dia berharap agar kesilapan yang dia dan sahabat2 lain lakukan, ditegur. Bukan diumpat. Bukan disimpan di dalam hati yang membara. Bukalah lembaran ukhwah yang baru. Dia dahagakan sentuhan yang mengajak kembali kepada Illahi, kata-k
ata motivasi yang menghidupkan semangat yang luntur dan yang penting kehidupan bersama-sama manusia yang hendakkan dan mahu ke arah perbaikan diri.

Kini dia merasakan kerutinan adalah membosankan a
ndai tiada perubahan yang berlaku. Tapi dia tahu, niat yang ikhlas itu perlu. Dia mendoakan agar dia dan sahabat tetap teguh pada tali persaudaraan ini. Dan dia sedar segalanya berbalik pada dirinya sendiri. Jangan menyalahkan ynag lain tapi salahkan diri sendiri.

Dan dia berharap yang dia mampu bergaul dengan manusia disekelilingnnya dengan puas hati.

sekian.

Monday, October 18, 2010

tanggung jawab

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

Situasi hari ini..

Di sebuah salah satu fakulti terkemuka di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Kelihatan dua orang sahabat sedang menyiapkan lab report yang perlu dihantar hari ini juga. Setelah lab report hampir siap, mereka membuat keputusan untuk mengalas perut dengan membeli makanan ringan yang ada di kafe fakulti tersebut. Sedang sibuk mengalas perut, tiba-tiba muncullah seorang pelajar yang kelihatannya mungkin sama tahun dengan dua orang sahabat tadi.

Dua orang sahabat= si A
pelajar yang baru muncul=si B

Bermulalah perbualan antara mereka.

B: Tumpang duduk ye.

A: Sila-sila ( sambil tersenyum)

Suasana terdiam buat seketika...dan A memberanikan diri,

A: kos apa?

B: kos ****(dirahsiakan)

A: ohh, tahun berapa?

B: em..tahun 2 semester yang ke-3.

A: ohh, duduk luar ke?

B: haah, duduk luar. Jauh jugak. Rumah sendiri.

penulis tak berapa nak ingat bila dia keluarkan statement lepas ni...

B: akak master.

A: wah (kagum+seolah-olah tidak percaya+muka yang kelihatan muda)

B: 2 anak.

A: speechless (dalam hati, hebat betul kak ni)

dan dua orang sahabat tadi meneruskan perbualan...

A: best tak kak? study sambil kahwin?

B: beliau menceritakan bagaimana kehidupan yang agak memenatkan apabila dah kahwin + nak sambung master. Dengan melayan kerenah anak-anak.

Riak wajah beliau jelas menunjukkan beliau seorang yang keletihan, tapi masih kuat.
Beberapa dialog tidak dapat ditulis namun jelas menunjukkan beliau tetap sabar untuk menghabiskan masternya untuk membuktikan kepada keluarganya yang walaupun dah kahwin, ada anak, namun masih kuat, dan boleh berjaya melanjutkan pengajian ke tahap yang diharapkan.

Terasa pada pagi tadi mendapat tazkirah fresh.

B: kahwin bukan hanya suka-suka. tapi ianya adalah tanggung jawab. Walau berapa lama pun seseorang kenal dengan pasangannya, tanpa nikah, dia sebenarnya tak kenal siapa diri pasangannya yang sebenar hinggalah dia duduk serumah dengan pasangannya. (perbualan diubah ke arah yang lebih formal dari yang asal)

A: menganngguk + sedih je mendengar kisah hidup beliau.

Jam telah menunjukkan waktu tiba untuk masuk ke kuliah.

A: ok kak kami ada kelas ( sambil bersalaman dengan kakak tersebut dan tersenyum)

B: ok all the best untuk final.

A: insyaALLAH

Dalam perjalanan menuju ke kuliah dua orang sahabat tadi menyambung perbualan.

A1: kuat kakak tu. memang sabar.

A2: semoga ALLAH menguatkan kesabaran kakak tu dalam menghadapi ranjau kehidupan dan semoga perkahwinannya berkekalan hingga ke akhir hayat. amiin

Pengajaran pada kisah di atas:

1) hidupkan suasana saling bertegur terutamanya orang yang tidak kita kenali
2)buatlah keputusan dengan berfikir sehabis baiknya.
3) hidupkan suasana saling menasihati antara golongan yang muda dan yang lebih tua.
4) dan moga sentiasa sabar atas segala takdir Tuhan yang tidak disangka-sangka.

sekian.


Friday, October 15, 2010

sementara waktu

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu 'alan nabi

Walaupun banyak je perkara2 yang perlu disettlekan tapi sempat jugak nak post something harini. Alhamdulillah

Ditakdirkan untuk tidak mempunyai kakak,dan adik perempuan menyebabkan saya seronok untuk menjalinkan ukhwah dengan akhawat semua. Alhamdulillah. Dari situ saya lebih kenal perangai, sikap, perwatakan wanita yang sebenar (ayat skema). Tapi macam tulah. Saya lebih belajar. Belajar sesuaikan diri. Belajar untuk sabar dengan sikap2 manusia yang pastinya tak sama.

Dan keadaan manusia yang tak sama membuatkan (macam diri saya sendiri) ada orang yang kita sayang lebih, ada orang yang kita percaya lebih, ada orang yang kita yakin untuk luahkan masalah, ada orang yang kita peramah lebih and so on. Dan perasaan tu semua bukanlah bermaksud bias ( tak adil) tapi macam tu lah. Setiap orang ALLAH hadirkan,pinjamkan kelebihan yang berbeza-beza. Subhanallah.

Tapi jangan lupa maksud ukhwah yang sebenar. Hanya kerana ALLAH. Bila mana keranaNYA, semua akan nampak indah.( persahabatan yang sejantina)

Dan bagi mereka yang telah lebih disayangi, lebih dipercayai, lebih diyakini dan lebih bagi yang lainnya, bersyukurlah kerana semuanya datang dari ALLAH. Be yourself.

"Bila mana kita lahir ke dunia, kita menangis tapi makhluk dunia gembira dengan kehadiran kita dan biarlah apabila kita mati, kita gembira dan makhluk dunia yang menangisi pemergian kita"..insyaALLAH.

wasalam




Tuesday, October 12, 2010

motivasi


ukhti, Jika niat sudah terpancang karena Allah, tidak akan ada halangan yang bisa menghentikan seseorang melakukan sesuatu. Niat karena Allah ialah motivator yang utama dan seharusnya menjadi satu-satunya motivator kita.

Sunday, October 10, 2010

hidayah

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x sollu 'alan nabi

Melalui pembacaan dari buku yang berjudul Menuai Hidayah Iman, hidayah sebenarnya sangat berkait rapat sangat dengan hati. Jadi, adalah perlu manusia memperbaiki hatinya.

Benda ni (menjaga hati) berlaku setiap hari. Bukan dah berjaya sekali jaga hati, berjaya selamanya.

Wednesday, September 29, 2010

hidup untuk memberi

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH yang memberi ruang dan peluang untuk mengepost something hari ini.

"Hidup untuk memberi" - quote ini selalu didengari. Semenjak datang Terengganu selepas cuti raya ni, banyak perkara-perkara yang membuka hati dan minda saya. Rasa lebih baik. Alhamdulillah.

Salah satunya adalah saya nampak yang terlalu bergantung pada pengisian manusia lain adalah sangat tidak menyeronokkan. Maksudnya, terlalu mengharap ilmu yang disampaikan sepenuhnya dari orang lain tanpa berusaha menambah atau memberi masukan. Mungkin waktu tu, semangat untuk mendengar sangat tinggi hingga tak semangat nak tambah atau bagi masukan.

Dan terlalu menganggap seseorang tu adalah baik dari semua aspek adalah sangat tidak wajar walaupun jawatan yang dipegang adalah hebat. Kita dan dia sama-sama manusia, dan manusia tidak sempurna. Namun, perlu berusaha memperbaiki diri.

Satu lagi saya merasakan, menjauhi prasangka mengindahkan ukhwah sesama muslimat. Lupakan perasaan yang memakan hati dan menambah dosa sendiri. Tapi hidupkan sifat kasih-sayang sesama kita =D.

Jadinya, berilah mengikut kemampuan kita. Semudah-mudah perbuatan seperti senyuman mahupun yang lebih dari itu. Tapi jangan lupa update kan niat hanya kerana ALLAH kerana dengan niat itulah nilaian amal kita lebih berharga. ^_^

sekian.
PSNZ, 10:28 AM

Tuesday, September 21, 2010

tersedar =.=


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x kesyukuran yang tak terhingga kepada ALLAH ya
ng memberi peluang untuk mengepost lagi. Juga memberikanku peluang untuk bersahabat dengan orang2 yang sama2 bermujahadah dalam mengislahkan diri. Alhamdulillah. Moga ukhwah bersama kalian yang terjalin kerana ikatan aqidah ini berkekalan dan menjadi golongan yang diberi naugan arasyNYA di akhirat kelak.amiin

Masa sangat pantas berlalu.

Dan minggu ni sangat pack.

Ana ingin merefresh balik apa yang sahabat ana cakap;

"Kesungguhan itu perlu ditunjukkan.Bukan sekadar kata-kata".

Ayat ini membuat ana terfikir sejenak. Dan barulah ana tersedar. Kesungguhan ana selama ni tak berapa.
Jadinya,ana baru sedar.

Begitulah jalan tarbiah mengajar kami ^_^ subhanallah.
Jazakillah ukhti =)




Saturday, September 18, 2010

a.u.r.a.t part 2


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberi nikmat kehidupan jua nikmat2 yang diminta mahupun yang diberiNYA tanpa kita meminta lantaran sifat ALLAH yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Kuasa. Subhanallah3x

Jadi berbalik kepada topik aurat yang posting sebelum ini, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengendalikan topik ini dengan baik namun jauh di sudut hati saya mengharapkan kita semua alert akan permasalahan aurat yang semakin menular pada masa kini.

Sudah diketahui umum bahawa aurat seorang wanita Islam tidak boleh terlihat kesemua anggotanya kecuali muka dan tapak tangan apabila bersama dengan yang tidak halal baginya. Dan aurat seorang lelaki Islam adalah dari pusat hingga lutut.

Dan dalam konteks pemakaian Islam yang sebenar yang pernah saya pelajari di sekolah menengah dahulu, pemakaian kita juga mesti tidak mengikut susuk tubuh,dan tidak jarang. (ni yang ingat). Kesemua aturan ini adalah untuk melindungi diri kita dari menjadi daya penarik (lagi2 wanita) dan mencegah dari masalah2 sosial (seperti cabul dan sebagainya) malu nak sebut.

Seperti yang kita sedia maklum, perang pemikiran yang berlaku juga adalah melalui 4F; food,female,fun and fashion. Jelas kita tengok, female and fashion tu. Berfashionlah mengikut cara Islam yang sebenar. Bukankah kita membawa imej Islam dalam diri kita? Tidakkah ia membanggakan kita?

Jika dilihat kaum hawa menjadi sasaran perang pemikiran jua adalah kerana dari wanita lah berkembang biaknya manusia. Wanita akan menjadi seorang ibu. Ibu paling dekat dengan anak-anaknya dan sekaligus mampu membimbing anak-anaknya ke arah sifat dan peribadi ibu tersebut. Pastinya, kita ingin melahirkan generasi Islam yang memberi sumbangan kepada agama Islam yang juga boleh menyelamatkan kita dengan doa mereka apabila sudah di alam barzakh.Ia adalah harta berharga! Asset kita. Justeru, kita harus alert dengan pembawaan Islam yang sebenar dalam diri kita untuk dijadikan contoh buat anak-anak dan memberi kefahaman Islam yang sebenar. insyaALLAH

Firman ALLAH dalam surah Ar-Ra'd ayat 11;

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri .

Marilah menghidupkan suasana menutup aurat yang lebih tertutup. Ia akan lebih indah. Jauh dari dosa dan fitnah. Jadilah seorang Islam yang beridentitikan Islam yang sebenar. Yang mengikut panduan al-Quran dan as-sunnah. Mari hidupkan suasana Islam.

Tutuplah aurat dengan sempurna, kerana diri kita begitu berharga!.

sekian.

Thursday, September 16, 2010

a.u.r.a.t

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Illahi dengan nikmat2NYA, walaupun kita masih berbuat dosa. Nastaghfirullah wa natubuilaik.

Today, we will talk about aurat.

Pernah saya bertanya kepada beberapa orang;

Nur:Apa yang terlintas di fikiran anda semua bila menyebut perkataan aurat? ok, start dengan awak.

Si A:Bahagian badan yang perlu ditutup.

Nur: ok. awak?

Si B: Anggota badan yang wajib ditutup. Aurat=keaiban. So, tutup aurat=menutup keaiban sendiri.

Nur: ye.ok,awak pula?

Si C: Aurat=maruah.

Anda pula bagaimana?
Tepuk hati,tanya iman. =.=

..to be continued








Wednesday, September 15, 2010

kampungku


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah,dengan izinNYA dapat jua kita menyambut hari raya aidilfitri. Semoga amalan kita diterima sepanjang Ramadhan dan juga moge terus beramal dengan istiqamah.amiin.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini suka untuk saya mengshare dalil alQuran yang sangat popular iaitu" Ingatlah dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenang." surah 13 ayat 28. Maka saya bukanlah orang yang layak untuk membangkitkan iman kalian, namun rasailah. Marilah kita kembalikan diri kita pada sifat manusia yang sebenar-benarnya iaitu hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan dariNYA.

Dan sama-sama mendoakan supaya kita menjadi orang yang bermanfaat pada orang yang lain,berakhlak mulia dan sentiasa memperbaiki kesilapan diri kita. Hati-hati dalam bercakap,dalam bersikap,dan dalam segala aktiviti seharian kita.
----------------------------------------------------------------------------------------------
OK. sangat seronok pulang ke kampung, jumpa sanak saudara.

sebenarnya ada beberapa gambar yang nak di share, tapi lambat untuk diupload.
sekian.harap maklum.

kereta yang memenuhi halaman rumah nenekku


Wednesday, September 8, 2010

salam lebaran

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah3x. hari ni sgt pack.

terus pada point posting,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA UMAT ISLAM
PANDULAH DENGAN CERMAT+ BACA DOA NAIK KENDERAAN
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG =)

dan bersempena dengan bulan aidilfitri ini, blog ini akan direhatkan buat sementara waktu.sekian harap maklum.
:. kampung halamanku di Kampung Serapoh,
Parit, Perak Darul Riduan. Jemput datang =D
salam aidilfitri buat ibu,ayah,yop,anyah,apit
saudara-maraku,
sahabat-sahabat ,
maaf zahir dan batin =D


Monday, September 6, 2010

iftar+reunion


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberi nikmat kehidupan, Islam, iman, kesihatan dan segala nikmatNYA yang tidak terhitung oleh hamb
aNYA. subhanalla
h

Segalanya seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah. Saya dan sahabat SMAKL buat julung2 kalinya mengadakan majlis berbuka puasa bersama selepas tamat zaman persekolahan. Jazakallah buat yang sponsor. ^_^

Tapi, tak sempat pun nak sembang lama dengan semua. Ye lah,
ramai kan. (agak ramai) dan masa pun tak panjang. Sekadar
bergambar. Sangat gembira
=D
barisan sahabat yang dirindui


Masing-masing dah ada fokus study. Ada yang medik,cikgu,pharmacist,forensik,accountant,kos ekonomi,engineer dan macam2 lagi. Dan life antara kita pastinya berbeza.

Sejak duduk rumah sewa ni, kehidupanku agak kurang stabil. Mungkin penat sangat. Setiap hari habis kelas jam 5 petang. Hari Ahad sampai 7 petang. Hari Khamis je free sikit, habis sampai pukul 1 petang. Itu bab study. Tak termasuk ziarah, PIC untuk
aktiviti, hq, ke bawah, nak tarik yang baru lagi. Kadang2 memang rasa tak mampu.

Tapi yang jelas, memang tak dapat tidur awal. +_+ Hari-hari yang berlalu memang sangat mentarbiah jiwa dan jasad kami. Ya, hidup perlu susah. Susah itulah nikmat. Begitulah jalan tarbiah mengajar kami. Berdikari. Bersungguh-sungguh. Urus masa. Letih.

Alhamdulillah segala-galanya datang dari ALLAH.
Andai bukan kekuatan darinya, mungkin aku tak kekal pada jalan ini. Andai bukan kesedaran datang dari ALLAH, mungkin aku jadi orang yang tak kan pernah ambil tahu hal orang lain. Pentingkan diri sendiri.

Keyakinan pada ALLAH itu adalah kekuatan kita. Keyakinan padaNYA yang menghasilkan manusia yang bersungguh-sungguh dalam bergerak, yakin syurgaNYA, memiliki akhlak yang cantik, tabah, sabar, cekal, hebat, rajin, bermanfaat pada
manusia di sekelilingnya dan lain-lain lagi.

Siapa mampu menjangka sejauh mana kita mampu bertahan pada jalan ini? Sejauh mana tsiqah kita pada mereka yang sama-sama bergerak bersama kita? Sampai bila kita mampu untuk berkomitmen?

Maka perbanyakkanlah doa. Moga bertahan selagi nafas bersama jasad, semoga tsiqah tak pernah pudar, dan agar komitmen sentiasa berterusan. Doa. Doa. Doa. Moga ALLAH jua yang menetapkan hati kita. Walaupun kita masing2 ada masalah yang tersendiri, namun kita masih kuat untuk memperbetulkan kesilapan yang dulu daripada berulang lagi.

Moge terus sentiasa menjadi orang yang menyucikan diri. InsyaALLAH.

~renungan buat diriku yang lemah T_T ~

Saturday, September 4, 2010


salam ramadhan al karim

buat diri,

kuatkan semangat!

berusahalah sehingga nafas yang terakhir~~

segalanya milikMU ^_^

Thursday, September 2, 2010

rebut!


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan segala nikmatNya yang tidak terhitung.
Subhanallah


Ramadhan semakin meninggalkan kita. Rebutlah masa di saat-saat terakhir ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Penuhkan target yang kita dah plan untuk bulan Ramadhan ini.

Carilah hati untuk merasai kemanisan Ramadhan.

Sahabat ana menasihatkan;

Carilah hati untuk merasai kemanisan Ramadhan. Supaya nanti bila tibanya 1 syawal kita akan mendapatkan piala Taqwa.

Sahabat ana juga berpesan;

Rasailah nikmat di bulan Ramadhan supaya pada 1 Syawal kita tak menjadi seperti ini:
" Apa yang aku dah dapat? Macam mana aku ni sebenarnya?
Ramadhan, tak Ramadhan macam sama je."

Jazakumullah buat sahabat yang sentiasa menasihatkan ana. Mengejutkan ana yang sering 'tidur' walau dalam keadaan berjaga. Itulah nikmat berukhwah keranaNYA. ^_^

~renungan buat diriku yang alpa~

Friday, August 27, 2010

sambungan luahan perasaan


Permasalahan ini telalu subjektif. Susah nak jumpa jalan penyelesaian.

Apapun sebenarnya diri kitalah yang bertanggungjawab atas perilaku kita. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sama-samalah kita mendalami mesej2 yang ALLAH firma
nkan buat hamba2Nya. Hidupkan hati dengan membaca dan mentadabbur al-Quran. Yakinlah dengan janji2 Tuhan buat hambaNya yang taat bersama ganjaran syurga.

Sesungguhnya kebaikan yang kita buat tak kan menguntungkan sesiapa melainkan untuk diri kita sendiri. Begitu jua dengan sebaliknya apabila melakukan sesuatu yang melanggar perintah ALLAH.

Dan mohonlah agar kita sentiasa dikuatkan iman.


Dan bila mana kita memilih untuk berubah, maka memanglah akan ada ujian untuk menguji keyakinan kita padaNYA. Seperti firman ALLAH dalam surah Al-'ankabut ayat 2; Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?

Al-baqarah ayat 155; dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, keaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar,

Al-baqarah ayat 286; ALLAH tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya...

Al-hadid ayat 16; Belum tibakah waktunya bagi orang2 yang ber
iman , untuk secara khusuk mengingat ALLAH....kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. dan banyak di antara mereka menjadi orang yang fasik.

Al-fajr ayat 27-30; Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNYA, Maka masuklah ke dalm golongan hamba2KU, dan masuklah ke dalam syurgaKU.


Al-Qaf ayat 24-26; lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka Jahanam, semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala, yang sangat enggan melakukan kebajikan, melampaui batas, dan bersikap ragu-ragu, yang mempersekutukan ALLAH dengan Tuhan lain , maka lemparkanlah dia ke dalam azab yang keras.


Tidakkah ganjaranNya menggiurkan kita dan balasanNya meggerunkan kita?
Maka janji ALLAH itu pasti.
Adakah kamu masih ragu-ragu?

Itulah al-Quran, yang dalamnya mengandungi pelbagai isi-isi yang bermakna buat hambaNya yang berfikir.

Kembalilah pada Illahi kerana kepadaNYA sahajalah kita dike
mbalikan..

Wallahu'alam. Astaghfirullahal'azim wa atubuilaik. Maaf andai penulisan ini kasar bahasanya. Segalanya tiada lain melainkan ingin menyampaikan dan mengharapkan kita sama-sama berusaha untuk menggapai kebahagian di dunia dan di akhirat beserta mendapat keredhaanNYA. amiin ya rabbal 'alamiin





Thursday, August 26, 2010

luahan perasaan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Pantas benar masa berlalu.
Segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberikan nikmat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslimah.. alhamdulillah, insyaALLAH. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Setiap manusia pastinya merasakan ada perubahan pada dirinya. Dari kecil ke besar, dari tidak tahu kepada tahu, dari nakal ke arah yang lebih baik dan sebagainya. Begitu jua saya.

Dan perubahan yang sikit itu, bukanlah segalanya. Kerana kita masih lagi tak sampai pada detik pengakhiran kita yang sebenar iaitu kematian. Perubahan yang lebih jelas pada pandangan mata manusia sudah tentulah dari segi penampilan,gaya percakapan dan sikap.

Setelah kita dapat rasa keperluan diri untuk berubah, kita diberi pula rasa untuk mengajak orang lain berubah bersama-sama. Namun, bukan kita semua mampu untuk berbuat demikian.

Tapi, tak menegur tu bukanlah bermakna tak peduli. Ramai yang peduli bila kawan baiknya tak solat, tak puasa, terjebak dengan cinta manusia sebelum nikah, tak tutup aurat dengan sempurna, dan lain-lainnya. Tapi, tak kuat untuk melafazkan. Tak tahu method apa nak guna. Tak tahu apa masalah kawan baik dia sebenarnya.

Sebab apa tak tahu method apa nak guna, tak kuat nak tegur? Jawapannya sebab dia dulu bekas pelajar aliran agama, sekolah agama, institut pengajian tinggi yang majoritinya mengambil jurusan agama, yang belajar hukum-hukum agama, dan subhanallah penghafazan alqurannya yang jauh lebih baik dari saya sendiri.

Jadi wajar sahaja untuk melabel diri 'tidak layak' untuk menegur dan menganggap mereka sedia maklum dengan perintah dan hukum2 yang ditetapkan oleh ALLAH, Tuhan kita, Maha Berkuasa Maha Segala2nya.

Namun, tidak wajar rasanya untuk membiarkan umat Islam terus jatuh oleh maksiat sendiri yang tidak dapat membantu dalam perkembangan agama. Ini bukan main-main, Ini soal agama. Dan Islam itu syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Sayu bila mengingat kembali detik-detik saya dan kawan2 semua bersemangat mentarbiah junior dalam bab aurat, ikhtilat, solat dan sebagainya. Indahnya andai semangat itu, semangat remaja Islam itu berkobar hingga hari ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah sosial yang melanda negara kita pada hari ini.

...to be countinued







Tuesday, August 24, 2010

jadual

Rabu-25.8.2010>test nutrition
Jumaat-27.8.2010>public speaking test
> test asas keusahawanan
Khamis-2.9.2010>test komoditi makanan

semoga dapat jawab dengan cemerlang~~amiin

Wednesday, August 18, 2010

rahsia~~

salam,

Sahabat ana was wrote;

Hati itu rahsia Illahi...^_^

Betul. syukran. uhibbuki fillah =.=

Tuesday, August 17, 2010

malu?

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih bernafas di bulan Ramadhan al kariim =) Semoga posting kali ini memberi manfaat. insyaALLAH

Apa yang anda faham tentang malu?

Menurut sumber buku The Power Of Akhlak oleh Amru Khalid yang telah diterjemahkan oleh H.Muhammad Zuhirsyan;

Malu adalah menahan diri untuk tidak melakukan perkara-perkara yang berakibat negatif.

Malu itu ibarat bisikan hati nurani yang bersemayam dalam jiwa seseorang. Perasaan ini dapat mengangkat jiwa seseorang dari seluruh kehinaannya.

Perasaan tersebut mampu mengatasi berbagai permasalahan yang seperti mustahil seperti penipuan, pencurian dan zina.

Bahawasanya hubungan antara kehidupan kalbu (secara khusus) dan malu (secara umum) mempunyai pertalian yang amat erat sekali. Jika hati itu hidup, maka rasa malu akan semakin bertambah. Jika hati itu mati, berakhirlah semua kehidupan kerana seseorang tidak mempunyai perasaan malu lagi, maka kematian hatinya mati pula perasaannya!

Jangan hairan bila, anda akan melihat bahawa ada orang yang begitu berani sekali untuk melakukan maksiat kepada ALLAH.

Tersipu pula sebagaimana yang didefinisikan oleh pakar ahli jiwa adalah sikap gagap yang dialami oleh seseorang kerana keadaabn tertentu. Contohnya seorang murid yang menjawab pertanyaan dari gurunya dengan gagap.

Sikap tersipu disebabkan kebodohan atau lemah peribadi hingga menjadi peribadi yang rapuh.

Akan tetapi, malu itu sebuah refleks dari kepribadian yang penuh percaya diri, merasakan keperibadian yang bermartabat, kerana mampu menghindari perbuatan negatif.

Jadinya, misalnya anda melihat hak seseorang dikurangi tapi dia tidak menuntut suatu apa pun. Ketika anda ditanya " Mengapa anda tidak menuntut hak anda?" maka jawabnya, " Saya malu".

Maka itu bukan malu kerana jika malu pasti dia akan menuntut haknya
.

~renungan buat diriku jua~

sekian,salam