Monday, December 24, 2012

BAHAYA SYIAH

Bismillah walhamdulillah
Sollu 'alan nabi

Assalamualaikum wbt semua :)
Apa khabar iman kita pada hari ini? Semoga kita diberi kekuatan untuk terus mentaati Allah dan menyebarkan risalah-Nya. Insya-Allah.

Berbalik pada tajuk kita. Bahaya Syiah. Adakah anda pernah mengetahui tentang bahaya Syiah ini?
Adakah anda peka dengan isu2 umat Islam? *tepuk dada tanya iman*

Insya-Allah di sini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat berkenaan dengan bahaya Syiah ni.

Antara pegangan Syiah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ni ialah:

>>Syiah mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak lengkap. Mereka menokok nambah ayat mengenai Saidina Ali. Dengan alasan bahawa maklumat ini tidak diletakkan di dalam Al-Quran.

>>Taqiyyah. Yakni berbohong. Ini adalah ajaran yang penting.

Berlainan dengan hadis yang dipegang oleh ASWJ, yang lebih kurang maksudnya *boleh cek hadis* "Jujur membawa kepada kebaikan, kebaikan membawa kepada syurga".

>>Kahwin mut'ah (Perkahwinan kontrak). Kalau di Malaysia, ia telah berlaku sejak 1995. Pihak Syiah mengclaim bahawa apabila seseorang mandi selesai dari perkahwinan secara mut'ah, 70 ribu malaikat akan wujud hasil dari percikan air mandian tersebut.

Malaikat terhasil dari air? Bukankah yang kita belajar dahulu, malaikat diciptakan Allah dari cahaya?

Dan perlu kita faham, bahawa perkara ni (Kahwin mut'ah) adalah untuk meROSAKkan zuriat anak Adam dan adalah dari perbuatan syaitan, yang tak pernah putus asa mengajak manusia bersama2 mereka ke NERAKA.

Itulah antara pegangan2 Syiah yang jelas bertentangan dengan ASWJ.
Untuk lebih lanjut, anda boleh search kat Youtube tentang Syiah ni. Klik di sini dan jika di Facebook, anda boleh bukak page Ayuh Sepakat Tolak Syiah.

Semoga kita lebih berhati2 dengan pendekatan musuh2 Islam yang halus dalam menyebarkan dakyah mereka. Dan jika mereka yakin dengan "kebenaran" mereka sehingga berjaya menarik ramai orang ke dalamnya, maka apakah kita senang lenang untuk melihat kemuliaan agama kita dicabar? Apakah usaha kita dalam mengekalkan agama Islam yang suci ini?

Sekarang adalah masanya untuk bertindak! Salam perjuangan!


Sunday, December 23, 2012

Duck Cocktail Sausage ^^

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kini kami as a final year student dah sampai di penghujung semester 7.

Back to the title, Duck Cocktail Sausage. Would you like to try it? :D *speaking kejap 

Ok. Itu adalah nama produk kami bagi subjek Perkembangan Produk (PD). Buat julung2 kalinya pada batch kami, subjek ini telah menyatukan 2 kos di bawah Jabatan Sains Makanan iaitu Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dan Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan). Jadi, di akhir2 pengajian untuk semester ni banyak la ibrah (pengajaran) yang dapat diambil, di samping merapatkan lagi ikatan persahabatan sesama rakan kos dan satu jabatan dan lebih mengenali sikap ahli kumpulan antara satu sama lain. 



Duck cocktail sausage from our group, King's Company ^^,

Packaging for our product launching :) *brand Donald n_n

And this is our company's poster =)

Alhamdulillah, selesai presentation untuk produk masing2, kami pun berjalan ke restoran Makmal Perkhidmatan Makanan (MPM). Rupa-rupanya ada hadiah untuk product launching ni. Dan sungguh tidak menyangka yang product kami ni menarik perhatian pihak panel sehingga  meletakkan produk kami sebagai naib johan dalam kategori sesi petang :)


Hadiah kumpulan kami, naib johan sesi petang :) Alhamdulillah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar, our lovely Miss Zuraidah dan Dr. Yusnita. Turut tidak dilupakan pegawai sains dan pembantu makmal yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semua ni rezki dari Allah. Tahniah buat semua kawan2 yang lain, sebab akhirnya kita telah berjaya menempuh semester ini dengan baik dan lancar, alhamdulillah thumma alhamdulillah.

p/s: Pergunakan ilmu yang telah dituntut dengan sebaik2nya. Jika tidak SIA-SIALAH sahaja ilmu kita dapat selama ni...*muhasabah!

Sunday, December 9, 2012

Fasa Ikat Hati. Benar2kah kesungguhan kita?

Bismillah walhamdulillah
Sollu 'alan nabi.

Alhamdulillah, masih lagi diberikan nikmat iman, Islam, nikmat tarbiah, dan ukhwah.
Dan banyak lagi nikmat2 Allah yang tidak terhitung..

Alhamdulillah jugak akhirnya kami as a final year food science student sudah pun melalui fasa genting iaitu final year project presentation Jumaat dan Sabtu lepas. Segala komen dari ahli2 panel kami terima dengan rendah hati. Tapi, jangan berasa senang ye teman2 foodies sekalian, sebab thesis tak hantar lagi. T.T

Ok. Kembali kepada tajuk di atas, ana (ganti diri saya, yang mungkin lebih sesuai untuk topik ni) merujuk kepada mereka yang di luar sana yang baru berjinak2 atau menjinakkan diri dalam bidang dakwah ilallah (mengajak manusia kembali kepada Allah ) atau juga yang sudah lama berkecimpung dalam bidang dakwah ni.. :) Bagi mereka yang tidak disebut, boleh sahaja terus membaca atau meninggalkan blog ini.. :')

Ok, mengikut kitab Dakwah Fardiah karangan Mustafa Masyhur, fasa seorang daie untuk menarik seseorang kembali kepada Allah ada 7 tahap. Dan seperti yang diketahui tahap pertama adalah ikat hati. 

Seperti kita semua maklum, fasa ini sebenarnya memerlukan pengorbanan seorang daie untuk benar2 melihat potensi mad'unya. Jika kita sibuk dengan tugasan harian, maka pengorbanan kita adalah menetapkan masa secara berkala untuk bertemu mad'u tersebut. Paling minimum seminggu sekali. Kalau kita ada banyak masa, kita harus fikir ada tak masa untuk mad'u kita?

Melalui pengalaman ana, kebanyakan proses mengumpulkan mad'u ni berjalan dengan baik, tetapi bukan apabila nak meng'approach' mad'u atau mem-follow-up mereka. Kenapakah? 

Post ni pun untuk mengingatkan penulis jugak. Sebenarnya banyak "hati2" di luar sana yang sudah tersentuh dengan tarbiah. Cuma mereka perlu digilapkan lagi. Cuba tanya diri kita sendiri, macam mana kita boleh sampai tahap macam ni sekarang (yang faham tentang dakwah)? Adakah nilai usaha kita sama dengan kakak2 yang bersusah payah untuk fahamkan kita? 

Ana yakin, ketidak berkesanan dalam mengikat hati mad'u adalah salah satu faktor kegagalan untuk mad'u tu tsiqah dengan kita, apatah lagi untuk bersama2 kita dalam rantaian perjuangan ini. Dulu pun ana ingat apa yang kita buat ni akan dapat hasil yang cepat (perubahan memakan masa kan?mesti lama), tapi sekarang ana faham. Semuanya memakan masa ukhti, menuntut pengorbanan kita. Adakah pengorbanan kita benar2 cukup?

Semoga kita lebih allert dengan perkembangan mad'u kita lepas ni. Kalau kita rasa benda tu penting, mesti kita akan berusaha ke arah tu. Semoga kita tak rasa senang dengan tarbiah yang kita dapat. Kehidupan kita nampak indah bila kita hidup sesama akhwat. Tapi cuba kita keluar dari zon tu, mesti kita akan rasa sedih dan cakap "Apa yang aku dah buat untuk Islam?" "Kenapa aku tak ajak manusia lain rasa apa yang aku rasa sekarang?".

Jadi sebagai seorang yang dah faham apa tugas kita, harapnya kita tak bergantung kepada pengarahan semata-mata. Atau buat bila rasa aura gerun kat akhwat yang lain, supaya tak kena taujih yang teruk2. Bukan itu ukhti. Tapi, sebab kita faham tugas kita tak kan selesai selagi semua manusia tidak tunduk pada Allah. Allahu ghayatuna. Insya-Allah. Moga ada perubahan.

Salam perjuangan buat akhwat sekalian :)
Asifah jiddan atas kata2 yang mengguris hati atau terasa. 


Wednesday, December 5, 2012

Dilema jodoh

‘nak kahwin dengan akhwat?dah lah tak kenal akhwat ni’
‘ana tak ready lagi’
‘memang ana dah kerja,tapi susah sikit la akh’
‘ana ada masalah kewangan sikit’
*****
Itu antara jawapan yang didengar dari ikhwah jika ditanya tentang pembinaan baitul muslim. Disisi akhwat pula kondisinya berbeza, mungkin kerana akhwat yang akan ditanggung bukan menanggung keluarga, jadi lebih kecil tanggungjawabnya.
Mungkin kerana bukan akhwat yang menghadap ibu bapa sendiri dan ibu bapa pihak sebelah sana dan menjawab persoalan tentang kedudukan kewangan, sanggup atau tidak untuk menganggung anak gadis orang, perancangan masa depan dan sebagainya,  Mungkin kerana akhwat lebih stabil kondisi ekonominya dengan mempunyai pekerjaan tetap atau bekerja sebagai pegawai kerajaan atau menjalankan perniagaan sendiri.
Situasi hari ini menyaksikan ramai akhwat berusia 26, 27, 28 dan 29 tahun bahkan mungkin lebih lagi, belum lagi mendirikan rumahtangga. Akhwat ini bukanlah gadis biasa, mereka insan yang sangat aktif dan komitmen dalam tugasan dakwah dan tarbiyah, kuatnya hubungan dengan Allah dan dijaga batas pergaulan dengan baik, berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa,bahkan ramai dikalangan akhwat yang berwajah cantik walaupun sedia maklum penampilan akhwat pastinya sederhana dan tidak terlalu menonjol, dari segi pakaian mahupun rias diri.
Konsep akhwat mudah. Ingin mendapatkan seorang lelaki yang ditarbiyah sebagai suami. Walaupun hakikat sebenar, ramai lelaki yang datang merisik. Ramai jiran, saudara mara dan rakan sekerja yang sering bertanya tentang akhwat untuk dijodohkan dengan orang tertentu. Tapi atas faktor kemaslahatan jangka panjang, dan penerusan akhwat didalam tarbiyah ; seorang suami yang akan menjadi qawwam hidupnya perlu dipilih dengan sangat teliti dan tidak boleh menerima sebarangan orang.
Namun, konsep mudah ini begitu sukar di alam realiti. Hakikatnya, ikhwah atau nama lain bagi lelaki yang ditarbiyah dan menjalankan tugas-tugas dakwah, jauh lebih sedikit berbanding akhwat atau nama lain bagi perempuan yang ditarbiyah dan menjalankan tugas-tugas dakwah. Walaupun persoalan dan desakan diajukan kepada pihak baitul muslim untuk membantu akhwat mendapatkan jodoh, namun jika hakikatnya ikhwah sefikrah dan sejemaah adalah sedikit berbanding akhwat, itu tetap hakikat yang perlu ditelan dengan baik.
Jadi apa yang perlu akhwat lakukan jika berdepan dengan kondisi sebegini. 
Beberapa cadangan yang boleh dilakukan;
1.     Doa dengan sebenar-benar doa dan meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan memakbulkan doa.insya Allah pada suatu hari yang tepat,akan datang orang yang tepat sebagai suami. Beritahu juga kepada ibu bapa dan naqibah agar mendoakan dipermudahkan urusan jodoh dan dilapangkan hati. 
2.     Meletakkan target untuk nikah. Contohnya; jika akhwat berusia 25 tahun, akhwat meletakkan target untuk menikah paling lewat pada akhir tahun semasa usia 26 tahun. Bermula bulan 1, buat perancangan untuk nikah dan pastikan ada progress dari masa ke masa. Contohnya, bincang dengan naqibah, bincang dengan pihak baitul muslim dan sebagainya 
3.     Mengajukan diri. Akhwat ‘propose’ ikhwah. Mungkin pelik dan malu untuk dilakukan, tapi tidak salah mencuba. Mana tahu,sekali mencuba boleh berjaya mendapatkan calon suami. Bincang dengan pihak baitul muslim dan naqibah, beri satu nama dan minta pihak baitul muslim uruskan dan pastinya pihak baitul muslim akan sedaya upaya menjaga nama baik akhwat. Walaupun mungkin akhwat tidak mengenal sangat ikwah atau dengan kata lain tak pernah pun jatuh hati pada ikhwah , tapi cuba istikharah dan cuba cara ini sebagai satu usaha membina keluarga dakwah. Tapi jangan kecewa jika tidak berjaya. Yakin dengan Allah, pasti akan ada yang lebih baik. Tidak di dunia, di akhirat sana insya Allah
4.     Merendahkan ciri-ciri calon. Akhwat jangan terlalu memilih. Jika diajukan seorang ikhwah yang lebih muda, kerja yang biasa, mempunyai sedikit masalah kewangan, tidak seaktif akhwat dalam tarbiyah dan rupa yang biasa-biasa sahaja, istikharah kembali, bincang kembali. Jangan ditolak bulat-bulat. Akhwat jangan terlalu membandingkan dengan ikhwah yang selalu bekerjasama degan akhwat; yang sangat komitmen dalam dakwah, yang hebat berkata-kata dalam YG bahkan pekerja tetap dan berpencen Petronas, badan-badan kerajaan atau hospital-hospital kerajaan. Ini adalah perkara teknikal yang mungkin boleh berubah dengan berlalunya masa. Akhwat yang kondisi ekonominya stabil, sudah mempunyai kereta dan simpanan tetap; tidak salah membantu calon suami dalam urusan majlis perkahwinan tapi dengan perbincangan yang baik.
5.     Menerima calon lelaki baik. Jika ada calon lelaki yang baik datang meminang dan diyakini kesolehannya serta dia boleh menerima akhwat sebagai ahli jamaah, dan boleh membenarkan akhwat untuk keluar berusrah dan berprogram, akhwat boleh cuba timbang dan bincang dengan naqibah.
6.     Memetik kata-kata ustaz Fauzi Asmuni. "Kita hidup di dunia pendek saja. Jika umur sekarang 26 tahun, paling lama pun kita akan hidup 40 tahun atau 50 tahun lagi di dunia ini. tapi kita hidup di akhirat untuk selamanya. Jangan gadaikan akhirat kita untuk dapatkan dunia yang pendek ini walaupun dengan membujang hingga akhir hayat kita dan jika berkahwin dengan orang biasa akan memusnahkan masa depan dakwah dan tarbiyah kita". Sukar untuk diaplikasikan mungkin. Namun, itu adalah salah satu cara.
Akhwat perlu berusaha dalam rangka untuk mendirikan rumahtangga muslim, apatah lagi jika usia semakin meningkat. Fitrah orang Melayu yang pemalu, dan hanya menunggu. Tapi, yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang. Akhwat cubalah menjadi agresif dengan banyakkan berbincang dengan naqibah. Tapi akhwat tidak perlu terlalu memikirkan hingga mengganggu fikiran dan tugasan dakwah, dan biarkan proses ini terjadi secara natural hingga sampai saat yang dinanti, akhwat tak perasan pun, ini rupanya saat yang ditunggu selama ini; telah datang.

Diambil dari blog ini.

Tiba2 nak share post tentang ni.
Tadi baru dapat berita tentang walimah sahabat SMAKL. :) Barakallahulakuma


Friday, November 30, 2012

Bahaya Gerakan Mahasiswa Liberal


Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam didalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka. 

Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.

Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.

Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti  yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa.Kewujudanlaman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.

Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang.
 

Salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak  di kalangan mahasiswa yang boleh saya jadikan contoh di sini adalah‘OccupyDataran’ yang berakar-umbikan ideologi liberal, telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa. Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi daripada protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks yang lebih luas. Seruan yang dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.

Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punya pemimpin dan ahli, tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.

Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq. Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syuro” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syuro” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya. Kesemua ini adalah LIBERAL!!

Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat islam akan membiarkan sahaja perkara begini? Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja.

Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam? Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? Bahkan, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA.

Melihat kepada perspektif-perspektif inilah membuatkan saya berasa bimbang dan gusar, keadaan menjadi lebih parah apabila semakin ramai mahasiswa cuba membawa idea yang sama, bebas dari sebarang sekatan seolah-olah dunia ini tidak mempunyai undang-undang yang jelas mengenai batas-batas manusiawi dan setiap orang mempunyai nilai yang sama,sedangkan Islam mengajar bahawa Islam itulah yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam. Kefahaman liberal yang mendasari gerakan ini tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca dari pandangan hidup barat dan ketamadunan mereka yang mendominasi segenap aspek kehidupan dewasa ini.

Kecelaruan dalam membezakan Islam dan bukan Islam, antara haq dan batil, antara wahyu dan nafsu, putih dan hitam menyebabkan segelintir mahasiswa tergelincir dari memahami erti Islam yang sebenar. Aqidah Islam yang tulen telah mengajar konsep bahawa dosa pahala tidak boleh bercampur, ibarat minyak dan air, tetapi tidak lagi diamalkan dengan baik.Hakikatnya kesemua gerakan sedang bercampur-baur dengan kepelbagaian ideologi yang nyata menyisihkan Islam.

Jika ditanya apakah jalan penyelesian kepada kemelut ini, maka tiada jawapan lain yang dapat saya unjurkan melainkan dengan memahami ungkapan ‘Al-Islam huwa al-hal’ (Islamlah satu-satunya penyelesaian). Mahasiswa bebas berbuat apa saja namun, kebebasan itu terangkum didalam ruang lingkup yang dibataskan syarak. Sesungguhnya mahasiswa dinegara ini adalah harapan ummah pada zaman kini. Kealpaan kita dalam membentuk mahasiswa mengikut acuan yang digariskan Al-Quran dan sunnah bermakna kita telah memasang bom jangka yang akan merosakan Islam pada masa depan.Lantaran itu, kepada siapakah harapan ummah ini hendak disandarkan? 

Luqman Abd Hamid,
Ahli Jawatankuasa Kajian dan Informasi PEMBINA

Tuesday, November 27, 2012

Hakikat dan tuntutan dalam gerakan Islam

Intima’ atau penggabungan ke dalam mana-mana Harakah Islamiah adalah merupakan perkara pokok dan domain bagi memastikan kelangsungan gerakan Islam. Intima’ atau penggabungan  ini adalah penggabungan seorang akh ke dalam Harakah Islamiah secara aqaidi [berdiri atas keimanan dan prinsip], bersifat kulliy [total], berciri masiri [untuk selama-lamanya] yang melibatkan intima’ fikri, intima’ harakiy @ tandhimi dan juga intima’ syuuri.

Syeikh Fathy Yakan menyatakan:
Dia mengetahui bahawa penggabungannya ini bukan sekadar penggabungan berdasarkan kelahiran atau warisan. Tetapi dia memahami Islam dan memahami bahawa bekerja untuk Islam adalah isu paling genting yang menentukan kesudahan dirinya; Islam dan bekerja untuk Islam merupakan risalah hidupnya, di mana dia diciptakan untuk melaksanakan risalah tersebut di dunia ini. Begitu juga, kebahagiaan dirinya di dunia dan akhirat hanya tercapai dengan memberikan komitmen kepada Islam dan melaksanakan tuntutan Islam. Sebarang pelanggaran atau kecuaian dalam perkara ini akan diikuti oleh dosa, perhitungan amal dan pembalasan.”

Intima’ ini menjadikan setiap akh yang menggabungkan dirinya di dalam jamaah memiliki wa’yu kulli [kesedaran total] dan basiroh wadhihah [kejelasan ] sehingga akh ini menjadi rakaiz islamiah kepada jamaah. Penggabungan ini menjadikan akh tadi meleburkan kepentingan peribadi untuk kepentingan jamaah [izabah maslahah syaksiah li maslahtil jamaah] sehingga ia mengerahkan seluruh potensi diri, jiwa raga, pemikiran untuk mencapai objektif jamaah ke arah mencari mardhatillah demi merealisasikan tamkin deenilillah di muka bumi. Untuk itu akh tadi wajib percaya [seqah] dengan matlamat, wasilah dan jalan amal yang digariskan oleh jamaah mengikut adab-adab amal jamaie iaitu ukhuwwah, tsiqah, taat, syura, istisyarah, isti’zan, indhibat, amal kerahsiaan dan terbuka serta tanasuh. Intima’ ini lahir dari hati yang rela dan sedar akan adabiyat harokiyyah dan kewajipan memahami bahawa menegakkan Islam perlu secara amal berjamaah [amal kolektif] sehingga dia tajarrud untuk dakwah dan fikrahnya.


Intima’ fikri bermaksud seorang akh yang menggabungkan dirinya ke dalam jamaah perlu mengikat pemikirannya mengikut neraca jamaah, pandangan dan syura jamaah yang diputuskan mengikut adabiyat syariyyah dan adabiyat tandhimiyah. Ini bagi mengelakkan berlaku perselisihan pendapat dan kecelaruan aliran fikrah yang akan mewujudkan tanzim di dalam tanzim. Ia juga menghasilkan wehdatul fikr [kesatuan pemikiran] di dalam menangani mana-mana isu dan menggarap polisi-polisi jamaah.
Intima’ harokiy atau tandhimi pula ialah bermaksud seorang akh perlu mengikat dirinya dengan peraturan kerja jamaah [adabiyat harokiyah @ tandhimiyah] serta berpegang kepada 10 Arkanul Bai’ah. Keterikatan ini menjadikan akh adalah seorang yang berdisiplin, mengutamakan keputusan-keputusan jamaah, melaksanakan tugas jamaie dan tandhimi secara sempurna dan mengelakkan jamaah kepada perpecahan dan lambat mencapai objektifnya.


Manakala intima’ syu’uri ialah setiap akh memiliki rasa kebersamaan, rasa kekitaan di dalam menjayakan agenda jamaah. Syu’ur ini terbit dari kedalaman rasa ukhuwwah dan thiqah yang tinggi terhadap para pimpinan dan sesama ahli. Tahap yang paling rendah ialah salamatus as-sadr [berlapang dada] manakala martabat tertinggi ialah ithar [mengutamakan saudaranya melebihi dari dirinya].
Intima’ jamaie mestilah lahir dari kejelasan titik tolak yang suci [wudhuh sofa’ al-ibtidak] bagi memastikan akh tadi memberikan sumbangan dan thabat intima’nya. Tanpa titik tolak yang betul akan terdedah kepada gejala inhirof [penyelewengan], kegelinciran dan futur. Kata salafussoleh:
“ Ma dholla ahadukum fi toriq illa bi fasadil ibtida’, fa inna fasadal ibtidak yuathiru fil intihak..”
[Tidaklah sesat atau menyeleweng salah seorang dari kalangan kamu di jalan ini kecuali bermula dari permulaan yang salah, kerana permulaan yang salah akan mempengaruhi pada pengakhirannya..]


Justeru, mana-mana akh yang menggabungkan dirinya ke dalam jamaah perlu mengingatkan dirinya saat dia melangkah ke hari pertama bersama gerombolan jamaah ini. Adakah dia bersama jamaah ini dengan tujuan-tujuan peribadi yang lain, atau sekadar meraih sokongan dan populariti atau mendapat habuan pangkat dan jawatan atau sebagainya. Intima’ ini mestilah lahir dari asas syarie iaitu berpaksikan dorongan al-Quran dan taujihat nabawiyah yang meng’asolah’kan kesyari’yyahannya berintimakkan di dalam  jamaah.
Intimak’ ini bermaksud seorang akh bersedia untuk tenggelam dan larut di dalam lingkungan amal islami secara berjemaah dan tersusun. Akh tadi menjadi anggota kepada Harakah  Islamiah yang dia menyakini risalah jamaah tersebut dan berusaha mencapai makna intimak kepada jamaah tersebut dengan menyempurna dan memenuhi tuntutan dan syarat-syarat penggabungan tersebut.
As-Syeikh Mustafa Mahsyur di dalam bukunya ‘Bainal Qiyadah wal Jundiyah’ menjelaskan tuntutan intima’ jamaie seperti berikut:

1. Beriman Kuat dengan Amal Jamaie dan Tuntutannya
Syarat ini menuntut agar tugas ini menguasai dirinya dan menjadi fokus utamanya. Dalam perkara ini, kami bawakan kata-kata as-Syahid Hasan al-Banna:
“Sesungguhnya tugas seorang Islam sejati dijelaskan oleh Allah Tabaraka wa Ta‘ala dalam satu ayat al-Quran, kemudian diulang oleh al-Quran dalam beberapa ayat. Ayat yang meliputi tugas orang Islam dalam kehidupan tersebut ialah firman Allah Tabaraka wa Ta‘ala:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (al-Hajj: 78)

2. Meletakkan Segala Urusan Kehidupannya untuk Kepentingan Amal Da’wah
Segala urusan peribadinya seperti pekerjaan, tempat tinggal, perkahwinan, permusafiran dan lain-lain adalah tunduk kepada kepentingan da’wah, di mana semua perkara tersebut tidak melemahkan produktivitinya untuk da’wah.
Dia juga perlu menyiapkan diri dalam segala aspek dan elemennya agar menjadi alat yang efektif dan baik untuk jama‘ah merealisasikan objektif dan cita-cita yang diidamkan. Berkenaan pengertian ini, as-Syahid Hasan al-Banna berkata:
Sesungguhnya Islam berhajat kepada individu mempunyai perasaan yang peka merasai kecantikan dan keburukan, ketajaman akal yang sahih mampu mengenal betul dan salah, kemahuan yang tegas, tidak lemah dan berlembut dalam soal kebenaran dan jasmani yang sejahtera mampu melaksanakan bebanan kewajipan kemanusiaan dengan sebaik-baiknya. Dia menjadi alat yang baik untuk merealisasikan kemahuan yang baik, membantu kebenaran dan kebaikan.”

3. Mempastikan Keikhlasan Niatnya Demi Allah
Seorang akh yang memiliki komitmen jamaie akan menjadikan percakapan, perbuatan dan seluruh jihadnya meletakkan tujuan untuk Allah, mencari keredhaan dan ganjaran baik-Nya. Dia tidak memandang kepada keuntungan, keterampilan, kemegahan, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna, dia merupakan tentera akidah dan gagasan, bukan tentera sesuatu tujuan dan kepentingan. Kerana Allah Ta‘ala hanya menerima amalan yang ikhlas semata-mata kerana-Nya.

4. Komited dengan Kefahaman Islam yang Sahih dan Syumul
Iaitu kefahaman yang diterima dan dijadikan titik pertemuan oleh jama‘ah, bersih daripada penjuzukan, penyelewengan atau kesilapan. Seorang individu mestilah komited dengan kefahaman ini. Dia tidak boleh mengizinkan kemunculan pelbagai aliran pemikiran yang berbeza di dalam jama‘ah, lalu berlaku perpecahan. Bahkan setiap individu menjadi penjaga yang amanah terhadap kefahaman ini daripada mana-mana penyelewengan atau perubahan.

5. Komited dengan Jalan dan Langkah-langkah Amal Islam sebagaimana yang Ditetapkan oleh Jama‘ah untuk Merealisasikan Objektifnya yang Agung
Iaitu dengan menyediakan individu Islam contoh dan sebenar, rumahtangga Islam yang komited dengan ajaran Islam dan dibina di atas asas taqwa sejak awal pembentukannya. Begitu juga menyediakan masyarakat Islam yang didokong oleh tunggak yang terdiri daripada individu dan rumahtangga Islam ini. Agar masyarakat ini menjadi tapak yang kukuh lagi kemas untuk kerajaan Islam tertegak di atasnya. Usaha ini disem­purna­kan di peringkat semua bangsa yang menganut Islam. Kemudian semua kerajaan Islam ini bersatu untuk membentuk negara Islam sejagat dikepalai oleh Khilafah Islamiyyah.

6. Mempersiap dan Meneguhkan Diri untuk Ber­jihad di Jalan Allah dengan Jiwa dan Harta
Dia perlu tahu dengan penuh yakin, pencerobohan musuh Allah tidak akan berhenti dan objektif da’wah tidak akan tercapai kecuali dengan jihad di jalan Allah. Jihad adalah kefardhuan yang terus kekal hingga bila-bila. Oleh itu, dia mestilah sentiasa menyertakan niat jihad dan kecintaan untuk mati syahid secara berterusan. Dia juga mesti mempersiapkan diri dengan komited mempraktikkan sifat orang beriman, agar dia berjaya melaksanakan kontrak perjanjian yang menguntungkan dengan Allah.
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga… (at-Taubah: 111)
Dia hendaklah berwaspada terhadap tarikan dunia berbentuk keseronokan dan perhiasan, menjauhi pelbagai bentuk kemewahan, kerehatan dan seumpamanya. Supaya dia tidak terdedah kepada rasa keberatan dan cenderung kepada dunia apabila semboyan jihad dibunyikan. Akibatnya, dia menerima siksaan yang amat pedih dan Allah akan menukar­kan­nya dengan orang lain untuk melaksanakan kewajipan jihad. Dia perlu tahu, Allah tidak memerlukan diri dan jihadnya:
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (al-‘Ankabut: 6)

7. Memiliki Keazaman untuk Berkorban
Iaitu keazaman untuk berkorban sama ada harta mahupun jiwa di jalan meninggikan kalimat Allah dan meneguhkan agama Allah di muka bumi. Dia juga menandatangani kontrak perjanjian yang menguntungkan dengan Allah:
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga… (at-Taubah: 111)
Di sini Shuhaib ar-Rumi berkata: Ketika saya mahu berhijrah dari Mekah untuk bersama Nabi s.a.w. (di Madinah), Quraisy berkata: Wahai Shuhaib, kamu datang kepada kami dalam keadaan tidak berharta. Kemudian kamu keluar (Mekah) dengan harta kamu. Demi Allah, perkara ini tidak boleh berlaku sama sekali. Saya pun berkata kepada mereka: Apa pandangan kamu jika saya serahkan harta saya kepada kamu, apakah kamu melepaskan saya? Mereka menjawab: Ya. Oleh itu, saya pun menyerahkan harta saya kepada mereka. Lalu mereka melepaskan saya. Saya pun keluar (Mekah) sehingga sampai ke Madinah. Berita ketibaan saya sampai kepada Nabi s.a.w.. Baginda lantas bersabda: Shuhaib telah beruntung. Shuhaib telah beruntung. Baginda mengucapkannya sebanyak dua kali.
Oleh itu, seorang individu mestilah melatih dirinya untuk berkorban dengan apa saja yang mahal dan berharga di jalan Allah, tidak kedekut harta, tenaga, masa, ilmu atau jiwanya untuk da’wah. Kerana da’wah menuntut semua tersebut daripada dirinya, bukan sebahagian sahaja. Kemudian, segala kebaikan yang dipersembahkannya, dia akan mendapatinya di sisi Allah lebih baik dan lebih besar ganjarannya:

8. Mempersiap dan Menguatkan Diri untuk Tetap Teguh di atas Jalan Da’wah
Dia mempersiapkan diri untuk tidak meninggalkan amalnya di dalam jama‘ah mahupun jihad untuk mencapai matlamatnya, walau betapa lama tempoh, berpanjangan tahun dan banyak halangan. Dia tetap demikian, sehingga bertemu dengan Allah dalam kebaikan tanpa menukar atau mengubah janjinya dengan Allah. Oleh itu, dia mendapat ganjaran orang yang jujur:
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan­nya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki, atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab: 23-24)

9. Mengikhlaskan Wala‘ kepada Da’wah
Dia membersihkan diri daripada wala‘ kepada prinsip dan peribadi yang lain daripada da’wah, sekalipun mereka merupakan kerabatnya yang paling dikasihi:
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata..” (al-Mumtahanah: 4)
Tajarrud (Membersihkan diri daripada kepentingan dan prinsip yang lain daripada kepentingan dan prinsip dakwah, serta dedikasi tanpa berbelah bagi) kepada da’wah Allah ini adalah perkara wajib dan asasi untuk menjamin penerusan amal dan aktivisnya, tanpa terdedah kepada pengabaian dan pembubaran. Ia juga amat diperlukan untuk menghindari berlaku dua wala‘ dan kemudharatan yang akan berlaku berpunca daripadanya.

10. Menjadikan Slogannya: Baiki Dirimu dan Da’wahlah Orang Lain
Oleh itu dia terus dan sentiasa berusaha meningkatkan dirinya. Usaha ini adalah satu langkah mendekati Allah dan menjadi pembantu untuknya meneruskan perjalanan, mengatasi halangan dan mengelakkan penyimpangan. Dia hendaklah mengambil berat untuk mengambil bekalan taqwa dalam menjalani perjalanan da’wah. Dia mestilah menitik­beratkan penjagaan waktu, teratur dalam urusannya, berguna kepada orang lain, mampu mencari sumber kehidupan, bermujahadah terhadap dirinya, berwaspada daripada dugaan harta, anak, isteri dan lain-lain perhiasan dunia.
Begitu juga, dia mestilah prihatin terhadap rumahtangga dan keluarganya. Oleh itu dia memilih dengan sebaik-baiknya calon isteri, memperelokkan interaksi dengannya dan memastikan si isteri mendapat hak, melaksanakan kewajipan, patuh kepada ajaran dan adab susila Islam dalam segenap aspek kehidupan rumahtangga dan pakaian Islamnya. Begitu juga, dia memastikan isterinya patuh kepada ajaran Islam dalam soal halal haram dalam makanan, minuman dan pakaian. Dia mestilah mengambil berat memastikan mereka hidup dengan nilai-nilai da’wah, prihatin terhadap pendidikan anak-anak dan khadam.
Selain itu, dia juga perlu bersungguh-sungguh berda’wah kepada orang lain agar saf aktivis Islam yang jujur bertambah.

11. Memenuhkan Hatinya dengan Harapan bahawa Masa Depan adalah Milik Islam
Harapan bahawa malam panjang yang diwakili oleh kezaliman dan kegelapan (jahiliyah) pasti ada penghujungnya. Harapan cahaya akan terbit menghapuskan kegelapan, diiringi oleh bantuan Allah, terhapus kebatilan dan tertegaknya agama Allah dengan teguh di muka bumi.
Dia tidak boleh melayan mana-mana rasa kecewa ekoran kekalahan dalam pertempuran menentang musuh. Kerana ini memberi pantulan yang merosakkan saf dan amal Islam. Dia hendaklah mengetahui kekalahan hakiki ialah kekalahan hati, iaitu apabila ia ditimpa rasa lemah yang mengakibatkan dia menyerah kalah dan tunduk. Dalam situasi sebegini, kita dapati Allah s.w.t. memandu hala tuju orang Islam dengan firman-Nya:
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali ‘Imran: 139)
Allah terus memandu haluan mereka dalam ayat-ayat selepasnya sehinggalah Allah membawakan contoh ini:
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (Ali ‘Imran: 146)
Demikian juga, sombong dan ghurur tidak boleh menye­linap masuk ke dalam jiwa kita apabila Allah merealisasikan kemenangan kita ke atas musuh.

Selepas membentang perkara yang mesti dimiliki dan diamalkan dengan komited oleh individu dalam jama‘ah, boleh jadi ada faedahnya untuk kami sebutkan beberapa ucapan Imam al-Banna yang ditujukan kepada pemuda. Beliau berkata:
“Wahai pemuda, sesungguhnya suatu gagasan hanya berjaya apabila keimanan terhadap gagasan itu kuat, keikhlasan demi memperjuangkannya dipenuhi, semangat untuknya bertambah dan kesediaan yang mendorong pengorbanan dan usaha merealisasikannya wujud. Keempat-empat rukun ini: iman, ikhlas, semangat dan usaha hampir-hampir merupakan ciri khusus pemuda. Kerana asas kepada iman ialah hati yang bijaksana, asas kepada ikhlas ialah jiwa yang suci, asas kepada semangat ialah perasaan yang kuat dan asas kepada usaha ialah keazaman yang muda remaja. Semua ini hanya dimiliki oleh pemuda. Oleh itu, pemuda dulu dan sekarang adalah tiang kebangkitan kepada setiap bangsa, rahsia kekuatan kepada setiap kebangkitan dan pembawa panji kepada setiap gagasan ”.
”…Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (al-Kahf: 13)”

Kefahaman yang mendalam terhadap intima’ jamaie ini akan menjadikan akh tadi seorang akh yang memiliki sifat kejantanan da’ie [rajulah], tahan lasak menghadapi ujian dan mehnah dakwah, tidak mudah putus asa dan lemah semangat serta tidak mudah merajuk dan ambil hati. Dia adalah seorang yang komited, berdidikasi, berdisiplin, proaktif, sentiasa ke depan, jiddiyah dan memiliki himmah ’aliyah bahkan menggunakan segala potensi diri untuk terus berkontribusi kepada dakwah dan jamaah. Slogan yang terlukis di mindanya  ’ad-dakwah qobla kulli syai’ [ dakwah mendahului segala-galanya di dalam kehidupan].


Senario Amal tanpa Intima’ Jamaie
  • Ada akh  yang melanggar keputusan syura dan ini  membantut pencapaian matlamat jamaah.
  • Timbul konflik dalaman dan fitnah di dalam jamaah dan muncul kumpulan-kumpulan dan aliran yang berbagai-bagai.
  • Ada akh yang mengutamakan projek-projek peribadi dari projek-projek jamaah. Dia komited menjayakan projek peribadi berbanding masuliyah jamaiyyah yang dipertanggungjawabkan. Kadang-kadang dia beralasan menjayakan projek peribadi untuk kepentingan jamaah tetapi apabila dia berjaya dia terus meninggalkan jamaah.
  • Ada akh yang bersikap longgar terhadap adabiyat jamaie, tidak istisyar, tidak isti’zan, lemah taat dan thiqah, kurang berdisiplin dan kering ukhuwah dan ruh tanasuh.
  • Ada akh yang membuat keputusan atas neraca peribadi tanpa menimbang kepada neraca syarie dan jamaie terutama soal bait muslim, kerjaya, pengurusan hidup dan urusan akademik.
  • Ada akh yang lemah wajibat fardi sehingga tidak menjadi contoh unggulan kepada masyarakat. Akh tadi hilang zatiah dai’yah.
  • Lemah usaha tajmik dan dakwah sehingga melambatkan pencapaian objektif jamaah.
  • Ada akh yang sibuk dengan dunia kerjaya, mengejar pangkat dan kedudukan di tempat kerja sehingga melemahkan keterikatannya dengan jamaah. Dia hebat di alam kerjaya tetapi culas di alam tarbiyah dan dakwah.
  • Ada akh yang mudah merajuk, cepat berasa hati dan manja di dalam amal, tidak gentleman di dalam memikul tugas dakwah dan jamaah.
  • Ada akh yang berfikir dan bertindak tanpa berdasrkan dhawabit syarak di dalam perkara-perkara berkaitan jamaah dan ijtihad jamaie seperti isu tahaluf, penglibatan di dalam kerajaan dan sebagainya.
  • Terpengaruh dengan pemikiran Islam Moderat mengikut acuan barat, bersikap liberal dan toleransi di dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan umat.
  • Ada akh yang tidak memposisikan dirinya sejajar dengan keperluan dan objektif jamaah.
  • Ada akh yang menyeleweng  di jalan dakwah dari sudut manhaj bergerak, jalan kerja dan asolah tarbiyah.
Justeru usaha membangun, menjana dan menggarap Intima’ Jama’ie di dalam mana-mana Harokah Islamiah adalah menjadi satu kemestian [Hatman Maqdhiyya]. Ia penting bagi meneruskan maknawiyat dan haywiyat jamaah dan peranannya bagi memastikan jamaah terus utuh, mampu berdepan dengan cabaran semasa, kepemimpinan berwibawa serta pengikut yang memiliki kesetiaan kepada dakwah dan jamaah [al-wafa’ bi dakwah wal jamaah].

Sesungguhnya intima’ ini akan lahir apabila membumi akidah yang kuat, iman yang mendalam dan kefahaman yang terperinci. Intima’ ini adalah intima’ mabdai [berprinsip] bukan atas dasar kepentingan diri, ia juga intima’ yang abadi yang tidak terhad kepada tempoh tertentu. Intima’ ini bersifat masiri yangtidak ada dibelakangnya mana-mana agenda dan kepentingan. Ia adalah syarat yang membenarkan kesetiaan kepada dakwah sebagaimana para Sahabat r.a  yang membenarkan janji setia pada dakwah. Firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud :
< dari kalangan orang yang beriman ada terdapat para rijal yang telah membenarkan janjinya dengan Allah, sebahagian ada yang telah gugur [syahid] dan sebahagiannya pula sedang menunggu untuk mati syahid, dan mereka sedikit pun tidak mengubah janji mereka >

Rujukan: 
 
Photobucket

Ustaz Mohd Azizee bin Hasan,
Naib YDP ISMA Seremban

Blog: Petunjuk Sepanjang Jalan

Friday, November 9, 2012

T.A.R.B.I.Y.A.H :)




T: Tugas sebar & tinggikan kalimah Lailahaillallah digalas
A: Allah tolong, selagi mana kita tolong Islam
R: Rehat hanya bila sudah di Syurga
B: Bulatan gembira sebagai wasilah
I: Inilah jalanku..Islam is the way of life
Y: Yang awesome itu UKHWAHFILLAH
A: A long journey to go through..tsabatlah..
H: Hati ini sayang kamu, mereka dan mereka kerana Allah

credit to: Byt Azyra, 2 November 2012 :D

Jazakillah ukhti <3 br="br">

Thursday, November 1, 2012

Hidup Untuk Hidup???

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah segala puji2 pujian hanyalah buat Allah, Tuhan yang menciptakan segala yang ada di langit dan bumi.
Syukur yang tidak terhingga dengan nikmat yang terbesar iman dan islam. 

"Hidup untuk hidup".
-
-
-

Apa yang terlintas dalam fikiran kita melihat pernyataan di atas?

*Ambil masa untuk berfikir sejenak*

-
-
-

Sebenarnya, tanpa kita sedari, kehidupan kita di dunia adalah untuk kehidupan kita di akhirat nanti. Macamana tu?

Bagi orang yang beriman, mereka meyakini ada lagi kehidupan selepas matinya seorang manusia, yakni apabila terputusnya kehidupan  seorang manusia dengan makhluk2 lain di dunia. 

Bagi orang beriman dan meyakini hari akhirat, mereka percaya kematian yang bakal ditempuhi nanti bukan noktah. Sebaliknya, perjalanan hidup mereka masih jauh. Mereka berada di alam barzakh dahulu sebelum berpindah ke alam akhirat yang kekal. Orang beriman sebenarnya tidak sabar-sabar menghuni syurga yang penuh kenikmatan sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT bermaksud: “Dan mereka mengucapkan; segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memenuhi janji-Nya kepada kami dan menjadikan kami mewarisi bumi syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana saja kami sukai. Pemberian sedemikian ialah yang sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Az-zumar : 74) 

Justeru, kerehatan bagi seorang pejuang Islam adalah apabila kakinya melangkah ke syurga. 
Jadi, tiada istilah rehat sebenarnya buat seorang pejuang Islam yang begitu komited dengan perjuangannya. :)

Namun, dalam perjuangan yang panjang ni, kita mungkin tidak berdaya atau tidak mempunyai kekuatan yang kuat dan teguh dalam keadaan berseorangan. Kerana itulah perlu untuk kita berada dalam kelompok2 yang memperjuangkan untuk menegakkan agama Allah ini, dan berkomitmen dengannya agar objektif2 untuk meraihkan keredhaan Allah itu dicapai dengan gemilang Insya-Allah. :)

Dalam mana jemaah pun kita berada, tetaplah komited dalam perjuangan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sesungguhnya setiap jemaah Islamiah itu mempunyai objektif2 untuk meraih keredhaan Allah namun mungkin berbeza dengan cara pendekatan dakwahnya. 

"Pilihlah jemaah yang membuatkan dada kita lapang, bukan yang menyempitkan dada, paksaan, atau untuk mengambil hati. Isu ini adalah serius, dan ianya akan diikuti oleh bebanan dan tanggungjawab."

 Selamat beramal dan salam perjuangan buat para pejuang Islam! 


Anjung Seri Tarbiah
Terengganu Darul Iman. 

Rujukan:

1. www.ustaznoramin.com
2. Husam Hamidah,Keluasan Islam  


Friday, October 5, 2012

Karakter Rabbani



Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Allah masih memberikan kefahaman dan kekuatan dalam beramal. Insya-Allah.
Walaupun sedia maklum yang presentation progress FYP tidak lama lagi, namun itu bukanlah perkara yang menjadi penghalang untuk saya menuliskan sesuatu yang sedikit pada kali ini.*Doakan utk progress :')

Seperti yang sedia kita ketahui, perkataan Rabbani adalah sesuatu perkataan yang biasa didengari oleh mereka yang berda dalam jalan tarbiah dan dakwah ini. Namun, apakah makna yang tersirat di sebalik makna Rabbani ini?
Mari kita sama2 telusuri satu persatu berdasarkan pengisian yang saya dapat sebelum ini.

Melalui sumber Tafsir Qurtubi, Rabbani adalah orang yang mendidik manusia dengan ilmu yang asas sebelum ilmu yang rumit. Dia juga mempermudahkan urusan manusia seperti mencontohi sifat Tuhannya.

Selain itu, Rabbani juga adalah menjadi orang yang mengamalkan ilmu. Inilah yang dinamakan dengan orang alim yang sebenar.

Daripada Abu Razin, beliau menyatakan bahawa Rabbani adalah orang yang berhikmah.

Dan dari sumber2 yang lain juga, ada yang mengatakan manusia yang Rabbani adalah:

#Tidak sewajarnya seorang Rabbani tinggal untuk tidak menghafaz Al-Quran
#Memerhati politik
#Tahu halal dan haram, yang disuruh dan dilarang.
#Arif mengenai berita2 semasa umat dan yang terdahulu

Jadi, berdasarkan penjelasan di atas, mari kita selidiki, adakah kita sudah memnuhi karakter2 manusia Rabbani?
*tepuk dada tanya iman...

Wallahu'alam

:)Proud to be a muslim/ah!

Friday, September 28, 2012

Harapan PadaMu Subur Kembali

  Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

;Nazrey Johani

Tuesday, September 11, 2012

Alhamdulillah Raikan Cinta :)

Bismillah alhamdulillah
Akhirnya mereka telah disatukan dengan ikatan yang sah. :D


Alhamdulillah, sekali lafaz je. :)


Ni gambar majlis belah perempuan ^_^



Ni pulak majlis belah kitorang :)

Alhamdulillah. Dah selamat. Semoga tabah dan sabar menghadapi bahtera rumah tangga. Moga dikurniakan zuriat soleh solehah. amieen

Terima kasih kepada semua yang secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan majlis mereka. Terima kasih jugak kepada semua tetamu yang hadir. Even yang tak dapat hadir pun saya yakin mereka telah mendoakan dari jauh. Jazakumulllahu khairan kathiro. :)

Bumi Terengganu,
Anjung Seri Tarbiah.

Monday, August 27, 2012

Syawal 1433H

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, first of all, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Semoga istiqamah dalam memperbaiki diri. Insya-Allah.

Tahun ni raya tak semeriah dulu. Iyela, mana taknye, sepupu yang paling rapat sudah pun mendirikan rumah tangga. T.T sobs. Dan lagi dahsyat, tahun ni je 2 sepupu kami kahwin plus dengan abang sulong yang will coming soon insya-Allah. So, harap2 jodoh saya akan tiba setahun dua lagi. amien :) Tapi at least, saya masih ada ibu ayah. Alhamdulillah ^^,

Raya ni pun sampai raya ke-2 je kat kampung. Tapi ziarah menziarahi saudara mara tetap meriah! ^_^

Then raya ni jugak Allah bagi peluang jumpa dengan ex-Smaklian. Ada tu yang dah bertahun3 tak jumpa. Alhamdulillah, rindu terubat. Bila lagi dapat jumpe diorang? Hanya Allah je yang tahu. :')

Dan sekarang, tengah busy persiapan Yop kahwin. Huish bukan senang jugak nak buat kenduri.Mungkin ada yang berpendapat just buat yang simple, ajak kenalan2 rapat je. Tapi itu semua terpulang pada diri dan kemampuan kita. :)

Ok, bab hantaran siapa lagi yang terror. Mestilah nenek ;D *big clap*




ok, ni gambar tuala yang nenek dah jadikan bakul. Then letak barang make-up. 

Tema kitorang merah cili. Pedas kan ;p huhu

Jadi, harapannya semoga majlis perkahwinan Yop dan pasangannya berjalan lancar dan majlis diberkati Allah. 
Begitu juga harapan buat rakan SMAKL, faiq nabil dan asyikin yang bakal nikah pada tarikh yang sama. Semoga dengan pernikahan dapat menggencarkan lagi tarbiah dan dakwah di medan antuma. insya-Allah.

Then lepas ni, tugasan akademik dan dakwah sedang menunggu. Moga hidup lebih bermakna. :)insya-Allah

Jom dekatkan diri dengan Allah, moga hidup mati kita Allah redha. Sedih, bulan Ramadhan yang banyak ganjaran dari Allah telah berlalu. Adakah lagi peluang ke Ramadhan yang akan datang?

Jom doa, semoga dikuatkan iman dan diringankan badan untuk beribadah. Dan ikhlas dalam buat kerja. Tak kesahlah basuh pinggan ke, masak ke, jemur kain ke, jaga BUDAK ke, hoho sebab tu semua boleh jadi saham akhirat kita kalau kita letakkan Allah sebagai yang utama, yang melihat dan menerima amal2 kita. insya-Allah.

Dan sungguh tiada apa yang lebih POWER selain melihatkan SABAR dalam diri kita, yang menjadikan peribadi seseorang itu lebih baik dan indah.

*sedang berusaha untuk berSABAR :) Ya Allah, jadikan aku seorang yang bersabar seperti sabarnya Rasul2-Mu yang terdahulu. amieen