Monday, May 31, 2010

prihatin

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu jantungku

Irama penuh syahdu


Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Ku jaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad daku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

**Terima kasih kepada yang terlibat dalam penghasilan lagu ini.

Lagu ni sering kita dengar di dalam tv atau di mana-mana dan tiap kali kita dengar pasti rasa sangat sedih dan menyayat hati kita bukan? Moga kita mengambil iktibar dan harap jauh dari masalah ini.

Firman ALLAH S.W.T.;

Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk..(Al-Isra' ayat 32)

Subhanallah,, ALLAH yang lagi Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.Yakinlah tiap apa yang dilarang ada kebaika
n untuk hambaNya.
Wallahu'alam.
Sampaikanlah walau satu ayat~~

Dan syukur masih ada yang prihatin.




Sunday, May 30, 2010

ziarah

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni program berjalan lancar. Tugasan macam ni sebenarnya lebih mendidik diri saya sendiri.

Apa yang terlintas kat fikiran kita bila cakap pasal ziarah? Ziarah time hari raya, orang sakit, cam tu je kan ( dulu saya fikir camtu). Tapi sebenarnya ziarah ni kita boleh buat bila-bila je contohnya ziarah jiran, kalau kat u kita bole datang bilik kawan, kalau kat sekolah asrama bole datang dorm sahabat, dan kalau cuti panjang melawat rumah sahabat. Maksudnya bukan pada waktu-waktu perayaan je.( bagus kalau yang dah lama faham)

Pentingnya ziarah ni adalah untuk rapatkan ukhuwwah (sama jantina saje) dan untuk lebih kenal dan lebih mesra (ikat hati) sebab kita ada masa time tu. Kalau tak, mungkin kita tak kan jumpe dia langsung, atau kalau jumpa kat mana-mana pun tak sempat nak tegur sebab busy sangat.

Ziarah ni digalakkan buat selalu mengikut kemampuan. Dan kalau dalam dakwah fardiah pun amat penting untuk ikat hati dengan orang yang kita nak dakwahkan (mad'u).

Paling diharapkan adalah bila mana iman kita down, dengan ziarah dari sahabat2, mungkin dapat menaikkan iman kita agar lebih kuat dalam menempuh kehidupan yang amat jauh dan membuatkan kita lagi semangat untuk beramal. insyaALLAH.

semoga diri kita lebih kebergantungannya pada ALLAH,bukan manusia
.
amiin~~





Saturday, May 29, 2010

infak

assalamualaikum w.b.t.

Firman ALLAH;

Ingatlah, kamu adalah orang2 yang diajak untuk menginfakkan (hartamu) di jalan ALLAH. Lalu di antara kamu ada yang kikir, dan barangsiapa yang kikir sesungg
unya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan ALLAH-lah Maha Kaya, dan kamulah yang membutuhkan (karuniaNYA). Dan jika kamu berpaling Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan (durhaka) seperti kamu.
(Surah Muhammad ayat 38)


As a student, semestinya duit se
lalunya kita dapat dari parent atau kerja atau pinjaman atau dari sumber-sumber lain yang halal. So, masalah kewangan adalah normal bagi saya. Walaupun begitu (sering kekurangan wang), tapi bila kita ada niat baik nak guna duit contohnya nak pergi program atau kem bina iman ke dan lain-lain selagi menepati syar'i insyaALLAH rezki tu akan ada.

Saya yakin anda juga pernah mengalaminya. Nak dikatakan rezeki kita semua memang dari ALLAH, cumanya melalui ibu,a
yah,abang,dsb. Jadi selalulah berdoa supaya mudah untuk kita pergi program,kem atau perjumpaan2 yang meningkatkan iman tu.

Lagi satu, kalau duduk rumah rajin2lah mengemas,basuh pinggan,memasak dan semua kerja-kerja yang mampu kita buat semaksimum mungkin. Mudah2an parent kita lagi senang nak bagi kita keluar ( dan bagi duit sekali =) ). Bukan niat untuk membodek tapi macam tulah nampaknya. Tapi semestinya kene ikhlas.

Saya juga pernah diberitahu oleh beberapa sahabat tentang apa yang kita infakkan dan gunakan fi sabilillah inilah yang menjadi harta kita di akhirat kelak. Maksudnya walaupun dalam bank kita ada berjuta-juta tapi kita still nothing if tak gune pada jalanNYA. Selain pergi program sana sini duit tu baik juga untuk beli al-Quran, buku2 ilmiah yang mendekatkan diri kepada ALLAH, sedekah dan yang sama dengannya.

Jadinya yakinlah dengan jan
ji2 ALLAH dan mohon dijauhkan dari sifat kikir. Sampaikanlah walau satu ayat~~
Bersemangatlah!!



kampungku

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah akhirnya dapat juga balik kampung setelah sekian lamanya. Seronok dapat jumpa dengan moyang, tok, opah, mak cik dan pak cik sedara, sepupu, anak buah sedara dan yang lain-lain.
Tahniah juga pada pak cik dan sepupu saya yang dapat baby baru...=)


Sepanjang perjalanan pulang dan balik, saya banyak melihat a
kan sikap pengguna jalan raya. Cuma pada penulisan kali ni, saya mahu menekankan berkenaan tentang lampu kenderaan seperti motor,kereta dan lain-lain. (lampu depan dan belakang)

Kepada semua penunggang atau pemandu yang menggunakan jalan raya, sila pastikan lampu anda berfungsi bagi mengelakkan kemalangan dari arah belakang atau depan. Sangat bahaya kalau tak ada lampu ni.

Sayangi nyawa anda! Dan
bersama menjadi pengguna jalan raya yang berhemah!



Friday, May 28, 2010

bicara kata

assalamualaikum w.b.t

Setiap hari kita akan bercakap dan bergaul dengan orang di sekeliling kita. Memang tidak dinafikan kadang-kadang kata-kata kita mampu mengguriskan hati orang lain. Sebegitu jua saya situasi ini juga tidak dapat dielakkan, kemarahan menyebabkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan terkeluar secara spontan. Astaghfirullah wa atubuilaik..

Jadi sebenarnya kesabaranlah sangat mendidik hati dan perbuatan kita agar terhindar daripada perkara-perkara yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Macam mana nak sabar? Itulah soalan yang sering kita persoalkan..Selalulah mohon pada ALLAH, semoga diberikan kesabaran yang kuat (sabar bila ditimpa musibah, sabar daripada berbuat maksiat dan sabar bila..xengat pulak lagi satu) dan bila ditimpa sesuatu yang memerlukan kita untuk bersabar, maka bersabarlah, kerana tiap apa yang ALLAH takdirkan tidak sia-sia malah sebenarnya pahala sabar tu kan untuk kita jugak..

Jom semaikan sabar dalam diri. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..sama la macam sabar kan..mudah-mudahan. insyaALLAH
semoga yang menulis ni lebih2 lagi jadi penyabar..amiin

Kuatkan iman tingkatkan amal~~

wallahu'alam






Thursday, May 27, 2010

psn

insyaALLAH, PSN akan diadakan dalam hujung minggu ni. Kepada sesiapa yang terlibat semoga segala urusan dipermudahkan dan moge ikhlas keranaNYA..amiin

Moga berukhwah kerana ALLAH..=)



Wednesday, May 26, 2010

elakkan salah faham

Alhamdulillah, masih lagi diizinkan untuk menulis dalam blog ni..

Pernahkah anda mengalami situasi salah faham dengan rakan sebilik, sahabat, atau mungkin dengan ahli keluarga anda? Jika pernah,apakah tindakan anda selepas itu?

Bagi pendapat saya, salah faham adalah satu masalah yang jika tidak dikawal dan diselesaikan, ianya akan menyebabkan perasaan marah, tidak puas hati dan boleh mengeruhkan sesuatu hubungan.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan permasalahan ini ialah berterus-terang dengan kaedah yang baik dan bukan dalam keadaan marah,menyindir atau juga dengan kata-kata yang menyakitkan hati.Mungkin boleh dibuat melalui sms,emel dan sebagainya.Elakkan juga memendam masalah atau membiarkan masalah berlarutan dalam tempoh yang panjang yakni selesaikan secepat mungkin.

Sebagai orang yang ditegur pula, terimalah nasihat dengan baik dan berusahalah untuk berubah. Elakkan dari mengeluarkan kata-kata seperti;
"memang ni perangai aku.dah tak boleh dah nak ubah"...
Yakinlah bahawa perubahan yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita juga.

Ingatlah juga bahawa tiada manusia selain Rasulullah S.A.W yang sempurna peribadi dan akhlaknya.Dan memang lumrah hidup bermasyarakat perlukan kesefahaman, tidak pentingkan diri sendiri,dan saling ingat-mengingatkan antara satu dengan yang lain.Sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..
(Surah Al-'asr:1-3)

Akhir kata, semaikan sikap kasih-sayang sesama kita dan elakkan pergaduhan supaya kehidupan kita lebih harmoni.Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang mengislahkan diri.





Monday, May 24, 2010

tiket oh tiket

kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan..

Teringat waktu mula-mula masuk sem 2, saya dan sahabat-sahabat lain buat keputusan kononnya cuti Hari Raya Cina nanti (bulan februari) nak stay (tak nak balik rumah,nak struggle study). Namun lama-kelamaan keputusan itu berubah disebabkan masing-masing rindu sangat dengan keluarga tercinta.

Tapi ada roomate saya yang sorang ni tetap tak nak balik sebab sampai dah waktu nak cuti pun tiket tak beli-beli lagi. Jadinya saya plan nak balik ramai-ramai (tak berani balik sorang). Waktu tu tiket dah beli dah pun.

Lepas tu, beberapa hari dah nak balik, ada sorang kawan tanya nak tak balik dengan dia sebab mula-mula tiket tu untuk kawan dia, tapi kawan dia tak nak pulak. Then dengan happy saya pun beli la tiket tu sebab tiket tu dia cakap balik hari khamis dan tiket yang saya beli pulak hari sabtu. So, best la dapat balik awal and tiket saya yang hari Sabtu tu jual dekat roomate saya yang tak ada tiket tu.

Rabu malam tu saya pun tumpang tidur kat rumah sahabat saya di Kuala Terengganu sebab rumah dia agak dekat ke MBKT (perhentian bas Kuala Terengganu) dengan harapan hari khamis malam tu senang nak pergi stesen bas.

Agak menyedihkan bila kawan yang jual tiket hari khamis tu call (dalam pukul 1 ptg, hari khamis yang malam tu sepatutnya dah boleh balik) cakap rupenye tiket tu hari Jumaat dan kena balik sorang (kene jugak balik sorang). Di sebabkan kerinduan yang mendalam kat family, saya pun tak dapat menahan air mata....dan dia suruh amek tiket kat dia malam khamis tu kat MBKT sebab tiket dia hari khamis (kirenye tak dapat balik sama dengan dia).

Ok sekarang tiket dah amek, dan saya terus simpan dalam wallet.

Tibalah waktu yang dinanti-nantikan..(dah hari Jumaat). Dengan penuh kegembiraan kami (saya,sahabat bersama parent nya) bertolak ke MBKT malam tu. Tiket sepatutnya 9.30. Saya pun dengan confidentnya keluarkan tiket tu...dan tiba-tiba sahabat saya cakap;

"aman, tiket ni pukul 9.30 pagi tadi laa",..

Bayangkan..memang tak keruan dah dengar. Rasa kenapa la susah sangat nak sampai rumah ni. Dalam hati dah tekad kalau tak ada tiket balik hostel je la.. dan alhamdulillah nasib hari tu masih baik sebab ada tiket khas sempena perayaan ni..Dan terus beli,,

Lebih menakutkan bila tiket tu rupanya tiket bas dua tingkat. Sebelum nak beli tiket haritu, saya ada cakap kat sahabat2 takut nak naik bas dua tingkat ni..alih-alih dapat jugak. Ok je naik bas tu cuma lambat nak sampai(tak boleh laju-laju).
Syukur yang tak terhingga pada Illahi sebab sampai juga kat Hentian Putra dengan selamat.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ni,
1)tengok tarikh dan waktu tiket betul2, walaupun orang dah cakap (nak kan lebih kepastian)
2)bersedia fizikal dan mental untuk segala dugaan yang mendatang
3)sabar dan banyakkan doa walaupun masalah datang, sebab semua yang berlaku atas kehendakNYA.ALLAH yang Maha Mengetahui.
4)dan memang kita hanya merancang...




Sunday, May 23, 2010

hidayah milik ALLAH

Firman ALLAH:
Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang DIA kehendaki, dan DIA lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk..
surah Al-Qasas ayat 56
Maka benarlah kata-kata ALLAH yg Maha Agung

Seringkali kita kesedihan lantaran ahli keluarga,rakan-rakan dan masyarakat yang kelihatan jauh dari pegangan Islam yang sebenar. Solat dianggap remeh,aurat,couple..dll. Namun, kesyukuran tetap dipanjatkan lantaran kita adalah orang yang sedar akan permasalahan umat Islam zaman ini. Perlu untuk kita berusaha dalam menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada mereka yang memerlukan bukan sekadar mengeluh dan mengeluarkan kata-kata seperti;
"mereka tak kan berubah",
"dah teruk dah dia ,apa nak jadi ntah",
"buat penat je cakap dengan diorang, bukan makan nasihat pun"...

Akhlak juga merupakan modal yang penting untuk kita mendakwahi keluarga,rakan2,dan masyarakat. Pengorbanan dan kesabaran sangat diperlukan untuk mengajak mereka pada ajaran Islam yang sebenar. Justeru, kita yang sedar akan masalah ini lagi-lagi perlu untuk menjaga ibadah,akhlak,ikhtilat,akademik agar mereka yakin dan mudah untuk menerima apa yang kita serukan.

Tidak kisahlah berapa pun umur mereka, dengan pertolongan dan hidayah dari ALLAH, mereka akan menjadi insan yang benar-benar memahami ajaran Islam,agama yang mereka anuti sepanjang hayat mereka.

Wallahu'alam.





Saturday, May 22, 2010

realiti hidup

Lepas habis spm, saya menyambung pengajian ke matrikulasi. Pada permulaan, saya agak sukar untuk menyesuaikan diri. Environment antara sekolah dan matrik sangat berbeza. Namun lama kelamaan saya rasa perlu untuk menyesuaikan diri dengan apa yang ada disekeliling dan tak perlu terlalu berharap pada benda yang dah jadi kenangan (environment-sahabat2), kerana hidup mesti diteruskan.

Firman ALLAH S.W.T;
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." (surah al-baqarah ayat 216)

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat di matrikulasi. Kenangan bersama kalian tetap dalam ingatan.
Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. amiin

perubahan perlukan kesabaran

saya ingin berkongsi sesuatu melalui pembacaan saya dalam buku yang berjudul Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,,
Saya dahulu seorang yg baran...
Sampai satu masa, kita akan berubah...
Perubahan itu adalah proses biasa dalam kehidupan, ada perubahan yang diusahakan atas pilihan, dan ada juga perubahan yang dilakukan kerana terpaksa...

merenung kembali ayat ini, ia mengingatkan saya tentang masa saya yang dulu. memang sukar untuk berubah namun atas keadaan,kesedaran dan pertolonganNYA tiada yang mustahil. Alhamdulillah.
Kini, saya pula melalui saat-saat di mana menginginkan sahabat dan rakan di sekeliling untuk berubah. Namun, untuk berubah mungkin mustahil berlaku dalam masa yang singkat. Dan sebenarnya dalam hal ni kesedaran,keazaman dan tindakan untuk berubah ke arah yang lebih baik itu sangat perlu. Bukan sekadar kata-kata.
Saya sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat lama yang pernah menegur kesilapan saya dan memohon maaf atas segala kata-kata dan perlakuan yang mengguris hati. Melalui segala teguran itu saya mula berfikir di mana silapnya saya dan cuba untuk berubah. Benarlah bahawa teguran sebenarnya penting supaya kita tahu mana silapnya kita. Namun masa yang berlalu begitu pantas menyebabkan perubahan yang dilakukan tidak sebaik yang diharapkan tetapi ianya tetap lagi diusahakan.insyaALLAH =)
Akhir kata bagi mereka yang ingin berubah, berusahalah sehabis baik dan jangan pernah berhenti berharap dan berdoa kepadaNYA. Moga perubahan ke arah kebaikan itu berkekalan hingga ke akhir hayat..amiin

Ya ALLAH Ya Tuhan kami yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamaMU, dan taat kepadaMU dan berjihad pada jalanMU.
Maka perkenankanlah ya ALLAH..amin ya rabbal 'alamin



syukurku..

alhamdulillah atas segala nikmatNYA dpt juga membuka blog ni,
smoge dpt menulis dgn lbih di masa akan datang.