Saturday, May 22, 2010

perubahan perlukan kesabaran

saya ingin berkongsi sesuatu melalui pembacaan saya dalam buku yang berjudul Rindu Bau Pohon Tin karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,,
Saya dahulu seorang yg baran...
Sampai satu masa, kita akan berubah...
Perubahan itu adalah proses biasa dalam kehidupan, ada perubahan yang diusahakan atas pilihan, dan ada juga perubahan yang dilakukan kerana terpaksa...

merenung kembali ayat ini, ia mengingatkan saya tentang masa saya yang dulu. memang sukar untuk berubah namun atas keadaan,kesedaran dan pertolonganNYA tiada yang mustahil. Alhamdulillah.
Kini, saya pula melalui saat-saat di mana menginginkan sahabat dan rakan di sekeliling untuk berubah. Namun, untuk berubah mungkin mustahil berlaku dalam masa yang singkat. Dan sebenarnya dalam hal ni kesedaran,keazaman dan tindakan untuk berubah ke arah yang lebih baik itu sangat perlu. Bukan sekadar kata-kata.
Saya sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat lama yang pernah menegur kesilapan saya dan memohon maaf atas segala kata-kata dan perlakuan yang mengguris hati. Melalui segala teguran itu saya mula berfikir di mana silapnya saya dan cuba untuk berubah. Benarlah bahawa teguran sebenarnya penting supaya kita tahu mana silapnya kita. Namun masa yang berlalu begitu pantas menyebabkan perubahan yang dilakukan tidak sebaik yang diharapkan tetapi ianya tetap lagi diusahakan.insyaALLAH =)
Akhir kata bagi mereka yang ingin berubah, berusahalah sehabis baik dan jangan pernah berhenti berharap dan berdoa kepadaNYA. Moga perubahan ke arah kebaikan itu berkekalan hingga ke akhir hayat..amiin

Ya ALLAH Ya Tuhan kami yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamaMU, dan taat kepadaMU dan berjihad pada jalanMU.
Maka perkenankanlah ya ALLAH..amin ya rabbal 'alamin



0 comments:

Post a Comment