Friday, May 28, 2010

bicara kata

assalamualaikum w.b.t

Setiap hari kita akan bercakap dan bergaul dengan orang di sekeliling kita. Memang tidak dinafikan kadang-kadang kata-kata kita mampu mengguriskan hati orang lain. Sebegitu jua saya situasi ini juga tidak dapat dielakkan, kemarahan menyebabkan kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan terkeluar secara spontan. Astaghfirullah wa atubuilaik..

Jadi sebenarnya kesabaranlah sangat mendidik hati dan perbuatan kita agar terhindar daripada perkara-perkara yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Macam mana nak sabar? Itulah soalan yang sering kita persoalkan..Selalulah mohon pada ALLAH, semoga diberikan kesabaran yang kuat (sabar bila ditimpa musibah, sabar daripada berbuat maksiat dan sabar bila..xengat pulak lagi satu) dan bila ditimpa sesuatu yang memerlukan kita untuk bersabar, maka bersabarlah, kerana tiap apa yang ALLAH takdirkan tidak sia-sia malah sebenarnya pahala sabar tu kan untuk kita jugak..

Jom semaikan sabar dalam diri. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..sama la macam sabar kan..mudah-mudahan. insyaALLAH
semoga yang menulis ni lebih2 lagi jadi penyabar..amiin

Kuatkan iman tingkatkan amal~~

wallahu'alam






0 comments:

Post a Comment