Sunday, May 23, 2010

hidayah milik ALLAH

Firman ALLAH:
Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang DIA kehendaki, dan DIA lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk..
surah Al-Qasas ayat 56
Maka benarlah kata-kata ALLAH yg Maha Agung

Seringkali kita kesedihan lantaran ahli keluarga,rakan-rakan dan masyarakat yang kelihatan jauh dari pegangan Islam yang sebenar. Solat dianggap remeh,aurat,couple..dll. Namun, kesyukuran tetap dipanjatkan lantaran kita adalah orang yang sedar akan permasalahan umat Islam zaman ini. Perlu untuk kita berusaha dalam menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada mereka yang memerlukan bukan sekadar mengeluh dan mengeluarkan kata-kata seperti;
"mereka tak kan berubah",
"dah teruk dah dia ,apa nak jadi ntah",
"buat penat je cakap dengan diorang, bukan makan nasihat pun"...

Akhlak juga merupakan modal yang penting untuk kita mendakwahi keluarga,rakan2,dan masyarakat. Pengorbanan dan kesabaran sangat diperlukan untuk mengajak mereka pada ajaran Islam yang sebenar. Justeru, kita yang sedar akan masalah ini lagi-lagi perlu untuk menjaga ibadah,akhlak,ikhtilat,akademik agar mereka yakin dan mudah untuk menerima apa yang kita serukan.

Tidak kisahlah berapa pun umur mereka, dengan pertolongan dan hidayah dari ALLAH, mereka akan menjadi insan yang benar-benar memahami ajaran Islam,agama yang mereka anuti sepanjang hayat mereka.

Wallahu'alam.





0 comments:

Post a Comment