Wednesday, May 26, 2010

elakkan salah faham

Alhamdulillah, masih lagi diizinkan untuk menulis dalam blog ni..

Pernahkah anda mengalami situasi salah faham dengan rakan sebilik, sahabat, atau mungkin dengan ahli keluarga anda? Jika pernah,apakah tindakan anda selepas itu?

Bagi pendapat saya, salah faham adalah satu masalah yang jika tidak dikawal dan diselesaikan, ianya akan menyebabkan perasaan marah, tidak puas hati dan boleh mengeruhkan sesuatu hubungan.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan permasalahan ini ialah berterus-terang dengan kaedah yang baik dan bukan dalam keadaan marah,menyindir atau juga dengan kata-kata yang menyakitkan hati.Mungkin boleh dibuat melalui sms,emel dan sebagainya.Elakkan juga memendam masalah atau membiarkan masalah berlarutan dalam tempoh yang panjang yakni selesaikan secepat mungkin.

Sebagai orang yang ditegur pula, terimalah nasihat dengan baik dan berusahalah untuk berubah. Elakkan dari mengeluarkan kata-kata seperti;
"memang ni perangai aku.dah tak boleh dah nak ubah"...
Yakinlah bahawa perubahan yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita juga.

Ingatlah juga bahawa tiada manusia selain Rasulullah S.A.W yang sempurna peribadi dan akhlaknya.Dan memang lumrah hidup bermasyarakat perlukan kesefahaman, tidak pentingkan diri sendiri,dan saling ingat-mengingatkan antara satu dengan yang lain.Sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..
(Surah Al-'asr:1-3)

Akhir kata, semaikan sikap kasih-sayang sesama kita dan elakkan pergaduhan supaya kehidupan kita lebih harmoni.Semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang mengislahkan diri.





0 comments:

Post a Comment