Monday, May 24, 2010

tiket oh tiket

kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan..

Teringat waktu mula-mula masuk sem 2, saya dan sahabat-sahabat lain buat keputusan kononnya cuti Hari Raya Cina nanti (bulan februari) nak stay (tak nak balik rumah,nak struggle study). Namun lama-kelamaan keputusan itu berubah disebabkan masing-masing rindu sangat dengan keluarga tercinta.

Tapi ada roomate saya yang sorang ni tetap tak nak balik sebab sampai dah waktu nak cuti pun tiket tak beli-beli lagi. Jadinya saya plan nak balik ramai-ramai (tak berani balik sorang). Waktu tu tiket dah beli dah pun.

Lepas tu, beberapa hari dah nak balik, ada sorang kawan tanya nak tak balik dengan dia sebab mula-mula tiket tu untuk kawan dia, tapi kawan dia tak nak pulak. Then dengan happy saya pun beli la tiket tu sebab tiket tu dia cakap balik hari khamis dan tiket yang saya beli pulak hari sabtu. So, best la dapat balik awal and tiket saya yang hari Sabtu tu jual dekat roomate saya yang tak ada tiket tu.

Rabu malam tu saya pun tumpang tidur kat rumah sahabat saya di Kuala Terengganu sebab rumah dia agak dekat ke MBKT (perhentian bas Kuala Terengganu) dengan harapan hari khamis malam tu senang nak pergi stesen bas.

Agak menyedihkan bila kawan yang jual tiket hari khamis tu call (dalam pukul 1 ptg, hari khamis yang malam tu sepatutnya dah boleh balik) cakap rupenye tiket tu hari Jumaat dan kena balik sorang (kene jugak balik sorang). Di sebabkan kerinduan yang mendalam kat family, saya pun tak dapat menahan air mata....dan dia suruh amek tiket kat dia malam khamis tu kat MBKT sebab tiket dia hari khamis (kirenye tak dapat balik sama dengan dia).

Ok sekarang tiket dah amek, dan saya terus simpan dalam wallet.

Tibalah waktu yang dinanti-nantikan..(dah hari Jumaat). Dengan penuh kegembiraan kami (saya,sahabat bersama parent nya) bertolak ke MBKT malam tu. Tiket sepatutnya 9.30. Saya pun dengan confidentnya keluarkan tiket tu...dan tiba-tiba sahabat saya cakap;

"aman, tiket ni pukul 9.30 pagi tadi laa",..

Bayangkan..memang tak keruan dah dengar. Rasa kenapa la susah sangat nak sampai rumah ni. Dalam hati dah tekad kalau tak ada tiket balik hostel je la.. dan alhamdulillah nasib hari tu masih baik sebab ada tiket khas sempena perayaan ni..Dan terus beli,,

Lebih menakutkan bila tiket tu rupanya tiket bas dua tingkat. Sebelum nak beli tiket haritu, saya ada cakap kat sahabat2 takut nak naik bas dua tingkat ni..alih-alih dapat jugak. Ok je naik bas tu cuma lambat nak sampai(tak boleh laju-laju).
Syukur yang tak terhingga pada Illahi sebab sampai juga kat Hentian Putra dengan selamat.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ni,
1)tengok tarikh dan waktu tiket betul2, walaupun orang dah cakap (nak kan lebih kepastian)
2)bersedia fizikal dan mental untuk segala dugaan yang mendatang
3)sabar dan banyakkan doa walaupun masalah datang, sebab semua yang berlaku atas kehendakNYA.ALLAH yang Maha Mengetahui.
4)dan memang kita hanya merancang...




0 comments:

Post a Comment