Friday, November 5, 2010

takdir vs ikhtiar


bismillah walhamdulillah
assalamualakum w.b.t

segala puji bagi ALLAH Tuhan yang menguasai Hari Pembalasan, yang masih lagi meneguhkan hati untuk berada dalam nikmat Islam dan iman, wa sollu 'alan nabi Muhammad s.a.w.

Pada posting kali ini, saya ingin mengulas persoalan takdir yang kadang2 di salah ertikan atau telah di salah faham bagi sesetengah pihak. Mohon jutaan kemaafan kerana mungkin ia bakal menyentuh sensitiviti penerimaan mana-mana pihak, namun apa yang cuba saya sampaikan adalah untuk kebaikan bersama.insyaALLAH

Saya pernah melihat statement sebegini.

Situasi si A(lelaki): belum bernikah, berkawan baik dengan seorang wanita dan tempoh untuk menikah masih belum dikenalpasti.( tak confirm kahwin lagi)

Si A menyatakan: Ini bukan pintaku, tapi ia adalah takdir dari ALLAH.

Melihat statement ini, apa pandangan hati dan iman anda? Tepuk dada tanyalah sama iman.

Saya ingin mengulas perbahasannya melalui buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Akidah, Tapi Anda Malu bertanya halaman 110..

..beriman dengan takdir ALLAH tidak membenarkan seseorang berhujjah dengan takdir ALLAH atas segala perbuatan jahat sama ada meninggalkan perkara wajib atau membuat dosa. Sekiranya berhujjah dengan takdir dibenarkan dalam Islam, sudah tentu setiap orang boleh membunuh, merampas harta orang dan melakukan kerosakan dengan alasan ia telah ditakdirkan. Sedangkan apabila dia sendiri terkena (seperti dicuri,dirampas hartanya), ia tidak mahu menerima hujjah dengan sebab takdir.

Sebenarnya setiap manusia yang melakukan kejahatan, ia berpunca dari ikhtiar
(pilihan )nya sendiri. Tiada orang yang memaksanya melakukan maksiat. ALLAH telah memberi pilhan kepadanya sama ada mahu memilih baik atau buruk.

Firman ALLAH dalam Surah Al-Insan ayat ke-3 maksudnya:

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah;maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat) ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Maka orang yang bersyukur atau kufur, kesemuanya telah diberi petunujuk dan keterangan tentang kebaikan dan kejahatan. Tetapi manusia itu sendiri yang memilih sama ada jalan baik atau buruk.

Tersebut sebuah kisah pada zaman Saidina Umar Al-Khattab bahawa seorang pencuri telah dihadapkan kepada beliau dan sabit kesalahnnya mencuri.Justeru, hukuman potong tangan akan dikenakan. Apabila Umar memerintahkan supaya tangannya dipotong, lelaki tersebut berkata;"Nanti dulu wahai Amirul Mukminin! Demi ALLAH aku tidak mencuri kecuali dengan takdir ALLAH". Lantas Umar menjawab" Dan kami demi ALLAH tidak akan memotong tangan kamu kecuali dengan sebab takdir ALLAH".

Oleh sebab itu, tiada siapa yang boleh berhujjah dengan takdir untuk melakukan maksiat.

dan dari firman ALLAH, surah An-Nisa' ayat 165 yang bermaksud: Rasul-rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah ALLAH setelah rasul-rasul itu diutus. ALLAH Maha Perkasa Maha Bijaksana.

untuk terakhir kalinya marilah kita mentadabbur surah Al-Hijr ayat 39-40 yang bermaksud: " Iblis berkata."Tuhanku,oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMU yang terpilih di antara mereka.

Syaitan berkata lagi:....tidak ada kekuasan bagiku terhadapmu, melainkan sekadar aku menyerumu untuk mematuhiku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tapi cercalah kamu sendiri, (14:22)
maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.

sekian. moga kita sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayangNYA.amiin =)


0 comments:

Post a Comment