Saturday, September 18, 2010

a.u.r.a.t part 2


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberi nikmat kehidupan jua nikmat2 yang diminta mahupun yang diberiNYA tanpa kita meminta lantaran sifat ALLAH yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah dan Maha Kuasa. Subhanallah3x

Jadi berbalik kepada topik aurat yang posting sebelum ini, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk mengendalikan topik ini dengan baik namun jauh di sudut hati saya mengharapkan kita semua alert akan permasalahan aurat yang semakin menular pada masa kini.

Sudah diketahui umum bahawa aurat seorang wanita Islam tidak boleh terlihat kesemua anggotanya kecuali muka dan tapak tangan apabila bersama dengan yang tidak halal baginya. Dan aurat seorang lelaki Islam adalah dari pusat hingga lutut.

Dan dalam konteks pemakaian Islam yang sebenar yang pernah saya pelajari di sekolah menengah dahulu, pemakaian kita juga mesti tidak mengikut susuk tubuh,dan tidak jarang. (ni yang ingat). Kesemua aturan ini adalah untuk melindungi diri kita dari menjadi daya penarik (lagi2 wanita) dan mencegah dari masalah2 sosial (seperti cabul dan sebagainya) malu nak sebut.

Seperti yang kita sedia maklum, perang pemikiran yang berlaku juga adalah melalui 4F; food,female,fun and fashion. Jelas kita tengok, female and fashion tu. Berfashionlah mengikut cara Islam yang sebenar. Bukankah kita membawa imej Islam dalam diri kita? Tidakkah ia membanggakan kita?

Jika dilihat kaum hawa menjadi sasaran perang pemikiran jua adalah kerana dari wanita lah berkembang biaknya manusia. Wanita akan menjadi seorang ibu. Ibu paling dekat dengan anak-anaknya dan sekaligus mampu membimbing anak-anaknya ke arah sifat dan peribadi ibu tersebut. Pastinya, kita ingin melahirkan generasi Islam yang memberi sumbangan kepada agama Islam yang juga boleh menyelamatkan kita dengan doa mereka apabila sudah di alam barzakh.Ia adalah harta berharga! Asset kita. Justeru, kita harus alert dengan pembawaan Islam yang sebenar dalam diri kita untuk dijadikan contoh buat anak-anak dan memberi kefahaman Islam yang sebenar. insyaALLAH

Firman ALLAH dalam surah Ar-Ra'd ayat 11;

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri .

Marilah menghidupkan suasana menutup aurat yang lebih tertutup. Ia akan lebih indah. Jauh dari dosa dan fitnah. Jadilah seorang Islam yang beridentitikan Islam yang sebenar. Yang mengikut panduan al-Quran dan as-sunnah. Mari hidupkan suasana Islam.

Tutuplah aurat dengan sempurna, kerana diri kita begitu berharga!.

sekian.

0 comments:

Post a Comment