Tuesday, October 19, 2010

sampai bilakah?




bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

Alhamdulillah3x sollu 'alan nabi

Saat ini dia merasakan tak wajar untuk dia dan sahabat2nya mempunyai masalah ukhwah. Dari dulu sampai kini, masih berbicara tentang ukhwah. Dia bosan. Mungkinkah dia dan sahabat2nya lebih baik percakapannya dari perbuatannya? Dia termenung. Sampai bilakah masalah ini agaknya? Tapi dia juga mengakui, kadang2 dia juga terlepas dalam berbicara. Tak fikir sehabis baik sebelum berbicara.

Mungkin kesibukan dunia dan study menyebabkan dia dan sahabat2 tak sempat nak memikirkan soal hati dan perasaan orang lain. Dia berfikir. Atau keegoaan manusia sebenarnya yang menghakis perasaan manis dalam berukhwah. Masing-masing nak manusia disekelilingnya memahami soal hati, sikap dan perasaannya. Hidup bukan dengan seorang dua, mana mungkin semua orang mampu memahami kita. Dia semakin buntu.

Dia merenung dan meneliti. Pernah je sahabat dia berkata kalau kita rasa manisnya iman, kita akan rasa kasih dan sayang je melihat manusia dan makhluk disekeliling kita. Tiada prasangka. Tiada dendam. Tiada tak puas hati. Jadi, mana silapnya?

Mungkinkah iman dia dan sahabat2nya yang tidak seb
erapa menjadi punca masalah ini? Dia merenung kembali. Alangkah indahnya berukhwah bersama sahabat2nya. Tapi dalam diam ada masalah. Dia hairan. Habis selama ni, adakah berukhwah dengan sekadar luaran, tidak di hati?

Dia keliru. Ini baru masalah ahli dalaman, belum lagi o
rang luar yang diseru.

Dia berharap agar kesilapan yang dia dan sahabat2 lain lakukan, ditegur. Bukan diumpat. Bukan disimpan di dalam hati yang membara. Bukalah lembaran ukhwah yang baru. Dia dahagakan sentuhan yang mengajak kembali kepada Illahi, kata-k
ata motivasi yang menghidupkan semangat yang luntur dan yang penting kehidupan bersama-sama manusia yang hendakkan dan mahu ke arah perbaikan diri.

Kini dia merasakan kerutinan adalah membosankan a
ndai tiada perubahan yang berlaku. Tapi dia tahu, niat yang ikhlas itu perlu. Dia mendoakan agar dia dan sahabat tetap teguh pada tali persaudaraan ini. Dan dia sedar segalanya berbalik pada dirinya sendiri. Jangan menyalahkan ynag lain tapi salahkan diri sendiri.

Dan dia berharap yang dia mampu bergaul dengan manusia disekelilingnnya dengan puas hati.

sekian.

2 comments:

Anonymous said...

insyaALLAH..ukhuwah yg terjalin kerana Allah sangat indah bila baca mengenai sirah RAsulullah dgn para sahabat..Kadang2 kte rasa x puas hati dgn sahbat kte..tp kita terlupa,adakah sahabat kte itu berpuas hati dgn perangai kte?kita terlalu mengharap dari org,shnnga terlupa utk memperbaiki diri menjadi lebih baik..jauh x bermakna tp sayang,dekat x bermakna x sayang..hehe..pepon,cekalkan hati dan jgn berputus asa dri keampunan ALLAH..Sahabat yg baik adalah sahabat yg sentiasa mengingati sahabatnya dalam doa..wallahualam

amanina baharuddin said...

insyaALLAH btul3. if nak sahabat yang baik kita pun mesti jadi baik jugak. sekadar luahan. apapun ana bersyukur ditempatkan bersama antunna =D

Post a Comment