Friday, October 22, 2010

milikNYA

bismillah alhamdulillah 3x


Jam menunjukkan jam 6.15 petang. Khadijah lantas bersiap-siap untuk menghadiri liqo' jam 6.30 petang. Tugasan memasaknya diakhirkan. Dia meminta tolong housematenya untuk menyambung tugasan tersebut.

Jam 6.25, Khadijah lantas bergegas keluar dari rumah. Seperti biasa dia akan menaiki kenderaan yang baru dihadiahkan oleh ibu dan ayahnya. Sedang hendak mengeluarkan kenderaannya, tanpa disedari kerana ianya berlaku secara tidak sedar, keretanya melanggar pagar halaman rumah.

"Astaghfirullahhal'aziim"..Khadijah bersuara.

Dia kemudian dengan segera keluar melihat bahagian belakang keretanya. Kelihatan sedikit calar. Namun dia bersyukur kerana tiada kecederaan dilaporkan.

Lalu dia bermonolog, "Ya ALLAH, memang harta ni semua milikMu. Kalau nak hilang, sekelip mata je. Jauhilah aku dari sifat sombong dan lupa diri. Semoga harta yang kau pinjamkan selamat untuk aku gunakan dalam tiap keperluan. Amiin".

Akibat perlanggaran tersebut, Khadijah meminta agar liqo'nya ditunda selepas maghrib.

tamat-".

1 comments:

ukhtimu said...

Subhanallah, bagusnya khadijah. Terus ingat Allah bila diuji dan trus berdoa yg baik2. Ana juga mahu jd seperti khadijah:)

Post a Comment