Wednesday, June 30, 2010

pilihan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Andai kau ingin berubah, mengapa membiarkan diri terus-terusan dibelenggu dosa?

:. kata2 ni terkena pada diri sendiri.

Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda, “setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal karena tidak berhenti daripada kejahatannya.”

sememangnya kita ada 2 pilihan,

dan Kami telah menunujukkannya 2 jalan (kebajikan dan kejahatan). (90:10)

jadi, letakkan iman dalam kita memilih jalan tu.
mudah2an kita terus kuat.
dikuatkan iman dan ditingkatkan amal.
kuat dalam menempuh cerita kehidupan.
kuat semangat dalam nak study.
kuat hati dalam berukhwah dan bergerak.
kuat untuk berubah ke arah yang positif.

*doa kalian diperlukan.syukran

dan ayuh bersama meningkatkan perubahan dalam diri,
sikit2 lama2 jadi bukit =)

sekian.wasalam.

p/s: selamat hari lahir buat kedua2 abang kandungku.
semoge berjaya di dunia akhirat
didoakan moga hidayah dan rahmat ALLAH bersama kalian sentiasa.
amiin

Tuesday, June 29, 2010

kembali kepadaNYA



bismillah

sesungguhnya orang2 yang bertaqwa apabila mereka dibayangi fikiran2 jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada ALLAH, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan2nya) (7:201)

ingatlah, dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram. (13:28)

dan tidaklah ALLAH menghukum mereka, sedang mereka masih memohon ampunan. (8:33)

maka benarlah kata2 ALLAH yang Maha Agung

------------------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah, tadi baru bukak gmail. Lame dah tak bukak.
dan dapat sesuatu ilmu yang baru.
yang memang selalu difikirkan.
persoalannya..kenapa kita berdakwah?
antara jawapan2 yang saya baca dalam emel tadi
>>sebab masalah sosial disekeliling menyebabkan perlu untuk berdakwah-dalam erti kata lain,kalau tak de orang buat,ianya sangat membimbangkan
>>sebab dalam al-quran dan hadis ada dalil2 menyuruh berbuat dakwah-dalam erti kata lain,itu adalah perintah

saya pun berfikiran macam 2 jawapan di atas.
tapi ternyata sebenarnya ia berkait dengan kehendak hati kita.

banyak orang tahu, tapi tak mahu. lebih kurang macam tu la. kalau kita buat atas faktor luaran bukannya dalaman maka ianya kelihatan seakan2 membebankan.
erti hidup pada memberi.
*banyak lagi yang perlu saya baca utk tambahkan tsaqafah tentang ni semua.

dan satu kata2 yang saya nak share dengan anda semua:
" hate the sin, not the sinner!"









Monday, June 28, 2010

penghujung



bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Minggu ni adalah minggu terakhir di tanah tum
pah kelahiranku, Kuala Lumpur. Selasa depan, saya harus pulang ke Terengganu untuk memulakan sem yang baru.
Tadi sempat baca satu blog yang postingnye berkaitan dengan apa yang dah kita buat selama cuti ni. Memang kalau nak ikutkan, kat rumah banyak free time yang kita boleh buat untuk benda2 yang manfaat. Contohnya nak habiskan target hafazan,baca buku,tingkatkan amalan (mutaba'ah) dan lain2. Tapi, atas ketidakberdayaan melawan godaan syaitan dan terlalu bersenang, maka ianya menjadi pengahalang untuk mencapai objektif yang dibuat before cuti.
Jadinya, memang salah diri sendiri kan.

Memang takut dikira munafik. Dan setiap orang mesti ada cara nak upkan balik iman dia. Mungkin dengan attend liqo', mintak nasihat hqmate, atau dengan berjuang sehabisnya melawan godaan2 yang ada.

Nampak kat sini yang kita memang lupa dan alpa. Perlu sentiasa ingat mengingati. That's why perlu hidup dalam jemaah atau dengan kata lain berkelompok. Kalau sorang2,memang tak berdaya. Rindu kat akhawat semua.

Next sem, pastinya akan ada ujian,cabaran seperti sem2 lepas. Semoga kita dikuatkan untuk menghadapinya.

ingatan buat kita semua:
berasa bebas dari maksiat merupakan maksiat paling besar,
~kalau dah terasa diri ni sgt bagus,bebas dari segala perkara yg menjauhkn diri dari ALLAH,dan memndang org lain lebih rendah dari kita..itulah maksiat terbesar buat kamu! Na'uzubillah,

p/s:thanks fathiyah,atas ingatan =)

wasalam


Sunday, June 27, 2010

iman dan...

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH dengan rahmatNYA, dapat mempertemukan saya dengan mereka2 yang sangat saya sayangi. Semoga pertemuan hari ini jua membawa keberkatan dan yang seterusnya. Topik kali ni adalah ukhwah.

Melihat atau dengar je perkataan ukhwah, apa yang terlintas di fikiran anda?
Berukhwah dengan kawan2, keluarga, saudara-mara dan juga pada seluruh umat Islam.
Semua jawapan boleh diterima.

Hassan Al-Basri pernah menyatakan bahawa 3 perkara yang menyeronokkan bila melakukannya dan tanpa melakukannya tiada manfaat hidup di dunia adalah:
1) Liqo' @ halaqah bersama para ikhwan
2) Membaca al-Quran sendirian
3)Solat berjemaah

Sebagai student pula, hidup dan masa kita memang lebih pada kawan2,dan sahabat2.
Jadi, memang kita perlu untuk memilih kawan yang membawa ke arah kebaikan, mampu menasihati tatkala diperlukan, dan bersama-sama tatkala susah mahupun senang.
Nak dikatakan juga iman adalah berkadar langsung dengan ukhwah. Kalau ada masalah pada hubungan kita dengan orang sekeliling maka perlu untuk kita check hubungan kita dengan ALLAH.

Kita boleh muhasabah diri kita melalui ibadah2 seperti tahajud,tilawah dan solat fardhu kita. Mari sama2 kita berusaha dan menunjukkan kesungguhan kita dalam beribadah kepada ALLAH.

Sempat saya berbual-bual dengan seseorang yang kelihatan sedih dan berkata:
"Saya tahu apa yang saya mintak pasti takkan dapat atau tak jadi"
Mendengar kata2nya, saya sangat terkejut dan ianya merisaukan sebab sangat berkait rapat dengan akidah kita sebagai muslim.

Segala puji bagi ALLAH, yang Maha Mengetahui segalanya. Maka, DIAlah yang mentakdirkan segalanya. Yang pasti, manusia perlu berusaha dalam nak mencapai apa yang diinginkan,dan berdoa moge2 ALLAH memberi keputusan yang terbaik.
Mari same2 kita rujuk surah 2 ayat 216. Di mana, mungkin apa yang kita nak bukanlah terbaik untuk kita, dan apa yang kita tak nak adalah terbaik untuk kita. Dan jelas ALLAH Maha Mengetahui.

Terimalah dengan redha kerana pasti ada hikmah di sebalik suatu kejadian. Adakah kita masih dalam keadaan ragu2? Yakinlah walau kita tak nampak pun hikmah tu tapi atas kesabaran kita, insyaALLAH ada pahala yang diberi.

Dan sememangnya hidup kita tak terlepas dari masalah dan ujian.
Itu saja perkongsian saya buat harini.
Semoga mengambil apa2 manfaat untuk diamalkan.
wasalam




Saturday, June 26, 2010

kegembiraan


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Akhirnya,takdir telah menemukan kami semua pada hari ni. =) syukur dan sangat happy..
Dan dalam kegembiraan tu ada jugak kesedihan. Semoga jumpe barang yang hilang,amiin.


Harap dapat jumpa lagi masa2 akan datang. Thanks semua ^_^
Friends forever~~


ni gamba makanan2 yg kitorang bwk.sangat banyak.sampai boleh bw balik



=)



ni tempat picnic,best air terjun =)

p/s: ayu, thanks semua gambar

sekian,melaporkan dari FRIM,Kepong,Selangor Darul Ehsan.

Friday, June 25, 2010

perjumpaan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lamanya, esok insyaALLAH saya dan rakan2 smakL akan membuat gathering di ****,Kepong. Terima kasih bagi pihak yang menganjurkan. =)

Dan sebelum mengakhiri post untuk harini, suka untuk diberitahu bahawa blog ini sebenarnya lebih kepada perkongsian pengalaman,luahan perasaan,dan dalil2 atau ilmu2 yang penulis rasakan sangat terkesan melalui apa yang dibaca. Dan seperkara lagi, penulis memang suka meletakkan title dalam satu atau dua perkataan sahaja.


Teguran yang membina dari anda sangat dialu2kan untuk kebaikan penulis dan kita bersama.

syukran
wasalam

Thursday, June 24, 2010

harus kuat

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Ada beberapa point yang nak ditulis:

1)kefahaman itu sangat penting dalam berbuat sesuatu-jangan menjadi org yang taqlid-ikut je tanpa ada pengetahuan-dan jangan menjadi orang yang tiada pendirian.

2)Jangan sempitkan fikiran kerana dunia ni luas-maka berdakwahlah dengan gembira. =)

3)Juga harus kuat! Maka mohonlah padaNYA. insyaALLAH +_+

Syukran ukhti ^_^

Wednesday, June 23, 2010

perlu

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi segala nikmat, lagi2 nikmat Islam,tarbiah dan semoge selamanya diberi petunjuk yang benar sehingga hujung nyawa.

Selawat dan salam atas junjungan baginda murobbi teragung Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat,para tabi'in,tabi' tabi'in,para ilmuan islam,mujahi
d mujahidah,muslimin muslimat yang masih lagi berpegang pada ajaran Islam yang sebenar hingga hari kiamat insyaALLAH.

Adalah menjadi lumrah manusia untuk hidup dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada gembira ada sedih, ada kenyang ada lapar, ada berani ada takut dan segala macam perasaan yang kita lalui. Semua tu boleh membuatkan kita lebih sabar,menimba sebanyak mungkin pengalaman dan segalanya juga boleh membuat kita terduduk dan mengaku segala kekerdilan dan ketidakupayaan kita kepada ALLAH s.
w.t.

Justeru, carilah kekuatan tatkala merasa lemah agar lemah kita tak mengahayutkan kita buat tempoh yang panjang. Carilah sahabat yang mampu memotivasikan diri dan iman kita. Mintalah nasihat agar ianya mampu membekas pada hati kita supaya kita tak merasa keseorangan dalam menempuh cabaran kehidupan yang sekarang dan masa akan datang.

Dan..tak semua manusia mampu memuaskan hati kita tatkala dia memberi nasihat, memotivasikan iman, jadi yakinlah bahawa segalanya ada pad
a ALLAH, dekatkan diri padaNYA, kerana DIA yang lebih faham dan menyayangi kita..segala kekuatan,keteguhan iman,pohonlah padaNYA..kerana ia perlu buat kita. Ragu2kah kita? Tepuk dada,tanya iman..

Semoga mengambil apa yang bermanfaat.
wasalam

Tuesday, June 22, 2010

perkongsian

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

18-Jun-10 06:15
Dari ...

Salam sahabatku yang dirindui dan dicintai kerana ALLAH, pada pagi yang mulia ni kak *** nak kongsi surah ke-31 ayat 33-34..moga kita terpelihara dari tipuan dunia yang membinasakan diri serta menjadi golongan orang2 yang bertaqwa kepada ALLAH. (insyaALLAH). Selamat memulakan hari ini dengan penuh rasa kehambaan kepadaNYA. =)

Mesej ni diterima oleh saya daripada seorang sahabat seperjuangan di ipta. Sangat terharu tatkala memikirkan masih ada lagi insan yang mengingatkan aku kepada Illahi. Segala puji bagi ALLAH yang Maha Kuasa. Syukran ya sahabat. ^_^

Sepanjang cuti ni, kalau tak pergi sendiri untuk dengar pengisian yang ruhi, maka tak de lah pengisian sepanjang minggu tu. Melainkan mentadabbur ayat2 al-Quran atau baca buku2 yang bermanfaat (sirah nabi,motivasi iman,kisah orang2 soleh).

Seperti dalam surah ke-5 ayat 35

Maka firman ALLAH: Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH, dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNYA, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNYA agar kamu beruntung.

Maka carilah jalan untuk kita dekatkan diri kita kepada Illahi. Melalui apa jua pendekatan, seperti ikut usrah,dengar ceramah (yang live atau kat tv), pembacaan dsb. Dan keuntungannya tiadalah untuk sapa2 melainkan untuk diri kita jua =). Maka adakah kita ragu2?

Ok, pastu jom kita tengok terjemahan surah yang diberikan oleh sahabat fillah saya tadi iaitu surah Luqman ayat 33-34 (ayat last and second last).

33. Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak pula tidak dapat menolong bapaknya sedikit pun. Sungguh, janji ALLAH pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam menaati ALLAH.

34. Sesungguhnya hanya di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan DIA yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh ALLAH Maha Mengetahui Maha Mengenal.

Banyak ayat2 yang jelas kita fahami seperti yang diboldkan.
Sama2 mengambil manfaat,

wasalam

Monday, June 21, 2010

tik tok

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Tik tok..masa terus berlalu. Dan sepanjang tempoh masa berlal
u, bagaimana iman dan amal kita? Bercakap pada diri sendiri jugak, sebab cuti yang lama ni adakalanya boleh buat iman kita tak berapa baik. Semuanya salah diri sendiri. Time2 lemah iman ni, saya suka baca artikel2 yang berkaitan iman dan hati. (jangan lupa baca al-Quran)


Iman bertambah dan berkurang

Memang menjadi hakikat bahawa iman manusia itu adakalanya melalui saat-saat keemasannya, dan kadangkala ia melalui saat-saat kegelepannya. Bahkan sifat ini adalah sunnah kehidupan itu sendiri, dan kita tidak lari daripada keadaan itu.

Abu Ja’afar berkata; “Iman itu bertambah dan berkurang. Apabila kita mengingati Allah dan bertasbih serta bertahmid kepadaNya, maka kesemua itu menambahkan iman. Jikalau kita lupa serta lalai dari mengingatiNya, maka kesemua itu akan mengurangkan tahap keimanan kita.

Tanda-tanda iman menjadi lemah

Syaitan sentiasa mencuba untuk menyesatkan bani Adam sehinggalah datangnya hari kiamat. Amat rugilah bagi manusia itu jika dia tidak menyedari bahawa imannya sedang menuju ke lembah kebinasaan. Mukmin yang sebenar perlulah peka terhadap tahap keimanannya agar dia sentiasa berjaga dan berwaspada setiap masa.

Antara tanda-tanda iman kita lemah adalah:-

1. Merasa malas untuk melakukan solat berjemaah di masjid dan ini adalah salah satu sifat munafiq sepertimana yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran, maksudnya;

142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

2. Merasa susah untuk bangun bagi mengerjakan solat subuh. Baginda s.a.w bersabda; “Dua rakaat pada waktu fajar adalah lebih baik dari dunia dan seisinya”.

3. Tiada rasa khusyu’ di dalam solat dan sentiasa sibuk dengan urusan dunia.

4. Meninggalkan perkara-perkara sunat seperti solat sunat 2 rakaat selepas solat fardhu.

5. Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca.

30. Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku. Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

6. Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat hatta diri sendiri melakukannya.

Iman kita tidak akan berkurang secara drastik, bahkan syaitan itu amatlah licik dengan menghasut kita sedikit demi sedikit sehinggalah kita tidak sedar bahawa iman kita semakin berkurang dan akhirnya kita akan tertanya-tanya, bilakah perkara ini terjadi? Bagaimana ianya boleh berlaku dan sebagainya.

Pada awalnya, kita akan mula mengambil sikap sambil lewa terhadap perkara-perkara sunat, sedangkan ianya merupakan senjata bagi mukmin itu sendiri. Kemudian kita akan mula meninggalkannya, dan seterusnya mula merasa berat untuk solat berjamaah. Kemudian kita solat bersendirian di rumah. Bila keadaan ini berlaku, solat fardhu akan dilewatkan kerana merasakan bahawa baki waktu solat masih ada. Dan akhirnya, kita akan meninggalkan solat fardhu tanpa disedari. Nah lihatlah, bukankah perkara ini berlaku dengan halus sekali?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Hati adalah raja kepada seluruh anggota badan. Tindakan anggota zahir melambangkan keadaan hati batin yang tidak dapat dilihat. Ada hati yang sakit, tetapi tidak disedari oleh tuannya. Bahkan ada yang sampai hatinya mati pun tuannya masih tak tahu tentang kematian tersebut ataupun tanda-tandanya.

Berikut disenaraikan sebahagian tanda hati yang hidup secara sihat. Kalau tanda ini tiada pada kita, ‘mafhum mukhalafah’nya hati kita sudah mula sakit.

1. Faham dan menghayati bahawa dunia ini adalah sebagai ladang untuk dituai hasilnya pada akhirat kelak.

Banyak orang tahu dan faham bahawa dunia ini adalah tumpangan dan akhirat kelak yang kekal abadi. Itu belum memadai jika tidak disertakan pembuktian bahawa kita tidak terjebak dengan perangkap dunia yang sentiasa mempesona. Pesanan Nabi; dunia ini indah menawan. Allah tempatkan kamu di sana supaya dia melihat bagaimana kamu beramal. Takutilah dunia dan takutilah wanita. Kerana fitnah pertama menimpa Bani Israil adalah pada wanita.

2. Rasa gelisah apabila tidak dapat menyempurnakan amalan dan wirid harian.

Sebagai muslim yang mengharapkan keredhaan Allah, setiap orang daripada kita perlu ada wirid harian yang menjadi amalannya. Sebagai contoh, membaca doa-doa yang ma’thur (sahih datangnya dari Nabi Muhammad SAW) pagi dan petang, membaca beberapa muka ayat al-Quran, beristighfar sebanyak seratus kali, berselawat ke atas Nabi SAW dsb. Ada orang menyediakan senarai semak atau muhasabah harian untuk memastikan amalan hariannya dipatuhi.

Kalau kita boleh mendisiplinkan diri kita untuk membeli dan membaca surat khabar dan menonton TV setiap hari selama berjam-jam, mengapa tidak boleh kita khususkan beberapa ketika untuk berzikir, istighfar, tilawah al-Quran dsb. kerana Allah. Perlu diingat, tidak semestinya kita duduk atas sejadah sahaja untuk zikir dan wirid tadi. Ada orang tidak sempurna harinya jika tidak membaca akhbar harian, tetapi langsung tidak tersentuh hati atau rasa bersalah jika tidak sempat membaca al-Quran. Pernah sekali saya menegur orang begini, dia menjawab; baca Quran tu bukan wajib! Subhanallah! Bukan saya nak menghukum, tetapi kita boleh soal balik; baca surat khabar tu wajib ke? Dalam masa yang sama, nilai dan hukumlah di mana letaknya diri kita sendiri?

3. Tidak reda masanya terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Pentingnya masa sampaikan Allah bersumpah dengannya dalam al-Quran; Demi masa, demi fajar, demi dhuha, demi malam… Nabi sendiri pernah berpesan; rebutlah masa lapang sebelum datang masa sibuk. Pepatah Arab menyebut; waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak memotongnya, ia akan memotong engkau. Tidak ketinggalan juga pepatah Melayu kita; waktu itu umpama emas. Manakala mujaddid kurun kedua puluh mengingatkan; waktu itu adalah kehidupan. Maka, jika kita mensia-siakan masa yang dianugerahkan Allah, bermakna kita telah mensia-siakan kehidupan kita sendiri!

Membuang masa sama ada dengan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, atau membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Sama ada manfaat dunia mahupun akhirat. Sama ada manfaat itu untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Andaikata membaca coretan ini membuang masa, tinggalkanlah. Andaikata kita menaip sesuatu yang tiada manfaat, tinggalkanlah. Kerana ia menjadi indikator kesihatan hati kita!

4. Putus hubungan dengan dunia semasa solat bahkan merasa nikmat dan rehat ketika menunaikannya.

Bila kita mengangkat takbir ‘Allahu Akbar’ kita telah mengagungkan Allah Taala dan meletakkan dunia dan isi kandungnya di belakang. Tidak dibawa sama dalam solat. Sebab itu antara adab solat ialah memastikan kita betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal. Makruh solat dalam keadaan makan sudah terhidang sebagaimana makruh juga solat jika menahan kencing, kentut dsb. Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai ‘ruang rehat’ baginda ketika bersabda kepada Bilal; rehatkanlah kami (dengan solat) wahai Bilal!

Kalau kita tidak memahami makna perkataan dalam solat (walaupun dah dua puluh tahun solat!), masih sempat mencongak bajet keluarga bagi tahun 2010 dalam solat, masih sempat mencari destinasi percutian hujung tahun dsb., maka akuilah bersama bahawa hati kita masih belum sihat.

5. Tidak jemu berzikir kepada Allah dan berkhidmat kepadaNya, dan lebih suka bersahabat dengan orang yang menunjuk dan mengingatkannya kepada zikir dan khidmat tadi.

Jika kita tahu kedudukan kita sebagai hamba Allah, nescaya kita tidak akan jemu untuk berzikir kepadanya. Jika kita tahu peranan kita sebagai khalifah Allah, nescaya akan kita akan berusaha menunaikan amanah tersebut. Juga kita lebih suka mendampingi individu, majlis atau organisasi yang boleh membimbing kita berkhidmat untuk agama Allah. Kalaulah matlamat hidup kita sekadar memuji Allah, nescaya Allah tidak jadikan kita, sebab para malaikat lebih banyak zikir, tahmid dan tasbih mereka kepada Allah. Tapi Allah cipta kita berkhidmat sebagai khalifah di atas muka bumi ini, satu amanah yang amat berat. Kita tentu akan lebih cenderung mendampingi dan didampingi orang-orang yang akan membimbing, membantu dan mendorong penyempurnaan amanah tadi. Berbalik kepada tajuk, jika kita langsung tidak memikirkan tugas sebagai khalifah tadi dan berusaha menyempurnakannya, akuilah bahawa hati kita kurang sihat.

6. Tumpuan lebih diberikan kepada memperbaiki amal daripada memperbanyakkan amal.

Orang yang bijak sentiasa memuhasabah amalnya supaya diterima Allah. Bukannya banyak beramal tetapi ditolak oleh Allah. Jauh lagi, kalau hanya banyak bercakap, pandai komplen dan mempertikaikan tindakan orang lain, tapi diri sendiri tidak menyumbang apa-apa. Secara khusus, aspek yang perlu sentiasa diperbaiki ialah dari segi ikhlas, jauh dari ujub dan sum’ah, melaksanakan nasihat, muhasabah diri, ihsan dan merasa kurang dalam menunaikan hak Allah. Sebab itu ilmu dan berdamping dengan orang berilmu adalah perlu supaya amal sentiasa diterima Allah.

Moga Allah perlihatkan kelemahan diri kita sendiri supaya kita sedar dan berusaha memperbaikinya. Tidak kiralah kelemahan tersebut ditunjukkan oleh siapa, yang penting kita mengakui kelemahan diri dan membaikinya.

sumber daripada: laman web isma

So, diharapkan dengan maklumat2 di atas, kita lebih kenal hati kita.
Dan terserah pada kita semua nak buat sekarang atau tangguh-menangguh.
Yang pastinya kita tak tahu panjang mana lagi nyawa kita.

wasalam

Sunday, June 20, 2010

kemiskinan kekayaan

bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua (tak dapat banyak, sikit pun jadi). Ok, masuk pada penulisan yang berkaitan dengan tajuk di atas. Sebelum tu, mari kita bersoal jawab sekejap..

Pernah tak anda mengalami situasi tak cukup duit untuk makan?(sekeluarga)
Atau selalu tak dapat barang yang anda nak sebab tak cukup duit walaupun sehelai pakaian?
Atau adakah rumah anda masuk air (atap rumah bocor) ketika hujan lebat?
Atau adakah anda pernah rasa rendah diri sebab anda tak sekaya atau segah kawan2 lain?

Mungkin anda tak pernah langsung mengalami situasi2 di atas. Atau, mungkin satu dua daripadanya.Ataupun putaran masa menyebabkan semua pertanyaan di atas yang anda pernah lalui kian meninggalkan anda. Lihat,hayati, dan fikirkan.

Itulah hakikat kehidupan manusia yang lemah. Kekayaan atau kemiskinan sebenarnya boleh membawa kita jauh pada Illahi. Kekayaan menyebabkan kita alpa,leka,terlalu cinta pada dunia. Kemiskinan menyebabkan kita merungut,mengeluh,berusaha keras hingga lalai dalam melakukan tanggungjawab kita pada ALLAH sehingga bila dapat apa yang dihajati lupa pada ALLAH dan menganggap yang semuanya hasil usaha kita. Namun, bukan semua antara kita yang begitu.

Tiada siapa dapat mengubah takdir Illahi. Cuma sebagai manusia memang kita perlu berikhtiar dan melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNYA,dan tawakal kepadaNYA.

di waktu kaya ingatlah pada ALLAH
di waktu miskin ingatlah pada ALLAH
di waktu sihat ingatlah pada ALLAH
di waktu sakit ingatlah pada ALLAH

kerjakan perintahNYA jauhi laranganNYA
itulah orang yang ingat ALLAH

banyak yang kaya lupa pada ALLAH
banyak yang miskin jauh dari ALLAH
banyak yang sihat lari dari ALLAH
banyak yang sakit meninggalkan ALLAH

itulah orang yang sombong pada Tuhannya
tidak kenal kepada ALLAH

ingatlah wahai manusia, semua kan kembali pada ALLAH
ingatlah wahai manusia, hidup matimu di tangan ALLAH

:.by sakha

Lagu ni ada betulnya. Walau siapa pun kita,yang bernilai di sisi ALLAH adalah orang yang bertaqwa.

Biar

Kaya harta di dunia, kaya amalan di akhirat
Miskin harta di dunia, kaya amalan di akhirat

tapi bukan

Kaya harta di dunia, miskin amalan di akhirat
Miskin harta di dunia, miskin amalan di akhirat

Ya muqollibal qulub, thabbit qulubana 'ala dinik, wa 'ala to'atik (3X)
amiin ya rabbal 'alamiin.

Semoga dikuatkan iman, dan diberi kesabaran dalam beramal..amiin
salam.





Wednesday, June 16, 2010

perbualan

bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Kisah tentang perbualan si anak yang bernama Fatimah dengan ibunya Zainab.

Ibu: Wahai anakku, tuangkan susu kambing itu ke dalam bekasnya. Esok ibu mahu menjualnya di pasar

Anak: Ibu, separuh dari susu ini tertumpah semasa saya tuangkan ke dalam bekasnya.

Ibu: Campurkan susu itu dengan air supaya bertambah semula.

Anak: Tidakkah ibu tahu yang Khalifah Umar bin Khatab berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan?

Ibu: Beliau tidak pernah ambil tahu hal kita. Dia tidak tahu sekiranya kamu campurkan susu itu dengan air.

Anak: Wahai ibuku, tidakkah kamu tahu, walaupun Khalifah Umar bin Khattab tidak nampak tetapi ALLAH melihat apa yang kita lakukan. Demi Tuhan, saya bukanlah orang yang mentaatiNya di hadapan ramai tetapi menderhakainNya di tempat sunyi.

Ibu: Benar katamu wahai anakku. Ibu mahu bertaubat.

sumber: Buku Umar Abdul Aziz by Abdul Latip Talib



Monday, June 14, 2010

sangkaan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Saya ingin berkongsi tentang masalah salah sangka atau prasangka buruk. Melalui apa yang saya dapat pagi tadi dalam Tanyalah Ustaz, punca permasalahan salah sangka ni adalah hati kita. Maksudnya ada yang tak kena pada hati kita. Betul jugak, sebab kalau hati tak bermasalah mana mungkin boleh ada perasaan dan sikap2 mazmumah.Betul tak?

Jadinya, ustaz tu juga ada memberi beberapa cara penyelesaian untuk masalah ni(beberapa yang saya ingat) iaitu,

>>muhasabah diri-check balik amalan seharian kita dan tekadkan untuk tak buat lagi perbuatan2 yang membawa kepada dosa.
>>kemudian, bila dah check dan tekad untuk berubah, so hendaklah tak ulang balik kesilapan tersebut
>>then, peringatkan diri kita tentang penting sangat untuk kita
menjaga hubungan sesama muslim, dan bayangkan kalau umat islam berpecah belah. nak kah kita?
>>lagi satu penyelesaian ni pun bole diambil kira buat permulaan nak berubah iaitu kita rapatkan diri kita dengan orang yang kita bersangka2 tu. Dari situ kita harapkan dapat mengenal orang tu dengan lebih mendalam supaya tak wujud lagi masalah kita berprasangka kat dia.,insyaALLAH

Dan ada juga yang bertanyakan masalah salah sangka pada ALLAH. Ia sangat bahaya dan boleh menggugat aqidah seorang muslim. Contohnya, seseorang tu tak yakin dengan syurga,neraka dsb. Jadi ni sebenarnya hasutan iblis kepada manusia. Lagi-lagi bila kita duduk sorang2, ia boleh membawa bayangan yang lebih teruk lagi. Maka hendaklah orang tu, mohon kepada ALLAH agar terlindung dari bisikan syaitan ini. Dan jangan sesekali menzahirkan perbuatan yang boleh merosakkan aqidah tu sama ada melalui perbuatan dan perkataan. Dan dampingilah orang2 yang soleh.

Juga permasalahan melalui takdir, di mana seseorang yang sering diberikan ujian lantaran mempersoalkan dimanakah keadilan ALLAH. Masalah ini juga sangat bahaya dan boleh memesongkan aqidah muslim.Mempercayai qada' dan qadar adalah rukun iman.Dan orang2 yang beriman itu bila mana mendapat nikmat maka dia bersyukur dan bila mendapat musibah dia akan bersabar.

Jadi, berhati-hatilah dalam memikirkan apa yang terlintas di hati kita. Sama-sama memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan agar hidup kita tak terpesong dari landasan agama Islam yang sebenar hanya kerana kejahilan kita.

Semoga mengambil apa yang bermanfaat
wasalam


Sunday, June 13, 2010

peta

Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Musim cuti sekolah ni adalah waktu yang baik untuk mereka yang bakal menjadi raja sehari ni untuk buat kenduri. Waktu ni juga kita boleh jumpa balik saudara-mara,kawan2 lama,jiran tetangga dan lain2 yang memang susah nak jumpe waktu2 lain.(rapatkan silaturrahim =) )

Selalu(memang jarang org tak letak) kita nampak dekat kad undangan majlis perkahwinan tu ada plan@peta untuk pergi ke rumah pengantin kan. Peta tu memang sangat berguna untuk orang2 yang tak pernah langsung pergi tempat tu atau tak berapa yakin jalan nak ke rumah pengantin yang buat kenduri tadi.

Jadinya, kepada pemandu kenderaan dan penunjuk jalan beserta seisi orang2 yang ada dalam kenderaan tersebut, sila bersabar bila nak cari rumah atau pergi ke destinasi yang nak dituju. Jangan bertengkar dalam kenderaan yang dinaiki tapi teruskan berusaha mencari dengan sabar. Lagi2 bila lalu highway yang susah nak jumpa jalan u-turn.

Dan, tolong jangan patah balik bila tak jumpa jalan tu (lagi2 dah 3/4 jalan). Tapi try tanya kat orang2 disekeliling kawasan tersebut dan banyakkan doa moga ditemukan jalan tesebut.Mudah2an..

Saya kagum dengan pemandu yang bila jalan tak jumpa2 pun still cakap,
"Tak pe, kita cari lagi. Cari biar sampai jumpa" atau "Biasala sesat, kita pun bukan pernah/jarang datang sini". Sangat menunjukkan contoh pemandu yang baik dan sabar.

Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan mempraktikkannya, sesungguhnya sabar itu cantik.

wasalam







Saturday, June 12, 2010

pak cik teksi

Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH yang mentakdirkan segala-galanya. Terasa best membuat daurah tanpa charge sewa nak di comparekan dengan yang sebelum2 ni. Terharu dan seronok jugak bila tengok junior2 yang masih muda dah dapat kefahaman tentang tarbiah islamiah.(compare dengan diri sendiri) dan mengharapkan mereka mampu mengamalkan dan mewarisi rantaian perjuangan.Amiin.(sangat berharap)

Dah sampai kat stesen lrt, saya decide nak naik teksi sampai rumah. Dipendekkan cerita, bila teksi yang dinaiki dah masuk kawasan perumahan, tiba-tiba muncul seorang budak dengan menaiki basikal dengan lajunya menghentam teksi pak cik tu.Tercampak budak tu. Namun alhamdulillah budak tu masih selamat dan no injured.

Apa yang nak disampaikan dalam cerita ni sebenarnya ialah sangat baguslah sikap pak cik tu sebab walaupun kereta dia kene langgar dengan yang memang totally salah budak tu,tapi dia tak tinggi suara, slow talk je dengan budak tu dan senyum aje.Pak cik tu umur dia adalah dalam lingkungan 50-an.Mungkin faktor umur dan lebih menyedihkan tayar pak cik tu pecah+pancit. Dan dia betulkan sorang2. (tak mampu nak tolong)

Semoga budak yang naik basikal tu ambil pengajaran dan kita mengambil contoh sikap pak cik tadi. Tak terus melenting,marah dsb. Biasalah, budak2..=)

--------------------------------------------------------------------------------

Dan waktu nak datang program tadi naik lrt jugak, dan dalam tu ada 2 orang buta dan budak yang mcm down syndrom. Terasa betapa bersukurnya dikurniakan anggota dan akal yang sempurna. Betullah yang sesekali kita kene keluar dari kelompok kehidupan kita yang biasa supaya kita boleh tengok sikap,ambil pengajaran dari manusia2 yang lain. Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi orang yang susah dari kita, kalau kita rasa tak sempurna, sebenarnya ada lagi orang yang diuji dengan lagi dahsyat. Nampak lah memang manusia tak sempurna dan perlukan pertolongan dari ALLAH.

Dan bila mana kita memuji makhluk, subhanallah sebenarnya segala pujian selayaknya hanya untukNYA.

wasalam

Friday, June 11, 2010

untuk kita

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih dapat mengepost sesuatu yang mudah2an memberi manfaat pada penulis dan pembaca. Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Moga kita memperbanyakkan doa untuk kebaikan diri dsb.

"Tak de masa untuk kita futur,and down..",teringat nasihat sahabat di u yang memang terkesan ke hati.(syukran jiddan)

Sama-sama kita memperbaharui niat kita yang agar dengannya amalan kita tidak sia-sia. Tak dinafikan semakin lama ditarbiah, iaitu cuba mengislahkan diri, kita semakin diuji. Ujian yang kadang-kadang terasa sangat berat, ujian pada keikhlasan yakni adakah kita berbuat kerana ALLAH atau sekadar arahan, sekadar nak tunjuk hebat, sekadar nak cari jodoh, sekadar buat tapi tanpa penghayatan, juga diuji dengan masalah ukhwah,ketsiqahan pada sahabat2 dan dengan masalah2 lain yang tiada menunujukkan perubahan.

Itulah sebenarnya hakikat manusia yang lemah dan sangat memerlukan pengharapan dan pertolongan daripadaNYA.

Suka untuk saya berkongsi melalui pembacaan saya yang memberikan maksud;

Seseorang hamba yang merasa dirinya besar dengan amal soleh yang dilakukannya seperti mengakui dirinya memiliki posisi dalam syi'ar Islam, iaitu dengan solatnya, jihadnya, atau dakwah yang disampaikan sebenarnya masih mempunyai ciri ketidaktahuan kepada ALLAH. Jadi, perlu difahami bahawa ALLAH tidak memerlukan amal-amal ibadah kita. Sebesar mana ketaatan kita tak kan menguntungkanNYA dan sebesar mana kemaksiatan kita tak kan merugikanNYA. ALLAH Maha Hebat, Maha Kaya dan segala puji adalah untukNYA.

Justeru sebenarnya, amalan kita itu adalah untuk diri kita. Jika berbuat baik, maka pahalanya untuk kita dan jika berbuat buruk maka kita yang memikul dosanya.

Banyak yang baru saya tersedar bila baca buku tu. Alhamdulillah~~
Lagi satu, bersumber dari Umar bin Musa, Al-Ujb, hal.31
Aisyah r.a ditanya," Kapan seseorang berdosa?" Dia menjawab ,"ketika seseorang menganggap dirinya baik".

Nastaghfirullah wa natubuilaik..dan betul lah bila mana kita nak merubah sesuatu maka kita yang perlu mengubah diri sendiri, terutamanya hati kita kerana dari hati lah terbitnya amalan.Cakap memang mudah,nak dibandingkan dengan praktikalnya.

Jadi,teruskan perjuangan untuk diri-agama-keluarga-masyarakat-negara.
Perbaharui niat-->>moga amalan tidak sia-sia.

wasalam







Thursday, June 10, 2010

hak

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

"sepatutnya,anti pun tak boleh tahu hal ni",teringat kata-katanya.

Sekadar meluahkan..
Kadang2 terfikir apakah kami tiada hak untuk mengetahui hal2 sebegitu.
Mungkin memang ada alasan2 yang munasabah untuk dirahsiakan. Tapi, kalau dah diketahui umum tak salah untuk menerangkan kepada kami secara baik,kan?

Memang itu bukanlah masalah yang besar, banyak lagi benda nak fikir, tapi sesekali benda ni mungkin boleh menghilangkan ketsiqahan.Mungkin juga tiada kepentingan kami untuk tahu, tapi ia penting untuk masa akan datang.

Sekadar meluahkan, mohon maaf atas segalanya.
semoga berukhwah dan berbuat keranaNYA.

wasalam





Wednesday, June 9, 2010

petunjuk

bismillah

setitis embunan yang jernih
di hujung dedaunan bersih
kemilau warnanya bagaikan
permata disuluh cahaya

dinginnya menyentuh di jiwa
menyingkap jendela hati
itulah setitis hidayah
membasahi gersang di jiwa

nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
ia seumpama lentera di kamar diri
terungkai segala kusut tertegak kebenaran

tanpa mengira bangsa warna dan rupa
tertebar petunjuk ke seluruh buana
islamlah manusia walau di mana jua
di timur barat selatan dan utara

hitam putih dan kuning islam bersaudara
yang menyatukan semua hanya embun hidayah
damai seluruh dunia aman alam semesta
embun hidayah anugerah ALLAH

hidayah hak milik Tuhan
kurnia tiada tara
meniti menerusi lidah Rasulullah
zaman terus berlalu
musim terus berubah
embun hidayah akan terus melimpah

embun hidayah anugerah ALLAH


by Hijjaz

selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, yang banyak berkorban demi membawa dan menyebarkan agama Islam. Yang juga sangat menyayangi umatnya.

Suka untuk saya berkongsi surah Ali-Imran ayat 144;

Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumnya telah berlalu beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Barangsiapa balik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan ALLAH sedikit pun. ALLAH akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.

Dan kita tahu bahwa Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang terakhir. Tiada lagi nabi selepasnya.

wallahu'alam
wasalam


Tuesday, June 8, 2010

medium perubahan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ni saya baru menghadiri sebuah program di Bangi,Selangor. Alhamdulillah banyak benda baru yang saya dapat. Untuk post kali ni, saya ingin berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat dari program tersebut.

Saya yakin ada di antara anda yang join halaqah/usrah. Apa yang dimaksudkan dengan halaqah? Halaqah ni adalah (seperti yang diterangkan) mesti merangkumi 4 benda:

1)murobbi/murobbiah (orang yang menyampaikan mcm cikgu)
2)mutarobbi/mutarobbiah (orang yang menerima ilmu yang diberi)
3)manhaj (sistem,sillibus)
4)bi'ah (suasana yang membina)


Halaqah jugak adalah medium perubahan bukan saja medium mencari ilmu. Sebab, kalau nak cari ilmu kita boleh baca buku,dengar ceramah,dan yang sama dengannya. Medium perubahan tu adalah yang dapat membina iman, membina fikrah islam yang completely bukan partially dan pembinaan jasad (individu yang sihat).


Contoh situasi:

Biasanya kalau join halaqah/usrah ni kita akan lebih terbooster untuk tambahkan amalan seperti tilawah,qiam,dll..tapi sebenarnya yang paling berkesan, ia akan merubah keseluruhan hidup kita ke arah yang lebih baik. Maksudnya dari o
rang yang selalu buat assignment lambat jadi orang yang allert dengan assignment, dari orang yang selalu buang masa jadi orang yang gunakan masa sebaiknya, dari orang yang kurang menjaga kebersihan kepada orang yang menjaga kebersihan,dari anak yang malas kepada rajin tolong ibu ayahnya dan sebagainya tapi still menjaga amalan ibadah khusus seharian.. Nampak tak?

-----------------------------------------------------------------------------------

Dan seperti yang kita maklum, nak berubah ni memerluk
an masa yang sangat lama. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sukar untuk berubah dalam masa yang cepat. Mungkin ada yang boleh(tak dinafikan).Sebab tu lah, perlunya kita attend halaqah/usrah ni secara konsisten selari dengan perubahan yang konsisten jugak dan kat halaqah/usrah ni lah, yang dengan izinNYA, kita boleh menop upkan balik iman kita as we know that iman manusia ni ada naik turunnya..mcm tu la. Dan pembaikan tu patutnya memang terus hingga nafas yang terakhir..insyaALLAH

Dan memang kalau kita nak berubah banyak cabaran yang datang especially yang menguji iman dan keikhlasan kita. So, sebab tu kita kena dekatkan diri kita dengan golongan yang soleh--minta nasihat depa-->> dari menjadi orang yang menjauhkan diri dari halaqah/usrah, golongan yang baik yang akhirnya menjadikan kita orang yang rugi..

Dan satu benda yang kita kena ingat jugak yang perubahan kita pun sebenarnya dari ALLAH,kekuatan yang ALLAH bagi, rahmatNYA..jadi, usaha memang perlu, memang perlu tapi jangan rasa bangga..kerana ianya boleh merosakkan pahala amalan kita. Sehebat mana pun kita, kita tetap kerdil di sisiNYA.

Perkongsian ni untuk mengingatkan penulis jugak yang banyak lagi sisi-sisi kekurangan yang perlu diperbaiki..moga kita mengambil yang bermanfaat
.

wasalam.







Friday, June 4, 2010

rindu~~

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Dengan ketentuanNYA tadi dapatlah berhq setelah sekian lamanya cuti.terubat kerinduan..alhamdulillah..dapat jugak berjaulah bersama sahabat2..

Tadi saya baru beli sebuah buku tajuk dia: Hancurkan Egomu by Syaikh Majdi Al-Hilali..buku ni berkisar tentang sifat bangga, bahaya
nya sifat ini, faktor dan cara mengatasi.

Melalui pembacaan saya, banyak ilmu2 baru yang boleh dikongsi.

1) masuk dalam kategori sombong adalah ketika seseorang melihat dirinya sendiri, meskipun itu adalah bahagian kecil, dengan puas dan s
enang atas apa yang diketahui atau dilakukan olehnya. Selanjutnya ia memuji dirinya sendiri atas prestasinya itu dan lupa bahwa ALLAH sajalah yang memiliki setiap kelebihan yang ada pada diri kita

2) Jadi kesombongan merupakan bahaya yang masuk ke dalam diri kita, menyeru untuk menyombong amal dengan memperbany
akkannya. Misalnya berkata dalam hati kita,
"aku sungguh kuat,penyabar,dan mampu melakukan hal itu...Aku bersungguh-sungguh melakukannya ..Aku paham betul hal itu..Aku telah kuat berpuasa pada hari panas..Aku telah berinfaq sekian...Aku hebat bila dapat bangun solat tatkala orang lain nyenyak tidur...

Kita berasa bangga dan sombong dengan potensi diri , tapi pada saat yang sama telah melupakan nikmat ALLAH yang diberikan kepada kita dalam proses itu semua..

dan saya sangat suka dan terkesan dengan kata-kata Umar bin Al-Khattab

"Semoga ALLAH memberi rahmat kepada orang yang telah memberitahu sisi-sisi kekuranganku kepadaku"

semoga kita sama-sama mencontohi sifat Umar bin Al-Khattab.

dan buat sahabat,kawan dan semua yang mengenali saya,

"Semoga ALLAH memberi rahmat kepada orang yang telah m
emberitahu sisi-sisi kekuranganku kepadaku"

semoga mengambil apa yang bermanfaat..=)





Thursday, June 3, 2010

doakan

bismillah
assalamualaikum w.b.t

Mari kita doakan moga bantuan Malaysia ke Gaza tiba den
gan selamat. Dan juga mereka selamat pulang ke tanah air.


mesti jaga,,

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Sahabat saya pernah mengingatkan tentang keikhlasan. Kita ta
k kan boleh tahu keikhlasan hati seseorang, dan tak boleh nak judge seseorang tu tak ikhlas sebab tu adalah urusan dia dengan ALLAH . Cuma kita boleh tengok kesungguhan seseorang tu dalam berbuat sesuatu. (jazakillah atas ingatan, sangat sangat bermakna).


sumber gambar dari:
http://hikari2211.wordpress.com/


Wednesday, June 2, 2010

susah senang

assalamualaikum w.b.t

**doakan sama2 untuk kemenangan Islam,,free Palestin~~ amiin

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah masih dapat mengepost di sini.

Alhamdulillah juga tanda kesyukuran atas segala nikmat yang diberi. Perasan tak yang kita selalu anggap kegagalan,kekurangan a
dalah suatu ujian dariNYA. Contohnya bila dapat result exam, senang nak ucap "alhamdulillah" bila berjaya, tapi bila down lain pulak yang keluar cth: "dapat sikit je", "sedihnya"..sampai lupa nak cakap "alhamdulillah"..(moga kita always be thankfull to ALLAH fi kulli hal)..

Ujian dari ALLAH sebenarnya dua-dua, nikmat dan musibah..(7:168)try rujuk. Tapi kalau musibah kita lagi rasa teruji dari nikmat walaupun sebenarnya nikmat ujian tu lagi payah nak rasa diuji..


Dan saya teringat akan seorang sahabat yang pernah mengingatkan tentang dalil (57:22-23)try semak. Waktu tu, dia baru accident dan kereta dia agak teruk. (banyak guna duit untuk repair dan dia baru lagi dapat kereta tu).Dalam dalil tu jelas yang segala apa yang berlaku telah ditetapkan ALLAH dan supaya tak sedih bila kehilangan sesuatu dan tak terlalu happy bila dapat sesuatu.

Dan ujian ALLAH tu berdasarkan tahap kesanggupan penerimaan manusia juga.(2:286)rujuk. Tapi jangan terus berputus asa dari berusaha dan berdoa. Dan saya yakin
setiap dari kita ujian nikmat dan ujian musibah lain-lain.(mungkin sama, mungkin tak)
itulah pahit manis kehidupan.

Dan, bila kita redha, kita tahu rezqi lain2 maka tak wujudlah masalah hasad dengi dsb. Cuma, kita yang perlu ubah cara kita tu ke arah yang lebih memberi kejayaan.

(moga kita sama-sama sabar bila mana ditimpa musibah dan bersyukur bila dapat nikmat)

pilihlah..








Tuesday, June 1, 2010

baru tahu,,

assalamualaikum w.b.t

**ada correction pada lirik lagu dalam post semalam

jasad kaku dibaluti kertas usang

-------------------------------------------------------------------------------------

Dalam beberapa bulan yang lepas sehingga baru-baru ni, banyak perkara-perkara yang saya baru tahu.Tapi memang adat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Saya pun tak tahu sampai bila mampu bertahan. Namun saya yakin, segala ketentuanNYA, pasti yang terbaik.Dan yang penting, kehidupan mesti diteruskan dan semestinya k
ita kene bangkit dan terus bergerak.

Maka firman ALLAH S.W.T:

..Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan...(2:148)

..Dan tolong-menolonglah kamu dal
am (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada ALLAH, sungguh ALLAH sangat berat siksaNYA.(5:2)

maka benarlah kata-kataNYA yang Maha Agung..