Sunday, June 27, 2010

iman dan...

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH dengan rahmatNYA, dapat mempertemukan saya dengan mereka2 yang sangat saya sayangi. Semoga pertemuan hari ini jua membawa keberkatan dan yang seterusnya. Topik kali ni adalah ukhwah.

Melihat atau dengar je perkataan ukhwah, apa yang terlintas di fikiran anda?
Berukhwah dengan kawan2, keluarga, saudara-mara dan juga pada seluruh umat Islam.
Semua jawapan boleh diterima.

Hassan Al-Basri pernah menyatakan bahawa 3 perkara yang menyeronokkan bila melakukannya dan tanpa melakukannya tiada manfaat hidup di dunia adalah:
1) Liqo' @ halaqah bersama para ikhwan
2) Membaca al-Quran sendirian
3)Solat berjemaah

Sebagai student pula, hidup dan masa kita memang lebih pada kawan2,dan sahabat2.
Jadi, memang kita perlu untuk memilih kawan yang membawa ke arah kebaikan, mampu menasihati tatkala diperlukan, dan bersama-sama tatkala susah mahupun senang.
Nak dikatakan juga iman adalah berkadar langsung dengan ukhwah. Kalau ada masalah pada hubungan kita dengan orang sekeliling maka perlu untuk kita check hubungan kita dengan ALLAH.

Kita boleh muhasabah diri kita melalui ibadah2 seperti tahajud,tilawah dan solat fardhu kita. Mari sama2 kita berusaha dan menunjukkan kesungguhan kita dalam beribadah kepada ALLAH.

Sempat saya berbual-bual dengan seseorang yang kelihatan sedih dan berkata:
"Saya tahu apa yang saya mintak pasti takkan dapat atau tak jadi"
Mendengar kata2nya, saya sangat terkejut dan ianya merisaukan sebab sangat berkait rapat dengan akidah kita sebagai muslim.

Segala puji bagi ALLAH, yang Maha Mengetahui segalanya. Maka, DIAlah yang mentakdirkan segalanya. Yang pasti, manusia perlu berusaha dalam nak mencapai apa yang diinginkan,dan berdoa moge2 ALLAH memberi keputusan yang terbaik.
Mari same2 kita rujuk surah 2 ayat 216. Di mana, mungkin apa yang kita nak bukanlah terbaik untuk kita, dan apa yang kita tak nak adalah terbaik untuk kita. Dan jelas ALLAH Maha Mengetahui.

Terimalah dengan redha kerana pasti ada hikmah di sebalik suatu kejadian. Adakah kita masih dalam keadaan ragu2? Yakinlah walau kita tak nampak pun hikmah tu tapi atas kesabaran kita, insyaALLAH ada pahala yang diberi.

Dan sememangnya hidup kita tak terlepas dari masalah dan ujian.
Itu saja perkongsian saya buat harini.
Semoga mengambil apa2 manfaat untuk diamalkan.
wasalam




0 comments:

Post a Comment