Sunday, June 13, 2010

peta

Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Musim cuti sekolah ni adalah waktu yang baik untuk mereka yang bakal menjadi raja sehari ni untuk buat kenduri. Waktu ni juga kita boleh jumpa balik saudara-mara,kawan2 lama,jiran tetangga dan lain2 yang memang susah nak jumpe waktu2 lain.(rapatkan silaturrahim =) )

Selalu(memang jarang org tak letak) kita nampak dekat kad undangan majlis perkahwinan tu ada plan@peta untuk pergi ke rumah pengantin kan. Peta tu memang sangat berguna untuk orang2 yang tak pernah langsung pergi tempat tu atau tak berapa yakin jalan nak ke rumah pengantin yang buat kenduri tadi.

Jadinya, kepada pemandu kenderaan dan penunjuk jalan beserta seisi orang2 yang ada dalam kenderaan tersebut, sila bersabar bila nak cari rumah atau pergi ke destinasi yang nak dituju. Jangan bertengkar dalam kenderaan yang dinaiki tapi teruskan berusaha mencari dengan sabar. Lagi2 bila lalu highway yang susah nak jumpa jalan u-turn.

Dan, tolong jangan patah balik bila tak jumpa jalan tu (lagi2 dah 3/4 jalan). Tapi try tanya kat orang2 disekeliling kawasan tersebut dan banyakkan doa moga ditemukan jalan tesebut.Mudah2an..

Saya kagum dengan pemandu yang bila jalan tak jumpa2 pun still cakap,
"Tak pe, kita cari lagi. Cari biar sampai jumpa" atau "Biasala sesat, kita pun bukan pernah/jarang datang sini". Sangat menunjukkan contoh pemandu yang baik dan sabar.

Moga kita sama-sama mengambil manfaat dan mempraktikkannya, sesungguhnya sabar itu cantik.

wasalam







0 comments:

Post a Comment