Monday, June 14, 2010

sangkaan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Saya ingin berkongsi tentang masalah salah sangka atau prasangka buruk. Melalui apa yang saya dapat pagi tadi dalam Tanyalah Ustaz, punca permasalahan salah sangka ni adalah hati kita. Maksudnya ada yang tak kena pada hati kita. Betul jugak, sebab kalau hati tak bermasalah mana mungkin boleh ada perasaan dan sikap2 mazmumah.Betul tak?

Jadinya, ustaz tu juga ada memberi beberapa cara penyelesaian untuk masalah ni(beberapa yang saya ingat) iaitu,

>>muhasabah diri-check balik amalan seharian kita dan tekadkan untuk tak buat lagi perbuatan2 yang membawa kepada dosa.
>>kemudian, bila dah check dan tekad untuk berubah, so hendaklah tak ulang balik kesilapan tersebut
>>then, peringatkan diri kita tentang penting sangat untuk kita
menjaga hubungan sesama muslim, dan bayangkan kalau umat islam berpecah belah. nak kah kita?
>>lagi satu penyelesaian ni pun bole diambil kira buat permulaan nak berubah iaitu kita rapatkan diri kita dengan orang yang kita bersangka2 tu. Dari situ kita harapkan dapat mengenal orang tu dengan lebih mendalam supaya tak wujud lagi masalah kita berprasangka kat dia.,insyaALLAH

Dan ada juga yang bertanyakan masalah salah sangka pada ALLAH. Ia sangat bahaya dan boleh menggugat aqidah seorang muslim. Contohnya, seseorang tu tak yakin dengan syurga,neraka dsb. Jadi ni sebenarnya hasutan iblis kepada manusia. Lagi-lagi bila kita duduk sorang2, ia boleh membawa bayangan yang lebih teruk lagi. Maka hendaklah orang tu, mohon kepada ALLAH agar terlindung dari bisikan syaitan ini. Dan jangan sesekali menzahirkan perbuatan yang boleh merosakkan aqidah tu sama ada melalui perbuatan dan perkataan. Dan dampingilah orang2 yang soleh.

Juga permasalahan melalui takdir, di mana seseorang yang sering diberikan ujian lantaran mempersoalkan dimanakah keadilan ALLAH. Masalah ini juga sangat bahaya dan boleh memesongkan aqidah muslim.Mempercayai qada' dan qadar adalah rukun iman.Dan orang2 yang beriman itu bila mana mendapat nikmat maka dia bersyukur dan bila mendapat musibah dia akan bersabar.

Jadi, berhati-hatilah dalam memikirkan apa yang terlintas di hati kita. Sama-sama memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan agar hidup kita tak terpesong dari landasan agama Islam yang sebenar hanya kerana kejahilan kita.

Semoga mengambil apa yang bermanfaat
wasalam


0 comments:

Post a Comment