Wednesday, June 16, 2010

perbualan

bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Kisah tentang perbualan si anak yang bernama Fatimah dengan ibunya Zainab.

Ibu: Wahai anakku, tuangkan susu kambing itu ke dalam bekasnya. Esok ibu mahu menjualnya di pasar

Anak: Ibu, separuh dari susu ini tertumpah semasa saya tuangkan ke dalam bekasnya.

Ibu: Campurkan susu itu dengan air supaya bertambah semula.

Anak: Tidakkah ibu tahu yang Khalifah Umar bin Khatab berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan?

Ibu: Beliau tidak pernah ambil tahu hal kita. Dia tidak tahu sekiranya kamu campurkan susu itu dengan air.

Anak: Wahai ibuku, tidakkah kamu tahu, walaupun Khalifah Umar bin Khattab tidak nampak tetapi ALLAH melihat apa yang kita lakukan. Demi Tuhan, saya bukanlah orang yang mentaatiNya di hadapan ramai tetapi menderhakainNya di tempat sunyi.

Ibu: Benar katamu wahai anakku. Ibu mahu bertaubat.

sumber: Buku Umar Abdul Aziz by Abdul Latip Talib



0 comments:

Post a Comment