Wednesday, June 23, 2010

perlu

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi segala nikmat, lagi2 nikmat Islam,tarbiah dan semoge selamanya diberi petunjuk yang benar sehingga hujung nyawa.

Selawat dan salam atas junjungan baginda murobbi teragung Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat,para tabi'in,tabi' tabi'in,para ilmuan islam,mujahi
d mujahidah,muslimin muslimat yang masih lagi berpegang pada ajaran Islam yang sebenar hingga hari kiamat insyaALLAH.

Adalah menjadi lumrah manusia untuk hidup dalam keadaan yang berbeza-beza. Ada gembira ada sedih, ada kenyang ada lapar, ada berani ada takut dan segala macam perasaan yang kita lalui. Semua tu boleh membuatkan kita lebih sabar,menimba sebanyak mungkin pengalaman dan segalanya juga boleh membuat kita terduduk dan mengaku segala kekerdilan dan ketidakupayaan kita kepada ALLAH s.
w.t.

Justeru, carilah kekuatan tatkala merasa lemah agar lemah kita tak mengahayutkan kita buat tempoh yang panjang. Carilah sahabat yang mampu memotivasikan diri dan iman kita. Mintalah nasihat agar ianya mampu membekas pada hati kita supaya kita tak merasa keseorangan dalam menempuh cabaran kehidupan yang sekarang dan masa akan datang.

Dan..tak semua manusia mampu memuaskan hati kita tatkala dia memberi nasihat, memotivasikan iman, jadi yakinlah bahawa segalanya ada pad
a ALLAH, dekatkan diri padaNYA, kerana DIA yang lebih faham dan menyayangi kita..segala kekuatan,keteguhan iman,pohonlah padaNYA..kerana ia perlu buat kita. Ragu2kah kita? Tepuk dada,tanya iman..

Semoga mengambil apa yang bermanfaat.
wasalam

0 comments:

Post a Comment