Wednesday, June 30, 2010

pilihan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Andai kau ingin berubah, mengapa membiarkan diri terus-terusan dibelenggu dosa?

:. kata2 ni terkena pada diri sendiri.

Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda, “setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal karena tidak berhenti daripada kejahatannya.”

sememangnya kita ada 2 pilihan,

dan Kami telah menunujukkannya 2 jalan (kebajikan dan kejahatan). (90:10)

jadi, letakkan iman dalam kita memilih jalan tu.
mudah2an kita terus kuat.
dikuatkan iman dan ditingkatkan amal.
kuat dalam menempuh cerita kehidupan.
kuat semangat dalam nak study.
kuat hati dalam berukhwah dan bergerak.
kuat untuk berubah ke arah yang positif.

*doa kalian diperlukan.syukran

dan ayuh bersama meningkatkan perubahan dalam diri,
sikit2 lama2 jadi bukit =)

sekian.wasalam.

p/s: selamat hari lahir buat kedua2 abang kandungku.
semoge berjaya di dunia akhirat
didoakan moga hidayah dan rahmat ALLAH bersama kalian sentiasa.
amiin

0 comments:

Post a Comment