Friday, June 11, 2010

untuk kita

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih dapat mengepost sesuatu yang mudah2an memberi manfaat pada penulis dan pembaca. Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Moga kita memperbanyakkan doa untuk kebaikan diri dsb.

"Tak de masa untuk kita futur,and down..",teringat nasihat sahabat di u yang memang terkesan ke hati.(syukran jiddan)

Sama-sama kita memperbaharui niat kita yang agar dengannya amalan kita tidak sia-sia. Tak dinafikan semakin lama ditarbiah, iaitu cuba mengislahkan diri, kita semakin diuji. Ujian yang kadang-kadang terasa sangat berat, ujian pada keikhlasan yakni adakah kita berbuat kerana ALLAH atau sekadar arahan, sekadar nak tunjuk hebat, sekadar nak cari jodoh, sekadar buat tapi tanpa penghayatan, juga diuji dengan masalah ukhwah,ketsiqahan pada sahabat2 dan dengan masalah2 lain yang tiada menunujukkan perubahan.

Itulah sebenarnya hakikat manusia yang lemah dan sangat memerlukan pengharapan dan pertolongan daripadaNYA.

Suka untuk saya berkongsi melalui pembacaan saya yang memberikan maksud;

Seseorang hamba yang merasa dirinya besar dengan amal soleh yang dilakukannya seperti mengakui dirinya memiliki posisi dalam syi'ar Islam, iaitu dengan solatnya, jihadnya, atau dakwah yang disampaikan sebenarnya masih mempunyai ciri ketidaktahuan kepada ALLAH. Jadi, perlu difahami bahawa ALLAH tidak memerlukan amal-amal ibadah kita. Sebesar mana ketaatan kita tak kan menguntungkanNYA dan sebesar mana kemaksiatan kita tak kan merugikanNYA. ALLAH Maha Hebat, Maha Kaya dan segala puji adalah untukNYA.

Justeru sebenarnya, amalan kita itu adalah untuk diri kita. Jika berbuat baik, maka pahalanya untuk kita dan jika berbuat buruk maka kita yang memikul dosanya.

Banyak yang baru saya tersedar bila baca buku tu. Alhamdulillah~~
Lagi satu, bersumber dari Umar bin Musa, Al-Ujb, hal.31
Aisyah r.a ditanya," Kapan seseorang berdosa?" Dia menjawab ,"ketika seseorang menganggap dirinya baik".

Nastaghfirullah wa natubuilaik..dan betul lah bila mana kita nak merubah sesuatu maka kita yang perlu mengubah diri sendiri, terutamanya hati kita kerana dari hati lah terbitnya amalan.Cakap memang mudah,nak dibandingkan dengan praktikalnya.

Jadi,teruskan perjuangan untuk diri-agama-keluarga-masyarakat-negara.
Perbaharui niat-->>moga amalan tidak sia-sia.

wasalam







0 comments:

Post a Comment