Tuesday, June 22, 2010

perkongsian

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

18-Jun-10 06:15
Dari ...

Salam sahabatku yang dirindui dan dicintai kerana ALLAH, pada pagi yang mulia ni kak *** nak kongsi surah ke-31 ayat 33-34..moga kita terpelihara dari tipuan dunia yang membinasakan diri serta menjadi golongan orang2 yang bertaqwa kepada ALLAH. (insyaALLAH). Selamat memulakan hari ini dengan penuh rasa kehambaan kepadaNYA. =)

Mesej ni diterima oleh saya daripada seorang sahabat seperjuangan di ipta. Sangat terharu tatkala memikirkan masih ada lagi insan yang mengingatkan aku kepada Illahi. Segala puji bagi ALLAH yang Maha Kuasa. Syukran ya sahabat. ^_^

Sepanjang cuti ni, kalau tak pergi sendiri untuk dengar pengisian yang ruhi, maka tak de lah pengisian sepanjang minggu tu. Melainkan mentadabbur ayat2 al-Quran atau baca buku2 yang bermanfaat (sirah nabi,motivasi iman,kisah orang2 soleh).

Seperti dalam surah ke-5 ayat 35

Maka firman ALLAH: Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada ALLAH, dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNYA, dan berjihadlah (berjuang) di jalanNYA agar kamu beruntung.

Maka carilah jalan untuk kita dekatkan diri kita kepada Illahi. Melalui apa jua pendekatan, seperti ikut usrah,dengar ceramah (yang live atau kat tv), pembacaan dsb. Dan keuntungannya tiadalah untuk sapa2 melainkan untuk diri kita jua =). Maka adakah kita ragu2?

Ok, pastu jom kita tengok terjemahan surah yang diberikan oleh sahabat fillah saya tadi iaitu surah Luqman ayat 33-34 (ayat last and second last).

33. Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang ketika itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak pula tidak dapat menolong bapaknya sedikit pun. Sungguh, janji ALLAH pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam menaati ALLAH.

34. Sesungguhnya hanya di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat, dan DIA yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh ALLAH Maha Mengetahui Maha Mengenal.

Banyak ayat2 yang jelas kita fahami seperti yang diboldkan.
Sama2 mengambil manfaat,

wasalam

0 comments:

Post a Comment