Tuesday, June 8, 2010

medium perubahan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ni saya baru menghadiri sebuah program di Bangi,Selangor. Alhamdulillah banyak benda baru yang saya dapat. Untuk post kali ni, saya ingin berkongsi sedikit tentang apa yang saya dapat dari program tersebut.

Saya yakin ada di antara anda yang join halaqah/usrah. Apa yang dimaksudkan dengan halaqah? Halaqah ni adalah (seperti yang diterangkan) mesti merangkumi 4 benda:

1)murobbi/murobbiah (orang yang menyampaikan mcm cikgu)
2)mutarobbi/mutarobbiah (orang yang menerima ilmu yang diberi)
3)manhaj (sistem,sillibus)
4)bi'ah (suasana yang membina)


Halaqah jugak adalah medium perubahan bukan saja medium mencari ilmu. Sebab, kalau nak cari ilmu kita boleh baca buku,dengar ceramah,dan yang sama dengannya. Medium perubahan tu adalah yang dapat membina iman, membina fikrah islam yang completely bukan partially dan pembinaan jasad (individu yang sihat).


Contoh situasi:

Biasanya kalau join halaqah/usrah ni kita akan lebih terbooster untuk tambahkan amalan seperti tilawah,qiam,dll..tapi sebenarnya yang paling berkesan, ia akan merubah keseluruhan hidup kita ke arah yang lebih baik. Maksudnya dari o
rang yang selalu buat assignment lambat jadi orang yang allert dengan assignment, dari orang yang selalu buang masa jadi orang yang gunakan masa sebaiknya, dari orang yang kurang menjaga kebersihan kepada orang yang menjaga kebersihan,dari anak yang malas kepada rajin tolong ibu ayahnya dan sebagainya tapi still menjaga amalan ibadah khusus seharian.. Nampak tak?

-----------------------------------------------------------------------------------

Dan seperti yang kita maklum, nak berubah ni memerluk
an masa yang sangat lama. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sukar untuk berubah dalam masa yang cepat. Mungkin ada yang boleh(tak dinafikan).Sebab tu lah, perlunya kita attend halaqah/usrah ni secara konsisten selari dengan perubahan yang konsisten jugak dan kat halaqah/usrah ni lah, yang dengan izinNYA, kita boleh menop upkan balik iman kita as we know that iman manusia ni ada naik turunnya..mcm tu la. Dan pembaikan tu patutnya memang terus hingga nafas yang terakhir..insyaALLAH

Dan memang kalau kita nak berubah banyak cabaran yang datang especially yang menguji iman dan keikhlasan kita. So, sebab tu kita kena dekatkan diri kita dengan golongan yang soleh--minta nasihat depa-->> dari menjadi orang yang menjauhkan diri dari halaqah/usrah, golongan yang baik yang akhirnya menjadikan kita orang yang rugi..

Dan satu benda yang kita kena ingat jugak yang perubahan kita pun sebenarnya dari ALLAH,kekuatan yang ALLAH bagi, rahmatNYA..jadi, usaha memang perlu, memang perlu tapi jangan rasa bangga..kerana ianya boleh merosakkan pahala amalan kita. Sehebat mana pun kita, kita tetap kerdil di sisiNYA.

Perkongsian ni untuk mengingatkan penulis jugak yang banyak lagi sisi-sisi kekurangan yang perlu diperbaiki..moga kita mengambil yang bermanfaat
.

wasalam.







0 comments:

Post a Comment