Tuesday, December 31, 2013

Tahun Baru 2014

Bismillah walhamdulillah
Wa sollu'alan nabi

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah masa yang berlalu memang sekejap dan kita sudah berada dalam tahun yang baru.
Fasa-fasa kehidupan dilalui dengan sabar sambil menikmati pelbagai pengalaman di dalammya.

Selamat Tahun Baru Masihi 2014.

Pertamanya, berkenaan dengan isu Comango, mohon kita cakna dan sebarkanlah pada seramai yang mampu menggunakan apa jua medium selagi ianya tidak melanggar batas2 syara'. 

Alhamdulillah hampir setahun jugak bergerak di medan amal yang baru. Berkenalan dengan orang baru, tempat baru, biah baru dan madu yang baru. Alhamdulillah tiada ucapan lain yang terungkap. Ucapannya hanyalah sebanyak2 kesyukuran dengan apa yang Allah telah aturkan. 

Fasa belajar dah lepas, jadi sekarang adalah fasa yang lebih mencabar iaitu fasa kerjaya. Walaupun sangat dilema nak buat keputusan, tapi keputusan harus dibuat. Dengan masa yang kita ada dan tak tahu sampai bila masa penamat kita, jadi keputusan tu perlu. Sekurang2 nya dengan keputusan yang kita buat menjadikan kita lebih terurus dan fokus. insya-Allah

Banyak yang dipelajari hasil pengalaman tahun 2013. Satu2 pengajarannya adalah, Allah sebaik2 perancang. Kita just doa yang terbaik. Alhamdulillah, dengan doa2 yang dilafazkan setiap kali solat akhirnya jawapan tu keluar walaupun tak sebaik yang kita duga dan harapkan. Di tambahkan pula dengan komen2 dari ahli keluarga, jadi mana mungkin hati dan perasaan tidak terganggu. 

Sebenarnya sebelum habis belajar memang menaruh harapan nak kerja dekat dengan rumah, nak tolong ibu ayah dan family, tapi tak terfikir lagi nak bersama ISMAKL dan ada pengangkutan sendiri.
Tapi lepas apa yang berlaku ni rasa sebenarnya Allah dah bagi peluang,seolah2 hajat kita termakbul. Yang tak mintak pun Allah bagi. Cuma mungkin ada satu dua kekurangan yang tak dapat dielakkan. Dan paling penting, permintaan dan doa tu terjawab tepat pada masa fikiran ni berserabut fikir. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Jadi untuk tahun 2014 ni, banyak amanah yang menunggu. Amanah lama dan amanah baru. hehe Insya-Allah amik pengalaman. Dan harapan untuk tahun 2014 ni adalah untuk melaksanakan amanah2 yang diberikan dengan penuh hikmah dan lebih terurus dan tersusun insya-Allah.

Sesungguhnya sebaik2 manusia itu adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain.
Dan tidak lupa jugak untuk rebut 'Unta Merah'. :D

Semoga hati redha dengan apa yang telah ditakdirkan dan semoga segala amal2 yang dibuat memberi manfaat kepada kita di akhirat nanti. Sentiasa positif. Allah ada. 

Firman Allah: Dan sungguh, kami benar2 akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang yang benar2 berjihad dan bersabar di antara kamu, dan kami akan uji perihal kamu. (47: 31)

Maka benarlah kata2 Allah yang Maha Agung.

Sekian.

Membangun Ummat Beragenda.

Friday, December 13, 2013

HATI

Bismillah walhamdulillah
Wa sollu 'alan nabi

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah atas segala nikmat. Walaupun tak dapat lagi nikmat dapat kerja tetap.

Sebagai seorang fresh graduate, tak de kerja tu bukanlah suatu yang menggembirakan. T.T Apatah lagi tuntutan amal memerlukan dana untuk menjalankan rutinnya. 

Pun begitu, setelah usaha maka doa dan tawakal adalah usaha selepasnya.

Tapi, alhamdulillah. Allah memang mendengar luahan hati bila kita perlukan pertolongan. Dan sebagai manusia kita rasa dekat bila pertolongan Allah tu datang tepat pada masanya.

Antaranya waktu tu kena bayar duit pendaftaran, walaupun sebenanya tak de sumber, tapi dengan takdir Allah, jadi ada. 

Walaupun kurang duit, tapi Allah cukupkan. Tiba2 ada akhowat belanja duit teksi. Duit cukup2 untuk balik rumah. 

Time tak makan lagi perut memang teramat lapar, tetibe akhowat belanje burger.

Bukan takat hal2 kewangan je, tapi ada satu peristiwa ni..tapi panjang sikit nak tulis.
Time tu ad mukhayyam. So mcm ingat nak buat bisnesla kan. Bisnes pun tolong akhowat jugak. ^_^ Pastu biskut tu sekotak berat jugak la sebab kena angkat dua tangan. So masa tu baru balik kelas training. Beg baju pun bawak siap2 dari pagi. Jadi, nak pegi mukhayam tu tumpang akhowat lain, kena tunggu kat stesen lrt. 

So memang beratla nak bawak biskut tu satu hal, beg baju plus beg silang. Memang tak cukup tangan.
So kuatkan diri bawak sampai naik kat tempat tunggu train..tapi nak katanya Allah bagi pertolongan, tetibe ada kakak polis ni, dia nak bawakkan beg baju tu sampai masuk train. Waktu tu macam...ya Allah, Alhamdulillah sangat. Rasa ada pertolongan yang datang.

Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.

Walaupun kadang2 orang bertanya, "Apa yang ko dapat pi prog ni?" "Kenapa la nak susahkan diri datang prog ni?" dan soalan2 yang kadang2 tak terjawab secara on the spot, tapi hatiku yakin dengan ini semua. 

Duit, tenaga, masa, fikiran, langkahan, malah mungkin peluhan *ada ke imbuhan ni? ^^,' yang tak seberapa ni harapnya menjadi saham di akhirat nanti. 

Ya Allah, kurniakan kami hati yang ikhlas dalam beramal.
Tsabatkan hati kami Ya Allah.
Selamatkan kami dari tipu daya dunia.
Dan kuatkan iman kami agar kuat menghadapi cubaan dan ujian dari Mu.

kerana Kaulah yang membolak-balikkan HATI kami.

Dan saksikan video Fetya yang terbaru, Syahadah Rabaah. 

Monday, December 9, 2013

Nasihat untuk tsabat

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt

Jangan pernah berhenti untuk berfikir tentang dakwah.

Mendalam.

Nasihat untuk tsabat.

Moga tsabat. amieen.


Tuesday, November 26, 2013

Social Network

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah ada lagi masa kan nak post kat blog. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Maka semalam adalah hari terakhir training session untuk BEST program. Secara konklusinya, program ni sangat best dan banyak ilmu2 baru yang dapat. Lagi2 bila sentuh bab communication skill, creative and innovative, dan banyak lagi.

Kepada kawan2, semoga sukses dunia dan akhirat. Setiap dari kita ada tugasan dan tanggung jawab hidup kat bumi Allah ni. So lagi best bila kita perform well bila buat kerja dunia dan tanggung jawab untuk bekalan akhirat. Hope to see you all again.

Kalau nak join program rohani dan fizikal yang insya-Allah menambah iman dan amal, don't hesitate to contact me. 

Your sincerely,
Amani. 

Saturday, November 9, 2013

Pasca Konvo

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah atas segala nikmat. Semoga amal kian bertambah dan bertambah.
Sekejapnye masa berlalu. Sekarang kembali berdiri di tanah tumpahnya darahku, tanah negeri kelahiranku. Kalau dari segi tarbiah, masih banyak yang perlu disesuaikan, menuntut lebih pengorbanan, dan semestinya keikhlasan. Harap2 impian dapat membawa kereta sendiri ke pejabat ISMA cawangan KL dan Gombak termakbul. :) 

Untuk program training ni, banyak la benda baru yang dapat. Kenal dengan kawan-kawan baru dan trainer yang best2. Semestinya tak sama dengan membawa diri di Kuala Terengganu. Kuala Lumpur nampaknya menginginkan mereka yang lebih up to date untuk dikomersialkan. Apapun selagi tidak melanggar batas syarak, ianya masih boleh dipertimbangkan. Cuma sangat kena hati-hati dalam menjaga hati. Kadang2 dilema jugak sebenarnya. Sebagai daie mesti kita nak tunjuk qudwah yang baik. Tapi kadang2 keadaan dan suasana mendesak untuk bertindak dalam zon selesa (tak shadid) walaupun kita sendiri tak redho. 

Satu lagi nick name dah bertukar. So rasa macam termakbul jugak la doa nak dapat nick name baru. Walaupun macam susah sebab nama aman tu macam dah sebati dengan kawan2 sejak beberapa belas tahun yang lalu. Its started when Mr Azlin mention my name as Amani. Masa tu rasa happy sebab akhirnya ada sejarah dan ada pioneer untuk nick name ni. Tapi amanina is the best name la. Cuma nick name biasa orang nak yang pendek2. Aman tu ok, cuma lama2 berhadapan dengan dunia yang sebenar rasa macam segan pulak dengan nama tu. Rasa macam tak confident je guna nama tu. huhu maybe sound macam nama lelaki. 

Dalam trainee jugak sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri. Contoh macam untuk lebih confident, focus, boleh buat decision sendiri, like challenge, improve english, improve communication skill, be energetic, be happy, be productive, dan banyak lagi. Mula2 rasa down jugak sebab ada dari kitorang yang graduated from overseas, tapi lama2 kenal macam diorang ok je.

Dan akhir sekali, harapnya dapatla join company yang involve in biotech field. Apa2 pun masa tarbiah paling kena jaga. Kalau boleh tak nak sebab kerjaya, prestasi tarbiah menurun. Macam nasihat seorang muwajih yang disegani, kalau kerjaya menghalang kerja dakwah, perlu untuk cari kerjaya yang lebih sesuai. Teringat nasihat tu sampai sekarang. T.T

So minggu depan akan berhadapan dengan test JPJ kali ke-2. Mudah2an berjaya dapat lesen, dan dapat bawak kereta ke pejabat ISMA. hehe. dan dapat bawak sampai UIAPJ amieeen ya Rabb!

Membangun Ummat Beragenda.


Sunday, October 6, 2013

Rezeki untuk konvo :)

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt semua.



Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Konvo bakal menjelang tak lama lagi. Bestnya kalau dapat hadiah. *dunia betol! huhu 
Alhamdulillah dapat habiskan pengajian bersama teman2 yang lain. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan untuk kami terutamanya ibu ayah keluarga sahabat2 dan pensyarah2 semua. Moga Allah membalas setiap kebaikan kepada anda semua. amieen

Alhamdulillah jugak dengan tawaran yang baru dapat Jumaat lepas. Yang paling best sebab dekat KL je. Dan harap dapat company nanti untuk praktikal pun kat KL je. Rasa macam Allah bagi peluang dan mudahkan untuk bantu gerak amal kat sini, walaupun tak sekuat mana. Alhamdulillah, berkat doa ibu ayah, masulah dan sahabat2 semua.

Alhamdulillah. 

Ok, jom puasa sunat Zulhijjah! :)

Saturday, October 5, 2013

Zulhijjah is coming!

credit to: Musyirah Hanan.

Wednesday, October 2, 2013

Dengarlah permohonanku...


di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku


-Firdaus-

air mata mengalir laju2. T.T
ya Allah..kuatkan aku..

Sunday, September 29, 2013

Pekerja upahan?


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah selesai part time di Putrajaya sempena Karnival Usahawan Desa (KUD) selama 3 hari. Tadi melawat anak buah di hospital. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Aniq dan memberi kesabaran kepada abang dan kakak. amieen.

Ok, back to the title. Pekerja upahan?

Pada suatu ketika ada yang bertanyakan..(mesej yang lebih kurang maksud dia macam ni)

"Kamu dibayar ke untuk berprogram ni?"
"Atau sukarela?"

Terkedu sekejap. Tak reti nak explain. Terkesima pun ada jugak dengan soalan ni.


Syeikh Fathy Yakan menyatakan:

Dia mengetahui bahawa penggabungannya ini bukan sekadar penggabungan berdasarkan kelahiran atau warisan. Tetapi dia memahami Islam dan memahami bahawa bekerja untuk Islam adalah isu paling genting yang menentukan kesudahan dirinya; Islam dan bekerja untuk Islam merupakan risalah hidupnya, di mana dia diciptakan untuk melaksanakan risalah tersebut di dunia ini. Begitu juga, kebahagiaan dirinya di dunia dan akhirat hanya tercapai dengan memberikan komitmen kepada Islam dan melaksanakan tuntutan Islam. Sebarang pelanggaran atau kecuaian dalam perkara ini akan diikuti oleh dosa, perhitungan amal dan pembalasan.”


Rujukan: Intima' Jamaie



Saya meyakini hakikat penggabungan ini. Insya-Allah mudah2an hingga ke akhir hayat. Amiien. Dan didoakan semoga Allah murahkan rezeki akhowat yang fresh graduate untuk dapat pekerjaan yang halal dan yang paling penting tidak menghalang untuk beramal di medan masing2. amieen.

Jadi, kami bukanlah diupah. Walau kadang2 kelihatan tak dapat apa2 tapi hakikat tanggung jawab telah merelakan kami berkhidmat demi Islam. insya-Allah

Takbir! Allahuakbar!
Teringat taujhat muwajjih yang kita buat kerja ni kerana kita bangga dengan Islam dan semoga dengan kerja2 ni dapat menambahkan saham2 kita dan Allah mengampunkan dosa-dosa kita.


Monday, September 23, 2013

Ikhtilat

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah petang tadi berjaya jugak menjejakkan kaki ke tempat interview. Walaupun hati macam tak confident sangat.

Ok. Back to the title, Ikhtilat.

So, try google dan cari maklumat ikhtilat. 


Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

Istilah Syariat Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?


Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialahTidak , secara pastinya tidak.

Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.





Ok. Dapat sikit ilmu berkenaan bab ikhtilat ni. So, sebenarnya kadang2 kita tak perasan kita kurang menjaga ikhtilat. Tapi bergantung jugak pada kefahaman seseorang tu. Kadang2 ada yang merasakan mereka masih mampu untuk menjaga hati. Tapi ada jugak yang sebaliknya.

Lagi2 sekarang dengan kewujudan medium sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, jadi seharusnya kita lebih berhati-hati dalam menjaga ikhtilat ni. 

Dulu kalau sebelum dapat tarbiah mungkin tak jaga pun batas pergaulan. Berbalas sms dengan kawan2 laki bukan main lagi, mesej mengarut-ngarut, sembang yang ntah ape2 ntah. So bila kita sedar dengan kejahilan dulu tu, rasa macam malu sangat. Rasa berdosa sangat. So kadang2 akan lebih aware. Sebab sedar iman kita akan mudah goyah kalau tak dikawal. Maruah pun lebih terjaga dan terpelihara. insya-Allah.

Tapi fitrah manusia memang nak kan pasangan. Cuma kena sabar. Nampak macam mudah je cakap sabar. Tapi nak sabar perlukan mujahadah. Kalau dah tiba masa dan waktunya, dengan saluran yang betul, insya-Allah akan lebih berkat. Dan tak akan menimbulkan fitnah, lebih2 lagi yang membawa imej Islamik. 

Sepanjang perjalanan tarbiah ni, alhamdulillah banyak dah kelihatan binaan Baitul Muslim yang terbina dengan saluran yang terjaga. Anak2 mereka pun soleh solehah. Insya-Allah. 

Dalil Larangan Mendekati Zina:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.(Al Israa: 32)



Na'uzubillahi minzalik. 
Semoga kita, ahli keluarga dan kawan2 dapat melindungi diri dari mendekati zina. amieen..

Wednesday, September 18, 2013

Temporary Hard Time


Bismillah.
Assalamualaikum wbt.


Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). Surah At-taubah ayat 42.

Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you. (Maher Zain)


Pedih peritnya harus ditelan dan dihadapi.
Adakalanya lemah namun harus kuat,
Adakalanya rebah namun harus bangun,
Adakalanya sedih namun harus izzah,
Adakalanya ragu-ragu namun harus yakin,
Adakala rasa keseorangan namun harus merasai kebersamaan,
Adakala mengharap semangat namun diri sendiri harus kuat,
Semuanya kembali merefleksikan hubungan diri dengan Allahu Rabbi,
Semoga tsabat walau di mamah usia, walau betapa banyak ribut yang melanda,
 walau hati terluka,
Demi redha-Nya.
Moga menghapus dosa-dosa.



Tuesday, September 3, 2013

Kenangan 4 tahun lalu...

Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita nikmat iman, Islam, kesihatan, masa lapang dan nikmat2 yang lain. Bagi adik2 yang telah berjaya mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi awam / swasta, tahniah diucapkan. Semoga semangat adik2 dalam menuntut ilmu kekal hingga ke akhirnya. Insya-Allah.


Ayuh sertai PEMBINA di IPTA/S anda!

Teringat pertama kali menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Terengganu. Kami disambut baik oleh abang2 dan kakak2 fasilitator UMT. Mereka siap angkatkan barang2 kami dari kereta ke bilik. Terasa kehadiran sangat dialu2kan masa tu. :) Tidak ketinggalan, akhowat senior pun menyambut kehadiran kami dengan baik. Kami makan tengah hari sama2, iftar sama2, dan solat sama2. Alhamdulillah satu keadaan yang amat menghiburkan untuk seorang junior yang bakal terpisah dengan ahli keluarganya. 

Kehadiran di bumi Terengganu Darul Iman satu takdir yang cukup sweet dan bermakna. Teringat dulu masa pegi halaqah tahun pertama, kami sama2 naik basikal ke rumah akhowat, melalui jalan2 kampung yang gelap gelita. Pernah jugak jalan kaki. Tawakal habis masa tu. 

Kadang2 murobbiah ajak riadah, so kami akan jogging di pantai Tok Jembal. Pantai ni dekat sangat dengan hostel. Lepas jogging, singgah makan roti canai dekat depan Batollion atau makan nasi lemak dekat depan Taman Desa Wira. Waktu ni, stadium UMT tak wujud lagi. Lepas stadium ada, kami beralih untuk jogging kat situ. Biasanya hari Sabtu sebab hari Jumaat ada program. Tapi lepas jogging akan singgah di gerai Mok Yah, makan nasi lemak hehe.

Ok, waktu awal2 semangat naik basikal dulu, kami ni akhowat junior pernah naik basikal pergi ke pesta konvo UDM sebelum UDM bertukar nama ke UniSZa. Masa tu tak ingat penat, just ingat nak jumpa akhowat yang dah lama tak jumpa. Ada satu lagi peristiwa naik basikal, kitorang pegi pasar malam hari selasa yang berada atas sikit dari UniSZa. Masha Allah, time tu memang tekad takkan pegi dah naik basikal. Jauh kut.. Paling tak tahan ada akhowat pegi Pasaraya Hock Kee Seng naik basikal. Memang rasa muda la time tu. ^_^

Masa tahun satu dan tahun dua, basikal la jadi peneman kami. Pegi ko-k, pegi kampus, balik rumah dan pegi kelas malam. Naik tahun tiga, mungkin dah rasa malu sikt hehe, kami naik van kuning. Kadang2 naik bas UMT dan kalau bas lambat jalan kaki ataupun tumpang naik moto akhowat.Time by time, akhirya ramai akhowat ade motor sendiri. 

Dan masa masuk UMT ni lah kami ditaklifkan oleh murobbiah untuk cari mad'u. Masa ni jugak la belajar melawan rasa malu, jadi peramah, banyak baca buku dan terlibat aktif dalam program2 tarbiah. Bukan mudah nak buat semua ni. So macam2 kitorang buat. Kitorang ketuk bilik ke bilik, jual button batch la, edar risalah la, ajak gi taklim la, ajak tadarus dan macam2 lagi. Walaupun tak la dapat tarik banyak, tapi ukhwah buatkan kami tak pernah putus asa. Alhamdulillah.

Dan paling tak dapat dilupakan bila kitorang terlibat untuk menfollow up adik2 poli. Kadang2 rasa down sebab bayangkan, kita tak dapat masa cuti macam kawan2 kita yang lain. Mereka boleh outing, buat assignment dsb, tapi kite laksanakan misi yang lebih besar. Alhamdulillah, baru2 ni jumpa salah sorang adik tu, dia masih dalam tarbiah..alhamdulillah.

Panjang lagi sebenarnya cerita ni, tapi dah tak larat nak taip. ;p

Kesimpulannya, ada suatu hikmah yang sangat best bila tercampak kat Terengganu. Percaya dan yakinlah walau kat mana pun kita dicampakkan, Allah ada bersama kita. Sekarang bila dah dicampakkan balik kat KL pun masih ada benda2 baru dan pengalaman2 baru. Semoga kita berjaya dalam pembinaan jati diri sebagai seorang muslimah dan berjaya dalam bidang akademik sebagai seorang mahasiswa/i. Insya-Allah.

Meneraju Arus Mahasiswa. 
Membangun Umat Beragenda.


Wednesday, August 14, 2013

Tenteram

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. 

Tenteram. Bila tengok anak buah (baru 24 hari) rasa tenang je. Lepas tu bila orang dukung dia waktu dia menangis, dia diam. Mungkin dia rasa tenteram dan selamat. 

Teringat masa kecik2 dulu, kalau tengok ibu takde mesti rasa tak tenteram dan tak selamat. Akan menangis cari ibu. Sampai semua dah kenal dah perangai nina yang akan menangis bila tak de ibu dia.

So bila dah besar2 ni, dan kebelakangan ni, barulah aku sedar, mungkin salah satunya aku selalu je dapat tempat belajar yang jauh2 dari rumah dan keluarga, mungkin disebabkan Allah nak didik aku untuk lebih berdikari.

Dan dari sini aku belajar untuk kenal Islam dan Allah dengan lebih dekat. Alhamdulillah. Lebih banyak berharap dan rasa tenteram dengan Allah. Terutama bila nak naik bas sorang2 ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur. Memang berdoa je la dalam bas. Ayat kursi tak lepas. 

Dan kadang2 kagum jugak dengan perangai sepupu aku yang berani je tido umah sedara lain walaupun mak ayah deme tak de. Dah la kecik lagi. huhu

Akhir kalam, jujur dan berani perlu dipupuk dalam diri kita. 

Semoga Allah memelihara bumi Mesir dari dijajah oleh kaum kuffar. Dan semoga Allah memenangkan kaum muslimin wa mukminin di seluruh dunia. Amieen 


Friday, August 2, 2013

Memori Ramadhan 1434H

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua? Macam mana ibadah di bulan Ramadhan ni? Semoga kita tak putus2 berdoa kepada Allah dan memohon keampunan, dan keberkatan hidup dunia wa akhirat..

Alhamdulillah, tahun ni dapat berpuasa sepenuhnya di rumah ibu ayah. Diam tak diam masa sebagai pelajar dah pun tamat. Cuma tak dapat result lagi..*nervous @_@. Tipulah kalau kata tak rindu kat bumi Darul Iman. Tahun lepas pun puasa kat sana. Hampir 4 tahun jugak hidup bersama2 akhowat. Memang terasa jugak kehilangan akhowat2 yang tercinta.

Tapi..alhamdulillah akhowat kat sini pun baik2. Terubat jugak rindu kat akhowat sana. Cumanya keadaan kat sini akhowat banyak yang dah berkerja. So, totally lain. Kalau student kita pun maklum ada jugak masa free sebab jadual kadang2 pack kadang2 tak. Tapi tak sama bile dah berkerja. Macam praktikal dulu pun 1 hari je cuti. So kebersamaan tu memang dapat time usrah dan program je la kebanyakkannya.

Memori Ramadhan 1434H. 

4 Ramadhan
First time join tadarus kat masjid sini. Join dengan geng makcik2. ^_^ ade yang muda, muda sangat, baru tingkatan 5.

12 Ramadhan (9-11.30 pagi).
First time turun padang untuk sokong kepimpinan Morsi. Suasana panas membakar lagi2 di bulan Ramadhan ni seakan dapat merasakan macam mana para sahabat berjuang ketika di medan perang di bulan Ramadhan ni. Dan paling best of course dapat jumpa akhowat yang lama sangat tak berjumpa. Mega reunion. Terbaik. Alhamdulillah :)

12 Ramadhan (4-6 petang)
Melawat kakak ipar yang dah selamat bersalin di HTAR,Klang. Alhamdulillah hajat nak dapat anak buah dah termakbul. Baby boy, namanya Aniq Amsyar bin Mohd Amir. Semoga abang dan kakak dapat didik Aniq dengan acuan Islam yang betul. amieen

18 Ramadhan.
ISMA KL *macam nak dekat2 dengan SMAKL kan? hehe* telah mengadakan Karnival Ihya Ramadhan. Alhamdulillah penyertaan dari adik2 NAZIM sangat memberansangkan. Dapat join tazkirah tentang Al-Quran dan forum fiqh wanita dan ramadhan.

Masa nak datang program terjumpa dengan 2 orang buta dalam lrt. Dan masa nak balik tu pulak jumpa dengan 2 orang OKU. Sorang pak cik memang duduk atas kerusi roda, tak mampu berjalan tapi meriba besi2 meja yang nak dipasang kat pasar malam. Isteri dia pulak memang cacat dari lahir. Kedua-dua belah kakinya tak boleh jalan dengan normal, kaki ada tapi macam tak bertulang, jari tangan pun tak sempurna. Kakak tu tolak troli besi yang bawak box untuk jualan mereka. Jauh jugak perjalanan mereka nak tolak tu dari rumah. 

Termotivasi sekejap dengan semangat mereka semua. Walaupun tak sempurna tapi masih tetap gigih untuk mencari rezeki. Tak terjangkau fikiran kalau diri sendiri dalam keadaan yang macam tu kan. Dan terasa nikmat sangat masih ada anggota badan yang berfungsi dengan baik. Alhamdulillah ya Allah.

23 Ramadhan.
First time solat tarawih berimamkan imam dari sheikh Palestin. Tersenyum bila nampak dorang paskan tabung Aman Palestin. Sheikh beri tazkirah dalam bahasa Arab, dan diterjemahkan oleh penterjemah dalam bahasa Melayu. Semoga Allah memenangkan umat Islam dan menjatuhkan kaum kuffar. amieen

Ok. Setakat ni dulu la memori Ramadhan tahun ni. Entah berjumpa lagi atau tak Ramadhan akan datang. 

Jom pulun Ramadhan yang terakhir ni. Agar kita beroleh kemenangan yang hakiki. Insya-Allah :D dan mendapat keampunan dari Allah.. amieen


Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan kareem.!

Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah..Ramadhan telah mnjelma..
Allahuakram !

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Insya-Allah..:)

Sebenarnya tak dapat dinafikan manusia ada banyak sangat kelemahan dan kekurangan. Pengalaman2 dan situasi2 tertentu yang dihadapi memang benar2 menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran manusia. Kadang2 sampai satu tahap yang kita tak dapat nak terima hakikat kelemahan manusia tu sebab bagi kita dia sepatutnya sedar dengan apa yang dilakukan. Tapi hakikatnya tidak. Tapi mungkin bukan pada semua orang dan tidak pada setiap waktu.

Dan natijah kepada mind set ni menyebabkan kita gagal untuk mengawal emosi. Sekaligus terpancar pada tingkah laku kita. Kemungkinan ianya sukar untuk dilupakan sehingga beberapa tempoh yang tertentu.

Walaupun masa berlalu, adakalanya kenangan yang lampau menjadikan seseorang itu sudah tidak punya rasa sepertimana tatkala harapannya di awal waktu. Suasana menjadi hambar. Seperti sudah tidak mengharap dan mendambakan keindahan yang diharapkannya dulu.

Begitulah apa yang berlaku. Masakan kita tidak sedih dengan apa yang berlaku. Namun hakikat kelemahan manusia tu memang harus diterima.

Jadi, moga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih menyedari hakikat seorang hamba yang tidak akan mampu berpaut tanpa kuasa Tuhannya. Merayu dan berdoalah pada Allah  agar sentiasa memberi petunjuk, keimanan beserta kesabaran yang jauh dari tuntutan nafsu sendiri. Juga tsabat dan istiqamah dalam memperjuangkan diri demi islam..Insya-Allah :)

Salam Ramadhan Almubarak.

Daripada,
Sang musafir lara.
1Ramadhan 1434 H.



Sunday, June 23, 2013

Curhat

Bismillah walhamdulillah
Wasollu'alan nabi.
Salam Nisfu Sya'ban :)
Semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem.
Seandainya umur tidak kesampaian, mudah2an kita dimatikan dalam keadaan husnul khotimah.amieen.

Ok. topik kita pada hari ni adalah curhat.
Curhat a.k.a curahan hati. Betul tak? ^^,

Mesti kita pun pernah curhat kat orang yang kite percaye kan.
Memang adakalanya dengan curhat ni hati kita lebih ringan, ada orang yang nasihatkan kita, ada orang yang concern dekat kita berdasarkan permasalahan kita tu.
Alhamdulillah.

Tapi ini ana cakap berdasarkan seorang akhowat, yang ditarbiah, yang lebih arif dalam hukum2 Islam, malah mungkin hebat dalam sisi2 tertentu.

Adalah sesuatu yang agak mengaibkan bila kita menceritakan hal peribadi orang lain. Hal yang tak sepatutnya diketahui oleh orang yang tak layak untuk tahu. *faham ke ayat ni? huhu
Contohnya jika ada masalah dengan si A, sebetulnya kita settlekan dulu dengan si A. Dan kalau tak berjaya, baru gunakan laluan yang kedua iaitu si B. Bukannya dengan tiba2 melangkau kepada si C.

Kita tak berani nak berhadapan dengan si A, tak dengar pun dulu penjelasan si A, tibe2 terus bagitahu si C. Maka, itu adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar. Si A mungkin tidak tahu pun akan kesilapannya.

Jadi, sebagai seorang yang ditarbiah, yang harus mempunyai qudwah, tauladan kepada masyarakat, berusahalah untuk menyelesaikan masalah dengan adab2 yang benar. Bukan dengan mendahulukan emosi.

Tulisan ini juga peringatan buat diri penulis, dan untuk peringatan kita bersama.

Namun seandainya nasi sudah menjadi bubur, maka mohonlah keampunan kepada Allah dan kepada mereka yang terlibat.

But, sometimes this is right,
"Forgive but not to forget"

Semoga kita sama2 berhati2 dalam berbicara. Jangan semudah2nya menyebarkan sesuatu yang belum pasti akan kesahihan dan kebenarannya.

Dan seperti hadis yang kita selalu dengar,
Berkata baiklah atau diam.

Dan mungkin diam tu adalah jalan yang terbaik. :)
Ingat tak ade hadis yang menyatakan, ada ganjaran disediakan buat mereka yang bisa menahan kemarahan mereka, walaupun mereka mampu untuk membalasnya?

Jadi, semoga Sya'ban dan Ramadhan yang akan datang, menjadikan akhlak kita lebih baik, lebih mantap. Insya-Allah :)
Semoga kita juga mampu menerima teguran bukan hanya hebat dalam memberi teguran..

Monday, June 17, 2013

Ombak


Ombak.
Ombak.Ombak.
Ombak.Ombak.Ombak.

" Katakanlah (Muhammad) , "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, ketika kamu berdoa kepada-Nya dengan rendah hati  dan dengan suara yang lembut?' ( Dengan mengatakan) " Sekiranya Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang2 yang bersyukur.

"Katakanlah (Muhammad)," Allah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala macam kesusahan, namun kemudian kamu kembali mempersekutukanNya.

Surah Al-an'am ayat 63 dan 64.

Fasa ujian yang tak terungkap.
Namun ujian Rasulullah s.a.w lebih hebat.
Ujian diberi setimpal dengan kemampuan kita.
Rendahkan ego, lebarkan senyuman.
Kerana esok bukan milik kita. Hatta pada saat sedang menulis ini dan selepas ini.

La taghdhob, La tahzan.
Amali tarbiah.
Perit tapi bahagia. :)

Terima kasih ombak.

Tuesday, May 21, 2013

Bertahan

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt semua :)
Wa solllu alan nabi..(rindunye kat Nabi Muhammad...)

.Kaifahal semua? Semoga kita terus mujahadah dalam menjaga amal mutabaah kita walau sesibuk mana. amieen..

Alhamdulillah, Praktikal dah nak tiba di penghujungnya. Macam2 perasaan ada sekarang. Tapi yang paling sure, perasaan rindu dengan tarbiah Terengganu. Tapi berusaha jugak nak faham dengan gerak kerja kat medan sekarang. Alhamdulillah pengalaman semasa mendapat didikan tarbiah dan dakwah di Terengganu sedikit sebanyak menjadi basic guideline untuk diri ini kat medan sekarang. 

Semoga mampu bertahan. Amieen. 

Walaupun baru beberapa bulan berada di medan baru, tapi alhamdulillah pengalamannya memang bernilai. Bermabit di rumah akhwat, keluar seawal pagi untuk ke program, join KD, jaulah dengan akhowat, dapat taujih yang memberi semangat, dapat kenal akhowat yang mantap dan baik hati, dan dapat macam2 lagi. Alhamdulillah untuk semua ni. Walau kekadang rasa macam tak layak, rasa macam "tak pernah terpikir pun akan berlaku macam ni".  

Semoga mampu bertahan dan tsabat. Amieen

Tak dapat dinafikan duduk bersama keluarga jugak kadang2 rasa susah nak bagi mereka faham bila kena keluar pada waktu yang tak sepatutnya. Memang akhlak kena jaga. Betul jugak kata ibu haritu, "Kalau program yang jauh tu kamu mampu pergi, tapi masjid yang dekat je dengan rumah ni kamu tak dapat nak pegi,....". Masa tu masjid sebelah rumah ada buat qiam. Memang rasa sentap sangat dengan kata2 ibu. Rasa tercabar sangat dengan statement beliau. Alhamdulillah Allah kuatkan semangat pegi jugak. Dan yang paling best dapat solat sunat tasbih berjemaah. :) Try, jangan tak try ^_^ Nikmat!

Jadi, memang tak dapat dinafikan ibu bapa kita ni tengok perangai kita. Kalau usrah, mabit, program, setiap minggu tak pernah miss, tapi tak beramal dengan ilmu yang kita dapat tu bile balik rumah (bangun lambat, tido sepanjang hari, tak tolong parent buat kerja rumah, online 24 jam, tak jaga adab sopan) memang kite kene check up balik hati kita, niat kita. 

Semoga mampu bertahan dan istiqamah pada jalan ini. Amieen

Ikhlaslah dalam beramal duhai amanina dan sahabat2. 

Salam mujahadah! 

Wednesday, May 15, 2013

Pasca PRU13

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt

Kaifahalukum? :)
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Ekspresikan rasa syukur kita..bukan hanya tatkala susah, tapi juga di saat senang. *ketuk iman*

Alhamdulillah.



Tidak dinafikan pada mulanya memang sukar nak terima. :')




Kalah menang adat bertanding. Tapi yang penting usaha kita. Masing2 ada bahagian masing2, ada kemampuan masing2. Walaupun tugasan nampak simple, tapi kalau ikhlas, insya-Allah amalan dinilai. :D
Dan yang paling best dapat pengalaman2 yang berharga.

 Rasa bersyukur Allah masih menetapkan hati. Ingin berkongsi kata2 muwajjih semalam.

Terbanglah seperti burung yang mempunyai 2 sayap. Iaitu sayap takut dan harap.
Sentiasa takut dan berharap kepada Allah. 
Dan semoga al-Quran di hati para daie. Walau diletakkan dunia sehebat mana pun di tangannya, ia tetap tidak menggugat hati dan iman para daie. 
Sememangnya ia memerlukan mujahadah yang tinggi.

Salam mujahadah!.


Tuesday, May 7, 2013

Menjadi isu

Bismillah walhamdulillah 
Assalamualaikum wbt semua :)


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat iman, Islam, tarbiah dan dakwah. Jua bersyukur atas nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia, tanah tumpahnya darahku. Seperti yang kita telah maklum, selepas keputusan pilihan raya kali ini, banyak berita2 yang tersebar begitu pantas sama ada yang benar atau pun tidak benar. Saya menyarankan agar rakan2 di luar sana melihat pembacaan dari kedua-dua belah pihak. Dengan kepantasan teknologi pada hari ini, sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, masing2 ada page yang dibuat oleh penyokong masing2. Jadi, sewajarnya kita meneliti dari kedua-dua sumber berkenaan untuk mengelakkan kita saling membuat andaian, tuduh menuduh dan budaya2 yang tidak sihat di antara kita. 

Namun begitu, saya berharap penyokong2 daripada mana2 belah pihak tidak terlalu emosi dalam menyebarkan berita2 yang mempunyai unsur2 memburukkan atau tuduhan tanpa bukti kepada mana2 pihak. Saya juga mengharapkan kita dapat menjaga adab2 percakapan (tidak menggunakan kata2 yang kasar, menunjukkan rasa tidak puas hati yang melampau) walaupun berada di alam maya. 

Mengenai isu perkauman yang hebat diperkatakan, saya berharap agar pihak kerajaan dapat mengatasi atau mencari jalan penyelasaian bagi menangani isu ini di samping usaha dari masyarakat sendiri. Pun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan di sini bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat bukanlah slogan yang dicetuskan untuk membangkitkan permusuhan di antara kaum, tetapi adalah untuk mengajak bangsa Melayu kembali menyedari hakikat kesepakatan Melayu untuk mendaulatkan Islam di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Melayu adalah majoriti penduduk di Malaysia, dan bangsa Melayu juga rata2nya adalah beragama Islam. Namun, sememangnya slogan ini tidak memberi maksud bahawa Islam adalah hak mutlak bangsa Melayu. Tidak dinafikan memang ada bangsa2 lain seperti Cina dan India yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian, ini turut menyangkal tuduhan2 oleh pihak2 tertentu bahawa slogan ini mengenepikan kaum2 yang lain. 

Sesungguhnya keamanan dan perpaduan negara ini harus dikekalkan dan hak2 terhadap sesuatu bangsa seharusnya dihormati dan dipatuhi. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga harus menyakini dengan prinsip perlembagaan negara untuk mengelakkan berlakunya perkara2 yang tidak diingini.

Akhir kata, saya berharap agar huraian di atas dapat membaik pulih salah faham terutamanya pada slogan yang disebutkan di atas. Slogan tersebut tidak lain hanyalah untuk mengembalikan kesedaran masyarakat terhadap kedaulatan Islam yang mampu dibentuk dengan salah satu caranya melalui kesepakatan Melayu jika diteliti secara realitinya pada masa ini.

Sekian, Salam Perjuangan. :)



Tuesday, April 23, 2013

PRU 13

Bismillah walhamdulillah
Wassola'alan nabi.

Assalamualaikum wbt semua. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah pada setiap sangat yang tidak terhitung. Maka moga kita sentiasa menjadi golongan yang bersyukur dan beramal untuk membuktikan rasa kesyukuran kita. :)

Alhamdulillah. Moga keyakinan pada jalan ini tetap teguh walau kadang dikomen dengan komen yang tidak membina apatah lagi menyokong. Namun amal tetap dilaksanakan. Insya-Allah. Dan kewangian ukhwah yang terbina atas dasar keimanan kepada Allah membuatkan hati lebih yakin dengan jalan ini dan bersemangat untuk bersama2 beramal. :D Walau sibuk berkempen, alhamdulillah program tarbiah masih berjalan untuk menaikkan kembali iman dan kembali mengikhlaskan niat dan tujuan sebenar dalam beramal.




Suasana sesi pembentangan tugasan.


Beramai-ramai menyiapkan bunting.

Sungguh sia2lah amal jika bukan kerana Allah. Moga Allah jualah yang menerima amalan kami dalam menegakkan dan mempertahankan agama-Nya. Walau terpaksa menghabiskan tenaga jua mengorbankan masa tidur, wang, dan masa rehat kami.

Sesungguhnya, kenikmatan hidup itu setelah kelelahan.

Buat semua pengundi,
Undilah Calon Muslim Berwibawa di kawasan anda! 
Moga kemenangan berpihak pada umat Islam. amien
Moga agama Allah tetap teguh di bumi Malaysia. amien3 ya Rabbal'alamien


Like! :)

Monday, April 15, 2013

Hujung minggu


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Wa sollu 'alan nabi

Alhamdulillah dengan nikmat Islam, iman dan tarbiah, hidup insya-Allah lebih jelas matlamatnya. Mudah2an..amieen

Alhamdulillah, sudah hampir 2 bulan berada dalam fasa praktikal untuk semester terakhir ni. Rutin praktikal bermula dari 8-5 petang Isnin sampai Sabtu. Memang tak best. Sebab Sabtu pun kene keje full fay. T.T
Tapi disebabkan rakan2 seperjuangan kat kilang tu memberansangkan, at least rasa happy jugak la keje.

Tarbiah pun alhamdulillah berjalan. Walaupun penat tapi itulah mujahadah. Nak dibandingkan dengan orang lain, rasanya pengorbanan dan keletihan yang kami lalui mungkin tak sampai 50% daripada mereka. T.T

Dan tak dapat dinafikan susah jugak kita nak bermujahadah kalau tanpa teman2 di sisi. Alhamdulillah, Allah takdirkan kehadiran akhwat yang boleh bersama ke program tarbiah. :) Bila dah duduk dengan family, kekangan dia lain. Family kita mungkin tak faham kenapa kena tido umah akhowat, kenapa Ahad pun keluar program, bila nak rehat, jalan2 dengan family dan sebagainya. Jadi, kita kena pandai bagi ayat2 yang meyakinkan mereka. Still cool bila diaju soalan2 yang sebegitu. Tapi jangan sampai mengabaikan mereka. :)

Alhamdulillah minggu ni baru berkesempatan nak berKD dengan akhowat. Best. Meluaskan jaringan ukhwah. Seronok sangat. Jaulah sesame. Pengalaman yang superb. ^_^

Satu benda yang saya tak akan lupakan bila bab pindah medan ni adalah, bila dulu saya melupakan murobbiah saya, walaupun dia selalu contact saya, tapi Allah masih tetapkan saya dalam jalan tarbiah ni. Dan  sekarang akan sedaya upaya untuk tidak membenarkan sejarah dulu berulang lagi. Sebab tu la saya selalu push dan contact akhowat lepas pindah medan supaya tak ketinggalan jauh di hanyut waktu. ^^,'

Akhir kalam, nak phrase balik ayat muwajjih program,

"Apa guna hidup kita ni kalau tiada perjuangan?"
Surah As-saf:10-11

Salam perjuangan.
Kami Undi Calon Muslim Berwibawa.

Tuesday, March 26, 2013

Fasa perkenalan

Bismillah walhamdulillah
Sollu'alan Nabi s.a.w

Alhamdulillah, masih bernafas. Masih beriman walau ada pasang surutnya. Masih boleh menaip. Masih boleh berfikir dengan waras. Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah.

Fasa perkenalan. Perkenalan kepada biah tarbiah di KL.

Alhamdulillah rasa happy dapat join mabit kat tanah kelahiran sendiri :)
Alhamdulillah dapat menyambung ukhwah bersama akhowat yang baru.
Alhamdulillah dapat merasa pengisian yang membasahi hati. T.T

Sesungguhnya perjalanan masih jauh. Jaauh. Jaaauh. Jaaaaaaauh lagi.
 
 

Ya  Allah, tsabatkan hati kami kepada jalan kebenaran, jalan yang terbaik buat kami. Amieen.
 
Asma Amanina,
Baiti Jannati.

Sunday, March 10, 2013

Pilih kasih dalam berUKHWAH?

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt semua.

Alhamdulillah, semoga iman bertambah sahabat2 semua. :)

Tajuk post saya pada kali ini adalah seperti yang di atas.

Pernah tak anda merasainya? Merasakan diri dipilih kasihkan *faham ke? atau diri sendiri yang memilih kasih2 pada akhwat lain. Merasakan diri dipilih kasihkan tu mungkin anda sendiri rasa macam mana ada akhowat yang memilih anda kerana kebaikan2 atau keistimewaan yang ada pada anda , ataupun sebaliknya.

Apa pendapat anda tentang kedua2 situasi ni? Atau anda tidak pernah mengalaminya? *hebat2 n_n

Sesungguhnya kita pasti tidak terlepas dalam ujian walaupun berada dalam jalan tarbiah. Namun begitulah kepahitan yang harus ditelan oleh kita untuk diuji iman dan amal kita.

Saya yang menulis pun sejujurnya tidak mampu untuk menjaga hati akhowat. Tujuan untuk menulis ni bukanlah untuk membuka pekung di dada. Namun, sekadar untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya dan para sahabat agar berhati2 dalam menjaga kemurnian nilai sebuah ukhwah.

Manusia sifatnya hanya mampu mentafsir dari luaran. Jadi, apa yang kita ekspresikan pada orang lain secara fizikal, itulah dahulu yang akan terlihat. Betul? Ataupun adakah kita memikirkan setiap akhwat bersikap sangat husnuzzhon? Sehingga kita hanya menjaga kemurnian hati sendiri, walaupun tidak mengekspresikan body languange yang baik. Adakah sebegitu?

Ataupun kita ada ego yang agak tinggi. Monolog yang kita selalu gune, "Kenapa aku yg kene start dulu ?" , "Asik aku je yang tegor dia", "Dia ni tak faham2 ke?". Sehinggakan anda merasakan tidak bertegur itu lebih baik. "Dia tak penting. Ukhti A kan ada". Masuk rumah tarbiah pun terus cari Ukhti A tanpa menghiraukan ahli rumah tarbiah yang lain. Wajar ke ukhti? Mana sifat adil kita? *muhasabah!

Bila mengingatkan kisah2 sebegini, hati mungkin menjadi tawar. Ukhwah tidak semanis dahulu. Duduk berjauhan mungkin lebih baik dari menghadapi ujian hati yang sangat mengguriskan. 

Maka, berpada2lah dalam berukhwah. Kalau tak mampu nak ziarah, maniskan wajah bila berjumpa. Itu sudah cukup manis. Layanlah ukhti yang dihadapan anda, bukan hanya memikirkan akhwat yang anda lebih sayangkan itu sehingga terlupa atau melupakan akhwat yang berada di depan mata anda sendiri :) 

Saya pun tengah cuba untuk melayani akhwat dengan adil dan saksama. Namun, adakalanya, pahit yang dahulu tidak mampu untuk dihilangkan terus rasa pahitnya. Manis pun tidak. *sedihkan. --.

Benarlah bak kata pepatah:

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. :D
Cegahlah diri dari pilih kasih. Walau dengan sesiapa pun sebenarnya.

Moga ukhwah terus kerana Allah. Amieen. Moga dapat bertemu kembali di Syurga. Amieen.

p/s: Asifah jiddan seandainya post ini menyinggung mana2 hati akhwat. Sekadar untuk menyampaikan.

Saturday, March 9, 2013

ARUS BARU


Seruan "Arus Baru" ialah "Kami Undi Calon Muslim Berwibawa".

"Arus Baru" berperanan memperkenalkan gaya politik baru sebagai pilihan

 kepada masyarakat yang buntu dengan dua blok kepartian sedia ada, seterusnya menjadi penentu, pendesak

dan pengimbang kuasa untuk memastikan kedudukan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan terpelihara."

Bersama deru kebangkitan kami di pautan berikut:

Facebook: www.fb.com/arusbarumalaysia
Website: www.arusbaru.my
Youtube: http://www.youtube.com/user/ arusbarumalaysia
Google+ : www.gplus.to/ArusBaruMalaysia
Twitter: https://twitter.com/ArusBaruMsia
Email: arusbarumalaysia@gmail.com