Monday, September 21, 2015

Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah
Bismillah,
Assalamualaikum wbt.

Tetibe rase nak menulis malam ni.

Alhamdulilah dah nak masuk sembilan bulan kerja kat sini.
Alhamdulillah dapat join training HACCP.
Coming soon insya-Allah bengkel halal pulak.

Ok. Tajuk post ni syukur alhamdulillah.
Syukur sebab kita tak perlu nak merantau jauh2 untuk cari rezeki.
Paling jauh pun mungkin Sabah dan Sarawak.
Dan kalau ada yang kerja oversea pun bukanlah majoriti macam warga asing yang datang sini kan.

Tapi kalau dalam Islam, harta pangkat ni semua luaran je.
Yang penting Allah tengok pada taqwa kita.
Walaupun pangkat besar mana pun,
Tapi takde taqwa, tak jaga batas2 agama, tak de nilai jugak.

Dalam Islam kalau niat kerana Allah, kerja amanah, dapat pahala,
Selain dapat rezki.
Untung.
Kita tak fokus kerja je.
Sampai waktu solat, kita solat.
Supaya tiap masa kita ingat kat Allah.
Tapi, kalau bukan Islam di hati?

Saya kadang2 tertanya2 bagaimana mereka itu mendapat kekuatan?

Apa yang membuatkan mereke terus kuat menghadapi kehidupan?

Macam mana mereka hadapi tekanan?

Dan besar sangat harapan saya agar dapat menarik mereka bersama keindahan Islam di hati mereka.

Memang tak mudah.

Tapi tak bermakna menyerah kalah kan.

Dan sekarang tengah berfikir nak buat macam mana.


Saturday, August 22, 2015

Di Atas Nama Cinta


Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

 Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

(Atas Nama Cinta, UNIC)

Lagu masa zaman muda mudi dulu.

Masya-Allah, sekejap betul masa berlalu. Sekarang dah masuk bulan Zulkaedah dah.
Tahniah buat semua yang sukses puasa enam pada bulan Syawal.

Alhamdulillah, baru ada masa nak coretkan coretan di sini.

Sejak menjangkau umur 25 tahun ni, persoalan pasangan hidup seringkali berlegar2 di kepala dan menjadi perbincangan hal keluarga dan rakan2 yang masih single. Tambahan bila setiap tahun banyak je kad orang lain dah sampai (yang sebaya) malah ada juga yang lebih muda. Lepas tu tengok kat blog traffic banyak orang bukak post saya (yang sebenarnya copy paste dari blog kawan) tentang dilema jodoh.

Jadi dalam hal ni, saya selalu dan suka melihat bagaimana sikap orang yang lebih berumur daripada saya yang masih belum bertemu jodoh. Akhirnya alhamdulillah saya bertemu dengan jawapan dan tauladan yang ada depan mata saya sendiri.

Maka jawapannya adalah YAKIN DENGAN TAKDIR ALLAH.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.       

(Riwayat al-Bukhari no. 3208 dan Muslim no. 2643(1))


 Kemudian : DOA.



OK. Saya nampak seseorang tu selalu letak doa ni dalam PC dia. hihi

Dan, doa yang dilakukan adalah pada waktu musafir. Subhanallah...

"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir." 
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)


Jadi, pada yang masih mencari (terutama diri sendiri), banyakkan berdoa.
Paling penting teruskan kehidupan dengan kebaikan sebab kita pun tak tahu masa kematian kita. Jangan dok fikir sampai hidup sendiri huru hara.

Bagi yang masih ada ibu ayah ummi abi papa mama, teruskan berbakti untuk keluarga.
Perempuan banyak je kerja rumah kan boleh buat. Tambahkan lagi skill keakhwatan tu. ==',

Bagi yang belajar, fokus pada study.
Ada masa dan duit, pi amik lesen keta dulu na. hehe

Bagi yang dah kerja, kerja elok2, sekali sekala gi training atau kursus kemahiran ke
(harap wish list tahun ni tercapai nak pi training amieen).

Kalau ada rezki lebih, boleh pi buat umrah (wish list jugak ni, amieen).
 
So, insya-Allah masa akan lebih bermanfaat.

Buat sahabat2 yang bakal diijabkabulkan, mubarak muqaddam.
insya-Allah kami sampai. Boleh gunakan masa musafir untuk doa banyak2.

 
Sekian.
Selamat malam.
Assalamualaikum. :)           
 

Wednesday, July 1, 2015

Anugerah Ramadhan

Bismillah walhamdulillah,
Assalamualaikum semua.

Pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan.
Jangan berhenti berlari untuk capai target.

Alhamdulillah, tahun ni puasa suasana lain pulak.
Tahun lepas puasa masa keje kat tadika, jaga kanak-kanak.
Tapi best ada tadarus ramai2 dengan kawan sekerja yang lain.
Sekarang ada jugak tadarus cuma tak la meriah sangat.

Syukur Allah bagi hidayah, nikmat iman dan Islam kat kita yang bergelar umat Islam ni.
Kemudian Allah hadirkan Ramadhan untuk kita, supaya kita boleh kembali membersihkan diri secara lahiriah dan ruhiyahnya. Ibadah sunat ganjarannya sama seperti melaksanakan ibadah fardu dan ibadah fardu ganjarannya berlipat kali ganda. Subhanallah.

Banyak lagi perkara yang istimewa antaranya dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta syaitan telah diikat sepanjang bulan Ramdhan ni. Itulah bukti kasih dan sayang Allah kepada kita.

Seterusnya pada 10 malam terakhir, Allah menghadirkan malam yang lailatul qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam inilah malam yang ditunggu oleh umat Islam. Mereka akan menghidupkan masjid dan beriktikaf untuk melalui 10 malam yang terakhir.

Betapa banyaknya nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita.

Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa memperbaiki amalan dan akhlak ketika ini dan bulan2 yang mendatang.

Rebutlah peluang yang telah Allah berikan, kerana tak semua manusia dapat merasai nikmat ni. Insya-ALLAH mudah2an amalan kita diterima Allah dan kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.

Ramadhan kareem, Allahu akram!



 


Wednesday, May 27, 2015

Hati dan Realiti.

Bismillah walhamdulillah
Allahumma solli ala Muhammad.

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar iman? Semoga iman semakin meningkat dan iman semakin bertambah.

Lama sudah tidak mencoret di sini.

Banyak sangat perkara yang berlaku sampai tak tertulis kat dalam ni (alasan) 😂


REALITI

Realitinya, kita bukan hanya menjadi seorang aktivis, tapi saya, awak, dan kita semua adalah seorang pekerja, seorang anak, seorang kakak, seorang abang, seorang mak cik dan seorang yang lain-lain.

Diakui bukan mudah untuk berhadapan dengan golongan yang bermacam2 ni. Kadangkala kita tidak mampu meletakkan kesabaran kita pada tempatnya. Mungkin sebab kita tak biasa, atau kita tak boleh tahan, atau suara kita tak didengari, kehadiran kita tak dirasai, kita rasa kita betul orang lain salah, kita rasa hebat banyak ilmu, kita rasa kenapa orang lain tak berperasaan macam kita dan macam2 lagi perasaan yang hadir.

Allahu..berperang dengan perasaan, nak jaga hati, nak jaga akhlak dengan bermacam2 manusia bukan mudah. Memang tak mudah tanpa mujahadah.


ANTARA REALITI DAN TEORI

Maka, pada masa ini lah kita melihat diri kita yang sebenar.
Teorinya memang mudah dihadamkan, tidak sebagaimana realitinya.
Kemenjadian susuk tubuh seorang yang ditarbiah tercabar.
Inikah qudwah yang sehabis baik boleh kita tunjukkan? 😢😢😢


MUHASABAH HATI

Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan hati.
Bagaimana solat kita? Bagaimana tilawah kita?
Bagaimana tadabur kita?
Adakah semakin mendekati Allahu Robbi?
Adakah semakin mengikut jejak akhlak Rasulullah?
Adakah kita bisa menjadi qudwah untuk mereka?
Bagaimana kita meluangkan masa lapang kita?


TARBIAH, PEMBENTUKAN DAN PEMBAIKAN

Tak bermakna tarbiah tanpa pembentukan dan pembaikan.
Kebaikan seharusnya dirasai oleh orang lain.
Inilah prosesnya.
Belum terlambat.

Bangunlah wahai pejuang,
Bersihkan diri,
Agar hidupmu lebih diberkati,
Ujian yang kau hadapi mampu kau tangani,
Suasana yang gelap mampu kau terangi,
Dengan ajaran dan pedoman dari Ilahi,
Agar kau semakin mengerti,
Segala yang Allah tetapkan,
Adalah yang kau mampu lalui,
Agar kau mengambil hikmah yang diberi,
Bukan hanya mempersoalkan mengapa kau yang harus merasai,
Kerana segalanya adalah untuk kau membuktikan sendiri,
Makna iman itu sendiri,
Sebagaimana firman Ilahi,
Sudah cukupkah kamu merasa beriman TANPA DIUJI?


Nukilanku untukmu diriku,
Asma Amanina,
28.05.2015
Baiti Jannati.


Sunday, February 22, 2015

Mubarak!




Pengantin duduk tersimpuh malu, 
Tersimpuh malu di meja makan,
Walaupun masa telah berlalu, 
Kenangan bersama tak kan dilupakan.

Buka pintu terima tetamu, 
Tetamu datang dari Sg.Ramal,
Disinilah tempat menimba ilmu, 
Jua tempat membina iman dan amal.

Tetamu dihidang dengan kopi susu,
Kopi tradisi zaman berzaman,
Bila sendiri lemah dan lesu,
Kenangkan teman seperjuangan pembangkit iman.

Asma Amanina,
21022015,
Baiti Jannati.

Saturday, February 14, 2015

Hakikat Perjuangan

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Sollu 'alan Nabi.

Hakikat perjuangan, tajuk entry saya pada hari ini.

Al-kisahnya tiba-tiba tadi saya teringat akan seseorang yang agak selalu memberikan komen yang negatif pada post2 saya di salah satu laman sosial. Tapi sudah lama saya tidak melihat komen2nya kebelakangan ini. Jadi bila saya selidik, barulah saya mengerti kerana saya sudah tidak 'attached' lagi dengan beliau dan saya agak terkilan dengan apa yang berlaku.

Saya mengenali beliau pada setahun yang lepas. Seseorang yang pada first impressionnya kelihatan seorang yang positif, kelihatan professional dan seakan2 boleh menjadi seorang idola bagi seseorang yang lain. Bicaranya sangat manis, perwatakannya mungkin bisa mempesonakan sesiapa yang melihatnya.

Hakikat perjuangan: Pertembungan memang akan berlaku.

Media sosial adalah satu medium dakwah yang mudah pada masa ini. Ianya juga menjadi satu tempat di mana pelbagai info dan maklumat boleh diketahui dengan mudah dan pantas. Jadi, sesiapa sahaja akan dapat access maklumat tersebut. Mempunyai ramai kenalan di laman sosial adalah satu kelebihan untuk menyebarkan dakwah mengenai Islam.Di laman sosial juga kita mudah mengetahui pendirian, pegangan, kesukaan, pemikiran, karakter dan macam2 hal mengenai seseorang.

Berbalik kepada 'beliau' yang saya ceritakan di atas tadi, first impression yang nampaknya perfectionalist hanya tinggal first impression. Bila kenal, baru tahu. Saya tidak suka menjadikan beliau adalah sebab untuk saya berpersepsi terhadap orang lain yang mempunyai ciri2 seperti beliau, tapi saya menjadikan hal ini suatu pengajaran yang bererti buat saya.

Islam adalah untuk semua manusia di bumi ini. Namun hanya insan yang terpilih sahaja yang akan mendapat taufiq dan hidayah dari Allah. Tugas kita sebagai muslim pula membuat amar makruf dan nahi mungkar. Namun Allah jualah yang memgang hati mereka. Semoga beliau dikurniakan hidayah oleh Allah suatu masa nanti.

Dan, tiada yang lebih sempurna dari menjadikan Rasulullah sebagai ikutan. Walau ramai yang membencinya, beliau tetap berlemah lembut dalam berakhlak dengan mereka untuk menyebarkan Islam dan menjadikan manusia bebas dari perhambaan kepada manusia. Kepada Allah jualah yang kami sembah dan meminta pertolongan.

Kesimpulannya, berkata benarlah walaupun pahit, kerana kebenaran pasti akan mengalahkan kebatilan. Maka beruntunglah golongan yang menegakkan kebenaran.

Tuesday, January 27, 2015

Perjalanan yang Masih Jauh dan Panjang

Bismillah walhamdulillah
Allahumma solli ala Muhammad.

Setelah sekian lama menyepikan diri dari mencoretkan sesuatu coretan di sini.

Alhamdulillah tahun 2014 sudah pun berlalu dengan pelbagai kejutan, kegembiraan dan juga kesedihan yang sudah menjadi lumrah bagi seorang manusia. Itulah yang dinamakan asam garam kehidupan.

Kuncinya sabar, syukur dan redha.

Tahun lepas je dah 4 akhowat di sini yang telah selamat diijab kabulkan. Alhamdulillah.
Walaupun sedia maklum yang orang bujang tak sama dengan orang yang dah berkeluarga, tapi itulah takdir yang harus diterima. Semoga pernikahan antunna menjadi qudwah bagi kami. Insya-Allah

Tahun lepas jugak tahun pertama memulakan karya sebagai seorang cikgu pra sekolah. Tak sangka dalam tak kuat, Allah mudahkan jugak. Walaupun 8 bulan tapi sangat bermakna. Kanak2 memang zaman yang paling bahagia. hehehe

Kemudian sambung kerja dalam bahagian yang masuk bidang, tapi jodoh tak lama. Atas faktor2 tertentu terpaksa menganggurkan diri selama 2 bulan (jeng jeng jeng...baru bukak rahsia). Masa yang lama dan mudah untuk naikkan berat badan heh. 

Alhamdulillah, bulan 12 jugak ibu telah selamat menunaikan umrah. Walaupun pada mula macam tak dirancang, tapi atas rancangan dan aturan Allah, maka mereka selamat pergi dan balik. Thumma alhamdulillah.

Tahun 2015 membuka lembaran baru. Alhamdulillah bukan sahaja dapat kerja baru, tapi dalam skop tarbiah pun ada perubahan, gerak kerja, mutarobbiah semua. Dan berita yang paling menggemparkan bila housemate a.k.a akhowat juga bakal menikah tak lama lagi. Hepi sangat untuk beliau. Akhirnya segala kesusahan yang dialami selama ni Allah gantikan dengan sesuatu yang insya-Allah membahagiakan dan menenangkan. :) Subhanallah...

Harapan, semoga tahun 2015 memberi makna yang lebih baik, memperbanyakkan lagi amal soleh, menjadi murobbiah yang sukses, anak yang solehah, hamba yang taat dan pekerja yang berdedikasi dan terus tsabat wa istiqamah dalam medan beramal walau susah mana sekali pun.

Semoga Allah sentiasa mendorong hati kita dan menguatkan iman kita agar kita dapat beramal dan berjuang hingga ke nafas yang terakhir.

Insya-Allah :)