Wednesday, January 9, 2013

Kalimah Sabar :D

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t semua.
Alhamdulillah wa sollu 'alan nabi.

Alhamdulillah, masih lagi diberikan nikmat kehidupan untuk terus beramal. :)
Alhamdulillah jugak kami di sini tidak mengalami apa-apa musibah bencana alam. Semoga Allah menjauhkan kami dari musibah tersebut. Amieen.

Berbalik kepada topik asal posting pada kali ini ialah kalimah sabar.
Apakah kalimah sabar? 

Di sini ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat dari tazkirah oleh ustaz di Masjid UniSZa, Gong Badak, Kuala Terengganu. Insya-Allah. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Mula2nya harusnya kita mengetahui bahawa tabiat orang beriman apabila mendapat musibah ialah dengan menyebut kalimah:
انا لله وانا اليه رجعون
yang bermaksud: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanyalah Kami kembali.
Maka apabila kita bertembung dengan musibah, segeralah menyebutnya dahulu.

Kisah pertama.

Suatu kisah mengenai Abdullah bin Abas yang telah kematian anak perempuannya.Betapa dia sangat positif terhadap ujian yang dihadapinya itu. Iaitu:
1. Mengucapkan kalimah "Innalillah...."
2. Membela anak adalah suatu bebanan dan tanggungjawab. Maka kata Abdullah: Allah telah mengambil bebanan tersebut dan telah selesailah tanggung jawabnya terhadap anak perempuannya itu.
3. Allah mengurniakan sabar untukku kerana telah melaksanakan tanggung jawab menjaga anak dan juga pahala sabar dalam menghadapi musibah (kematian anaknya itu.)
4. Beliau menunaikan solat 2 rakaat dengan berkata, kami telah mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah mengikut firman-Nya:استعينوا بالصبر والصلاة
yang bermaksud: Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat.

Maka pengajarannya; apabila menerima musibah seharusnya menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah. Kalau kita macam mana? *tepuk hati tanya iman*

Kisah kedua.

Ada kisah jugak mengenai Ummu Salamah yang telah kehilangan suaminya. Maka dia pun mengucapkan kalimah "Innalillah..." dan berdoa:
Kurniakan pahala kepadaku di atas musibah ini, dan berilah ganti yang lebih baik padaku. 
Dan dia pun memikirkan, siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah, suaminya itu? Maka dipendekkan cerita, kemudian dia akhirnya berkahwin dengan Rasulullah saw. 
Masya-Allah. Walaupun pada ketika itu diceritakan bahawa Ummu Salamah sudah tua.

Selain daripada itu, dikisahkan apabila memukul paha atau dahi ketika mendapat musibah, maka gugurlah pahalanya di saat itu. Kerana musibah adalah untuk Allah memberikan pahala kepada kita, maka janganlah kita membuat tanda2 seolah2 memprotes pemberian Allah itu. Na'uzibillah.

Ada lagi kehebatan kalimah "Innalillah...." ini ialah:
Allah akan memperbaharui pahalanya. 

Contohnya: Pada tahun 1999 yang lalu, kita kehilangan orang yang kita sayangi. Lalu kita menyebut kalimah "Innalillah...". Kemudian pada tahun 2002, kita kembali teringat mengingatkan arwah yang telah meninggalkan kita pada tahun 1999 yang lalu, kemudian kita menyebut kalimah "Innalillah...", nescaya diperbaharui pahala kita seolah2 baru mendapat musibah tersebut.

Contoh yang sama kalau kita ditimpa musibah yang lain, lalu kita teringat dan mengucapkan kalimah "Innalillah.." tersebut, maka akan diberikan ganjaran pahala seolah2 kita baru mendapat musibah tersebut.

Jadi, ucapkanlah kalimah "Innalillah..." walau berada dalam sekecil2 musibah. Walaupun hanya terputus tali selipar. Kerana,dengan mengucapkannya, sebenarnya tanda kita sudah mempunyai kesabaran dalam hati kita.
Sabar itu juga dilihat pada pukulan (saat) pertama, iaitu ketika pada permulaan ujian. Jadi, pada saat mendapat ujian, teruslah mengucapkan kalimah tersebut. Bukan apabila hati ditenteramkan oleh orang ramai, baru hati mahu bersabar menerima ketentuan Illahi. 

Sesungguhnya pelbagai ruang yang boleh diperoleh untuk mendapatkan ganjaran pahala. Dan orang beriman tidak akan pernah melepaskan peluang untuk mendapatkannya. :) 
Semoga kita berusaha bersama-sama untuk mengamalkan kalimah ini. Wallahu'alam.

Anjung Seri Tarbiah, 
Kg Kubang Badak,
Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.