Saturday, August 22, 2015

Di Atas Nama Cinta


Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

 Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

(Atas Nama Cinta, UNIC)

Lagu masa zaman muda mudi dulu.

Masya-Allah, sekejap betul masa berlalu. Sekarang dah masuk bulan Zulkaedah dah.
Tahniah buat semua yang sukses puasa enam pada bulan Syawal.

Alhamdulillah, baru ada masa nak coretkan coretan di sini.

Sejak menjangkau umur 25 tahun ni, persoalan pasangan hidup seringkali berlegar2 di kepala dan menjadi perbincangan hal keluarga dan rakan2 yang masih single. Tambahan bila setiap tahun banyak je kad orang lain dah sampai (yang sebaya) malah ada juga yang lebih muda. Lepas tu tengok kat blog traffic banyak orang bukak post saya (yang sebenarnya copy paste dari blog kawan) tentang dilema jodoh.

Jadi dalam hal ni, saya selalu dan suka melihat bagaimana sikap orang yang lebih berumur daripada saya yang masih belum bertemu jodoh. Akhirnya alhamdulillah saya bertemu dengan jawapan dan tauladan yang ada depan mata saya sendiri.

Maka jawapannya adalah YAKIN DENGAN TAKDIR ALLAH.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.       

(Riwayat al-Bukhari no. 3208 dan Muslim no. 2643(1))


 Kemudian : DOA.



OK. Saya nampak seseorang tu selalu letak doa ni dalam PC dia. hihi

Dan, doa yang dilakukan adalah pada waktu musafir. Subhanallah...

"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir." 
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)


Jadi, pada yang masih mencari (terutama diri sendiri), banyakkan berdoa.
Paling penting teruskan kehidupan dengan kebaikan sebab kita pun tak tahu masa kematian kita. Jangan dok fikir sampai hidup sendiri huru hara.

Bagi yang masih ada ibu ayah ummi abi papa mama, teruskan berbakti untuk keluarga.
Perempuan banyak je kerja rumah kan boleh buat. Tambahkan lagi skill keakhwatan tu. ==',

Bagi yang belajar, fokus pada study.
Ada masa dan duit, pi amik lesen keta dulu na. hehe

Bagi yang dah kerja, kerja elok2, sekali sekala gi training atau kursus kemahiran ke
(harap wish list tahun ni tercapai nak pi training amieen).

Kalau ada rezki lebih, boleh pi buat umrah (wish list jugak ni, amieen).
 
So, insya-Allah masa akan lebih bermanfaat.

Buat sahabat2 yang bakal diijabkabulkan, mubarak muqaddam.
insya-Allah kami sampai. Boleh gunakan masa musafir untuk doa banyak2.

 
Sekian.
Selamat malam.
Assalamualaikum. :)