Saturday, July 31, 2010

langkah tercipta


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Friday, July 30, 2010

kedah darul aman

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala pujian di panjatkan ke hadrat Illahi kerana kami telah selamat sampai ke negeri Kedah Darul Aman.

Semoga kedatangan ini memberi input dan pengalaman yang baru untuk saya agar boleh dimanfaatkan.insyaALLAH

Jauh perjalanan luas pemandangan..
Hikmah kembara, menuju kasih, buktikan cinta kita...kepadaNYA.

sekian wasalam.


Thursday, July 29, 2010

hari lahir



"Hargailah sedikit waktu yang masih tinggal bagi kamu, kerana kelak kamu sudah tidak lagi melaluinya. Bahkan kamu akan menangis dan meminta-minta agar ianya dikembalikan."
Petikan dari kata-kata Imam Hassan Al-Banna.

Selamat Hari Lahir buat sesiapa sahaja yang tarikhnya hari ini.
Semoga kelahiran mengingatkan kita kepada hampirnya kematian.

Sekian, wasalam.

Wednesday, July 28, 2010

bahaya cuai


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji ALLAH yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Selawat dan salam atas junjungan yang mulia Rasulullah s.a.w.

Berbalik kepada tajuk posting hari ini.

Bahayanya cuai. Ya, ia sangat bahaya. Contohnya anda sedang masak di dapur. Kemudian anda menerima panggilan dan menjawab panggilan tersebut sehingga lupa tentang dapur anda tadi. Sehingga dapur anda habis terbakar. Ini adalah disebabkan kecuaian.

Seperti juga dalam menjawab soalan matematik. Contohnya 5 tambah 5 sama dengan 10. Tapi disebabkan kelalaian , 5 tambah 5 sama dengan 1. Mungkin kerana simbolnya lebih kurang sama. We always said " Careless mistake".

Mungkin juga banyak harta benda kita yang hilang atas kelalain kita. Sangat bahaya. Lagi-lagi hilang wallet, yang dalam tu segala dokumen ada. Na'uzubillah. Pagi tadi, memang rezki saya lagi jumpa wallet yang tercicir kat tempat saya turun dari van semasa hendak ke kampus. Alhamdulillah. Mujur sedar awal. Memang doa banyak-banyak. Dan ini juga adalah kelalaian saya yang lupa nak simpan wallet balik dalam poket lepas dah keluarkan duit.

Jadi, sama-sama kita jadi orang yang lebih alert. Jadi orang yang lebih peka. InsyaALLAH.

Bak kata pepatah, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Sekian moga mengambil yang manfaat untuk diamalkan. Wasalam.






Monday, July 26, 2010

mencintaiNYA


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH yang masih memberi peluang untuk mengepost sesuatu dalam blog ini.

Kita sedia maklum yang kekuatan manusia adalah terhad. Jika dia seorang sahabat, mungkin dia tak mampu nak mencapai sifat2 seorang sahabat yang sangat disukai oleh orang lain. Kalau kita nak meluahkan permasalahan kepada seseorang, mungkin orang yang mendengar tak mampu memahami perasaan kita saat itu. Kalau kita rasa memerlukan seseorang untuk membina semangat yang semakin pudar, mungkin orang itu tak dapat membina semangat kita secara berterusan lantaran dia pun mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Namun, jangan lupa kita masih ada Tuhan. Mengadulah padaNYA kerana Dia Maha Kuasa. Sayangi dan cintai Tuhan, agar kita dicintaiNYA juga. insyaALLAH. Kerana Dia Maha Tahu bagaimana kehidupan kita buat keseluruhan hayat kita. Subhanallah.

Mari kita membangkitkan iman kita sejenak. Di mana DIA iaitu ALLAH Tuhan yang menguasai hari Pembalasan di hati kita? Rasai keberadaanNYA walau di mana kita berada.

"Jaga hubungan dengan ALLAH dan jaga hubungan dengan manusia"


~~renungan buat diriku jua~~

Sunday, July 25, 2010

sejarah baru


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam yang sangat berkuasa atas tiap sesuatu. Hari ini dalam sejarah tarbiah setelah hampir 3 tahun, saya dan ahli2 halaqah yang disayangi dan bersama murobbiah tercinta telah berjogging di tepi-tepian pantai. Terima kasih kepada Illahi yang masih menguatkan kaki kami walaupun ada yang baru pulang dari program. Semoga ALLAH yang menilai usaha2 kita. amiin

Suka untuk saya mengimbau kembali kenangan2 saya semasa di sekolah dahulu kala. Saya sangat minat bersukan. Banyak juga aktiviti2 yang disertai di sekolah antaranya lari pecut, lompat jauh, lompat kijang dan bola tampar. Tidak lupa juga pada kawad Kadet Remaja Sekolah yang berjaya memenangi tempat ke-3 peringkat zon sentul tahun 2006. Berlari adalah satu kepuasan bagi saya, tambah2 lagi lari pecut yang lumba dengan orang lain. Di situlah kita akan keluarkan sepenuhnya tenaga kita ke tahap yang maksimum untuk berlari dengan lebih laju.

Tapi itu dulu..sekarang semuanya sudah menjadi kenangan. Kenangan2 manis untuk diingati. Banyak juga medal kat rumah. Setiap tahun ada je bawak balik medal.(kalau boleh gadai banyak duit dah boleh dapat =) ) Dan last, time form five.

Kalau dulu letih berlari secara fizikal, kini kita berlari membawa amanah yang lebih besar. Jatuh tersungkur lumrah kehidupan. Dan kini saya belajar untuk tidak lari dari masalah. Pahit tetap pahit tapi biarlah Tuhan yang membalasnya.

Doaku; "Ya ALLAH, moga aku tsabat dan kuat". Harapnya sejarah2 yang tak patut dibuat dahulu, tidak akan berulang lagi.

Bak kata seseorang: "Just buat pilihan, nak atau tak nak"

Dan sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa dan tidak memerlukan kita, tapi kita lah yang memerlukanNYA..

sekian untuk hari ini
wasalam


Saturday, July 24, 2010

jodoh


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH, yang telah melancarkan walimah seorang senior kami. Gembira melihat beliau dan pasangannya. Didoakan semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin ya Rabbal 'alamiin.

Salah satu faktor kebahagiaan sesebuah keluarga untuk jangka masa yang panjang adalah kasih sayang (bagi pendapat saya). Dan kasih sayang itu seharusnya dipupuk dan dikekalkan walaupun setelah mempunyai anak yang ramai. Saya juga melihat, komunikasi antara ahli keluarga sebenarnya mampu membina kasih sayang, dan contoh lainnya adalah saling berkongsi masalah antara adik-beradik. Perkara2 ini akan mewujudkan sikap saling mengambil berat antara ahli keluarga itu sendiri.

Antara hal2 yang lain pula adalah berkenaan tanggungjawab ahli keluarga itu sendiri. Ayah dan ibu seharusnya mengambil berat hal2 anaknya terutamanya dalam aspek pendidikan agama agar anak2 mempunyai benteng dari terjebak dengan masalah2 sosial yang sangat membimbangkan. Di samping itu, si anak haruslah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan amanah, seperti belajar atau bekerja dengan bersungguh-sungguh, tidak melakukan sesuatu perkara yang mengaibkan kedua orang tuanya malah seharusnya menggembirakan mereka lantaran umur mereka yang semakin meningkat.

Semoga kita semua akan mampu membina keluarga yang bahagia bukan setakat kebahagiaan dari segi harta benda tapi juga mempunyai pegangan agama sebagai seorang muslim wa mukmin yang sebenar2nya.amiin, InsyaALLAH

"sesungguhnya medan berbicara itu tak semudah dengan medan berbuat"

wallahu'alam
sekian melaporkan dari Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Thursday, July 22, 2010

muhasabah selalu



Monday, July 19, 2010

kuatkan semangat




Kuatkan semangat apabila menerima segala ujian di dunia, pengorbanan memang sangat payah dan lelah. Yang penting ikhlas agar amalan diterima.

Saturday, July 17, 2010

bijak


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Jutaan kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi dengan nikmat islam,iman dan tarbiah. Juga nikmat masa dan kesihatan, yang dengan izinNya, dapatlah saya mengepost something hari ni setelah lama tak up date blog lantaran masalah2 yang tak dapat dielakkan.alhamdulillah

Banyak juga input yang saya dan sahabat2 lain dapat melalui program sepanjang minggu ni. Saya nak share tentang pengorbanan..

Pengorbanan ni adalah membelanjakan tenaga untuk meninggikan kalimah ALLAH. Setiap hari kita berkorban sebenarnya tanpa kita sedar. Contohnya, kita pergi kuliah untuk belajar. Maknanya kita dah korbankan masa kita untuk mencari ilmu kerana ALLAH.

Tapi ingat yang dalam konteks pengorbanan ni mestila betul niat seseorang tu, pengorbanan tu mengikut ketentuan masa, seimbang dan tak melampau. Banyak lagi huraian dia sebenarnya.

Kalau student, kita akan korbankan masa main kita, masa2 kita dari terbuang dengan mengadap nota2 atau ulangkaji subjek dengan harapan dapat result yang terbaik. Maksudnya kita tahu yang susah nak capai 4 flat. So, kita struggle untuk dapat 4 flat tu.

Macam tu jugak kehidupan selepas kematian kita kan. Kalau baca dalam al-Quran dalil2 mengenai syurga, sangat indah. Semestinya tinggi dan berharga nilaian syurga tu. Jadinya, kita tahu syurga tu mahal sebagaimana Rasulullah pun banyak dugaan dan cabaran baginda walaupun dah di jamin syurga. Nak dibandingkan dengan kita yang tak terlepas dari berbuat dosa dan dugaan atau cabaran pun tak sehebat Rasulullah. So, perlulah untuk kita berkorban lebih untuk dapat yang mahal. Faham tak?

Atau ada satu lagi analogi iaitu kalau kita nak menginap kat hotel taraf 5 bintang, banyak tak duit yang kita kena keluarkan? Kita kena keluarkan duit yang banyak untuk dapat service yang terbaik. Betul tak?

Justerunya, macam tulah kehidupan. Kenapakah kita dihidupkan?

Yakinlah bahawa apa yang kita korbankan ada nilai disisi ALLAH like kita korbankan masa untuk ke halaqah, korbankan tenaga untuk ziarah, korbankan duit untuk datang daurah, korbankan jiwa untuk bermujahadah. InsyaALLAH

Bijaklah dalam menguruskan waktu kerana itulah sifat orang yang ditarbiah.
Wallahu'alam sekian salam

Saturday, July 10, 2010

memang betul

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH dengan limpah dan rahmatNYA, dapatlah kami menjalani aktiviti dengan selesai.

Memang betul kalau kita nak mengajak orang kepada Illahi, maka kita lagi2 lah yang perlu untuk dekat pada ALLAH supaya mudah2an pertolongan ALLAH bersama kita.

Sedikit perkongsian yang saya nak share untuk posting kali ni mengenai istiqamah. Bila mana kita nak istiqamah maka perlu untuk kita istiqamah kan hati kita dahulu. Bila hati kita yang berkehendak untuk waspada supaya jauh dari dosa dan nak tingkatkan amal, maka ia akan terserlah melalui amalan kita.

Dan sahabat saya menceritakan kisah ayahnya yang baru meninggal dunia, di mana dia melihat sifat ayahnya yang istiqamah iaitu tak pernah tinggal untuk berzikir subhanallah alhamdulillah allahuakbar 33 kali selepas solat fardhu, terbawa sehingga ke akhir hayat allahyarham. subhanallah. Dan memanglah kemenangan kita akan jelas terlihat bila kita berada di saat kematian yakni sama ada kematian yang baik atau kematian yang buruk.

Itulah hebatnya sifat istiqamah. Apa yang selalu kita buat semasa kehidupan kita akan membawa amalan tu di saat2 kematian. Jika baik amalan, maka baiklah. Jika buruk, maka buruklah.Dan sesungguhnya ALLAH lah yang Maha Mengetahui dan Maha Teliti.

semoga kita mengambil ibrah (pengajaran) untuk diamalkan.
wasalam


Wednesday, July 7, 2010

sudah sampai


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH akhirnya sampai dengan selamatnya di Kuala Terengganu. Semoga kehidupan di sini membuahkan sesuatu yang bermakna untuk kehidupan yang akan datang.

sekian.melaporkan
wasalam

Tuesday, July 6, 2010

tautan hati

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh, sukarnya mengajakm
u!
Namun, kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku akan terus menyerumu,
Pada yang Satu.
Kugenggam kukuh suatu azimat,

"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."
Ya ALLAH, kuharap bantuanMU mengiringiku.
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas RasulMU,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.

nukilan oleh:
Fatimah Syarha Mohd Noordin
dalam novel
Tautan Hati.

Itulah bait2 ayat dalam novel Tautan Hati yang pada mulanya saya sendiri tak mengerti. Novel tu saya baca waktu tingkatan lima, lepas SPM. Waktu tu novel ni memang popular dikalangan sahabat2 sekolah.

Tapi, lepas masuk universiti, bila tengok balik ayat2 novel tu, baru faham. Faham sebab sedang melalui proses yang lebih kurang sama dengan watak Asiah Yusra tu.


"Kita hanya penyeru, bukan penghukum."

Sangat setuju dengan ayat di atas, sebabnya itulah Rahmat kasih sayangNYA. Kalau bukan kerana itu, mana mungkin kita dapat merasai nikmat tarbiah kerana hanya ALLAH lah yang boleh memberi hidayah kepada siapa2 yang dikehendakinya.

Justeru, seperti dalil ini:

Dan orang2 yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan mereka jalan2 Kami. Dan sungguh ALLAH beserta orang2 yang berbuat baik.(29:69)

Bak kate seorang kenalan yang mentadabbur ayat ini,
" Kalau kita betul2 nak memperbaiki diri ke arah redha ALLAH, ALLAH pasti akan tunjukkan jalan. Itu janji ALLAH. Jadi, adakah kamu ragu2 dengan kata2 ALLAH?"

Semoga walau apa pun bayangan yang menghantui diri kita, maka janganlah berputus asa. Bangkitlah walaupun kita rasa tak mampu. Dan teruskan berusaha,berdoa agar kita mampu untuk bertahan hingga ke hujung nyawa.amiin

sekian wasalamsatu perjuangan, satu arah tujuan, di bawah rahmat yang Esa..
kita melangkah seiringan satu perjuangan..




Monday, July 5, 2010

sehari lagi

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

InsyaALLAH sehari je lagi saya akan kembali menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu medan pengajian dan tarbiah..membawa misi yang lebih baik.

Mungkin disebabkan minggu ni saya selalu keluar atas hal2 yang penting dan perlu, tahap kesihatan kurang memuaskan dan mudah2an beransur pulih, amiin >>doakan ye,

Hari ini, buat terakhir kali untuk cuti semester ni, saya keluar lagi untuk membeli buku2 yang insyaALLAH dapat memotivasikan diri iaitu:

1)Secangkir Teh Pengubat Letih by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
2) Di Mana DIA di Hatiku? by Pahrol Juoi
dan..novel yang kedua yang dibeli sendiri iaitu:
3)Denyut Kasih Medik by Dr. Farhan Hadi

sering diungkapkan oleh bijak pandai:

“Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.”

Bersama menghidupkan ruh iqra'.
salam




Saturday, July 3, 2010

terakhir kali


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Pertamanya nak ucap terima kasih kepada nenenda tercinta sebab datang rumah masak serunding kelapa yang terbaik dan sedap. =)

InsyaALLAH, esok buat terakhir kalinya saya akan datang untuk bertemu dengan mereka2 yang berkenaan. Semoga segalanya berjalan lancar. Amiin

sekian,melaporkan.
wasalam



Friday, July 2, 2010

nilaianNYA


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

segala puji bagi ALLAH yang telah mentakdirkan apa yang terbaik buat hambaNYA. Alhamdulillah pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya dan sahabat telah pergi ke sekolah kami yang tercinta. Sebenarnya teman sahabat ambil sijil spm dan alang2 tu terus pergi ziarah cikgu2 semua. Sangat terharu bila cikgu masih ingat nama kami =)

Dan ditakdirkan kene bagi 'talk' pulak dekat junior2 sebab memang tiap hari Jumaat tak balik bermalam ada tazkirah,baguskan..Sebenarnya semua manusia itu hebat dan ada kekurangan. Jadinya walau macam mana pun kita, ALLAH lah yang Maha Tahu. Kita mungkin boleh hebat di khalayak ribuan jutaan manusia dan ianya tiada apa value seandainya kita tiada nilaian disisiNYA. Na'uzubillah..

Sedikit perkongsian yang saya dah share pada junior petang tadi. Berkenaan pengalaman dapat menyambungkan pengajian ke ipta di Terengganu. Pengalaman ni sangat menyedarkan saya tentang takdir dan hikmah Tuhan.

Semestinya berjauhan dengan ahli keluarga terutamanya kedua ibu dan ayah amat menyedihkan. Lagi2 dalam adik-beradik sayalah yang paling jarang ada kat rumah start dari asrama masa form 1 - form 5, kemudian sambung KMM, dan last dapat UMT. So, masa apply upu lepasan matrik sangat sangat berharap dapat u yang tempoh perjalanannya dalam bawah 5 jam.(maksudnya nak yang dekat).

Nak dapat u yang dekat sebabnya adalah dengan harapan dapat balik rumah at least 2 minggu sekali untuk spend kan masa dengan ibu,ayah dan keluarga.Lagi2 parent sebab atas faktor umur mereka yang dah mencecah tengah 50-an.Tapi, memang tak de pilihan lain, so terima je tawaran UMT dengan redha.

Alhamdulillah bila sampai Terengganu, saya ditakdirkan dapat sahabat2 yang memang saling ingat-mengingatkan kita pada Illahi, dapat nikmat tarbiah, nikmat berhq, yang memang saya nak dekat matrik dulu.Subhanallah.. Dari situ, saya nampak akan hikmah dan yakin bahawa takdir ALLAH terbaik. Berbaloi naik bas 8 jam nak dibandingakan dengan nikmat2 lain yang tak ternilai harganya.

Dan saya pernah terbaca dalam blog seorang sahabat, ayatnya lebih kurang macam ni;

Semakin kita kenal dan rapat dengan kawan kita, semakin ternampak akan keburukannya.

Situasi ni jugak berlaku pada saya dan sahabat2 sepanjang tempoh setahun yang lepas. Dan kunci bagi menangani masalah ni memanglah berlapang dada selain saling memahami dan memaafkan orang lain. Dan sikap2 negatif memang perlu untuk kita perbaiki. Sebagaimana anda semua, saya juga mengharapkan mampu jadi orang yang sentiasa memperbaharui diri ke arah yang positif selari dengan putaran masa yang berlalu dengan sangat pantas.

Dan dalam kes2 salah faham ni, saya lebih suka untuk berterus-terang. Sebab saya tahu yang pendam-memendam ni sangat menyakitkan dan menyusahkan hati. Dan sangat tak suka perasaan tu.

Harapan saya, semoga sem2 akan datang, saya dan sahabat2 lebih matang dalam mencari solusi untuk setiap masalah. Berfikir bukan dengan emosi. Semoga kita saling menghargai dan lengkap-melengkapi. Dan semoga kita kuat untuk menempuh segala cabaran kehidupan yang pastinya menguji keimanan kita kepadaNYA dan ukhwah kita keranaNYA. amiin.

sekian, wasalam.








Thursday, July 1, 2010

tasik titiwangsa

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi ALLAH yang telah mentakdirkanku bersam
a teman2 persekolahanku untuk berjumpa buat sekian kalinya pada hari ni dekat Taman Tasik Titiwangsa.

Seronok+happy bila jumpa kwn2 sekolah. =) Thanks shen ajak ^_^
ok. lepas ni dah kene prepare untuk ke Terengganu.
ok. tak dapat pergi hari terbuka asrama.

ok. raya baru balik.
insyaALLAH.

signboard ;D



sebelum mengakhiri post harini,
ada pesanan buat saya dan anda semua:
bersama semat dan semaikan sikap jujur dalam diri.
kita boleh lepas dari manusia tapi ingat bahawa
sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui Maha Melihat Maha Teliti.

siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama2 mencuri


*harap betul pantun tu,

Bersama mengambil apa2 yang bermanfaat untuk diamalkan.
sekian.wasalam