Friday, December 30, 2011

sudah itu takdir-Nya

Bismillah.

Mungkin itu sudah takdir-Nya. Ya, adakalanya saya sangat fed up, give up, bosan, geram, marah, tertekan dengan apa yang saya lalui. Saya cuba untuk memahaminya, tapi semakin lama ia seolah-olah menyakitkan hati saya. Saya juga manusia, ada hati dan perasaan. Saya juga baru belajar, sedang belajar untuk menyesuaikan dengan semua ini.

Punbegitu, saya takkan mengalah. Mungkin saya perlu usahakan yang lain. Mencari hati-hati yang benar2 inginkannya, menghidupkannya bersama-sama.

sumber gambar: kangensyurga.blogspot :) syukran

Semoga petunjuk Allah sentiasa bersama. amien
Semoga saya tak putus asa.

* posting ni sangat tersurat.

Thursday, December 22, 2011

ujian hidup

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selamat sampai di rumah,kL.

Saya teringat akan perbualan bersama akhwat yang tercinta di dalam bas semasa perjalanan pulang ke KL. Isi perbualan kami mengenai kehidupan kami. Mungkin kurang teruji. Segala perjalanan kehidupan adalah mudah, dimudahkan. Dan kami bersetuju bahawa ada kalanya kita perlu meletakkan diri kita di luar zon selesa, walau hakikatnya kita ada semua kemudahan itu.

Dan maka di antara suratan atau kebetulan, selepas lebih kurang dua jam perjalanan, ukhti mendapat panggilan telefon. Panggilan mengenai kemalangan keretanya yang dipandu oleh rakannya. Saya terdiam. Dan saya yakin pastilah ujian ini bertepatan dengan kesediaanya untuk 'merasakan' ujian tersebut. Dan saya mendoakan agar beliau sentiasa tabah, sabar, dengan apa jua musibah dan bersyukur dengan segala nikmat Illahi.*doakan saya jugak =.=

Dan berita menggemparkan pagi ni, apabila salah satu rumah sewa akhwat kami dipecah masuk. Dan paling meyedihkan bila akhwat yang sedang final progress final year project kehilangan segala data report semua. Namun saya yakin, mereka mampu menghadapinya. Dari jauh, ana hanya mendoakan bahawa mereka akan dapat jalan untuk keluar dari kesulitan tu. Sesungguhnya pada Allah lah kita meminta pertolongan dan berharap.

p/s: Ayuh tingkatkan keselamatan diri dan rumah. Usah beri peluang pada penjenayah!!!

Monday, December 19, 2011

Monday, December 12, 2011

kesibukan?

Bismillah,

”Hidup ini pilihan, perjuangan dan pertanggungjawaban. Kita sendiri yang menentukan setiap pilihan. Kita sendiri juga yang menentukan prioritas kepentingan kita. Bukan kita yang diatur oleh waktu dan pekerjaan kita, tetapi kitalah yang mengatur waktu dan pekerjaan kita. Kita tidak akan punya waktu jika kita tidak berusaha menyempatkannya.Tidak ada alasan pula bagi seorang aktifis dakwah untuk tidak mau membina dengan alasan sibuk. Tidak ada alasan pula bagi seorang aktifis dakwah untuk menyepelekan tarbiyah dengan tidak hadir dalam halaqah karena alasan sibuk, entah sibuk dengan pekerjaan, keluarga ataupun dakwah. Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bisa bermula dari tarbiyah.” kh Rahmat Abdullah

Friday, December 9, 2011

sunnah perjuangan :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya kepayahan sebenar dalam berdakwah ialah kepayahan bersabar menerima ketentuan Allah, sehingga tiba janji-Nya, pada waktu yang Allah kehendaki mengikut kebijaksanaan-Nya. Di jalan dakwah ini terdapat banyak kepayahan: Pendustaan dan penyiksaan. Dolak dalih dan kedegilan. Berkembang dan tersebarnya kebatilan. Orang ramai yang terpedaya dengan kebatilan yang megah dan berjaya pada mata kasar. Juga kepayahan menahan jiwa untuk menghadapi semuanya itu dengan penuh redha, stabil dan tenang pada janji Allah yang benar. Tidak ragu-ragu atau berbelah bagi semasa merentasi jalan ini, walau macam mana sekalipun kepayahannya. Itu semua merupakan usaha besar yang memenatkan yang menuntut keazaman, kesabaran dan bantuan Allah Taala serta taufiq-Nya. Adapun tentang pertarungan itu sendiri, maka Allah Taala telah menentukan dan mentakdirkan bahawa Dia sendiri yang mengendalikannya, dan melanjutkan tempoh demi satu hikmah yang diketahui-Nya. Begitulah janji-Nya pada nabi-Nya yang mulia, akan dipenuhi waktunya.

Sumber dari: Buku Keluasan Islam.

Saturday, December 3, 2011

Usah bersedih duhai hatiku :')


Bismillah

Seandainya aku buta akan sirah Rasulullah,
Pasti aku akan bersedih dengan apa yang aku hadapi.
Namun,
Dengan mendalami sirah baginda,
Kesedihan hatiku terpujuk,
Dengan mengetahui kepayahan baginda dalam memperjuangkan Islam.

Lebih jauh perjalanan yang aku lalui,
Aku yakin pasti akan ada ujian2 yang didatangkan,
Untuk aku menilai sendiri,
Adakah aku benar2 berbuat kerana mencintai Allah, jua Rasul-Nya?
Atau aku hanya mementingkan perasaanku sendiri?

Sesungguhnya aku sentiasa berdoa,
hati2 mereka memahami erti perjuangan untuk agama kami ini,
bersama-sama memikul beban amanah ini,
tanpa menafikan kehendak duniawi,
dan semoga Allah memimpin hati2 yang pasti lebih diketahui-Nya,
yang bisa menjayakan rantaian perjuangan ini.
Insya-Allah :)
dan moga aku tak kecewa kerana aku tahu Allah sentiasa bersama..<3

Ya Allah, tetapkan hati kami di jalan agama-Mu dan dalam melakukan ketaatan kepada-Mu..amien3x

Friday, December 2, 2011

Di Mana DIA Di hatiku??

Di Mana DIA???


Semasa Rasulullah s.a.w. & Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar merasa cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, “Jangan takut, Allah bersama kita…”
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

KETIKA DI AMBANG MAUT
Sewaktu Da’thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Raslullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, “Siapakah yang akan menyelamatkan kamu daripadaku?”
Jawab Rasulullah dengan penuh yakin, “ALLAH…”
Mendengar jawapan itu, gementarlah hati Da’thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah…DIA sentiasa di hati baginda.


KETIKA TIADA SIAPA MENGETAHUI
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”
Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan hak saya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
Kambing ini terlalu banyak dan tiada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dank au katakana kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang pengembala kambing; pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas DIA di hatinya.

KETIKA KAMU TIADA JAWATAN
Suatu ketika yang lain, Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral kepada seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang saa. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa? Khalid menjawab, “Aku berjuang bukan kerana Umar…”.Ya, Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

LALU, DI MANA DIA DI HATI KITA?
Melihat peristiwa-peristiwa tersebut, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, ‘Di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi perantungan harapan dan tempat merujuk & membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia haya dengan 1 hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segalacinta yang lain. Tetapi, jika sebaliknya (cinta selain-Nya yang ada di situ) maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku! Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru yang hadir dalam hidupku, kata mereka, “Bila ALLAH ada dalam hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung,apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA? Bila bertembung kehendak-NYA dan kehendaku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegarkah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri,bagaimana sikapku terhadap hokum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan banyak persoalan. Bukan aqal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH… :’( Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri.

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “Apakahengkau takutkan ALLAH?”

Lalu dia menangis dan menjawab, “Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, maka aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya, jika aku katakan ya,aku terasa menjadi seorang munafiq. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH akan bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH, tapi aku tidak…”

Dapat dilihat di sini jika seorang sufi yang hatinya begitu hamper dengan ALLAH pun sukar apabila diajukan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina & berdosa ini. Di hatiku masih ada 2 cinta yang bergolak & berbolak-balik. Antara cinta ALLAH & cinta dunia sedng berperang dengan begitu hebat & dahsyat sekali.

Jika kau tanyakan aku, “Adakah DIA di hatimu?”

Aku hanya mampu menjawab, “Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA.”

Justeru, kerana DIA belum ada di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya… Aku yakin… Suatu saat nanti, aka nada DIA di hatiku & di hatimu jua…
Dan kita akan terus mengemis kasih-NYA…
Sumber: iluvislam (Pahrol Mohd Juoi)

p/s: “Siapa kita pada pandanga DIA, di mana DIA di dalam hati kita…” Renung-renungkan… [ALLAH~]

dicopy dari: Learn, Explore, Apply, Progress :D jazakillah auni.