Wednesday, September 3, 2014

Doa, Kenangan dan Coklat.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt,
Wa sollu alan nabi.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa kita untuk beramal.
Kaifahalukum?
Moga khair saja dan masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
Amieeen.

DOA.

"Alhamdulillah, berkat doa Ramadhan lepas, ana nikah jugak tahun lepas.
Doalah sungguh2 bulan Ramadhan ni, insya-Allah makbul"

Kata seorang ukhti, yang sangat meyakinkan ana tentang berkat doa Ramadhan.

Tapi sayang, ana tak doa tentang jodoh. :') *tak spesifik doa maknenye.

Alhamdulillah, berkat Ramadhan, doa ana nak kerja ikut kelulusan degree tercapai.

Memang tak disangka2. Allah perkenankan. Subhanallah.

KENANGAN.

Tapi, dalam kegembiraan tu ada sedihnya jugak bila kenangkan kanak2 yang ana anggap macam adik ana sendiri. Almaklumlah tak ramai adik lelaki dan takde adik perempuan. Jadi bila hidup ramai2 dengan diorang, rasa happy, ada tempat untuk mencurahkan kasih. *ayat puitis sikit.

Lagi2 anak murid kelas yang memang comel, baik dan bijak. Cikgu mana tak sayang.

Walaupun sebenarnya tak pernah terfikir apatah lagi bercita-cita nak jadi cikgu, tapi Allah bagi kekuatan untuk hadapinya. Sepanjang menjadi cikgu tadika ni, suatu benda yang free kita boleh dapat selalu adalah pahala dan ketenangan. Pahala bila kita ajar benda yang baik, bersabar dengan kerenah mereka dan ketenangan tu adalah bila kita tengok dorang happy. Bila kita peluk diorang, ada suatu aura positif kat situ. Boleh buat kita insaf kadang2, sebab kita ni banyak dosa nak dibandingkan dengan dorg tu walaupun tak dapat dinafikan yang dorang tu memang kadang2 nakal.

Ana akan merindui Haziq yang bijak dan matang, Hamra yang comel, Irdina yang petah, Mia yang always have a good memory, Kyra yang bijak dan mempersonakan, Farhani yang comel dan manja, Eryna yang suka dibelai manja, Nuha yang suka cerita diari hidup dia dan keluarga dia, Damia yang diam2 tapi bijak, Haqim yang comel tapi annoying bila menangis, Khalief yang behave and have a good memory, Iqbal yang mata besar dan suara cute, Amien yang diam2 ubi berisi, dan Amir yang selalu kena bagi support baru ada motivasi. Walaupun teacher mengajar hanya 7 bulan 15 hari, tapi teacher tetap doakan all of you will be a good khalifah, sentiasa dalan tarbiah Islamiah dan berjuang demi Islam walaupun masih ada kerjaya sendiri. amieen.







Comel kan kanak-kanak ni?
: D

COKLAT.

Dan sejarah yang dulu berulang kembali.

Bau coklat kembali menyengat kat baju.

Teringat zaman praktikal dulu, hari2 mengadap coklat.
Paling tak boleh lupa, chocolate drink.
Hanya Allah je yang tahu.

KINI.

Sekarang dah tak macam masa mengajar dulu.

Walaupun ada perkara yang kita kena korbankan, keputusan yang kita kena buat, tapi segalanya demi tarbiah, dakwah dan untuk memperdalami ilmu realiti di dalam industri.

Moga Allah redha.

Dan moga tsabat dalam perjuangan yang sebenar, kekal bersama tarbiah insya-Allah.


Akhir sekali, ana ingin menjemput semua umat Islam di Malaysia untuk sama-sama menghadiri Himpunan Solidariti Ummah pada 13 September 2014 ini sempena majlis penutup Bulan Kemarahan Ummah.

#saveGAZA.
#weareallAl-Qasam!