Tuesday, May 24, 2011

terhibur

Bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x Wa sollu'alan nabi

***
Mereka buat dia terhibur. Walaupun dia tahu, mereka itu bagaimana, tapi mereka happening. Dia tahu dia perlu belajar mengawal emosi. Tapi itulah kelemahan dia. =.=

Terima kasih budak2 yang buat dia terhibur dan bertafakur, tentang kekurangan dirinya. ^^,'

Bersama menjadi orang yang SABAR!

p/s: Posting ini sekadar luahan kehidupan penulis.

Sunday, May 22, 2011

nice

Bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah3x. Wa sollu 'alan nabi.

Tidak dapat dinafikan sesungguhnya agak sukar untuk menjaga stamina iman time kerja ni. Mungkin sebab terlalu letih. =.= *tapi itu bukan alasan

Ada sesuatu yang saya nak share dalam posting kali ini.

Ia berkenaan rezeki.
Sesungguhnya ALLAH sangat pemurah.
Terutamanya bila berniaga.

Lihat sahaja kawasan sekeliling rumah kita yang dipenuhi gerai-gerai.
Ada sahaja pelanggan yang datang.
Walaupun ada berderet-deret kedai yang lain bersebelah-sebelahan, namun kedai mereka tak pernah tutup.
Pendek ceritanya, ada je orang datang beli.
Sesungguhnya ALLAH sangat sangat pemurah.

InsyaALLAH kalau kita berusaha, pasti ada hasilnya.

Tapi,

Jangan sampai kekayaan dunia menghayutkan kita.

Solat jangan lupa. Itukan tiang agama.

Solatlah tanda kesyukuran kita atas rezeki yang ALLAH berikan.
Nikmat kesihatan yang ALLAH hadiahkan.
Jadilah kita hamba yang bersyukur.

Bukan hanya ingat ALLAH bila susah,
bila ada masalah.

Dan yang paling penting
ingatlah kepada ALLAH jualah kita dikembalikan.

Maka,
mari kita doakan moga-moga diri kita dan orang2 yang berada di sekeliling kita,
sentiasa dibukakan hati agar menerima hidayahNYA,
dan sentiasa meletakkan ALLAH no. 1 dalam hati kita.
amieen ya Rabb

Bersyukurlah :)

Monday, May 16, 2011

kerja kuat ^__^'


Bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah3x wa sollu'alan nabi.

Akhirnya kerja pun dah dapat, penat tu rasanya biasa la. Pekerjaan ini dilakukan demi mengumpul dana untuk buat lesen kereta insyaALLAH. Harapnya ALLAH mempermudahkan urusanku. amien

"Ya ALLAH, redhailah pekerjaanku ini dan berkatilah rezekiku ini. Dan jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur"
Amiin ya Rabbal'alamin

Marilah bersama memeriahkan Satay Station yang berhampiran anda! :)

Saturday, May 14, 2011

beringat

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala pujian hanya buat ALLAH Tuhan sekalian alam. Wa sollu 'alan nabi.

Malam tadi lepas isyak ada bacaan yasin beramai-ramai di rumah jiran saya yang anaknya telah pun meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Anaknya masih muda. Lingkungan 25 tahun. Mohon disedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Terasa dah lama sangat tak baca Yasin berjemaah, bertahlil, dan doa buat permohonan hajat. Dulu, time sekolah menengah, time matrik, bacaan Yasin tu amalan rutin hari Khamis malam Jumaat yang dibaca mudah2an kejayaan diperoleh dan dimudahkan. Rindu sungguh suasana itu. =)

Yelahkan, bila ramai2 kita berkumpul bacakan Yasin untuk mereka yang sudah pergi terasa sayu dan terfikir macam mana keadaan kita pulak nanti. Sekarang kita sibuk dengan nak cari duit, nak beli itu dan ini, nakkan pasangan hidup, sehingga kekadang kita 'terleka' maut tu pasti menemui kita. Kita tak pasti apa yang kita impikan, hendakkan, mahukan tercapai, tapi yang pasti kita akan mati. Mati yang bila-bila.

Namun, kesyumulan Islam lah yang mengajar kita bahwa setiap waktu kehidupan ni perlu diisikan dengan perkara kebaikan agar kita tak menyesal nanti.

Firman ALLAH S.W.T:

Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu..(Surah Al-Qasas:77)

Sesungguhnya hartamu dan anak2mu hanyalah cubaan bagimu, dan di sisi ALLAH pahala yang besar. (64:15)

Sesungguhnya mereka orang kafir itu mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan hari yang berat (hari akhirat) di belakangnya. (76:27)

Dan..banyak lagi peringatan yang terdapat di dalam Al-Quran buat manusia yang alpa. Sebagaimana jua firman ALLAH S.W.T:

Dan sungguh Al-Quran itu pelajaran bagi orang2 yang bertaqwa.Dan sungguh Kami mengetahui bahawa di antara kamu ada yang mendustakan. Dan sungguh, Al-Quran itu akan menimbulkan penyesalan bagi orang2 kafir di akhirat. Dan sungguh Al-Quran itu kebenaran yang meyakinkan. Maka bertasbihlah dengan menyebut nama Tuhanmu yang Maha Agung. (69:48-52)

Maka, ayuh duhai diri, kita kembali pada Al-Quran dan assunnah. Laksanakan kebaikan semampu kita. Mudah2an kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kita miliki bersama. =) insyaALLAH

Doanya:

'Ya ALLAH ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman. Matikanlah kami dalam keadaan yang baik jauhkanlah kami dari pengakhiran (kematian) yang tidak baik'.

Perkenankanlah3x ya ALLAH. amiin ya Rabbal'alamien.

Tiada istilah rehat di alam kehidupan dunia, kerana rehat yang selamanya adalah tatkala jasad di tarik ruhnya, dan diabadikan di alam barzakh, yang bakal kita semua dudukinya. Ayuh semangat membuat bekalan amal kebaikan di dunia untuk negeri akhirat yang kekal abadi!!! [Renungan]

Tuesday, May 10, 2011

dilema kerja


bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan selamat telah sampai ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Ukhti Fiza hari Ahad lalu. =) jazakillah khair ukht. Tahniah! Anti boleh! =D *iklan.

Semestinya cuti yang panjang menjadikan kita memikirkan aktiviti2 yang hendak diisikan selama tempoh percutian lebih kurang 4 bulan ini. Kebanyakannya memutuskan untuk mencari kerja lantaran keperluan kewangan dan juga inilah masa yang ada untuk membuat lesen kereta.

Semestinya pelbagai dilema kerja yang dihadapi;

Tentang pemakaiannya,
Tentang solatnya,
Tentang pergaulannya,
Dan mungkin tak dapat join program if tak dapat cuti. =.='

kerja lepas SPM dulu

Jadinya, buat akhowat sekalian, semoga kita bijak dalam membuat keputusan. Buatlah penilaian terlebih dahulu tanpa terburu-buru. Berdoalah moga ALLAH memudahkan urusan dengan memberi keputusan yang terbaik. InsyaALLAH ^^,

moga tabah hati tak berbelah bagi =)

We are Super muslimah :)

Saturday, May 7, 2011

doakan (^_^)

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

1. Doakan ayah ana sihat seperti sedia kala.
2. Doakan perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur selamat esok.
3. Dan doakan jua moga pengakhiran kita semua dalam keadaan yang baik. amien

Dan buat semua yang akan bercuti, moga percutian kali ini lebih bermisi dalam menghidupkan ruh Islam dalam keluarga kita.

Moga waktu cuti ini jua dapat mendidik kita menggunakan masa lapang dengan sebaiknya dan sebagai muslimah, didiklah diri dengan sikap yang baik mulai dari sekarang iaitu baik dalam amal ibadahnya dan akhlaknya.

Salam perjuangan buat diri kita semua, moga tiap usaha kita dalam meningkatkan diri ke arah ciri muslimah sejati dinilai ALLAH. =)

"Walau di mana bumi dipijak, di situ Islam dijuangkan" InsyaALLAH!

Wednesday, May 4, 2011

the end

bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji2-pujian hanyalah buat ALLAH yang Maha Kuasa. Alhamdulillah yang tidak terucap banyaknya buat segala nikmatNYA. Wa sollu'alan nabi.

Maka, hari ini adalah hari terakhir final exam untuk sem 4 di medan ini. Makanya jua, persiapan, kemas2, dan angkut2 barang perlu dilakukan kerana untuk sem depan rumah sewa Raudhah Solehah ni tidak lagi kami duduki. =.=
sayu..=,=

Pastinya banyak kenangan dan pengalaman sepanjang kami bersama. Ada suka ada dukanya, ada manis dan pahitnya yang mengajarkan kami erti kehidupan yang tidak luput dari ujian Tuhan buat menguji keimanan hambaNYA. =)

Alhamdulillah semuanya dapat ditempuhi dan harapannya moga ukhwah ini bukan hanya di sini, namun tetap di hati yang sentiasa diingati.

Beberapa minggu lepas sebelum final exam,


sebelum dibersihkan



selepas dibersihkan :)

kami sempat untuk bergotong-royong buat terakhir kalinya. ^^,'
Dan semalam..tanpa dirancang,

ada nugget, strawberi, pisang ^_^

makan bersama coklat :p

dan kek batik lunia harisyab =)

RS telah mengadakan jamuan kecil2an sempena dua orang akhowat yang bakal grad (yang berada di tempat kejadian, ada ramai lagi akhowat yang nak grad sebenarnya). ='( . Jazakillah buat mereka yang sponsor makanan2 di atas.

Jadi, beginilah pengakhirannya.Buat bakal para akhowat yang nak grad, tahniah atas kejayaan menamatkan pengajian dan moga ukhwah, tarbiah dan dakwah masih berterusan walau di mana antunna berada. Ingatlah semangat tarbiah yang kita bina di sini, semoga ianya menjadi penguat buat diri kita yang sebenarnya di medan sendiri nanti.

Dan segala kesilapan, kekurangan mohon dimaafkan. Moga ukhwah ini berpanjangan demi ALLAH dan Islam.

Bila ukhwah kerana ALLAH-->>"Bertemu tak jemu, Berpisah tak gelisah."

Sayang antunna kerana ALLAH B-)

Monday, May 2, 2011

teknik hikmah

Perkongsian dari: Klik di sini

Perbahasan juga menyentuh tentang maksud menulis dan berdakwah dengan HIKMAH.

Berbekalkan pandangan al-Imam al-Raghib di dalam kitabnya al-Mufradaat, hikmah itu mengandungi 4 makna dasar iaitu:

  1. AL-MAN’U (المنع). Dakwah yang berhikmah mesti ada unsur menghalang orang daripada kepercayaan, kefahaman, pilihan dan tindakan yang salah.
  2. ISAABAH AL-HAQ BIL ‘ILM WAL ‘AQL (إصابة الحق بالعلم و العقل). Dakwah yang berhikmah juga mestilah mampu dan berjaya menyampaikan mad’u kepada kebenaran, dengan memanfaatkan ILMU dan AQAL.
  3. AL-MA’RIFAH (المعرفة). Dakwah yang berhikmah mesti mampu membina makrifah, yakni gambaran yang betul dan lengkap bagi kefahaman seseorang tentang topik yang didakwahkan.
  4. AL-FI’L (الفعل). Dakwah yang berhikmah juga bukan sahaja menghalang orang daripada kesalahan (unsur 1), malah ia juga mesti menjelaskan tindakan gantian kepada apa yang ditinggalkan itu. Ia mesti mendorong kepada tindakan perbuatan

TEKNIK HIKMAH

Teknik membina keupayaan mencari hikmah juga disentuh terutamanya pada mengambil penjelasan al-Quran berkenaan ULUL ALBAAB.

  1. Ulul Albaab mempunyai horizon renungan yang lengkap iaitu kombinasi ZIKIR dan FIKIR. Zikir memandunya kepada KHALIQ dan Fikir membantunya berhubung dengan MAKHLUQ. Di sini kunci pencegah konflik antara Syariatullah dan Sunnatullah, antara Agama dan Sains, antara Ikhtiar dan Tawakkal, Antara Sebab dan Musabbab dalam Qadha’ dan Qadar. [Aal 'Imraan 3: 190-191]
  2. Ulul Albaab merupakan pendengar yang baik. Mendengar terlebih dahulu pendapat yang hadir kepadanya, memuliakan kebenaran dengan memilih yang terbaik. Ulul Albaab belajar dan baca apa yang dia suka serta apa yang dia tidak suka, bergurukan guru yang dia suka dan guru yang dia tidak suka. Semuanya adalah untuk membentuk kefahamannya terhadap mengapa dia faham begitu dan orang lain faham lain. [Al-Zumar 39: 18]
  3. Ulul Albaab juga sentiasa mampu menghubungkan silam dengan semasa sebagai asas amalnya membina masa depan. Ulul Albaab belajar daripada sejarah, dan pengajarannya berkait langsung dengan dirinya. [Yusuf 12: 111]

Tiga elemen ini boleh menjadi asas membantu seorang pendakwah menjadi manusia yang fikiran, cadangan serta tindakannya BERHIKMAH yakni menepati masalah sebenar berbanding masalah kelihatan yang tak berkesudahan. Ketepatan itu membantu menghasilkan IMPAK pada tulisan yang ditanya oleh salah seorang peserta.

Pendakwah juga mesti berani keluar daripada zon selesa dan cuba meninjau zon cabaran supaya pendedahan dan horizonnya berkembang, dengan maksud mengembalikan manfaat kepada tujuan asal dakwah.

BODOH PERLU

“Kita juga mesti beberapa kali dalam hidup didatangi oleh rasa bodoh, untuk membolehkan diri berkembang lagi meningkat” saya menambah.

Semasa belajar, kita rasa semakin bertambah kefahaman tentang bidang yang dipelajari. Namun sebaik sahaja menamatkan pengajian, jika tidak didatangi rasa ‘bodoh’, maka setakat sijil, diploma atau ijazah itulah diri kita. Harus berkali-kali terasa bodoh, dan mencari jalan untuk menyembuhkan kebodohan sepanjang hayat tersebut.

Justeru, pendakwah, apatah lagi pendakwah yang mahu menulis, bukan sahaja dituntut terus membaca dan banyak membaca, malah juga mempelbagaikan pembacaan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Sunday, May 1, 2011

titk permulaan ini


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala pujian ke hadrat Illahi atas segala nikmat yang dikecapi. Alhamdulillah wa sollu 'alan nabi.

Masa terus pantas berlalu. Dan akhirnya kini ikatan telah dijalinkan, alhamdulillah. Tahniah buat Raja Sehari! Dan moga pernikahan ini bisa membina rangkaian baitulmuslim. insyaALLAH dan berkekalan hingga ke akhir hayat. amien =)



Dan pastinya, detik ini sedikit sebanyak membawa kami mengingati tatkala kami berada di titik permulaan tarbiah ini. Atas izin ALLAH jua, permulaan kami ini nampaknya semakin baik hingga kini walaupun sebelumnya banyak liku-liku dan onak duri yang telah dihadapi. Jadi, pastinya kami tidak lupa akan beliau yang membawa kami pada titik permulaan tarbiah ini. Dan semoga ALLAH merahmatinya atas segala jasanya terhadap kami dan semoga pernikahan ini menjadi penguat dalam melayari bahtera dakwah ini. amien ya Rabbal'alamien =)