Friday, April 29, 2011

we all make mistakes


dalam hidup, kesilapan yang kita buat jangan di ambil remeh dan di ulang lagi!

Dia bertudung labuh. Dia menjaga mutabaahnya. Dia mempunyai binaan dan ada halaqah. Dia bersama-sama kita di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Hampir setiap minggu kita pasti akan bertemu dia. di setiap program. Dia adalah akhwat kita. Ya, kadang-kadang kita akan merasa senang dengan teman yang sebegitu. Siapa tidak suka jika akhwat menjadi orang yang paling kita rapat. menjadi sahabat kita. Semua orang suka. Namun, kadang-kadang tidak semua yang kita hendak kita akan dapat. Tidak semua orang sempurna. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

akhwat juga berbuat silap

pernah tak kita merasa kita tidak boleh terima kesilapan yang akhwat buat pada kita? kita rasa tidak patut dia berbuat begitu pada kita. Dia ditarbiyah dan mentarbiyah. masakan dia mempunyai perlakuan yang tidak elok?

setiap orang ada proses berubah. berubah itu bukan memerlukan jangka masa yang sekejap. bahkan proses berubah itu berlansung sepanjang hayat hidup kita. kita lah yang mengambil peranan menasihati akhwat kita. bukan membiarkannya dan mendiamkan sahaja kesilapan itu. Mungkin akan diulang dan diulang lagi kesilapan itu sehingga kita merasa menyampah dan sakit hati.

itu bukan sikap kita ukhti. sayangi akhwat kita sebagaimana kita menyanyangi diri kita. kesilapan itu satu titik mula perbaikan. maka, setiap orang bukan sempurna seperti apa yang kita sangka meskipun dia adalah akhwat dan dia ditarbiyah!

kesilapan umum akhwat kita

kesilapan akhwat bukanlah bercouple, tidak jaga solat, tak menutup aurat atau maksiat lain, tapi kesilapan yang remeh dan akhirnya di anggap besar dan menimbulkan konflik.

1) meminjam barang

bila ada yang mahu meminjam, kita memang suka untuk memberi pinjam. tak kisah barang apa pun. baju, buku, kereta, motor atau apa sahaja. sebab apa yang akhwat pinjam, mungkin ada kaitannya dengan dakwah. cuma, bagaimana sikap kita sebagai peminjam?

bila nak follow up mad'u atau mutorobbi di luar kawasan atau jaraknya yang jauh, kereta dan motor memang sangat diperlukan. satu bonus pahala buat para akhwat kita yang mempunyai kereta dan motor. sangat saya galakkan untuk anda semua ada kenderaan sendiri. kenderaan dakwah. namun, masalah akan berlaku jika orang yang meminjam tidak menjaganya sebaik mungkin. amat menyakitkan hati juga bila barang yang kita bagi pinjam, dipulangkan dalam keadaan tidak seperti mana yang kita harapkan. kotor, minyak tiada, bersepah, calar, remuk dan sebagainya.

jika kita mengaku kita seorang akhwat, seorang dai'e, mana letaknya bekal akhlak kita?

sama juga kesnya dalam meminjam buku. memang akhwat banyak koleksi buku especially buku dari Fajar Ilmu Baru. harganya bukanlah murah. kadang-kadang si peminjam menghilangkan , membasahkan, mengotorkan atau , mengoyakkan. meskipun itu satu yang tak disengajakan, salahkah untuk kita meminta maaf dan membayar ganti rugi? mengapa kita buat seakan-akan tidak tahu? ada yang lebih teruk, sudah meminjam buku sehingga tidak dipulangkannya dan sampai satu masa buku itu menjadi hak milik peribadinya. itu salah ukhti! usahlah dibuat kesilapan ini. ia menggambarkan sikap kita. meskipun akhwat yang memberi pinjam itu baik sangat-sangat, usahlah mengambil kesempatan.

2) berhutang

saya tahu. akhwat kebanyakan bukanlah dari kalangan keluarga yang berada. menanggung perbelanjaan pun dengan wang simpanan sendiri, PTPN dan duit ibu bapa. ada juga akhwat yang terpaksa berlapar nasi kerana tiada duit. atau terpaksa meminjam akhwat lain untuk menampung kehidupannya seharian sehingga menunggu duit masuk ke poket. untuk ke program juga rasa agak berat kerana ketiadaan duit untuk menampung tambang dan yuran program. bukan saya marah untuk akhwat meminjam duit. malah amat digalakkan kerana kita benar-benar tengah kesempitan pada masa itu. siapa lagi yang akan membantu melainkan akhwat kita. saya juga sangat galakkan akhwat kita untuk memberi pinjam duit pada akhwat yang tengah kesempitan.

kita juga tidak kisah berapa nilai wang itu, beratus, beribu atau berpuluh ribu kerana kita yakin akhwat kita pasti akan bayar. satu lagi budaya yang kurang sihat adalah sukarnya membayar hutang. atau lebih dahsyat lagi, tidak mahu membayar hutang atau pura-pura tidak ingat hutang yang tertunggak. ukhti, kita ini ditarbiyah. akhwat yang memberi pinjam juga memerlukan duit. janganlah berperangai sebegini sehingga ada akhwat jenuh sudah untuk memberi pinjam duit kepada akhwat lain. meskipun kita tiada duit untuk membayar hutang yang banyak itu, bayarlah separuh, sedikit demi sedikit. at least, kita cuba untuk membayar. bukan menganggap " oh, takpelah, halal je. dia kan akhwat. takkan tak boleh mengalah".


akhwat bukanlah "along" untuk menggertak kita supaya bayar hutang atau mengenakan faedah bagi duit yang kita pinjam. bahkan, sangat malu untuk meminta sendiri hutang itu kepada si peminjam. jadi, si peminjam lah yang perlu bertanya dan memberitahu tentang hutang itu sendiri.

saat ini jika anda ada berhutang pada akhwat lain, cepatlah langsaikannya. jangan berpura-pura lupa ! kesianlah pada akhwat kita yang memberi pinjam duit kepada beberapa orang akhwat sehingga nilainya beribu-ribu, namun tidak seorang pun akhwat yang melangsaikannya lagi. hati mana yang tidak remuk dan bengang? bagaimana kalau hutang anda masih lagi di tuntut akhwat itu tanpa mengahalalkannya? takut nanti kematian kita dalam keadaan sengsara meskipun kononya kita ini berdakwah, tidak tinggal solat atau jaga mutabaah.

3) cemburu yang melampau

Kita sedia tahu, ukhwah kita sangat rapat. kita berukhwah bukan hanya dengan seorang akhwat, tapi dengan semua dari medan yang berbeza. satu lagi penyakit yang menimpa para akhwat kita, cemburu yang melampau. sangat cemburu bila seorang akhwat rapat dengan akhwat lain sehingga cemburu itu menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan. ukhwah menjadi porak peranda hanya kerana cemburu. tidak boleh berkongsi akhwat. sehingga ada yang jatuh sakit, menangis air mata darah, stress yang teramat dan lebih buruk "murtad" dari jalan dakwah dan tarbiyah ini @ mufaraqah.

apakah ini yang diajarkan kita dalam jalan tarbiyah ini? cubalah untuk menerima hakikat bahawa akhwat kita adalah untuk dikongsi bukan untuk dimiliki. ayuh, berlapang dada.

kita kena berubah. kesilapan umu itu perlu dijauhkan!

berubahlah duhai akhwat

saya tidak kata semua akhwat begini. setiap medan punyai masalah akhwat yang berbeza. ayuh kita sama-sama berubah. usahlah buat kesilapan itu lagi.

kita ditarbiyah. usah jadi fitnah. usah memburukkan jemaah hanya dengan sikap kita yang kita pandang remeh. dan pada orang lain ia anggap isu yang besar. bermuhasabahlah ukhti.

memang akhwat bukan malaikat. tak terlepas dari kesilapan dan dosa. namun, itu bukan bermakna kita bebas untuk lakukan kesilapan itu pada akhwat lain. cepat perbaiki diri.

p/s: kita nampak akhwat macam tak kisah. tapi sebenarnya mereka kisah.

Hasil nukilan Dr. Mujahidah

Thursday, April 28, 2011

hargailah kehidupan


bismillah alhamdulillah
wa sollu'alan nabi

Syukur, buat yang keberapa kalinya url blog ditukar. Harapnya ini yang terakhir kali. insyaALLAH jika masih dipanjangkan usia.

Syukur jua kerana hari ni telah selesai satu lagi paper untuk final exam iaitu Sanitasi Kilang Makanan kod subjek STM 3113 jam 5 petang tadi. alhamdulillah. masih tinggal 2 paper. dan satu test amali mikrob. =.=

Jadi, untuk memotivasikan kehidupan yang mungkin masih jauh atau dekat perjalanannya, mari sama2 kita baca dan menghayati makna kandungan artikel ini.

MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen. Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja.Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai.
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN.
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda: صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  11. Wal-‘Asr

ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG

p/s: Terima kasih buat penulis.Diambil dari sini. Semoga beroleh manfaat atas perkongsian penulisan =)

Monday, April 11, 2011

ragam kehidupan



bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang Maha Kuasa jua pengatur cerita kehidupan yang terbaik. Wa sollu'alan nabi.

Alhamdulillah harini telah selesai final exam untuk amali subjek Asas Penyediaan Makanan. Agak menyedihkan bila creme caramel yang dibuat, tak menjadi. Tapi hati sedikit berbunga bila menu yang dimasak iaitu Fish and Chip dijadikan pilihan lecturer untuk santapan tengah hari beliau. =D Alhamdulillah yang tak terlafaznya.

***Masuk kepada bab ragam kehidupan, sekadar ingin menyatakan bahawa benarlah kata-kata seorang sahabat semalam "Usah berharap kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kebaikan oleh manusia, tapi yakinlah bahawa ALLAH melihat dan ganjaranNYA, subhanallah lebih hebat lagi untuk ALLAH bagi ganjaran tu."


Dan ya, sekarang adalah waktu semua pelajar untuk menelaah pelajaran ekoran final exam yang akan dijalankan pada minggu depan, insyaALLAH. Namun, usahlah kesibukan dunia yang fana ini menjadikan kita orang yang 'terlalai' dengan amanah2 yang dipertanggungjawabkan. Walaupun amanah tu sekecil zarah pun, tapi ia tetap perlu dilaksanakan.

Buat kita yang ditarbiah, buktikanlah pada diri yang tarbiah Islamiah ini mengajar kita untuk berubah. Sentiasa berubah yang positif, walaupun sedikit. Bukan berubah yang lebih teruk. Atau mengganggap, tiada apa yang perlu diubahkan. Sudah benar2 sempurnakah kita? Fikirlah dengan akal yang didorong oleh agama, bukan dengan akal yang tiada penjaganya, yang bertindak mengikut nafsunya.

Jua sedikit terkilan dengan sikap kita yang sentiasa melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, jika tak berkepentingan maka ia ditinggalkan. Moga kita sentiasa faham bahawa, sebagai muslimah yang ditarbiah, didiklah diri agar bisa bermanfaat bagi orang disekelilingmu. Tidak usah melihat yang jauh, namun lihatlah mereka yang sentiasa bersama kita.

Moga hari2 yang mendatang, bisa menjadikan kita manusia yang matang dan hebat peribadi yang terhasil dari didikan tarbiah Islamnya. Amien ya Rabbana ^^,

Sunday, April 3, 2011

b.e.n.a.r



Bismillahirrahmanirrahim
ya ALLAH, yang Maha Pengasih, Maha Penyanyang,
kami memohon,
agar jalan yang kami lalui ini,
adalah benar,
jalan yang menyambung rantaian perjuangan Rasulullah.
Dan moga kami tsabat sehingga ke akhir hayat kami,
walau dugaan silih berganti,
walau segalanya hilang berlalu datang dan pergi,
Amien3x ya Rabbal 'alamien.


Saturday, April 2, 2011

Generasi Quran Yang Unggul



bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala pujian hanya buat ALLAH yang Maha Kuasa. Wa sollu 'alan nabi.

Semoga kita sentiasa berada dalam jalan kebenaran dalam membawa kebenaran yang benar, dalam membawa diri dan orang di sekeliling ke arah redha ALLAH, ke arah Islam yang sejati. Mari kita sama2 memperbaharui niat kita. Kita bukan membawa manusia pada diri kita, tapi pada ALLAH. Jika benar niat kita, maka bermaknalah apa yang kita lakukan selama ini. Namun jika tidak, penat lelah kita hanyalah sia2. Na'uzubillah..

Dan dalam membawa kebenaran, pasti tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan yang menguji iman. Namun, sebagai seorang yang melihat kesyumulan Islam, usahlah terburu-buru dalam membuat keputusan. Buatlah penilaian dengan dasar iman bukan atas dasar hawa nafsu.

Berbalik pada post title kali ini mengenai Generasi Al-Quran Yang Unggul, siapa yang terlintas di fikiran anda?

Semestinya Generasi Al-Quran yang Unggul ialah generasi para sahabat di Zaman Rasulullah S.AW. Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini mengenai generasi yang unggul ini ialah:

Pada zaman Rasulullah, para sahabat menerima Al-Quran adalah untuk dilaksanakan, melaksanakan perintah ALLAH. Jika dilihat, berbeza dengan zaman kita yang kebanyakannya menjadikan Al-Quran sekadar untuk menambah pengetahuan dan merasa kelazatan dalam membacanya.

Saya bukanlah hebat dalam membicarakan mengenai hal ini, namun marilah kita menyedari dan bermuhasabah bahawa Al-Quran bukanlah sekadar bacaan tapi lebih kepada bagaimana kita menjadikan dalil2 Al-Quran sebagai panduan kehidupan untuk diamalkan, bukan sekadar dibahaskan tanpa praktikalnya.

Ingatlah bahawa, Islam bukan hanya teori, tapi amali.

Wallahu'alam.