Friday, December 30, 2011

sudah itu takdir-Nya

Bismillah.

Mungkin itu sudah takdir-Nya. Ya, adakalanya saya sangat fed up, give up, bosan, geram, marah, tertekan dengan apa yang saya lalui. Saya cuba untuk memahaminya, tapi semakin lama ia seolah-olah menyakitkan hati saya. Saya juga manusia, ada hati dan perasaan. Saya juga baru belajar, sedang belajar untuk menyesuaikan dengan semua ini.

Punbegitu, saya takkan mengalah. Mungkin saya perlu usahakan yang lain. Mencari hati-hati yang benar2 inginkannya, menghidupkannya bersama-sama.

sumber gambar: kangensyurga.blogspot :) syukran

Semoga petunjuk Allah sentiasa bersama. amien
Semoga saya tak putus asa.

* posting ni sangat tersurat.

Thursday, December 22, 2011

ujian hidup

Bismillah walhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selamat sampai di rumah,kL.

Saya teringat akan perbualan bersama akhwat yang tercinta di dalam bas semasa perjalanan pulang ke KL. Isi perbualan kami mengenai kehidupan kami. Mungkin kurang teruji. Segala perjalanan kehidupan adalah mudah, dimudahkan. Dan kami bersetuju bahawa ada kalanya kita perlu meletakkan diri kita di luar zon selesa, walau hakikatnya kita ada semua kemudahan itu.

Dan maka di antara suratan atau kebetulan, selepas lebih kurang dua jam perjalanan, ukhti mendapat panggilan telefon. Panggilan mengenai kemalangan keretanya yang dipandu oleh rakannya. Saya terdiam. Dan saya yakin pastilah ujian ini bertepatan dengan kesediaanya untuk 'merasakan' ujian tersebut. Dan saya mendoakan agar beliau sentiasa tabah, sabar, dengan apa jua musibah dan bersyukur dengan segala nikmat Illahi.*doakan saya jugak =.=

Dan berita menggemparkan pagi ni, apabila salah satu rumah sewa akhwat kami dipecah masuk. Dan paling meyedihkan bila akhwat yang sedang final progress final year project kehilangan segala data report semua. Namun saya yakin, mereka mampu menghadapinya. Dari jauh, ana hanya mendoakan bahawa mereka akan dapat jalan untuk keluar dari kesulitan tu. Sesungguhnya pada Allah lah kita meminta pertolongan dan berharap.

p/s: Ayuh tingkatkan keselamatan diri dan rumah. Usah beri peluang pada penjenayah!!!

Monday, December 19, 2011

Monday, December 12, 2011

kesibukan?

Bismillah,

”Hidup ini pilihan, perjuangan dan pertanggungjawaban. Kita sendiri yang menentukan setiap pilihan. Kita sendiri juga yang menentukan prioritas kepentingan kita. Bukan kita yang diatur oleh waktu dan pekerjaan kita, tetapi kitalah yang mengatur waktu dan pekerjaan kita. Kita tidak akan punya waktu jika kita tidak berusaha menyempatkannya.Tidak ada alasan pula bagi seorang aktifis dakwah untuk tidak mau membina dengan alasan sibuk. Tidak ada alasan pula bagi seorang aktifis dakwah untuk menyepelekan tarbiyah dengan tidak hadir dalam halaqah karena alasan sibuk, entah sibuk dengan pekerjaan, keluarga ataupun dakwah. Memang tarbiyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bisa bermula dari tarbiyah.” kh Rahmat Abdullah

Friday, December 9, 2011

sunnah perjuangan :)


Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya kepayahan sebenar dalam berdakwah ialah kepayahan bersabar menerima ketentuan Allah, sehingga tiba janji-Nya, pada waktu yang Allah kehendaki mengikut kebijaksanaan-Nya. Di jalan dakwah ini terdapat banyak kepayahan: Pendustaan dan penyiksaan. Dolak dalih dan kedegilan. Berkembang dan tersebarnya kebatilan. Orang ramai yang terpedaya dengan kebatilan yang megah dan berjaya pada mata kasar. Juga kepayahan menahan jiwa untuk menghadapi semuanya itu dengan penuh redha, stabil dan tenang pada janji Allah yang benar. Tidak ragu-ragu atau berbelah bagi semasa merentasi jalan ini, walau macam mana sekalipun kepayahannya. Itu semua merupakan usaha besar yang memenatkan yang menuntut keazaman, kesabaran dan bantuan Allah Taala serta taufiq-Nya. Adapun tentang pertarungan itu sendiri, maka Allah Taala telah menentukan dan mentakdirkan bahawa Dia sendiri yang mengendalikannya, dan melanjutkan tempoh demi satu hikmah yang diketahui-Nya. Begitulah janji-Nya pada nabi-Nya yang mulia, akan dipenuhi waktunya.

Sumber dari: Buku Keluasan Islam.

Saturday, December 3, 2011

Usah bersedih duhai hatiku :')


Bismillah

Seandainya aku buta akan sirah Rasulullah,
Pasti aku akan bersedih dengan apa yang aku hadapi.
Namun,
Dengan mendalami sirah baginda,
Kesedihan hatiku terpujuk,
Dengan mengetahui kepayahan baginda dalam memperjuangkan Islam.

Lebih jauh perjalanan yang aku lalui,
Aku yakin pasti akan ada ujian2 yang didatangkan,
Untuk aku menilai sendiri,
Adakah aku benar2 berbuat kerana mencintai Allah, jua Rasul-Nya?
Atau aku hanya mementingkan perasaanku sendiri?

Sesungguhnya aku sentiasa berdoa,
hati2 mereka memahami erti perjuangan untuk agama kami ini,
bersama-sama memikul beban amanah ini,
tanpa menafikan kehendak duniawi,
dan semoga Allah memimpin hati2 yang pasti lebih diketahui-Nya,
yang bisa menjayakan rantaian perjuangan ini.
Insya-Allah :)
dan moga aku tak kecewa kerana aku tahu Allah sentiasa bersama..<3

Ya Allah, tetapkan hati kami di jalan agama-Mu dan dalam melakukan ketaatan kepada-Mu..amien3x

Friday, December 2, 2011

Di Mana DIA Di hatiku??

Di Mana DIA???


Semasa Rasulullah s.a.w. & Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan hendak berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.
Ketika Saidina Abu Bakar merasa cemas, Rasulullah s.a.w. menenangkannya dengan berkata, “Jangan takut, Allah bersama kita…”
Itulah kehebatan Rasulullah, ALLAH sentiasa di hatinya.

KETIKA DI AMBANG MAUT
Sewaktu Da’thur, seorang tentera musuh menyerang hendap Raslullah s.a.w. lalu meletakkan pedang di leher baginda dan bertanya, “Siapakah yang akan menyelamatkan kamu daripadaku?”
Jawab Rasulullah dengan penuh yakin, “ALLAH…”
Mendengar jawapan itu, gementarlah hati Da’thur dan terlepaslah pedang daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah…DIA sentiasa di hati baginda.


KETIKA TIADA SIAPA MENGETAHUI
Diceritakan juga bahawa pada suatu ketika Khalifah Umar Al-Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepadaku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”
Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan hak saya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
Kambing ini terlalu banyak dan tiada sesiapa selain aku dan kamu di sini. Jika kamu jualkan seekor kepadaku dank au katakana kepada tuanmu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuanmu tidak akan mengetahuinya,” desak Saidina Umar lagi, sengaja menguji.
Kalau begitu, di mana ALLAH?” ujar budak itu.
Saidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati anak kecil itu. Walaupun hanya seorang pengembala kambing; pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya, dia punya kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH. Jelas DIA di hatinya.

KETIKA KAMU TIADA JAWATAN
Suatu ketika yang lain, Khalid Al-Walid diturunkan pangkatnya daripada seorang jeneral kepada seorang askar biasa oleh Khalifah Umar. Keesokannya, Khalid tetap ke medan perang dengan semangat yang saa. Tidak terjejas sedikit pun perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat.
Ketika ditanya mengapa? Khalid menjawab, “Aku berjuang bukan kerana Umar…”.Ya, Khalid berjuang kerana ALLAH. Ada DIA di hatinya.

LALU, DI MANA DIA DI HATI KITA?
Melihat peristiwa-peristiwa tersebut, aku terkesima lalu bertanya kepada diri, ‘Di manakah DIA dalam hatiku?
Apakah ALLAH sentiasa menjadi perantungan harapan dan tempat merujuk & membujuk hatiku yang rawan?
ALLAH ciptakan manusia haya dengan 1 hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segalacinta yang lain. Tetapi, jika sebaliknya (cinta selain-Nya yang ada di situ) maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu, tiada DIA di hatiku! Sering diri ini berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru yang hadir dalam hidupku, kata mereka, “Bila ALLAH ada dalam hatimu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung,apakah ALLAH menjadi tumpuan dalam hidupku?
Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-NYA? Bila bertembung kehendak-NYA dan kehendaku, kehendak siapa yang aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerana-NYA? Tegarkah aku membenci juga kerana-NYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pada diri,bagaimana sikapku terhadap hokum-hakam-MU?
Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan banyak persoalan. Bukan aqal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai-MU, ya ALLAH… :’( Dan aku juga tidak dapat mendustai diri sendiri.

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “Apakahengkau takutkan ALLAH?”

Lalu dia menangis dan menjawab, “Aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, maka aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya, jika aku katakan ya,aku terasa menjadi seorang munafiq. Sikapku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan ALLAH akan bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH, tapi aku tidak…”

Dapat dilihat di sini jika seorang sufi yang hatinya begitu hamper dengan ALLAH pun sukar apabila diajukan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebih lagilah aku yang hina & berdosa ini. Di hatiku masih ada 2 cinta yang bergolak & berbolak-balik. Antara cinta ALLAH & cinta dunia sedng berperang dengan begitu hebat & dahsyat sekali.

Jika kau tanyakan aku, “Adakah DIA di hatimu?”

Aku hanya mampu menjawab, “Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-NYA.”

Justeru, kerana DIA belum ada di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya… Aku yakin… Suatu saat nanti, aka nada DIA di hatiku & di hatimu jua…
Dan kita akan terus mengemis kasih-NYA…
Sumber: iluvislam (Pahrol Mohd Juoi)

p/s: “Siapa kita pada pandanga DIA, di mana DIA di dalam hati kita…” Renung-renungkan… [ALLAH~]

dicopy dari: Learn, Explore, Apply, Progress :D jazakillah auni.

Wednesday, November 30, 2011

Perkongsian: Kecerunan Keimanan

Perkongsian: Kecerunan Keimanan

Seorang Ikhwah menyatakan musykilahnya kepada saya. Sebuah penyataan yang saya juga agak terkedu mendengarnya. Sesuatu yang benar, namun pahit untuk ditelan. Perbualan malam kelmarin kembali bertamu.

“Akhi, ana rasa sesuatu yang kurang ketika bersama dengan ikhwah-ikhwah sekarang.”

Saya hanya menatap wajahnya, menanti kata-kata seterusnya.

“Kalau dulu dengan ikhwah-ikhwah senior yang ‘dah tak ada’ tu ana dapat rasa suasana tarbiyahnya. Bila jumpa dengan mereka, terasa nak beriman, bila berbincang selalu bincang tentang dakwah, nasihat-nasihat yang membangkitkan semangat. Tapi sekarang dah kurang. Macam dah tak ada.”

Memang benar penyataannya itu. Persoalannya, bagaimana hendak mengembalikan suasana itu? Ramai yang berpendapat. Namun saya ada pendapat sendiri.


Cara 1: Budayakan Bertanya Khabar Iman

“Ana rasa ikhwah ni dah kurang budaya menghidupkan suasana keimanan. Bila bertemu cuma bersalam dan berbasa-basi sahaja, kemudian masing-masing buat kerja sendiri. Tiada berbincang-bincang soal keimanan.”

“Berbincang soal keimanan?”

“Yalah. Sepatutnya bila bertemu, tanyalah apa khabar iman hari ini. Mutaba’ah lulus ke tidak. Kalau mutabaah dia tak lulus, kita beri nasihat. Ingatkan dia yang jalan dakwah ini panjang dan sukar, maka kita kena jaga hubungan dengan Allah, barulah Allah akan permudahkan jalannya.

“Nasihatkan dia supaya selalu dekatkan diri dengan Allah. Jangan biar diri kita lalai daripada beribadah, apatah lagi bermaksiat kepada Allah. Sebagai mereka yang menyeru kepada Allah, meninggalkan ibadah sahaja sudah dianggap sebagai maksiat. Itu yang Fathi Yakan katakana dalam bukunya, Isti’ab.”

“Jadi, macam mana kita nak hidupkan suasana itu?”

“Kita buat ketetapan. Setiap kali bertemu, pastikan perbualan yang berlaku mesti diselitkan sekurang-kurangnya sedikit mengenai perkara-perkara ini. Barulah terasa sedikit suasana tarbiyah dalam keimanannya.”

Cara 2: Budayakan Sikap-Sikap Keimanan

“Dulu ana selalu nampak ikhwah ke mana-mana mesti bawa Al-Quran kecil. Dalam poket mesti ada Al-Quran. Bila berborak, atas meja ada Al-Quran. Sampai pernah suatu masa orang gelar kita Jemaah Al-Quran Kecil!”

“Jadi pendapat antum pula macam mana nak selesaikan masalah kurangnya suasana tarbiyah ni?”

“Kita kena tetapkan supaya ikhwah-ikhwah sentiasa bawa Al-Quran ke mana-mana. Kalau ada masa lapang sahaja, baca Al-Quran. Nanti ikhwah-ikhwah lain akan teruja untuk membaca juga.”


Cara Saya

Apa yang disampaikan tadi semuanya benar. Memang kita perlu sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan menghidupkan sikap-sikap keimanan. Namun bagi saya ia tidak menyelesaikan punca masalah. Punca kepada mengapa tidak terasanya suasana keimanan tersebut.

Buat ketetapan untuk semua mesti bertanya mengenai khabar iman.

Buat ketetapan untuk semua mesti bawa Al-Quran ke mana-mana.

Apa persamaan dua perkara di atas? Ia berlaku atas dasar keterpaksaan. Ia merupakan dorongan dari luar untuk mengubah yang di dalam. Dan dorongan dari luar itu tidak mampu mengubah melainkan sesuatu yang berada di luar sahaja. Namun masalah dalaman itu masih belum selesai. Keimanan yang masih lemah.

Prinsip Perbezaan Kecerunan

Jika kita belajar konsep asas fizik, sesuatu kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi akan berpindah kepada kawasan yang mempunyai tekanan yang lebih rendah. Keadaan ini berlaku kerana wujudnya kecerunan tekanan. Dan ini merupakan penerangan kepada fenomena angin monsun yang berlaku kerana perbezaan tekanan yang berlaku antara hemisfera utara dan selatan bumi.

Begitu juga prinsip keimanan. Kita akan terasa ingin beriman apabila bersama dengan orang-orang yang sedang kuat imannya. Kita mampu untuk memberi semangat kepada seseorang apabila kita sedang bersemangat. Kita mampu memberi nasihat kepada orang lain agar kembali kepada Allah ketika kita dekat dengan-Nya.

Semua orang terpengaruh berdasarkan prinsip kecerunan ini.

Orang-orang yang beriman itu, di wajah mereka terpancar ketenangan. Kerana mereka dekat dengan Allah.

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud (pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka).
[Al-Fath, 48:29]

Kesimpulan: Wujudkan Kecerunan Keimanan.

Ia perlu bermula dengan orang di dalam cermin.
Siapa di dalam cermin itu?
Kita. Saya dan anda semua.

Jika merasai kehilangan suasana keimanan,saya amat meyakini ia bermula dengan diri kita.

Cuba lihat bilakah kali terakhir kita:

1. Menangis di hadapan Allah ketika bersendirian
2. Membaca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh untuk mencari redha-Nya
3. Berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya agar Dia memelihara iman kita
4. Mengharap secara bersungguh-sungguh kepada-Nya agar Dia membantu kita

Jika jawapannya adalah sudah lama, maka kita sedang jauh daripada-Nya. Kembalilah mencari keimanan itu. Dekatkan diri kita dengan Allah. Jika kita dekat dengan Allah, maka kita juga akan sangat ingin mereka yang lain mendekatkan diri kepada-Nya.

Boleh jadi jauhnya mereka daripda Allah adalah berpunca daripada kita yang tidak memulakan langkah. Na’uzubillah min zaalik.


Wujudkan keimanan yang tinggi dalam diri kita. Tingkatkan keyakinan dan kedekatan diri kita dengan Allah SWT. Lalu pasti keimanan yang tinggi itu akan membentuk tekanan yang kuat kepada mereka yang berada di sekitar kita. Mereka pasti akan merasakan kecerunan itu, walaupun tanpa kata-kata. Itulah kecerunan yang mentarbiyah secara alami.

Kecerunan Keimanan.

Sebuah hasil karya penulisan: Shoutul Ikhwah

Tuesday, November 29, 2011

tsabat: adakah kita mampu?

"Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia, terutamanya seorang Muslim. Dari seluruh Muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan." - Hassan Al-Banna

Sunday, November 27, 2011

istiqamah ~~<@

Bismillah walhamdulillah

"Sesungguhnya orang2 yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah', Kemudian mereka istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka dan mereka tidak pula bersedih hati"...(46:13)

Thabbit qulubana 'ala dinik, ya Rabbana. Amien 3x :'((

Saturday, November 26, 2011

1 Muharram 1433H

Bismillah

Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah
Semoga amalnya lebih berkualiti dan meningkat.

Moga Allah tabahkan hati dalam tiap dugaan yang datang, dan bersyukur atas segala kenikmatan yang dipinjamkan. insya-Allah

p/s: Ana teringat kata2 sahabat time hq tadi,.."Masih adakah Sumayyah dan Bilal di zaman ini?".
Ayuh cetak diri dengan tarbiah Islam yang sejati. Segalanya kerana ALLAH, Rasullullah dan untuk Islam yang tercinta. :) insya-ALLAH *doa selalu

Sunday, November 20, 2011

manis untuk diingati 2


Bismillah...

sambungan...

Ketika waktu cuti semester di matrik, saya bertemu kembali bersama seorang sahabat saya di sekolah dahulu. Kami berbincang mengenai sesuatu. Dan hasil perbincangan tersebut seakan menggesa saya agar meninggalkan usrah atau halaqah yang saya join pada waktu itu.

Mungkin disebabkan perkenalan saya dengan sahabat itu lama, jadi saya menjadi yakin dan seakan membenarkan semua kata2nya. Dan pada minggu yang seterusnya, saya telah membuat keputusan yang sekali lagi adalah ternyata suatu kesilapan yang nyata. Saya tidak hadir pada perjumpaan tersebut dan dengan tekad untuk tidak hadir pada masa2 yang akan datang. Bukan itu sahaja, malah saya telah bersikap menjauhkan diri dari kakak2@ akhawat yang meng-follow-up saya sama ada melalui sms, atau call.

Namun begitu, alhamdulillah akhirnya atas mungkin doa dari murabbiah, saya kembali. Dia menjelaskan dan menerangkan banyak perkara yang kiranya pada waktu itu saya kurang pasti. Dan akhirnya jua, saya mendapat suatu keyakinan untuk menyambung kembali perjalanan tarbiah pada waktu itu. :)

Dan sejak hari kejadian saya sentiasa berdoa kepada ALLAH agar sentiasa memandu saya ke arah jalan yang terbaik, dan berdoa hingga kini...insyaALLAH.

Walaupun dahulu, kami terpaksa menempuh segala perit jerih dalam pentarbiahan kami, namun alhamdulillah atas kesabaran ini, mudah2an inilah yang terbaik buat kami..Dan saya sangat merindui semua akhawat yang secara langsung mahupun tidak langsung dalam mendidik saya dengan ilmu yang memperkasakan saya dengan agama yang benar ini.

Kini, ada di antara mereka yang sudah pun bernikah dan bakal menikah. Semoga pernikahan tidak menghalang untuk tegar seperti status masih single dan diharapkan dengan pernikahan tersebut bisa menghasilkan mujahid wa mujahidah yang mampu dan mahu untuk meneruskan langkah2 perjuangan, jua terlibat dalam rantaian dakwah ini. Insya-ALLAH :)

Dan semoga usaha kita ini adalah untuk menggapai redha-NYA. amiien -.-



Sunday, November 13, 2011

manis untuk diingati :D

Bismillah walhamdulillah

Setiap dari kita pasti pernah melalui detik2 pertama perubahan, penghijrahan, pentarbiyahan yang pastinya berbeza penceritaannya. Mungkin sama, mungkin juga berbeza.

Saya sangat bersyukur kerana ALLAH menetapkan saya pada saat ini dan ketika ini untuk melalui jalan pentarbiyahan yang sekarang ini. Alhamdulillah syukran ya ALLAH,

Jika dikupas semula kisah2 silam, pastinya saya juga adalah seorang mutarabbiah yang dahulunya kecelaruan identiti, tidak mempunyai kefahaman yang jelas, seorang yang suka bertanya dan menilai melalui lahiriahnya, kurang keyakinan, teragak-agak dan lain-lain lagi. Saya merasakan anda dahulu mungkin seperti saya juga, atau lebih baik, atau mungkin hebat dan bersyukurlah jika anda tidak merasainya.

Suatu peristiwa yang paling tak dapat saya lupakan adalah, apabila saya di follow-up oleh akhwat, dan mereka adalah tetamu pertama menziarahi saya selepas pendaftaran saya di matrik. Kemudian, mereka bertanyakan "Masih nak join tak taklim kami?" dan dengan keyakinan yang sangat yakin, saya telah membuat satu keputusan yang kalau dikiranya sekarang, jika saya adalah orang yang mem-follow-up itu, pastinya membuatkan saya kecewa. "Buat masa ni tak perlu"..itu jawapan menghampakan saya buat mereka.

Keputusan tu saya buat hasil persetujuan saya bersama sahabat2 baik saya di sekolah. Ada kisah di sebaliknya yang sukar untuk dikongsikan.

Punbegitu, jiwa manusia yang tak kan pernah lari dari menginginkan kebaikan, akhirnya saya mengakui jiwa saya kosong, meronta-ronta untuk diisi. Bukan sekejap, tapi hampir tiga bulan saya bersendiri. Kononnya, bersendiri itu lebih baik, lebih kuat dan lebih senang.

Dan dengan takdir ALLAH yang Maha Kuasa, selepas masa saya merasakan kekosongan itu dan sedar hakikat majlis ilmu yang lebih efektif, saya terus menerima satu mesej dari seorang ukhti yang dahulunya mempelawa saya dipermulaan semester. Beliau menghantar sms berkenaan dengan tarikh dan waktu taklim yang diadakan pada minggu itu. Bersyukurnya saya pada masa itu, hanya ALLAH lah yang mengetahuinya. Dan sejak itu, saya mula bertekad untuk tidak mengulangi sikap saya dalam membuat keputusan.

Bak pepatah Melayu, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ujian yang menimpa saya. Pastinya ujian itu dari ALLAH, dan dari ujian yang inilah telah mengukuhkan lagi keyakinan saya hingga ke hari ini.

bersambung...

nota kaki; mutarabbiah= orang yang diseru agar kembali kepada ALLAH

Saturday, November 12, 2011

kias cinta T.T

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

by Suhaimi.

فصبر جميل :)

Monday, November 7, 2011

rumah dipecah masuk


Bismillah

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 155)

....Rumah kita dipecah masuk....
by sender, at sat 17:07


Bersabar panjang mendengar berita dari housemate. Saya gagahkan hati untuk bersangka baik dengan-Nya. Ujian di bulan Zulhijjah yang mulia.

"Wahai yg menjaga nikmatku dan kelazatan hidupku, ketika aku berdepan dengan kesusahan,jadikanlah dendam dan kebenciannya sejuk dan selamat sejahtera atasku,sepertimana Engkau jadikan api sejuk dan selamat ke atas Ibrahim"-Imam Hassan Al-Basri. Saya jumpa kata2 ni dalam Solusi. Satu peribadi yang patut dicontohi :)

Salam Aidiladha.
Pagi tadi saya ada dengar tazkirah di tv. Lebih kurang macam ni ustaz tu bagitau;

Kita mudah nak arah orang. "Kau buat itu. kau buat ini"..tapi, kita susah dan kadang2 gagal nak arah diri sendiri iaitu nafsu kita. Dan lagi satu, kenapa kita sukar nak menghayati dan mengamalkan sikap baik dalam diri kita ? Sebabnya adalah akhirat tu jauh sangat dari penglihatan kita.

Jadinya, tambahkan ilmu kita untuk dunia dan akhirat. Semoga kita menjadikan dunia sebagai jambatan kita ke negeri akhirat dengan selamatnya. Amien ya Rabbana ^^,

Friday, November 4, 2011

Ragut!!!


Bismillah walhamdulillah
Alhamdulillah kami berempat selamat tiba di Kuala Lumpur dalam jam 2 petang tadi.

Peristiwa semalam macam mimpi. Sekelip mata. Ya, kami diragut. Peragut menggunakan modus operandi bawak motor laju menghampiri mangsa dan meragut apa yang ada dalam bakul mangsa.


Kisahnya,kami dengan tiga buah motor sedang dalam perjalanan ke ceramah agama ke kawasan yang berhampiran. Dan tiba pada satu kawasan jalan yang sangat gelap, ada motor yang ditunggang oleh seorang lelaki, laju menghampiri kami dan meragut apa sahaja yang ada dalam bakul motor. Alhamdulillah sahabat2 yang lain takde letak barang yang berharga dalam bakul kecuali saya. =.=

Dan masa kejadian tu berlaku, kami macam blank sangat. Tengok je apa yang dia buat. Tergamam dan berfikir, "Apa dia buat ni??". Bila dia dah berjaya capai dan lari bawa beg tu baru sedar yang "Ya Allah, kita diragut!!".

Punbegitu, alhamdulillah yang tak terkata bila handphone masih selamat..Dan nasib baik kami tak:

1) kami tak melawan, kalau tak mesti jatuh patah-patah
2)tak letak laptop dalam tu
3) kami tak dipukau untuk ikut arahan dia.

Alhamdulillah yang tak terhingga. Dan peristiwa malam tadi tu sememangnya akan diingati dan memberi banyak pengajaran. Antaranya:

1) Jangan letak barang berharga dalam bakul motor
2) Jangan keluar malam2 naik motor kalau bukan hal yang mustahak sangat
3) Peka pada keadaan sekeliling. Kalau ade bende pelik nak berlaku cepat2 respon dengan press motor laju2 kat tempat yang ramai orang.
4) Elakkan menunggang sendirian di waktu malam

Segala yang berlaku semalam juga menginsafkan. Terasa sendiri macam mana dahsyat dan kejam orang yang meragut orang sampai mencederakan mangsa malah yang lebih teruk sampai menyebabkan kematian.

Kepada Si Peragut, mungkin kamu terlepas dengan hukuman dunia namun kamu tidak bisa melepaskan diri dari hukuman ALLAH di hari perhitungan nanti. Semoge diberikan hidayah dan taufiq agar menjadi orang yang berguna pada agama dan masyarakat. Bertaubatlah kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun. Bersamalah kita menjadi peribadi Islam yang unggul.

Jika hati kita bersih, maka akan terpancarlah dari zahirnya..Bersihkan hati!! [Muhasabah].

5.25 pm
baiti jannati

Tuesday, November 1, 2011

Kisah dan Pengajaran

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan segala nikmat Illahi, wa sollu 'alan nabi.

Masa yang ditunggu hampir tiba. Insya-ALLAH Jumaat pagi ini akan pulang ke Kuala Lumpur. :)

Seperti biasa, sedikit perkongsian buat semua.

Kisah 1: Kesusahan yang mengajarkan erti kesyukuran.

Situasi: Beberapa hari lepas, Modenasku dilanggar Toyata Unser dan ditakdirkan lampunya pecah dan badannya bercalar sedikit. Jadi, sepanjang tempoh modenasku tak dapat digunakan, aku hanya berjalan kaki ke kedai2 makan dan hostel. Biasanya pergi mana2 dengan Modenas. Tapi satu yang paling aku syukuri, "Alhamdulillah ya Allah, kerana aku masih ada kaki. Moga dipeliharakan nikmat ini.Amin".

Kisah 2: Jagalah hidayah taufiq yang ALLAH anugerahkan.

Kisah ini diolah dari kisah yang sebenar.

Situasi: Si X telah menghadiri suatu program yang berobjektifkan cinta Allah dan rasul. Ketika slot muhasabah, dirinya kelihatan benar2 kesal atas kesilapannya selama ini yang jauh dari ajaran agama. Dia menangis sedih namun bersyukur kerana dipilih untuk menyedari hakikat kehidupan yang sebenar ini. Dan dia berharap agar perjalanan kehidupannya akan datang menjadi lebih baik dari yang sebelumnya, menjadi muslimah sejati.

Itu kisah dua tahun yang lalu. Kini, Si X seperti melupakan atau terlupa akan peristiwa (yang diatas) itu. Dirinya masih yang dulu. Apakah yang telah berlaku?

Pengajaran: Pegang dan genggamlah hidayah itu bersungguh-sungguh. Jangan menganggap ringan dengan kehilangan rasa fitrah beriman. [muhasabah]

Kisah 3: Kejahilan ilmu agama dan hilang keyakinan rasa hidup bertuhan bisa merosakkan.

Adaptasi dari kisah sebenar.

Situasi: Melalui perbualan telefon. Si W berbual dengan kawannya.

Si W: kawan2 saya di bandar **** tu semua ada sugar daddy.

Apa pandangan anda? Bagaimana masyarakat menjauh dengan agama pada hari ini? Di mana kepedulian kita?

**********************TAMAT*******************************

Maka firman ALLAH di dalam surah Ali-'Imran ayat 110:

Kamu ( umat Islam) adalah umat terbaik, yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH.

Surah Ghafir ayat 7-9: Malaikat2 yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan keampunan ampunan untuk orang2 yang beriman seraya berkata,"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang2 yang bertaubat dan mengikuti jalan agama-Mu dan peliharalah mereka dari azab neraka".

Semoga kita sentiasa memohon agar diberikan hidayah taufiq oleh ALLAH buat diri sendiri, ibu bapa, adik-beradik dan semua manusia yang berada di sekeliling kita. Amien

:.Akhirat di hati, dunia digenggaman tangan!


Monday, October 24, 2011

sajak buat penguat diri :)

Sungguh, Kesabaran itu tak pernah berbatas..
Yakinkan dirimu bahwa tak akan ada kata “Kesabaranku sudah habis” keluar dari mulutmu
Karena ikhlas itu tak pernah boleh berakhir…
Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada kata “Aku sudah tak sanggup lagi” mengalir dalam bibirmu
Karena tugasmu sebagai Abdi Rabbmu..tak akan pernah selesai
... Yakinkan dirimu bahwa Rabb-Mu Maha Adil
Yakinkan dirimu bahwa engkau mencintai-Nya..
Yakinkan dirimu bahwa engkau mati hanya untuk-Nya..
Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada sesuatu dan seseorang dalam hatimu kecuali DIA.
Dan akhirnya…keikhlasan itu pun hadir….
Ketika kehendakmu tak sejalan dengan kehendak-Nya…
Biarkan kehendak-Nya yang berjalan atas hidupmu
Karena kehendak-Nya adalah kebaikan untukmu
Ketika inginmu tak sesuai dengan ingin-Nya
Biarkan ingin-Nya menjadi skenario terbaik bagi hidupmu
Karena Dia Maha tahu segala hal tentang dirimu..