Friday, January 31, 2014

Dunia kanak-kanak

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah atas segala nikmat, segala kekuatan dan segala-galanya yang datang dari Allah.
Sollua'alan nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, sebulan telah berlalu. Menghadapi dunia kanak-kanak yang suci. Suci tanpa dosa. Subhanallah. Alhamdulillah pengalaman berhadapan dengan anak2 akhowat kat Terengganu dulu sedikit sebanyak memberi pengaruh dan suatu persepsi yang baru kepadaku tentang kanak2. Apatah lagi sekarang pun saya sudah mempunyai anak buah yang comel. :) Kalau dulu tak tahan dengar budak menangis, tapi sekarang macam dah kebal. hehe Kalau dulu tak de la nak layan sangat budak2, tapi lama2 rasa memang best kalo dia dapat cakap dengan kita. 

Bila dah kerja pulak sekarang, lagi rasa, masya-Allah hebatnya anak2 ciptaan Allah ni. Hebatnya ibu ayah yang membesarkan dema. Hebatnya ibu ayah kita dapat tahan pelbagai kerenah kita masa kecik2 dulu. Sekarang, masa kita pulak melayan kehendak ibu dan ayh kita kan..:)

Macam2 budak kita jumpa, so bole la belaja nak tackle hati kanak2 lepas ni. ;D 
Layankan aje ape yang dorang cakap. At least dorang dah start nak share kat kite, dan..yang penting...dah tak nangis datang sekolah. hehe ^_^


Sunday, January 19, 2014

Jodoh dan ...

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Tetibe nak post pasal ni kan.

Di jangkakan tahun ni ramai jiran2, dan kawan2 yang buat walimah. 
Barakallhulakum untuk semua pasangan. Tak ketinggalan jugak pada kawan2 yang dah bertunang, mudah2an hubungan kekal ke akad nikah. Semoge hubungan terpelihara dari maksiat sebelum hari yang selayaknya. Dan buat kawan2 yang dah ada pasangan, yang sering berdua2an, segerakanlah pernikahan. 

Jangan lupe peringatan Allah tentang zina. Jangan tak tahu, iblis tak kan putus asa nak goda manusia. Dan bila dia dah berjaya goda manusia, dia berlepas diri. Nauzubillah T.T

credit to ISMA Kuantan. :)

Dan..bagi yang single jangan risau. Insya-Allah akan sampai waktunya. 
Usaha dan doa. Doa dan doa.
Yang penting berusahalah untuk perbaiki diri, laksanakan tanggung jawab dan  amanah dengan baik sebelum tibanya tanggung jawab yang lebih besar itu. 

Terus menanti.
Sama ada harapan yang menjadi kenyataan, atau harapan yang tinggal harapan.

Mendalam.

Atau mungkin harapan itu menunggu di Syurga untuk menjadi nyata.

T.T 

Akhir zaman.