Wednesday, August 6, 2014

Hebatnya bila amal yang berbicara.

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt. 
Wa sollu 'alan nabi.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ni. :)

Sangat merindukan tanah penyu yang tercinta, maka tiba2 terpanggil untuk menulis post pada kali ni.

Nak dipendekkan cerita, mempunyai masulah yang sudah bernikah apatah lagi mempunyai anak adalah sesuatu yang sangat baru pada masa itu. Apatah lagi bukan seoarang dua anaknya, tetapi lebih daripada empat orang. Berusrah sambil mendengar tangisan anak kecil pada masa itu adalah sangat rare buat saya. Mana tidaknya, usrah pun tak lama sangat masanya, so if banyak masa baby nangis, sedikit sebanyak mengganggu jugak kelancaran usrah. Masa tu hati mula belajar untuk bersabar. Bersabar sambil kagum dengan kesabaran seorang ibu yang juga seorang isteri, seorang masulah, dan yang juga seorang pekerja. Begitu hebat tarbiah mengajar jiwa seorang wanita ini..subhanallah..

Tak cukup dengan usrah, mabit pun sebegitu. Mula-mula sangat rare dengar tangisan anak2 kecil waktu pagi, biasalakan baby bangun tengah malam. Tapi tetap kagum sebab walau dah ada tanggungan tapi tetap hadirkan diri dalam wasilah tarbiah.

Begitulah seterusnya masa memutarkan waktunya hingga hampir 3 tahun kami mengalami rutin yang sebegini dengan anak2 kecil. Makanya menjadikan saya lali dengan tangisan, suka dengan kanak2, di tambah pula bila handle nasyid untuk program NAZIM KT untuk karnival NAZIM masa tu. Padahal masa tu tengah nak buat final year project. Macam tak sangka kami dapat lalui semua tu dulu..Alhamdulillah.

Paling tak tahan kagum bila masulah kami sarat mengandung, dah nak due pun masih attend mabit, boleh drive datang usrah. Kami memang salute habis kat masulah. Hebatnya tarbiah yang ada dalam jiwanya. Moga tertumpah juga kehebatannya ke dalam diri kami. Amieen.
Lepas tu bila dah habis pantang, dapat pulak baby yang tak nak langsung berenggang kat umminya. Terpisah satu saat pun akan menangis. huhu Masa tu la sedikit sebanyak membuat saya kembali merenung dan berfikir tentang susah payah seorang ibu dan ayah dalam mendidik anaknya. Dengan macam2 kerenah anak yang lain yang harus dilayani. Masha-Allah.

Kami jugak tak pernah dengar masulah meninggikan suaranya kepada anak2nya, walaupun dalam keadaan yang kritikal. Kalau orang2 biasa, dah biasa tinggikan suara rasanya. ^_^

Maka bila amal yang berbicara, ia memang membuatkan kami sangat menghormati beliau. Adakalanya rasa andai kami di tempat beliau, kami tak mampu untuk sebegitu sabar.

Jadi, di sinilah bermulanya saya rasa mesra dengan budak2 kecil. Pernah dengar dekat ikim, kita jangan membenci kanak2 kerana itu dulunya zaman kita dan jangan juga membenci orang tua kerana kita bakal ke fasa seperti mereka.

Begitulah tarbiah mengajar kami, seorang pendakwah bukan hanya menyampaikan, mengajarkan, malah yang lebih menyentuh hati adalah pada akhlaknya yang mulia. Subhanallah. Ya Allah, kurniakanlah kami dengan akhlak yang baik, dan tetapkan hati kami untuk tetap berjihad di jalan-MU. amieen

Sekian.

#PrayforGAZA.