Monday, January 31, 2011

sehari bersama beberapa pertemuan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah segala puji bagi ALLAH dengan segala nikmat dan takdirnya. Sollu'alan nabi.

Alhamdulillah hari ni hari yang saya banyak dipertemukan dengan mereka yang tak disangka2. =)

Dalam jam 12.30 tengah hari: Jumpa Ukhti **a, Ukhti **ha dan Ukhti **ah bersama adiknya di Wisma Yakin, Masjid India, K.L. Then beli buku kat Fajar Ilmu Baru (FIB), bukan Fajar Ilmu Bakti or Fajar Islam ye xD Beli buku ni, Bangkitlah!! (cover dia tangan yang digenggam) dan Muslim Bukan Individualis. Dua2 karangan Amru Khalid.

Waktu lepas zohor: Terserempak dengan Ukhti Ain bersama 2 orang akhawat lain. Mereka berjaulah lepas habis pi walimah kat Perak.

Tingkat 2 KL Sentral: Nampak Ukhti Daya**, baru balik dari Melaka. Tengah tunggu kakak beliau datang jemput.

Medan Selera KL Sentral: Jumpa kawan, namanya Siti. (kawan kepada Ukhti A**)

Ground floor KL Sentral: Terjumpa kawan lama, budak sekolah menengah. ( mcm segan je fikir balik)

Dalam train nak ke BTS: Terjumpa dengan junior sekolah menengah jugak, wani adik dorm ainul.

4.30 pm: Akhawat bertandang ke rumah orang tuaku di sini. =)

Sekian melaporkan. Best berjaulah. Dan insyaALLAH akan ke Penang untuk menghadiri walimah di sana. =D

Tuesday, January 25, 2011

ujian pada keyakinan.



bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x berjuta kesyukuran ke hadrat Illahi dengan segala nikmatNYA. wa sollu 'alan nabi.

Firman ALLAH di dalam surah At-talaq ayat 7.

" ....ALLAH tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan ALLAH kepadanya. ALLAH kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan."

Maka benarlah kata2 ALLAH yang Maha Agung.

Dalil ini saya terima oleh seorang sahabat ketika dalam perjalanan menuju ke Kemaman, Terengganu Darul Iman. Hati tersentak. Maka siapakah yang lebih tepat janjinya selain ALLAH?

Permulaan perjalanan ke sana, hati sangat gundah gulana dengan kuiz yang nak kena ingat banyak nama herbs,mushroom and so on and kena submit lab food prep report lagi. Terasa macam andai waktu bisa diputarkan, pastinya akan memilih langkah untuk tidak turut serta dalam program ini.Astaghfirullah.

Namun, alhamdulillah program tersebut sangat berkesan, menyeronokkan, dapat berta'aruf dengan akhawat dari daerah lain, dan macam2 lagi. Alhamdulillah.

Dan dipendekkan cerita, jam 2 petang hari Ahad tu ada kelas yang akan ada kuiz. Oleh kerana sampai rumah pun dah agak lewat malam tu, dicampurkan pula badan yang sakit keletihan akibat bermain pada paginya itu, maka tidak sempat pun untuk hafal dan fokus pada chapter yang akan masuk kuiz. Tambahan, kelas hari Ahad memang full dari 9 pagi hingga 4 petang. Jadi mustahil untuk dapat study chapter tu.

Tapi atas kehendak ALLAH yang Maha Hebat dalam mengatur cerita, kisah hidup hambaNYA, kelas pada jam 12 tengah hari batal dengan terperanjatnya. Maka dapatlah kami semua menelaah gambar2 herbs, mushroom etc yang akan keluar untuk kuiz pada hari kejadian. Dan lebih mengejutkan rupanya lab report food prep tu kena hantar hari Khamis. =)

As a conclusion, yakinlah dengan janji ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sangat menepati janji.
Dan berdoalah moga tiap urusan dipermudahkan insyaALLAH ^_^


dalam kenangan =)

semasa perlawanan berlangsung,
team Band Of Akhawat =)


Buat akhawat Kelantan, Kemaman dan Kuantan, semoga berjumpa lagi di lain masa. insyaALLAH =) moga berukhwah kerana ALLAH. ~~


Monday, January 17, 2011

minggu ke 3


bismillah alhamdulillah.
sollu'alan nabi

alhamdulillah banyak yang dipelajari dalam subjek cooking hari ini.
Antaranya ialah:

cara membuat deboning chicken



contoh sampel ayam yang sudah dibuat deboning (buang tulang)


Then kumpulan kami dikehendaki buat chicken stock,

ni contoh stock yang baik.

Tapi kumpulan kami masih baru belajar. Rupa stock yang kami buat adalah paling teruk dari group2 yang lain. =.= *ingat! skim the scum!

Kumpulan kami juga buat ni,

sauteed french bean.*alhamdulillah jadi al-dante

Dan kumpulan2 yang lain, ada buat yang ni:

poached chicken breast. *sedap. =)

and best jugak yang buat ni,

breaded chicken.

So, lepas ni boleh sudah buat menu2 ini dengan sendiri. =D
insyaALLAH ^_^
cooking~it is all about learning!~

Friday, January 14, 2011

waspadalah!~


bismillah alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNYA masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan dan memperbaiki kehidupan ini. Alhamdulillah wa Sollu'alan nabi.

Setiap antara kita pasti berbeza masalahnya, berbeza latar belakang keluarganya, berbeza sifatnya dan segala macam perbezaan yang ditakdirkan. Dan sebagai manusia yang lemah, kehadiran manusia disekelilingnya kadang-kadang bisa menguatkan mereka dengan cara meluahkan kepada mereka-mereka yang dianggap 'tsiqah' yakni dipercayai. Dan pastinya kepercayaan itu adalah dengan harapan ianya adalah rahsia dan bukan untuk diceritakan pada orang lain.

Bagi pendengar yang mantap akidahnya, pastilah luahan-luahan yang berbentuk keluhan atau kesedihan ini menjadikan pendengar membawa semula sahabat yang meluahkan kembali kepada ALLAH. Mengingatkan ianya adalah takdir. Sentiasa sabar. Pasti ada hikmahnya.

Ya, memang ianya adalah takdir. Meluahkan bukan bermaksud tidak puas hati. Bukan bermaksud menidakkan takdir. Nauzubillah. Tapi meluahkan adalah untuk merasa kebersamaan, mendapatkan kembali kekuatan tatkala merasa diri keseorangan menghadapi ujian Tuhan.

Justeru bagi yang menjadi pendengar yang dipercayai, janganlah menghilangkan kepercayaan yang diberi. Waspadalah dalam tutur katamu. Mungkin dalam anda berniat untuk menasihati orang lain supaya sabarlah dengan takdir Tuhan,kuatkan kesabaran,namun dalam anda tidak sedar nada yang dilontarkan sangat sinis dan seolah-olah tidak menghargai kepercayaan yang diberikan kepada anda.

Sesungguhnya apabila kepercayaan yang pertama telah dinodai, maka tiada lagi buat yang kedua dan seterusnya. Dan diam tidak semestinya tak kisah.

Maka, letakkanlah posisi mereka yang bermasalah itu ditempat anda. Fikirkanlah perasaan mereka. Mungkin sekarang mereka menghadapi ujian yang berat ini, dan tidak mustahil untuk kita yang merasainya jua nanti.

"Terlajak perahu, masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya..." by Inteam.

"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan.." by Inteam.

dan akhirnya firman ALLAH dalam surah An-nur ayat 22:

"dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAH mengampunimu? Dan ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang."

maka benarlah kata-kata ALLAH yang Maha Agung.

Thursday, January 13, 2011

hala tuju


bismillah alhamdulillah

Halakan tujuanmu kerana keredhaanNYA, bukan keredhaan manusia. Bina jati diri muslimah wa mukminah malah lebih baiknya muttaqinah dalam diri. Moga kehadiran kita dalam misi ini bukan sekadar 'ikut-ikut' namun faham dan jelas akan apa yang kita buat.

Jalan ini bukan sekadar mengikat rantaian ukhwah, namun memerlukan komitmen dan pengorbanan jua pengislahan berterusan sehingga hujung nyawa.
*semoga aku bisa menjadi seperti murobbiahku =.=


Semoga jalan yang kita lalui inilah yang terbaik. Andai sebaliknya, moga ALLAH tunjukkan jalan itu. Langkahanku baru bermula, masih banyak sisi-sisi yang perlu difahami dan dihayati. Buat akhawat, bantu ana dalam jalan ini. =.=



Monday, January 10, 2011

kuih lompang


bismillah alhamudulillah


Resipi telah berjaya. Alhamdulillah. Semoge resipi2 yang akan datang begitu jua hendaknya. Amiin ya Rabb.

Pesanan Rasmi blogger:

Cooking ~it is all about learning~
Tiada alasan untuk tidak boleh masak. ^_^ melainkan tak sedap. *itu lain crite

sekian.

Saturday, January 8, 2011

m.e.r.e.k.a


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

alhamdulillah atas segala nikmatNYA. *sempat lagi menulis even esok ade kuiz =.=
sollu'alan nabi

Posting ini ditujukan buat m.e.r.e.k.a yang pernah terlibat secara langsung dalam membawa saya ke jalan tarbiah ini sejak di bangku sekolah. Jazakumullahu khairan kathiro atas segala keprihatinan.

m.e.r.e.k.a ini juga masing2 punya kelebihan dan karakternya yang tersendiri. Terima kasih jua kerana mampu bertahan dengan sikap diri ini yang banyak ragamnya terutamanya semasa di matrik =.= afwan kak ***i

Tak dilupakan m.e.r.e.k.a yang di medan pantai timur ini. Pertemuan bersama kalian ada suka dukanya. Pahit manis pun ada. Namun itulah jalan tarbiah yang mengajar kita. =)

Pastinya ini semua akan jadi kenangan yang tak bisa dilupakan. Moga bertemu di syurga. Dan sama-sama mendoakan agar kita tetap teguh pada jalan ini. insyaALLAH ^_^

Afwan kathiro jua atas segala kesilapan yang sengaja atau tak sengaja dilakukan. T_T
Dan mungkin suatu hari nanti ramai lagi m.e.r.e.k.a yang saya bakal bersama dalam keadaan yang tidak dijangka dan disangka-sangka seperti sekarang. Namun saya berusaha menerima dengan hati yang terbuka. Kerana matlamat yang penting adalah untuk berlari berkejaran mencari keredhaan Illahi.

insyaALLAH =D

Tuesday, January 4, 2011

sebuah harapan



agar mereka jua memahami apa erti dakwah ini, bersama seiringan denganku untuk menyebarkan misi ini. Moga ALLAH memegang hati kalian, jua memudahkan hati kalian agar memahami hakikat perjalanan ini.

Ya ALLAH, hidupkan hati kami dengan iman, matikan kami jua dalam iman. Tetapkan hati kami dalam agamaMU, dalam mentaatiMU, dan dalam berjihad di jalanMU. amin3x ya Rabbal'alamin.

Saturday, January 1, 2011

niat

bismillah walhamdulillah
assalamuakaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji selayaknya buat ALLAH atas segala nikmat jua selamat sampai ke Raudhah Solehah (nama rumah sewa kami) dengan selamat. Wa sollu'alan nabi.

Semalam sempat juga ke MT. Jazakillah buat Ukhti **, yang amek saya kat ktm UKM, yang masakkan juga lauk tengah hari. Sedap =) Sempat jugak jumpa akhawat lain. Tapi kejap je.

Semalam jugak buat julung2 kalinya yop (abang sulungku) hantar ke Hentian Putra. Terima kasih yop. =D Biasanya ayahku yang hantar, tapi beliau ada hal pula malam tadi.

Jadinya, bila dah sampai ke Terengganu, maka bukanlah tempat untuk bersantai-santai makan angin laut, tapi banyak tenaga yang perlu dikerahkan untuk itu dan ini. Semoga sem ini lebih baik insyaALLAH DnT dan studynya. Semoga kita sentiasa memperbaharui niat, berbuat hanya kerana ALLAH bukan kerana yang lain.

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Bersusah di dunia untuk bersenang di akhirat. amiin.

sekian.~