Thursday, July 28, 2011

sifat mahmudah

Sifat Mahmudah

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz


Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

salam mujahadah!
Moga bersempena Ramadhan yang bakal tiba ni, sedikit sebanyak dapat membuatkan kita jauh dari sifat mazmumah dan dekat dengan sifat mahmudah. amieeen :)

Wednesday, July 27, 2011

dan tiba-tiba

bismillah

dan tiba-tiba aku teringatkan tentang sem depan.

Tentang?

Tentang hostel. Dan mana nak duduk kalau tak dapat hostel. =.=

Harap2nya aku dan dayah dapatla hostel. Yang penting kami tidak akan tinggal di rumah itu lagi.

Apa2 pun, moga ALLAH berikan petunjuk untuk buat pilihan yang terbaik. Amien.

Dan seandainya terpaksa ke rumah itu lagi,.. maka kami akan mengharapkan ikhtiar yang lain.

Amaran keras: Elakkan diri dari bersifat HIPOKRIT!~~

~pen off

Sunday, July 24, 2011

lagi rindu


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah yang tak terkata atas segala nikmat pemberian Illahi. Wa sollu'alan nabi.

Alhamdulillah dapat juga berjaulah dengan akhwat walaupun tak jauh mana pun. Rindu terubat. Ya, pastinya merindui akhwat tercinta. Rindu taklim, rindu halaqah, rindu program, rindu solat berjemaah, rindu makan talam, rindu rehlah pergi pantai, rindu baca mathurat sama, rindu qiam sama2, rindu kongsi tazkirah, rindu, rindu dan rindu..=.=''

Dan semestinya rindu itu anugerah dari ALLAH, dan yang semestinya kita lebih-lebih lagi rindu padaNYA. Tuhan yang tidak kita temui di dunia, tapi di akhirat sana. insyaALLAH :)

Walau di mana pun kita berada, biarlah ikatan akidah, kecintaan kita kepada ALLAH yang menyatukan kita. Dan mudah2an we are still keep in touch. Itu jua perlu. =') Paling ringkas pun, sms la akhwat, teman2 yang kita sayang. Yang membuatkan kita betul2 merasai keperluan berukhwah itu.

Dan, seminggu lagi insyaALLAH menjelanglah kita pada bulan Ramadhan yang mulia. Jom sama2 muhasabah balik amal kita. Semoga- jika diizinkan sampai pada bulan Ramadhan, moga Ramadhan ini lebih bererti dan bermakna buat jiwa kita agar ditunjukkan ke arah fitrah Islam yang sebenar. Amien :)

~tetaplah semangat mencari keindahan Islam agar tarbiah kekal selamanya~insyaALLAH ^^,


Saturday, July 23, 2011

rindu

Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat hidup, Islam, iman dan segala nikmat yang terhitung.
Wasollu 'alan nabi.

Semalam tengah2 nak tunggu train, tibe2 saya nampak akan kelibat budak sekolah yang memakai baju outing + tudung labuh. And on the spot saya merasakan tersangat rindu pada zaman persekolahan saya especially di zaman sekolah menengah.

Firstly yang dirindui mestilah batch sendiri. Teman2 seperjuangan dari form 1 sampai form 5. Antaranya:

ainul.

fizza.

Dan 'geng2' lain pun. Tapi bagi saya 2 orang ni la paling best utk mintak motivasi dan tunjuk ajar. Especially subjek yang kait mengait dengan matematik. Susah senang sentiasa bersama :) *yeke? hehe

Dan lagi sorang tempat simpan rahsia hidup dan mati..yang sentiasa jua dirindui. Iaitu:


anith.

Dan yang paling tak percaya saya rindu jugak kat dia ni:

izyan.

Semua yang di atas adalah orang2 yang banyak kenangannya bersama. Dan kawan2 yang lain pun banyak jugak. :) Dan saya mengharapkan, diri saya sendiri jua ahli keluarga dan semua orang2 yang pernah saya temui dalam hidup saya sentiasa di bawah petunjuk ALLAH. Amien

Hidup hanya sekali, maka hiduplah dengan penuh bererti agar tidak menyesal di negeri akhirat yang kekal lagi abadi.

p/s: sorry kawan2 letak gamba suke hati. :p

Thursday, July 21, 2011

cuti oh cuti


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Tik tok tik tok sekarang dah pun bulan Sya'ban-Julai. Betul la kata orang, kalau nak tengok tahap mana diri kita ni especially dalam pembinaan iman, tengokla waktu cuti ni. Macam mana mutabaah amalnya, macam mana masa lapangnya, dan lain2nya.

Alhamdulillah tersangat jugak lah cuti di bulan Ramadhan. InsyaALLAH sedikit sebanyak membantu menjaga stamina iman.

Semalam first time bawa kereta. Bawa kat tempat belajar. Boleh tahan jugakla semalam. Kena marah tu biasala kan. ^^,'' Apa pun harap akan lebih enjoy untuk belajar and lepas la test JPJ nanti. InsyaALLAH.


Semoga hari2 yang kita lalui dan bakal lalui sentiasa dalam pengawasan ALLAH. :)

Mulia kerana Islam!~

Thursday, July 14, 2011

tamat


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wa sollu 'alan nabi.

Masa cepat berlalu, Ramadhan semakin hampir. Dan minggu ni, alhamdulillah-tamatlah diri dari bekerja. :) yeay!

InsyaALLAH, harta dunia ini bakal dimiliki. :) *hasil dari gaji kerja =.=, harap2 termakbul.

Handphone idamanku ^^,'

Alhamdulillah, macam2 pengalaman dapat time kerja ni. Macam2 manusia kita jumpa, dan kuat jugak kita kena sabar dalam nak mendepani pelbagai ragam manusia ni. Moga2 bisnes mereka sentiasa sukses dan diredhai. :)

Monday, July 4, 2011

waktu


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah di kesempatan ini, diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ALLAH ini. Wa sollu 'alan nabi.

Masa pantas berlalu. Cuti sem dah hampir 2 bulan. Dan dalam 2 bulan ni sangatlah susah untuk membina stamina iman tanpa kesungguhan yang benar. Ya, mungkin salah satu alasannya jauh dari biah ( keadaan) yang solehah (baik). Mungkin jua ada yang berpendapat, duduk di mana pun jika kita ada kesungguhan dan ada matlamat hidup yang jelas, pasti terjaga imannya. Kedua-duanya ada benarnya. Namun dalam menjalani realiti yang sebenarnya, kita masing2 diuji dengan situasi yang berbeza. Saya, kamu atau dia pasti diuji dengan ujian yang berbeza.

Hidup bersama mereka yang jauh dari agama adalah sesuatu yang pastinya tidak mudah. Kita tahu solat adalah tiang agama, dan juga rukun Islam pun melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. Tapi sebagai seorang yang menjadikan Islam sebagai agamanya, solat bukanlah sekadar diketahui, tahu berapa rakaat, tahu berapa waktu solat, tapi adalah melaksanakannya. Sedihnya bila melihat mereka seakan tidak peduli dengan solat.

Selain itu, mungkin ada yang beranggapan apabila seseorang itu solat, sempurna dalam menutup auratnya, dia adalah sempurna. Mana mungkin dia sempurna, namun dia pasti berusaha dalam memperbaiki dirinya. Dia juga ada perasaan. Dia juga punya kesabaran.


Namun, atas kerana agamanya, dia tahu, dia perlu kawal perasaan dan kesabarannya. Agar mereka dapat melihat perilaku dia sebagai seorang pejuang agama. Tapi, kadang-kadang dia jua tertewas akibat bisikan syaitan yang azamnya tidak pernah berubah untuk membawa manusia mengikutinya ke neraka Illahi. Lagi-lagi dia seorang diri! Tiada teman penguat, yang memberi peringatan. Kadang-kadang jua dia merasakan ukhwah itu sekadar di dekatan, bukan di kejauhan. Di mana mereka semua hilang tatkala iman seakan hanyut dilautan?

Dan akhirnya, dia hanya mampu bersabar.

Bersabar.
Bersabar.
dan terus bersabar.
dengan apa yang ditakdirkan.

Doa dan tangisan adalah penguat dirinya buat hari esok dan hari-hari yang bakal dilaluinya nanti. InsyaALLAH. Moga dia sentiasa dikurniakan hati yang sabar. amien ya Rabb