Saturday, April 2, 2011

Generasi Quran Yang Unggul



bismillah walhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala pujian hanya buat ALLAH yang Maha Kuasa. Wa sollu 'alan nabi.

Semoga kita sentiasa berada dalam jalan kebenaran dalam membawa kebenaran yang benar, dalam membawa diri dan orang di sekeliling ke arah redha ALLAH, ke arah Islam yang sejati. Mari kita sama2 memperbaharui niat kita. Kita bukan membawa manusia pada diri kita, tapi pada ALLAH. Jika benar niat kita, maka bermaknalah apa yang kita lakukan selama ini. Namun jika tidak, penat lelah kita hanyalah sia2. Na'uzubillah..

Dan dalam membawa kebenaran, pasti tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan yang menguji iman. Namun, sebagai seorang yang melihat kesyumulan Islam, usahlah terburu-buru dalam membuat keputusan. Buatlah penilaian dengan dasar iman bukan atas dasar hawa nafsu.

Berbalik pada post title kali ini mengenai Generasi Al-Quran Yang Unggul, siapa yang terlintas di fikiran anda?

Semestinya Generasi Al-Quran yang Unggul ialah generasi para sahabat di Zaman Rasulullah S.AW. Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini mengenai generasi yang unggul ini ialah:

Pada zaman Rasulullah, para sahabat menerima Al-Quran adalah untuk dilaksanakan, melaksanakan perintah ALLAH. Jika dilihat, berbeza dengan zaman kita yang kebanyakannya menjadikan Al-Quran sekadar untuk menambah pengetahuan dan merasa kelazatan dalam membacanya.

Saya bukanlah hebat dalam membicarakan mengenai hal ini, namun marilah kita menyedari dan bermuhasabah bahawa Al-Quran bukanlah sekadar bacaan tapi lebih kepada bagaimana kita menjadikan dalil2 Al-Quran sebagai panduan kehidupan untuk diamalkan, bukan sekadar dibahaskan tanpa praktikalnya.

Ingatlah bahawa, Islam bukan hanya teori, tapi amali.

Wallahu'alam.

0 comments:

Post a Comment