Monday, July 26, 2010

mencintaiNYA


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi ALLAH yang masih memberi peluang untuk mengepost sesuatu dalam blog ini.

Kita sedia maklum yang kekuatan manusia adalah terhad. Jika dia seorang sahabat, mungkin dia tak mampu nak mencapai sifat2 seorang sahabat yang sangat disukai oleh orang lain. Kalau kita nak meluahkan permasalahan kepada seseorang, mungkin orang yang mendengar tak mampu memahami perasaan kita saat itu. Kalau kita rasa memerlukan seseorang untuk membina semangat yang semakin pudar, mungkin orang itu tak dapat membina semangat kita secara berterusan lantaran dia pun mempunyai tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

Namun, jangan lupa kita masih ada Tuhan. Mengadulah padaNYA kerana Dia Maha Kuasa. Sayangi dan cintai Tuhan, agar kita dicintaiNYA juga. insyaALLAH. Kerana Dia Maha Tahu bagaimana kehidupan kita buat keseluruhan hayat kita. Subhanallah.

Mari kita membangkitkan iman kita sejenak. Di mana DIA iaitu ALLAH Tuhan yang menguasai hari Pembalasan di hati kita? Rasai keberadaanNYA walau di mana kita berada.

"Jaga hubungan dengan ALLAH dan jaga hubungan dengan manusia"


~~renungan buat diriku jua~~

0 comments:

Post a Comment