Tuesday, May 7, 2013

Menjadi isu

Bismillah walhamdulillah 
Assalamualaikum wbt semua :)


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat iman, Islam, tarbiah dan dakwah. Jua bersyukur atas nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia, tanah tumpahnya darahku. Seperti yang kita telah maklum, selepas keputusan pilihan raya kali ini, banyak berita2 yang tersebar begitu pantas sama ada yang benar atau pun tidak benar. Saya menyarankan agar rakan2 di luar sana melihat pembacaan dari kedua-dua belah pihak. Dengan kepantasan teknologi pada hari ini, sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, masing2 ada page yang dibuat oleh penyokong masing2. Jadi, sewajarnya kita meneliti dari kedua-dua sumber berkenaan untuk mengelakkan kita saling membuat andaian, tuduh menuduh dan budaya2 yang tidak sihat di antara kita. 

Namun begitu, saya berharap penyokong2 daripada mana2 belah pihak tidak terlalu emosi dalam menyebarkan berita2 yang mempunyai unsur2 memburukkan atau tuduhan tanpa bukti kepada mana2 pihak. Saya juga mengharapkan kita dapat menjaga adab2 percakapan (tidak menggunakan kata2 yang kasar, menunjukkan rasa tidak puas hati yang melampau) walaupun berada di alam maya. 

Mengenai isu perkauman yang hebat diperkatakan, saya berharap agar pihak kerajaan dapat mengatasi atau mencari jalan penyelasaian bagi menangani isu ini di samping usaha dari masyarakat sendiri. Pun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan di sini bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat bukanlah slogan yang dicetuskan untuk membangkitkan permusuhan di antara kaum, tetapi adalah untuk mengajak bangsa Melayu kembali menyedari hakikat kesepakatan Melayu untuk mendaulatkan Islam di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Melayu adalah majoriti penduduk di Malaysia, dan bangsa Melayu juga rata2nya adalah beragama Islam. Namun, sememangnya slogan ini tidak memberi maksud bahawa Islam adalah hak mutlak bangsa Melayu. Tidak dinafikan memang ada bangsa2 lain seperti Cina dan India yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian, ini turut menyangkal tuduhan2 oleh pihak2 tertentu bahawa slogan ini mengenepikan kaum2 yang lain. 

Sesungguhnya keamanan dan perpaduan negara ini harus dikekalkan dan hak2 terhadap sesuatu bangsa seharusnya dihormati dan dipatuhi. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga harus menyakini dengan prinsip perlembagaan negara untuk mengelakkan berlakunya perkara2 yang tidak diingini.

Akhir kata, saya berharap agar huraian di atas dapat membaik pulih salah faham terutamanya pada slogan yang disebutkan di atas. Slogan tersebut tidak lain hanyalah untuk mengembalikan kesedaran masyarakat terhadap kedaulatan Islam yang mampu dibentuk dengan salah satu caranya melalui kesepakatan Melayu jika diteliti secara realitinya pada masa ini.

Sekian, Salam Perjuangan. :)



0 comments:

Post a Comment