Friday, August 2, 2013

Memori Ramadhan 1434H

Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua? Macam mana ibadah di bulan Ramadhan ni? Semoga kita tak putus2 berdoa kepada Allah dan memohon keampunan, dan keberkatan hidup dunia wa akhirat..

Alhamdulillah, tahun ni dapat berpuasa sepenuhnya di rumah ibu ayah. Diam tak diam masa sebagai pelajar dah pun tamat. Cuma tak dapat result lagi..*nervous @_@. Tipulah kalau kata tak rindu kat bumi Darul Iman. Tahun lepas pun puasa kat sana. Hampir 4 tahun jugak hidup bersama2 akhowat. Memang terasa jugak kehilangan akhowat2 yang tercinta.

Tapi..alhamdulillah akhowat kat sini pun baik2. Terubat jugak rindu kat akhowat sana. Cumanya keadaan kat sini akhowat banyak yang dah berkerja. So, totally lain. Kalau student kita pun maklum ada jugak masa free sebab jadual kadang2 pack kadang2 tak. Tapi tak sama bile dah berkerja. Macam praktikal dulu pun 1 hari je cuti. So kebersamaan tu memang dapat time usrah dan program je la kebanyakkannya.

Memori Ramadhan 1434H. 

4 Ramadhan
First time join tadarus kat masjid sini. Join dengan geng makcik2. ^_^ ade yang muda, muda sangat, baru tingkatan 5.

12 Ramadhan (9-11.30 pagi).
First time turun padang untuk sokong kepimpinan Morsi. Suasana panas membakar lagi2 di bulan Ramadhan ni seakan dapat merasakan macam mana para sahabat berjuang ketika di medan perang di bulan Ramadhan ni. Dan paling best of course dapat jumpa akhowat yang lama sangat tak berjumpa. Mega reunion. Terbaik. Alhamdulillah :)

12 Ramadhan (4-6 petang)
Melawat kakak ipar yang dah selamat bersalin di HTAR,Klang. Alhamdulillah hajat nak dapat anak buah dah termakbul. Baby boy, namanya Aniq Amsyar bin Mohd Amir. Semoga abang dan kakak dapat didik Aniq dengan acuan Islam yang betul. amieen

18 Ramadhan.
ISMA KL *macam nak dekat2 dengan SMAKL kan? hehe* telah mengadakan Karnival Ihya Ramadhan. Alhamdulillah penyertaan dari adik2 NAZIM sangat memberansangkan. Dapat join tazkirah tentang Al-Quran dan forum fiqh wanita dan ramadhan.

Masa nak datang program terjumpa dengan 2 orang buta dalam lrt. Dan masa nak balik tu pulak jumpa dengan 2 orang OKU. Sorang pak cik memang duduk atas kerusi roda, tak mampu berjalan tapi meriba besi2 meja yang nak dipasang kat pasar malam. Isteri dia pulak memang cacat dari lahir. Kedua-dua belah kakinya tak boleh jalan dengan normal, kaki ada tapi macam tak bertulang, jari tangan pun tak sempurna. Kakak tu tolak troli besi yang bawak box untuk jualan mereka. Jauh jugak perjalanan mereka nak tolak tu dari rumah. 

Termotivasi sekejap dengan semangat mereka semua. Walaupun tak sempurna tapi masih tetap gigih untuk mencari rezeki. Tak terjangkau fikiran kalau diri sendiri dalam keadaan yang macam tu kan. Dan terasa nikmat sangat masih ada anggota badan yang berfungsi dengan baik. Alhamdulillah ya Allah.

23 Ramadhan.
First time solat tarawih berimamkan imam dari sheikh Palestin. Tersenyum bila nampak dorang paskan tabung Aman Palestin. Sheikh beri tazkirah dalam bahasa Arab, dan diterjemahkan oleh penterjemah dalam bahasa Melayu. Semoga Allah memenangkan umat Islam dan menjatuhkan kaum kuffar. amieen

Ok. Setakat ni dulu la memori Ramadhan tahun ni. Entah berjumpa lagi atau tak Ramadhan akan datang. 

Jom pulun Ramadhan yang terakhir ni. Agar kita beroleh kemenangan yang hakiki. Insya-Allah :D dan mendapat keampunan dari Allah.. amieen


2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.. banyak aktiviti y memberi manfaat. =) Semoga sis teruskan perjuangan

amanina baharuddin said...

Terima kasih sis. :) sama2 meneruskan perjuangan insya-Allah

Post a Comment