Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segala puji2 pujian hanyalah buat Allah, Tuhan yang menciptakan segala yang ada di langit dan bumi.
Syukur yang tidak terhingga dengan nikmat yang terbesar iman dan islam.
"Hidup untuk hidup".
-
-
-
Apa yang terlintas dalam fikiran kita melihat pernyataan di atas?
*Ambil masa untuk berfikir sejenak*
-
-
-
Sebenarnya, tanpa kita sedari, kehidupan kita di dunia adalah untuk kehidupan kita di akhirat nanti. Macamana tu?
Bagi orang yang beriman, mereka meyakini ada lagi kehidupan selepas matinya seorang manusia, yakni apabila terputusnya kehidupan seorang manusia dengan makhluk2 lain di dunia.
Bagi orang beriman dan meyakini hari
akhirat, mereka percaya kematian yang bakal ditempuhi nanti bukan
noktah. Sebaliknya, perjalanan hidup mereka masih jauh. Mereka berada di
alam barzakh dahulu sebelum berpindah ke alam akhirat yang kekal. Orang
beriman sebenarnya tidak sabar-sabar menghuni syurga yang penuh
kenikmatan sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT bermaksud: “Dan
mereka mengucapkan; segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memenuhi
janji-Nya kepada kami dan menjadikan kami mewarisi bumi syurga ini
dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di
mana saja kami sukai. Pemberian sedemikian ialah yang sebaik-baik
balasan bagi orang yang beramal." (Az-zumar : 74)
Justeru, kerehatan bagi seorang pejuang Islam adalah apabila kakinya melangkah ke syurga.
Jadi, tiada istilah rehat sebenarnya buat seorang pejuang Islam yang begitu komited dengan perjuangannya. :)
Namun, dalam perjuangan yang panjang ni, kita mungkin tidak berdaya atau tidak mempunyai kekuatan yang kuat dan teguh dalam keadaan berseorangan. Kerana itulah perlu untuk kita berada dalam kelompok2 yang memperjuangkan untuk menegakkan agama Allah ini, dan berkomitmen dengannya agar objektif2 untuk meraihkan keredhaan Allah itu dicapai dengan gemilang Insya-Allah. :)
Dalam mana jemaah pun kita berada, tetaplah komited dalam perjuangan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sesungguhnya setiap jemaah Islamiah itu mempunyai objektif2 untuk meraih keredhaan Allah namun mungkin berbeza dengan cara pendekatan dakwahnya.
"Pilihlah jemaah yang membuatkan dada kita lapang, bukan yang menyempitkan dada, paksaan, atau untuk mengambil hati. Isu ini adalah serius, dan ianya akan diikuti oleh bebanan dan tanggungjawab."
Selamat beramal dan salam perjuangan buat para pejuang Islam!
Anjung Seri Tarbiah
Terengganu Darul Iman.
Rujukan:
1. www.ustaznoramin.com
2. Husam Hamidah,Keluasan Islam
0 comments:
Post a Comment