Friday, February 8, 2013

Ku Mohon


di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan

namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi

gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya.

BY: FIRDAUS

Khas buat akhwat area Kuala Terengganu: Semoga kuat dan sabar menghadapi masa hadapan.

Semoga tsabat dan keep in touch selalu ♥ :)

**Teringat saya ketika mula2 belajar menjadi murobbiah. Berulang dari Kuala Terengganu ke Dungun bersama murobbiah dan adakalanya bersama ahli halaqah sendiri. Mesti dengar lagu ni dalam kereta murobbiah. Iramanya 'touching' dan ada aura. :D Yang penting liriknya yang sangat benar dengan realiti.

Terima kasih Allah kerana takdir-Mu. Banyak sangat nikmat tarbiah, ukhwah, dakwah, ilmu Islam yang aku dapat selama aku di sini. Moga Kau berkati para murobbiah, akhwat, jua ikhwah yang sentiasa yakin dan ikhlas dalam perjuangan untuk menegakkan agama-Mu. amieen.

Anjung Seri Tarbiah,
Kampung Kubang Badak,
Terengganu Darul Iman.

Terengganu di hatiku :D 

0 comments:

Post a Comment