Wednesday, December 5, 2012

Dilema jodoh

‘nak kahwin dengan akhwat?dah lah tak kenal akhwat ni’
‘ana tak ready lagi’
‘memang ana dah kerja,tapi susah sikit la akh’
‘ana ada masalah kewangan sikit’
*****
Itu antara jawapan yang didengar dari ikhwah jika ditanya tentang pembinaan baitul muslim. Disisi akhwat pula kondisinya berbeza, mungkin kerana akhwat yang akan ditanggung bukan menanggung keluarga, jadi lebih kecil tanggungjawabnya.
Mungkin kerana bukan akhwat yang menghadap ibu bapa sendiri dan ibu bapa pihak sebelah sana dan menjawab persoalan tentang kedudukan kewangan, sanggup atau tidak untuk menganggung anak gadis orang, perancangan masa depan dan sebagainya,  Mungkin kerana akhwat lebih stabil kondisi ekonominya dengan mempunyai pekerjaan tetap atau bekerja sebagai pegawai kerajaan atau menjalankan perniagaan sendiri.
Situasi hari ini menyaksikan ramai akhwat berusia 26, 27, 28 dan 29 tahun bahkan mungkin lebih lagi, belum lagi mendirikan rumahtangga. Akhwat ini bukanlah gadis biasa, mereka insan yang sangat aktif dan komitmen dalam tugasan dakwah dan tarbiyah, kuatnya hubungan dengan Allah dan dijaga batas pergaulan dengan baik, berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa,bahkan ramai dikalangan akhwat yang berwajah cantik walaupun sedia maklum penampilan akhwat pastinya sederhana dan tidak terlalu menonjol, dari segi pakaian mahupun rias diri.
Konsep akhwat mudah. Ingin mendapatkan seorang lelaki yang ditarbiyah sebagai suami. Walaupun hakikat sebenar, ramai lelaki yang datang merisik. Ramai jiran, saudara mara dan rakan sekerja yang sering bertanya tentang akhwat untuk dijodohkan dengan orang tertentu. Tapi atas faktor kemaslahatan jangka panjang, dan penerusan akhwat didalam tarbiyah ; seorang suami yang akan menjadi qawwam hidupnya perlu dipilih dengan sangat teliti dan tidak boleh menerima sebarangan orang.
Namun, konsep mudah ini begitu sukar di alam realiti. Hakikatnya, ikhwah atau nama lain bagi lelaki yang ditarbiyah dan menjalankan tugas-tugas dakwah, jauh lebih sedikit berbanding akhwat atau nama lain bagi perempuan yang ditarbiyah dan menjalankan tugas-tugas dakwah. Walaupun persoalan dan desakan diajukan kepada pihak baitul muslim untuk membantu akhwat mendapatkan jodoh, namun jika hakikatnya ikhwah sefikrah dan sejemaah adalah sedikit berbanding akhwat, itu tetap hakikat yang perlu ditelan dengan baik.
Jadi apa yang perlu akhwat lakukan jika berdepan dengan kondisi sebegini. 
Beberapa cadangan yang boleh dilakukan;
1.     Doa dengan sebenar-benar doa dan meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan memakbulkan doa.insya Allah pada suatu hari yang tepat,akan datang orang yang tepat sebagai suami. Beritahu juga kepada ibu bapa dan naqibah agar mendoakan dipermudahkan urusan jodoh dan dilapangkan hati. 
2.     Meletakkan target untuk nikah. Contohnya; jika akhwat berusia 25 tahun, akhwat meletakkan target untuk menikah paling lewat pada akhir tahun semasa usia 26 tahun. Bermula bulan 1, buat perancangan untuk nikah dan pastikan ada progress dari masa ke masa. Contohnya, bincang dengan naqibah, bincang dengan pihak baitul muslim dan sebagainya 
3.     Mengajukan diri. Akhwat ‘propose’ ikhwah. Mungkin pelik dan malu untuk dilakukan, tapi tidak salah mencuba. Mana tahu,sekali mencuba boleh berjaya mendapatkan calon suami. Bincang dengan pihak baitul muslim dan naqibah, beri satu nama dan minta pihak baitul muslim uruskan dan pastinya pihak baitul muslim akan sedaya upaya menjaga nama baik akhwat. Walaupun mungkin akhwat tidak mengenal sangat ikwah atau dengan kata lain tak pernah pun jatuh hati pada ikhwah , tapi cuba istikharah dan cuba cara ini sebagai satu usaha membina keluarga dakwah. Tapi jangan kecewa jika tidak berjaya. Yakin dengan Allah, pasti akan ada yang lebih baik. Tidak di dunia, di akhirat sana insya Allah
4.     Merendahkan ciri-ciri calon. Akhwat jangan terlalu memilih. Jika diajukan seorang ikhwah yang lebih muda, kerja yang biasa, mempunyai sedikit masalah kewangan, tidak seaktif akhwat dalam tarbiyah dan rupa yang biasa-biasa sahaja, istikharah kembali, bincang kembali. Jangan ditolak bulat-bulat. Akhwat jangan terlalu membandingkan dengan ikhwah yang selalu bekerjasama degan akhwat; yang sangat komitmen dalam dakwah, yang hebat berkata-kata dalam YG bahkan pekerja tetap dan berpencen Petronas, badan-badan kerajaan atau hospital-hospital kerajaan. Ini adalah perkara teknikal yang mungkin boleh berubah dengan berlalunya masa. Akhwat yang kondisi ekonominya stabil, sudah mempunyai kereta dan simpanan tetap; tidak salah membantu calon suami dalam urusan majlis perkahwinan tapi dengan perbincangan yang baik.
5.     Menerima calon lelaki baik. Jika ada calon lelaki yang baik datang meminang dan diyakini kesolehannya serta dia boleh menerima akhwat sebagai ahli jamaah, dan boleh membenarkan akhwat untuk keluar berusrah dan berprogram, akhwat boleh cuba timbang dan bincang dengan naqibah.
6.     Memetik kata-kata ustaz Fauzi Asmuni. "Kita hidup di dunia pendek saja. Jika umur sekarang 26 tahun, paling lama pun kita akan hidup 40 tahun atau 50 tahun lagi di dunia ini. tapi kita hidup di akhirat untuk selamanya. Jangan gadaikan akhirat kita untuk dapatkan dunia yang pendek ini walaupun dengan membujang hingga akhir hayat kita dan jika berkahwin dengan orang biasa akan memusnahkan masa depan dakwah dan tarbiyah kita". Sukar untuk diaplikasikan mungkin. Namun, itu adalah salah satu cara.
Akhwat perlu berusaha dalam rangka untuk mendirikan rumahtangga muslim, apatah lagi jika usia semakin meningkat. Fitrah orang Melayu yang pemalu, dan hanya menunggu. Tapi, yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang. Akhwat cubalah menjadi agresif dengan banyakkan berbincang dengan naqibah. Tapi akhwat tidak perlu terlalu memikirkan hingga mengganggu fikiran dan tugasan dakwah, dan biarkan proses ini terjadi secara natural hingga sampai saat yang dinanti, akhwat tak perasan pun, ini rupanya saat yang ditunggu selama ini; telah datang.

Diambil dari blog ini.

Tiba2 nak share post tentang ni.
Tadi baru dapat berita tentang walimah sahabat SMAKL. :) Barakallahulakuma


3 comments:

Auni Jalilah said...

I'm agree with this aman!

amanina baharuddin said...

auni :)

KHAIRUNNISA AL FAIZU said...

ukhti..hehe... best2..jemput ke blog ana juge ye..
baru nak belajar menulis.. http://faiznisarumaisha.blogspot.com/

Post a Comment