Thursday, August 26, 2010

luahan perasaan

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Pantas benar masa berlalu.
Segala puji bagi ALLAH yang masih lagi memberikan nikmat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslimah.. alhamdulillah, insyaALLAH. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Setiap manusia pastinya merasakan ada perubahan pada dirinya. Dari kecil ke besar, dari tidak tahu kepada tahu, dari nakal ke arah yang lebih baik dan sebagainya. Begitu jua saya.

Dan perubahan yang sikit itu, bukanlah segalanya. Kerana kita masih lagi tak sampai pada detik pengakhiran kita yang sebenar iaitu kematian. Perubahan yang lebih jelas pada pandangan mata manusia sudah tentulah dari segi penampilan,gaya percakapan dan sikap.

Setelah kita dapat rasa keperluan diri untuk berubah, kita diberi pula rasa untuk mengajak orang lain berubah bersama-sama. Namun, bukan kita semua mampu untuk berbuat demikian.

Tapi, tak menegur tu bukanlah bermakna tak peduli. Ramai yang peduli bila kawan baiknya tak solat, tak puasa, terjebak dengan cinta manusia sebelum nikah, tak tutup aurat dengan sempurna, dan lain-lainnya. Tapi, tak kuat untuk melafazkan. Tak tahu method apa nak guna. Tak tahu apa masalah kawan baik dia sebenarnya.

Sebab apa tak tahu method apa nak guna, tak kuat nak tegur? Jawapannya sebab dia dulu bekas pelajar aliran agama, sekolah agama, institut pengajian tinggi yang majoritinya mengambil jurusan agama, yang belajar hukum-hukum agama, dan subhanallah penghafazan alqurannya yang jauh lebih baik dari saya sendiri.

Jadi wajar sahaja untuk melabel diri 'tidak layak' untuk menegur dan menganggap mereka sedia maklum dengan perintah dan hukum2 yang ditetapkan oleh ALLAH, Tuhan kita, Maha Berkuasa Maha Segala2nya.

Namun, tidak wajar rasanya untuk membiarkan umat Islam terus jatuh oleh maksiat sendiri yang tidak dapat membantu dalam perkembangan agama. Ini bukan main-main, Ini soal agama. Dan Islam itu syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Sayu bila mengingat kembali detik-detik saya dan kawan2 semua bersemangat mentarbiah junior dalam bab aurat, ikhtilat, solat dan sebagainya. Indahnya andai semangat itu, semangat remaja Islam itu berkobar hingga hari ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah sosial yang melanda negara kita pada hari ini.

...to be countinued







0 comments:

Post a Comment