Saturday, August 14, 2010

jujur


bismillah..alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Bagaimana iman kita hari ini? Bagaimana hati kita pada hari ini?

Segala puji bagi ALLAH yang masih memberi peluang dan ruang untuk mengepost sesuatu.

Jujur. Di waktu semua orang sedang berpuasa, kita jujur dalam menahan lapar dan dahaga walaupun manusia tak nampak kita. Namun, atas sifat ihsan yang masih ada pada diri, kita tahu ALLAH Maha Melihat. Maka kita takut akan balasan ALLAH nanti jika kita melanggar perintahNYA.

Saya selalu ingat pesan ustazah di sekolah yang lebih kurang macam ni;

"Kita boleh selamat bila menipu di dunia, tapi selamatkah kita
di akhirat, tatkala tiada sesiapa yang dapat membantu kita?"

Hari-hari yang mendatang sentiasa menguji kejujuran kita dalam membuktikan cinta kita pada ALLAH, berukhwah kerana ALLAH,tak nak jadi orang yang beralasan. Kadang-kadang apa yang kita nasihatkan orang, teruji pada diri sendiri. Tapi aku tahu itu ujian.dugaan.

Sekuat mana ujian yang kita hadapi, sesakit mana hati kita kerana terluka, sehebat mana lunturnya semangat kita, sedalam mana kehilangan kepercayaan kita pada manusia, maka berdoalah moga semuanya mudah untuk diselesaikan, berdoalah agar ALLAH tunjukkan jalan, berdoalah agar saya,anda dan kita hidup di dunia ni menjadi orang yang bermanfaat pada orang lain.amiin

Pandanglah setiap ujian atau masalah yang hadir dengan mata hati bukan emosi.Pandang dari sudut positif. Pujuklah hati agar sentiasa sabar,berlapang dada dan jauh dari segala penyakit hati.


wallahu'alam

~renungan buat diriku yang alpa~

Friday, August 13, 2010

nikmat ukhwahfillah


bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t

Segala pujian dan kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberi nikmat kesihatan,iman,Islam,masa lapang dan segala nikmat yang tak akan mampu ditulis kerana terlalu banyaknya.Subhanallah.

Saya dan sahabat baru tiba di Kota Tinggi, Johor dari Kuala Terengganu, Terengganu. Saya teringat balik akan kata2 nasihat oleh seorang sahabat iaitu;

"Jangan meletakkan syarat dalam berukhuwwah kerana andai syarat tak tercapai pasti kita akan kecewa".

Memang benar nasihat beliau.

Sebagai contoh kita nak sahabat kita sentiasa layan kita dengan baik. Tapi satu hari tu, atas sebab dan masalah2 tertentu yang dihadapi oleh sahabat tu, dia tak dapat layan kita dengan baik. Dan apa yang kita rasa? Kecewa..itu sekadar contoh.

Jadinya, memang kalau tengok balik, mana ada manusia sempurna. Melainkan Rasulullah s.a.w. Justeru, terimalah sahabat seadanya. Letakkan pengharapan pada ALLAH lebih tinggi berbanding harapan pada manusia yang sifatnya tak lari dari kekurangan dan kelemahan.

Seseorang juga pernah cakap;

Bila kita tahu yang kita berukhwah kerana ALLAH, jadi kita sedar manusia lemah. Dan kita akan try to accept sahabat kita sebaiknya,saling menasihati,dan saling memperbaiki diri.

Saya juga akui kadang2 harapan saya pada sahabat melebihi tahap kemampuan dia. Itu sangat tak wajar. If kita tak puas hati atau nampak kekurangan seseorang, please tegur dengan berhikmah before kita luahkan pada orang lain.

"Kita tak mampu nak tengok kesalahan kita dari setiap sudut"..

Jadi, itulah kepentingan hidup dalam berjemaah atau berkumpulan agar kita dapat membaiki kekurangan, menguatkan yang lemah, memantapkan yang hebat, dan paling indah terasa berukhwah kerana ALLAH atas dasar satu fikiran,satu ikatan akidah.

Bak kata pepatah Melayu;

'Buangkan yang keruh ambillah yang jernih'

Sayangi dan hargailah mereka2 yang berada di sekeliling kita. Bina ukhwah yang manis di dunia, mudah2an kita bertemu di syurga negeri akhirat yang kekal abadi..=)

Uhibbu ALLAH,
Uhibbu Rasulullah,
Uhibbu ummi wa abi,
Uhibbu akhi (abang dan adik)
Uhibbu akhawat ^_^

Sayang semuanya kerana ALLAH. InsyaALLAH =>


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan al karim

bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Kepada semua muslimin wa muslimat di mana sahaja anda berada, selamat menjalani ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh. Moga Ramadhan kali ini menjadikan kita golongan-golongan yang mendekatkan diri kepadaNYA dan membuktikan cinta kita kepadaNYA.amiin

Ramadhan alkariim..ALLAHU AKRAM!!!

Wednesday, August 4, 2010

indahnya iman


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum

segala pujian hanyalah buat ALLAH Tuhan semesta alam, yang berkuasa pada hari pembalasan kelak.

Untuk posting kali ini, saya telah menukarkan nama blog saya kepada indahnya iman. Kalau sebelum ni indahnya sabar. Indahnya iman sebab semalam saya ada baca sebuah buku tajuk menyucikan jiwa. Kemudian dalam buku tu ada sebut tentang sabar iaitu
" ..orang yang tidak memiliki kesabaran menunjukkan bahawa dirinya tidak mempunyai keimanan."
Jadinya, nampak jelas yang bila mana kita ada iman, segalanya kita hadapi dengan sabar. Kalau sabar tanpa iman, mungkin kesabaran kita tu tak lama.kan?

Jadi, marilah suburkan keimanan kita. Walau berapa tahun atau lama mana pun diri saya, anda dan kita semua ditarbiah, tapi itu bukanlah penentu kehebatan kerana kemuliaan seseorang terletak pada betapa taqwa dirinya kepada ALLAH.Sekiranya sudah lama ditarbiah,maka kita lihat sejauh mana Islam itu benar-benar hidup dalam diri dan jiwa kita.Bagaimana ibadah kita, hubungan kita terhadap ALLAH dan hubungan kita pada makhluk ALLAH, dan sikap kita.

Maka, berbuatlah kebaikan sementara nafas masih ada kerana saat kematian untuk kita pasti akan tiba tanpa disedari dan berlaku dalam sekelip mata. Maka, syurga atau neraka pilihan kita? Jika syurga, berbuat dan hiduplah seperti orang yang menginginkan syurga. Dan pastinya jalan ke syurga itu pahit dan payah kerana syurga itu manis dan indah.

-renungan buat diriku jua-



Tuesday, August 3, 2010

hati



Bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Segala puji-pujian hanyalah buat ALLAH yang Maha Sempurna. Masih lagi memberi nafas dan insyaALLAH hidayahNya agar menjadi muslimah solehah mu'minah.

Memang kita tak kan mampu memuaskan kehendak manusia kerana tiap manusia ada kekurangannya. Dan berusahalah semampu kita dalam berbuat kebaikan. Moga ALLAH jua yang menilainya dan bukan berbuat atas kehendak nilaian manusia dan setiap yang berlaku adalah ketetapan dariNya.

Hati. Jagalah hati. Cenderungkan hati mengingat Tuhan dari makhluk Tuhan. Sesungguhnya bila mana mengingati ALLAH, lantas kita akan redha dengan segala ketetapan,peraturan,takdir yang semuanya datang dari ALLAH.

Jangan banyak berharap pada manusia kerana manusia tak kan mampu memuaskan manusia. Yakinlah pada ALLAH. Luahkan segala-galanya padaNYA.

Beribadahlah dengan rasa cinta pada ALLAH, bukan kerana kebiasaan atau sekadar rutin jasmani.

Dan jangan berasa jenuh dengan kebaikan. Jangan berasa jemu dengan majlis ilmu. Dan jangan pernah ingin mencari-cari kesalahan orang lain.

Hiduplah dengan hati yang bersih, niat yang benar, amal yang syar'ie. InsyaALLAH ada ganjaran dariNya buat kita. Maka adakah kita ragu-ragu?

-mari menghitung diri-

Monday, August 2, 2010

solat


bismillah alhamdulillah
assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmatNya, masih lagi dapat meneruskan perjalanan kehidupan.

Semalam agak terkejut, dah lama tak lumba lari. Tapi, best jugak..=) Sekali-sekala exercise.

Ok, hari ini mari kita berkongsi dalil iaitu Surah Al-'Ankabut ayat ke 45.
Firman ALLAH; " Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingat ALLAH (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain.) ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Berdasarkan dalil di atas, jelas bahawa solat itu mencegah seseorang dari berbuat perbuatan keji dan mungkar. Jadi, marilah kita menghayati dalil ini dan mengambilnya agar diamalkan.

Jika solat kita tak mampu mencegah kita dari berbuat perbuatan keji dan mungkar, maka lihat dan renung kembali sifat solat kita. Pasti ada kekurangannya.

-renungan dan ingatan buat diriku jua-



Sunday, August 1, 2010

kuhadir padaMU


Tuhanku...daku hadir..daku pasrah...
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa..
Tuhanku...ku sedari...
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu...

Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...

Tuhanku...Kau pengasih...Kau pemurah...
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu

Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah...engkaulah....ooo...
Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu...

by Mirwana.