Assalamualaikum semua.
Pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan.
Jangan berhenti berlari untuk capai target.
Alhamdulillah, tahun ni puasa suasana lain pulak.
Tahun lepas puasa masa keje kat tadika, jaga kanak-kanak.
Tapi best ada tadarus ramai2 dengan kawan sekerja yang lain.
Sekarang ada jugak tadarus cuma tak la meriah sangat.
Syukur Allah bagi hidayah, nikmat iman dan Islam kat kita yang bergelar umat Islam ni.
Kemudian Allah hadirkan Ramadhan untuk kita, supaya kita boleh kembali membersihkan diri secara lahiriah dan ruhiyahnya. Ibadah sunat ganjarannya sama seperti melaksanakan ibadah fardu dan ibadah fardu ganjarannya berlipat kali ganda. Subhanallah.
Banyak lagi perkara yang istimewa antaranya dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta syaitan telah diikat sepanjang bulan Ramdhan ni. Itulah bukti kasih dan sayang Allah kepada kita.
Seterusnya pada 10 malam terakhir, Allah menghadirkan malam yang lailatul qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam inilah malam yang ditunggu oleh umat Islam. Mereka akan menghidupkan masjid dan beriktikaf untuk melalui 10 malam yang terakhir.
Betapa banyaknya nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita.
Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa memperbaiki amalan dan akhlak ketika ini dan bulan2 yang mendatang.
Rebutlah peluang yang telah Allah berikan, kerana tak semua manusia dapat merasai nikmat ni. Insya-ALLAH mudah2an amalan kita diterima Allah dan kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi.
Ramadhan kareem, Allahu akram!