Tuesday, April 23, 2013

PRU 13

Bismillah walhamdulillah
Wassola'alan nabi.

Assalamualaikum wbt semua. Alhamdulillah atas segala nikmat Allah pada setiap sangat yang tidak terhitung. Maka moga kita sentiasa menjadi golongan yang bersyukur dan beramal untuk membuktikan rasa kesyukuran kita. :)

Alhamdulillah. Moga keyakinan pada jalan ini tetap teguh walau kadang dikomen dengan komen yang tidak membina apatah lagi menyokong. Namun amal tetap dilaksanakan. Insya-Allah. Dan kewangian ukhwah yang terbina atas dasar keimanan kepada Allah membuatkan hati lebih yakin dengan jalan ini dan bersemangat untuk bersama2 beramal. :D Walau sibuk berkempen, alhamdulillah program tarbiah masih berjalan untuk menaikkan kembali iman dan kembali mengikhlaskan niat dan tujuan sebenar dalam beramal.




Suasana sesi pembentangan tugasan.


Beramai-ramai menyiapkan bunting.

Sungguh sia2lah amal jika bukan kerana Allah. Moga Allah jualah yang menerima amalan kami dalam menegakkan dan mempertahankan agama-Nya. Walau terpaksa menghabiskan tenaga jua mengorbankan masa tidur, wang, dan masa rehat kami.

Sesungguhnya, kenikmatan hidup itu setelah kelelahan.

Buat semua pengundi,
Undilah Calon Muslim Berwibawa di kawasan anda! 
Moga kemenangan berpihak pada umat Islam. amien
Moga agama Allah tetap teguh di bumi Malaysia. amien3 ya Rabbal'alamien


Like! :)

Monday, April 15, 2013

Hujung minggu


Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt
Wa sollu 'alan nabi

Alhamdulillah dengan nikmat Islam, iman dan tarbiah, hidup insya-Allah lebih jelas matlamatnya. Mudah2an..amieen

Alhamdulillah, sudah hampir 2 bulan berada dalam fasa praktikal untuk semester terakhir ni. Rutin praktikal bermula dari 8-5 petang Isnin sampai Sabtu. Memang tak best. Sebab Sabtu pun kene keje full fay. T.T
Tapi disebabkan rakan2 seperjuangan kat kilang tu memberansangkan, at least rasa happy jugak la keje.

Tarbiah pun alhamdulillah berjalan. Walaupun penat tapi itulah mujahadah. Nak dibandingkan dengan orang lain, rasanya pengorbanan dan keletihan yang kami lalui mungkin tak sampai 50% daripada mereka. T.T

Dan tak dapat dinafikan susah jugak kita nak bermujahadah kalau tanpa teman2 di sisi. Alhamdulillah, Allah takdirkan kehadiran akhwat yang boleh bersama ke program tarbiah. :) Bila dah duduk dengan family, kekangan dia lain. Family kita mungkin tak faham kenapa kena tido umah akhowat, kenapa Ahad pun keluar program, bila nak rehat, jalan2 dengan family dan sebagainya. Jadi, kita kena pandai bagi ayat2 yang meyakinkan mereka. Still cool bila diaju soalan2 yang sebegitu. Tapi jangan sampai mengabaikan mereka. :)

Alhamdulillah minggu ni baru berkesempatan nak berKD dengan akhowat. Best. Meluaskan jaringan ukhwah. Seronok sangat. Jaulah sesame. Pengalaman yang superb. ^_^

Satu benda yang saya tak akan lupakan bila bab pindah medan ni adalah, bila dulu saya melupakan murobbiah saya, walaupun dia selalu contact saya, tapi Allah masih tetapkan saya dalam jalan tarbiah ni. Dan  sekarang akan sedaya upaya untuk tidak membenarkan sejarah dulu berulang lagi. Sebab tu la saya selalu push dan contact akhowat lepas pindah medan supaya tak ketinggalan jauh di hanyut waktu. ^^,'

Akhir kalam, nak phrase balik ayat muwajjih program,

"Apa guna hidup kita ni kalau tiada perjuangan?"
Surah As-saf:10-11

Salam perjuangan.
Kami Undi Calon Muslim Berwibawa.