Bismillah walhamdulillah
Assalamualaikum wbt semua.
Alhamdulillah, semoga iman bertambah sahabat2 semua. :)
Tajuk post saya pada kali ini adalah seperti yang di atas.
Pernah tak anda merasainya? Merasakan diri dipilih kasihkan *faham ke? atau diri sendiri yang memilih kasih2 pada akhwat lain. Merasakan diri dipilih kasihkan tu mungkin anda sendiri rasa macam mana ada akhowat yang memilih anda kerana kebaikan2 atau keistimewaan yang ada pada anda , ataupun sebaliknya.
Apa pendapat anda tentang kedua2 situasi ni? Atau anda tidak pernah mengalaminya? *hebat2 n_n
Sesungguhnya kita pasti tidak terlepas dalam ujian walaupun berada dalam jalan tarbiah. Namun begitulah kepahitan yang harus ditelan oleh kita untuk diuji iman dan amal kita.
Saya yang menulis pun sejujurnya tidak mampu untuk menjaga hati akhowat. Tujuan untuk menulis ni bukanlah untuk membuka pekung di dada. Namun, sekadar untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya dan para sahabat agar berhati2 dalam menjaga kemurnian nilai sebuah ukhwah.
Manusia sifatnya hanya mampu mentafsir dari luaran. Jadi, apa yang kita ekspresikan pada orang lain secara fizikal, itulah dahulu yang akan terlihat. Betul? Ataupun adakah kita memikirkan setiap akhwat bersikap sangat husnuzzhon? Sehingga kita hanya menjaga kemurnian hati sendiri, walaupun tidak mengekspresikan body languange yang baik. Adakah sebegitu?
Ataupun kita ada ego yang agak tinggi. Monolog yang kita selalu gune, "Kenapa aku yg kene start dulu ?" , "Asik aku je yang tegor dia", "Dia ni tak faham2 ke?". Sehinggakan anda merasakan tidak bertegur itu lebih baik. "Dia tak penting. Ukhti A kan ada". Masuk rumah tarbiah pun terus cari Ukhti A tanpa menghiraukan ahli rumah tarbiah yang lain. Wajar ke ukhti? Mana sifat adil kita? *muhasabah!
Bila mengingatkan kisah2 sebegini, hati mungkin menjadi tawar. Ukhwah tidak semanis dahulu. Duduk berjauhan mungkin lebih baik dari menghadapi ujian hati yang sangat mengguriskan.
Maka, berpada2lah dalam berukhwah. Kalau tak mampu nak ziarah, maniskan wajah bila berjumpa. Itu sudah cukup manis. Layanlah ukhti yang dihadapan anda, bukan hanya memikirkan akhwat yang anda lebih sayangkan itu sehingga terlupa atau melupakan akhwat yang berada di depan mata anda sendiri :)
Saya pun tengah cuba untuk melayani akhwat dengan adil dan saksama. Namun, adakalanya, pahit yang dahulu tidak mampu untuk dihilangkan terus rasa pahitnya. Manis pun tidak. *sedihkan. --.
Benarlah bak kata pepatah:
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. :D
Cegahlah diri dari pilih kasih. Walau dengan sesiapa pun sebenarnya.
Moga ukhwah terus kerana Allah. Amieen. Moga dapat bertemu kembali di Syurga. Amieen.
p/s: Asifah jiddan seandainya post ini menyinggung mana2 hati akhwat. Sekadar untuk menyampaikan.