Monday, October 24, 2011

sajak buat penguat diri :)

Sungguh, Kesabaran itu tak pernah berbatas..
Yakinkan dirimu bahwa tak akan ada kata “Kesabaranku sudah habis” keluar dari mulutmu
Karena ikhlas itu tak pernah boleh berakhir…
Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada kata “Aku sudah tak sanggup lagi” mengalir dalam bibirmu
Karena tugasmu sebagai Abdi Rabbmu..tak akan pernah selesai
... Yakinkan dirimu bahwa Rabb-Mu Maha Adil
Yakinkan dirimu bahwa engkau mencintai-Nya..
Yakinkan dirimu bahwa engkau mati hanya untuk-Nya..
Yakinkan dirimu bahwa tak pernah ada sesuatu dan seseorang dalam hatimu kecuali DIA.
Dan akhirnya…keikhlasan itu pun hadir….
Ketika kehendakmu tak sejalan dengan kehendak-Nya…
Biarkan kehendak-Nya yang berjalan atas hidupmu
Karena kehendak-Nya adalah kebaikan untukmu
Ketika inginmu tak sesuai dengan ingin-Nya
Biarkan ingin-Nya menjadi skenario terbaik bagi hidupmu
Karena Dia Maha tahu segala hal tentang dirimu..

Friday, October 21, 2011

kami mendoakan yang terbaik


Bismillah alhamdulillah

ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (2:216)

Sedang sibuk isu Himpun diperkatakan, dan semangat membara untuk hadir bagi membuktikan sokongan yang tak berbelah bagi terhadap Islam, dengan takdir ALLAH jua, kami terpaksa menerima kenyataan yang realitinya meluluhkan hati bahawa perjalanan kami terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir.

Namun kami di sini sentiasa mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan selamat. Amien. Siapalah kami untuk melawan takdir-Nya.

Semoga usaha murni ini disambut baik terutamanya bagi umat Islam sendiri.

Pesanan blogger; Selamatkan Akidah! Islam di hatiku :)

liputan dari: Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman



Thursday, October 20, 2011

lontaran hati ini


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x wa sollu'alan nabi

Teringat aku di waktu zaman persekolahan dahulu, waktu masih hangat dalam jalan tarbiah. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan manusia2 yang sama2 mahu menyelusuri kehidupan untuk mencari redha Illahi.

Dan sepantas masa berlalu, tarbiah membawa kepadaku ke
fahaman untuk berdakwah. Dan pada masa itu, pelbagai persoalan dalam fikiran. Layakkah aku bergelar seorang da'ie?

Melihat sahaja orang2 yang terdekat denganku sangat jauh dari landasan agama yang sebenar, kadang kala aku terduduk, teresak memikirkan mereka yang patut aku dakwahkan. Aku terkadang kecewa dan merasakan putus asa. "Ini bukan tugas mudah".

Namun, bukanlah kekecewaan itu jalan penyelesaian. Aku bangkit memohon pada Tuhan agar dikuatkan iman. Bukan aku tidak tahu, ujian yang diberikan Tuhan pasti mampu untuk dihadapi seorang insan.

Sekarang masa berlalu pantas melaju. Aku merasakan semakin matang dalam melayari bahtera tarbiah dan dakwah yang penuh berliku. Punbegitu, mereka yang dahulu masih begitu, masih yang dahulu. Bagaimana harus kutempuh semua ini oh Tuhan?

Hanya doa, sillaturrahim, dan sedikit nasihat yang mampu kuberikan. Aku yakin doa yang selama ini kutangiskan pasti termakbul oleh-Mu Tuhan. Dan mudah2an, segala yang berlaku menjadi pengajaran, buat diriku di masa hadapan.

Kudoakan agar kami semua di bawah hidayah dan taufiq-Mu Tuhan..sesungguhnya Kaulah yang memegang dan membolak-balikkan hati kami. Amien3 ya Rabbana!

yang sentiasa tak putus berharap,
hamba-Mu ALLAH

Saturday, October 15, 2011

Mukhayyam 0ct 2011~~


Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah3x segala pujian buat ALLAH S.W.T dan setinggi2 kesyukuran atas segala nikmatnya terutama nikmat terbesar iaitu iman dan Islam. Thumma alhamdulillah :)

Alhamdulillah mukhayyam yang julung2 kalinya diadakan berjalan dengan lancar. Banyak input, ibrah (pengajaran) yang dapat diperoleh.

Antaranya:

1. Explorace.


Explorace buat kat pantai.
Apa yang best?
Bila instructer bagi arahan buat istana pasir, perasaan macam best sangat, rasa bahagia sebab dah lama tak luangkan masa untuk bersantai. Hanya sibuk dengan aktiviti2 akademik yang hanya berkisar di kawasan kampus.

Yang menyentuh hati?
Bila game tu berkait dengan pengorbanan. Serius tersentuh. Bukan senang untuk berkorban untuk sesuatu yang berharga nilaiannya pada kita. Dalam permainan ni, kami dikehendaki untuk mengorbankan barang yang berharga untuk dapat 'tiket' agar game cepat selesai. Barang tu memang betul2 perlu dikorbankan. Takkan bagi balik. Tapi, dapat semula di hujung program. Tak expect pun dapat balik :)

Yang rileks?
Jawab 10 soalan bawah pokok. Tapi mencabar. Lagi2 bila tanya bab sirah. ^^,'

2. Masak makanan sendiri.


Masak nasi guna ranting2, kayu2, dan sabut. Memang manual.

Makan nasi lauknya sardin. Terbaik!~~

Secara jujurnya, memang tak pernah lagi masak nasi manual macam ni, guna kayu kayan. Inilah first time, dan alhamdulillah nasi tu masak, sardin pun sama. Sangat excited bila tengok nasi mendidih nak masak ^^.

3. Slot muhasabah secara tak langung.

Menjadikan kita sedar siapa diri kita sebenar. Tak cukup hanya mengatakan kita mencintai ALLAH tanpa dibuktikan dengan amalan zahirnya. Astaghfirullahal'azim3x

4. Kawad kaki ala2 KRS.

Bila kawad of course ada relationship dengan disiplin, alert dengan arahan dan sebagainya. Dan yang paling terkesan bila dapat kawad ni ialah teringat zaman muda2 berkawad kat sekolah. Serius rindu.

Dan program berakhir lebih kurang jam 1.00 petang tadi. Dan kami pun pulang bersama tunggangan masing2. Alhamdulillah selamat sampai. Mudah2an tiap keringat yang diperoleh demi ALLAH dan Islam, bernilai di sisiNYA dan menjadi saham di akhirat. Insya-ALLAH.

"Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau mati mendapat syurga."

Gempur syahid!
~Fastabiqul khairat~ =)

Tuesday, October 11, 2011

buat Hatiku Ohikaku

Saturday, October 8, 2011

JOM HIMPUN!!!


Untuk keterangan lebih lanjut, klik link di bawah:

Wednesday, October 5, 2011

hakikat jalan tarbiah dan dakwah ini


Bismillahirrahmanirrahim

Hakikat jalan ini,
bukan untuk orang yang sering beralasan.

Hakikat jalan ini,
bukan untuk orang yang sering dimanjakan.

Hakikat jalan ini,
panjang dan melelahkan,
walau manusia menolak ajakanmu untuk menyembah ALLAH yang satu,
jangan kau pernah putus harapan dari ALLAH.

Dan terkadang kesabaran diuji,
namun itulah sunnah berjuang.

Maka berbahagialah mereka yang menjadikan ALLAH matlamat hidupnya.
Rasulullah tauladannya, dan berjuang menyambung rantai2 perjuangan baginda.

~Kemuliaanku kerna Islam~

-moga tsabat. amien.-
ayuh bersama menyambung rantaian perjuangan baginda,
menjadi muslim yang muslih. :) insya-ALLAH