assalamualaikum w.b.t
syukur ke hadrat Illahi dengan nikmat yang diberikan. Alhamdulillah3x wa sollu 'alan nabi.
semalam, sejurus habis test advance food microbiology, kami terus bergegas ke Dewan Sultan Mizan as known as DSM. Pada malam tu berlangsungnya Forum Perdana sempena Maulidur Rasul. Walaupun kami tiba tu dah agak lewat, namun alhamdulillah, ilmu yang dapat tu sangat berguna.
Mengupas sedikit apa yang dibentangkan oleh pihak panel, beliau mengingatkan kembali berkenaan hadis Rasulullah S.A.W berkenaan " Aku tinggalkan 2 perkara.....iaitu Al-Quran dan assunnah" (maaf tak ingat ayat penuh). Jadi, ustaz tu mengulas bahwa Rasulullah meninggalkan AGAMA pada kita. Subhanallah =)
Jadi merenung kembali masalah yang berlaku dalam ummat Islam hari ini adalah disebabkan ummat Islam telah jauh dari agama Islam yang indah ini. Sebagai orang Islam, seharusnya kita bersikap sebagai orang Islam yang sebenar. Di mana ibadahnya, di mana ikhtilatnya, di mana akhlaknya, semuanya mestilah berlandaskan apa yang dianjurkan oleh agama kita.
Akhirnya, panel menyarankan agar melaksanakan 7 perkara yang di mana perkara2 ini sangat sebati dengan jiwa dan perilaku Rasulullah S.A.W iaitu:
1) Melaksnakan solat sunat tahajud setiap hari
2) Solat Subuh berjemaah ( jua solat fardhu yang lain)
3) Membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran
4) Mengerjakan solat sunat Dhuha
5) Bersedekah
6) Berwudhuk
7) Berzikir dan beristighfar
sekian.